Sunday, January 3, 2010

Vertigo


To evaluate self achievement is not between you and others, it is between you and yesterday-you. -by aku. (kalau nk quote dalam mana2 jangan lupa letak nama aku sekali - SPESIS GILA GLEMER huh...memang tak berkat)

Dekat seminggu stret kerja non-stop pagi ke malam, pagi ke malam, hari ini aku dilanda vertigo. Walaupun demikian, puas hati. 2009 adalah tahun yang tiada sebarang pencapaian membanggakan, atau kenyataan yang lebih terbuka; langsung tidak tercapai. Aku penuhi tahun lepas dengan makhluk murung dan amat tidak ada skill menyahut cabaran alam, self-esteem gred D. hampir-hampir lupa bahawa aku bela Gaban (siapakah gaban? sila sorot tulisan aku tahun lepas).

Tiba-tiba Allah menjentik sesuatu, lalu Gaban keluar dengan gah. Walaupun bapak kata bodi aku dah macam denak beras tapi tidak dapat menampung kapasiti tenaga Gaban. Terbukti hari ini aku akhiri kerja dalam keadaan terapung. Syabas. Gaban tidak memerlukan bodi yang macam denak beras, cukuplah dengan santapan rohani yang banyak dan bersenam ikut skedul. Aku yakin SV memberi santapan rohani yang banyak untuk belaan beliau, walaupun SVku kurus comel tapi beliau mampu buat banyak kerja, handle banyak tanggungjawab, meeting sana meeting sini, jaga anak lagi, tapi elok maintain stress je aku nengok. Tahap berapakah belaan beliau?

Pada tahun 2010 ini, InsyaAllah aku akan bekerjasama dengan Gaban untuk menyelesaikan misi yang hampir tersasar dari landasan. Dugaan berbentuk apa, dan bagaimana semuanya dalam pengetahuan Allah belaka namun setelah MoU dicapai dengan gaban aku berdoa supaya tiada benda lain yang mengganggu tumpuan, biar cepat-cepat aku langsaikan ini. Maklum saja, aku seorang yang banyak cita-cita. Dalam masa kemurungan aku bercita-cita nak jadi penulis agung, tup tup minggu lepas aku bercita-cita nak jadi menteri. Itu belum kira nak jadi usahawan berjaya, nak jadi pelukis tersohor, nak jadi surirumah sepenuh masa...


1 comment: