Wednesday, April 27, 2011

Saturday, April 23, 2011

Azam tahun baru

Walau pun dah hampir setengah tahun berlalu, saya nak juga bercerita pasal azam.

Pada hujung tahun lepas, saya berfikir soal azam untuk tahun ini dengan serius.

Bulan Januari 2011 berlalu, tidak juga saya temui apa yang benar-benar saya perlukan dalam tahun ini.

Beberapa minggu berlalu, saya cuba mengkoreksi diri. Nah, saya temukan satu perkara mudah tetapi sukar untuk dilakukan. Itulah azam saya pada tahun ini.

Azam saya pada tahun 2011 ialah untuk menghubungkan silaturrahim sekerap yang boleh.

Dalam menjalankan modus operandi ini, saya perlu memperbetulkan niat iaitu ziarah kerana Allah ta'ala.

Sudah lama saya tidak bertandang ke rumah jiran, saudara mara, dan rakan-rakan. Alangkah ruginya saya.

Jadi saya telah mulakan azam tahun baru saya sejak beberapa bulan yang lalu.

Dengan melawat saudara mara dan taulan, hati menjadi lapang, hilang dukacita, ramai kawan, panjang umur dan satu terapi terbaik yang diperintah Allah juga sunnah nabi.

p/s: malam selasa ini saya nak ke rumah kak syamsiah sepupu saya :) di binjai...sambil bawa kek untuk birthday kak yang yang ke 48. InsyaAllah.

petang ini pula nak ke rumah wani, rakan fesbuk saya merangkap jiran :)

Tuesday, April 19, 2011

2nd place



1) Pertandingan bola tampar piala pengarah kampus untuk kategori wanita sudah berakhir ( sob sob)

2) Kami mendapat tempat ke-2. (Yahooo)

3) Tempat pertama hak mutlak student, semua diorang sapu bersih. (Kami dapat 7 mata saja lawan depa, no wonder laaaaa, depa wakil U. Depa ni salah join tournement agaknya, terer sangat) - so, tiap kali depa turun lawan kami shout out kat diorang "JANGAN BAGI LAWAN DAPAT LEBIH ENAM!"

4) No wonder, jurulatih kami dan student adalah orang yang sama. (Hebat coach kami oo, training 10 hari boleh bawak kami naik pentas 4 the 2nd place)

5) Minggu depan, kategori lelaki. Kami harap PPSK akan dapat tempat juga untuk kategori lelaki - BERUSAHA!


USM Induk dapat 3rd place, oraitttt...

Pergigian team paling cool, kami training sama-sama. (Kami juga pernah training dengan student, sebab tu tak terkejut sangat dapat 7 biji)

Dot dot dot opponent kami yang agak tidak cool, kerana susah betul nak join training dengan diorang, kecoh satu court. Kesian Cik Lina, pengurus pasukan kami. Oleh itu tiap kali depa turun lawan, kami akan support team lawan.

Apa yang paling mengharukan kami dan tidak kami sangka, team lawan akan support kami bila kami turun... sooooooooooooooo touched.

APA YANG PENTING ? KERJAAAAAAAAAAAAAAASAMA. WE NJOY THE GAME.

Monday, April 18, 2011

Selingan minda: Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat

Subject: Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat? [islam d' lepakk]
*Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan
manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,
tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro
ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari
satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke
arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro
di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada
percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil
Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu
bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari
pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah
membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam
perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang
dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu
sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian.
Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah
atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak
berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu
masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling
penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi
dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di
tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan
itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda
dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon
magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur
seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang
umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada
peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk
membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila
anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu
badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia
ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan
bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke
Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas
tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau
ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah
baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa
merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan
anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan
mengkaji Islam yang amat indah ini..

Thursday, April 14, 2011

TERUJA

Apabila melakukan sesuatu yang kita betul-betul suka, seikhlas hati... ia memberi kesan kepada perkara-perkara lain yang agak membosankan seperti ulang-eksperimen-berkali-kali-tapi-tak jadi.

Dengan bermain bola, saya menjadi bersemangat untuk menanam sayur, buat eksperimen, dan menulis. Cuma sekarang otak saya perlu fokus di gelanggang untuk piala pengarah kampus. Saya juga risau dengan bakteria yang dikultur di lab, tapi saya berdoa agar mereka mampu survive sehingga hari sabtu.

Walaupun hari sabtu ini saya perlu berada di dewan bola tampar, tetapi saya akan berusaha untuk membuat kerja lab pada senggang masa waktu tengahari.

God willing.

Wednesday, April 13, 2011

Palingenia Longicauda

Palingenia Longicauda atau dikenali juga dengan nama Tisa’s Flower adalah sejenis spesies serangga purba. Spesies serangga ini dianggarkan hidup 200 juta yang lalu. Salah satu tempat kemunculan serangga ini adalah di Tisa River.

Tisa River atau Sungai Tisa adalah salah satu tempat terakhir di mana setiap tahun serangga ini muncul dalam jumlah yang sangat besar. Kemunculannya menjadi tontonan menarik, “wedding dance” di atas Sungai Tisa.

Hanya beberapa hari di bulan Jun setiap tahun (mungkin juga tidak setiap tahun) Tisa’s Flower menetas, bersama pasangan dan mati. Hanya selama 3 jam segalanya akan berakhir, hidup yang sangat singkat. Serangga jenis ini tidak mempunyai mulut, mereka hidup hanya untuk bersama pasangan lalu mati.

Hidup yang sangat singkat, tapi sangat indah Ini benar-benar pemandangan menarik yang susah untuk diceritakan hanya melalui gambar atau kata-kata.





Sangatlah menarik untuk menyaksikan fenomena tersebut, yang merupakan salah satu fenomena terindah yang hanya berlangsung selama 5 hari saja di bulan Jun. Ribuan serangga ini terbang dengan semangatnya memenuhi seluruh sungai.



Serangga Palingenia Longicauda ini merupakan salah seekor serangga “mayfly” yang terbesar di Eropah. Jenis serangga jantan panjangnya dapat mencapai 12 cm, dari kepala sampai ke ekor. Serangga ini berada pada masa larva selama 3 tahun. Selama 3 tahun tersebut, larva berada di dasar sungai.

Tetapi masa hidupnya sangat singkat iaitu 3 jam saja. Bermula muncul membesar dewasa, berpasang-pasangan kemudian terus mati. Serangga ini mempunyai sayap yang unik, sayap mereka akan berganti kulit setelah mancapai fungsi utamanya.



Tisa’s Flower hidup dewasa hanya sekali. Semasa pertengahan bulan Jun, pada pukul 5.00 – 6.00 pm, mereka akan menari-nari di atas sungai dalam kumpulan yang besar. Kemudian mereka akan berganti kulit di atas pohon, di tanah, atau di manapun tempat yang mereka hinggapi.

Fenomena tersebut dikenali dengan nama Tissa Blooming atau Pemekaran Tisa. Setelah membesar dewasa secara normal (setelah beberapa saat berganti kulit), serangga jantan hanya memiliki beberapa jam saja untuk bersama pasangan betina sebelum mereka mati.

Setelah bersama, serangga betina terbang menyusuri sungai untuk memastikan telurnya sudah berada di dalam sungai dan jatuh ke dalam dasar sungai. Kemudian telur tersebut akan menjadi larva dalam waktu 45 hari dan akan menetas setelah 3 tahun.



Serangga ini merupakan serangga yang sensitif. Jika berada di sungai, pastilah sungai tersebut merupakan sungai yang bersih. Disamping sebagai indicator lingkungan, serangga ini juga makanan yang bagus buat ikan, sehingga beberapa pemancing menggunakan serangga ini sebagai umpan pada pancing mereka.

Pada masa ini serangga Palingenia longicauda sudah musnah di beberapa Negara Eropah dan hanya boleh ditemui di Serbia dan Hungari.

Cermin Mata


Sejarah cermin mata saya berkait rapat dengan perjuangan hidup.

Saya dahulunya seorang 'pencermin mata' -erkk

Cermin mata saya yang pertama berwarna biru gelap kotttt , kehilangan di dalam makmal usang universiti malaya.

Cermin mata ke dua saya berwarna coklat gelap. Cermin mata ke dua ini jatuh semasa menyertai demonstrasi di masjid depan universiti malaya (Yang paling saya tidak lupa wajah-wajah fru dan wajah pensyarah kesayangan saya yang melindungi saya dari digodam)

Ke dua-dua aktiviti di atas adalah kehidupan saya. Jika aktiviti demonstrasi dijadikan aktiviti sukan yang menyihatkan, ia adalah kelebihan buat saya untuk menyertainya setiap tahun...

Setelah hilang ke dua-duanya (yang terkorban) demi perjuangan hidup, saya tidak lagi menempah cermin mata.

Namun, sejak kebelakangan ini saya amat serius dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan diusia tua, mata semakin bermasalah, saya tidak mampu membaca plat kereta dalam jarak 2 meter, dan mengecam wajah kawan-kawan dalam bilik yang sama.

Nampak gayanya , cermin mata amat sinonim dengan survival saya sebagai seorang tua.

Sunday, April 10, 2011

MEMBACA

Muhammad Mutawalli Sya'rawi, Sheikh Mutawalley Sya'rawi, Nur Sakinah



Sheikh Mutawalley Sya'rawi, Muhammad Mutawalli Sya'rawi, Nur Sakinah



Sejak Sheikh pandai pilih bulu saya semakin keberatan untuk ke sekolah. Umur Sheikh sekarang sudah 2 bulan 20 hari. Beliau sudah dapat mengecam benda... menegur dan sengih-sengih kerang. Sheikh juga sudah mula 'menzahirkan' apa yang dia suka dan tidak suka. Selain susu, sheikh suka merasa kek coklat, nasi kosong sheikh tidak suka. Kek keladi pun sheikh tidak suka.

Sheikh membaca.

Malam tadi saya mula membaca buku untuk sheikh sebelum tidur. Saya telah membeli satu set buku dan ensaiklopedia yang berharga RM2000 sejurus selepas saya mendapat kerja sebagai guru sekitar tahun 2004, di mana saya simpan khas untuk sheikh (sebelum sheikh keluar, beberapa buah daripadanya dipinjamkan kepada kakak kinah dan Muhammad yang ke dua-duanya mula membaca di awal satu tahun, natijahnya agak jahanam...buku itu sudah rosak)

Saya bacakan ensaiklopedia yang bertajuk Art and Sculpture. Wah...mata sheikh bukan semakin layu (saya bacakan buku supaya sheikh cepat tidur), sebaliknya bersinar-sinar dia merenung gambar-gambar. Air liur terjejeh-jejeh seperti sedang minum susu. Dia kelihatan menenyeh-nenyeh mata tapi tetap teruja 'membaca' buku. Saya bacakan dalam bahasa inggeris, punnnnnnnn dia teruja gelss... macam lah faham sangat.

Selepas menggunakan kaedah membaca tidak mendatangkan kesan untuk sheik tidur lena...saya menggunakan kaedah terakhir, iaitu mengepit sheikh dicelah ketiak dan tidur bersama beliau. sekian.

Thursday, April 7, 2011

Tuesday, April 5, 2011

Vision

Bila tiba-tiba vision menjadi besar macam gergasi... segalanya menjadi begitu mudah. Tidak mustahil untuk menerobos kemustahilan...