Sunday, April 10, 2011

MEMBACA

Muhammad Mutawalli Sya'rawi, Sheikh Mutawalley Sya'rawi, Nur Sakinah



Sheikh Mutawalley Sya'rawi, Muhammad Mutawalli Sya'rawi, Nur Sakinah



Sejak Sheikh pandai pilih bulu saya semakin keberatan untuk ke sekolah. Umur Sheikh sekarang sudah 2 bulan 20 hari. Beliau sudah dapat mengecam benda... menegur dan sengih-sengih kerang. Sheikh juga sudah mula 'menzahirkan' apa yang dia suka dan tidak suka. Selain susu, sheikh suka merasa kek coklat, nasi kosong sheikh tidak suka. Kek keladi pun sheikh tidak suka.

Sheikh membaca.

Malam tadi saya mula membaca buku untuk sheikh sebelum tidur. Saya telah membeli satu set buku dan ensaiklopedia yang berharga RM2000 sejurus selepas saya mendapat kerja sebagai guru sekitar tahun 2004, di mana saya simpan khas untuk sheikh (sebelum sheikh keluar, beberapa buah daripadanya dipinjamkan kepada kakak kinah dan Muhammad yang ke dua-duanya mula membaca di awal satu tahun, natijahnya agak jahanam...buku itu sudah rosak)

Saya bacakan ensaiklopedia yang bertajuk Art and Sculpture. Wah...mata sheikh bukan semakin layu (saya bacakan buku supaya sheikh cepat tidur), sebaliknya bersinar-sinar dia merenung gambar-gambar. Air liur terjejeh-jejeh seperti sedang minum susu. Dia kelihatan menenyeh-nenyeh mata tapi tetap teruja 'membaca' buku. Saya bacakan dalam bahasa inggeris, punnnnnnnn dia teruja gelss... macam lah faham sangat.

Selepas menggunakan kaedah membaca tidak mendatangkan kesan untuk sheik tidur lena...saya menggunakan kaedah terakhir, iaitu mengepit sheikh dicelah ketiak dan tidur bersama beliau. sekian.

1 comment: