Saturday, June 26, 2010

Tulis novel


Selalu bila tulis cerita...aku berazam nak habiskan dengan kematian seorang hero.

Dalam 2 novel yang sudah siap dan terperam selama bertahun-tahun, satu daripadanya tamat seperti yang dicita-cita... tapi tak cukup tragik. Aku nak yang lebih suffer, yang lebih tragik...

Lalu, aku reka satu lagi cerita, tak tahulah ia bakal menjadi cerita pendek atau jadi beratus muka surat ...Ia bergantung sejauh mana aku berkhayal dan menelaah side ref... cerita dulu yang aku peram dalam almari baju lebih kepada perasaan 2 remaja. Cerita Adib pula lebih kepada family matters yang agak tidak logik...(mungkin logik jika digarap dengan baik). Tapi untuk cerita baru ni, lepas tulis beberapa bab dan bila nak masuk plot tinggi sikit... aku stuck. Parah lagi...bila ulang baca, timbul rasa geli geleman.

Kadang-kadang semasa menulis, aku terfikir...kenapa menulis manuskrip sains tidak semudah ini. Salah satu jawapan yang mungkin tepat ialah rasa cinta.

Kenapa nak habiskan riwayat hero? aku rasa agak adil bila hero dimatikan sebab tak ramai yang sanggup matikan watak hero, lebih-lebih lagi kalau watak itu hensem dan penyelamat dunia... sebaliknya ramai yang sanggup matikan watak heroin, dalam drama mahupun dalam novel... senang pula nak tamatkan watak heroin ya...

Friday, June 25, 2010

saya dalam tempoh ini

Seminggu saya lari dari rutin kerja-kerja makmal pada waktu siang; mencari sedikit kelainan dalam hidup, mencari sekangkang ruang untuk mengatur gerak kerja seterusnya, dalam pada itu bermeditasi untuk secebis ketenangan.

Dalam tempoh itu, saya kerap terpengaruh dengan bisikan - bisikan jahat seekor nafsu yang ditunggangi syaitan. Tetapi acap kali juga disanggah oleh bisikan bisikan mulus yang lain.

Saya tidak pasti berapa kali saya perlu gagal untuk melakarkan satu keberhasilan.

Saya tidak pasti pandangan penyelia saya ketika saya tidak menunjukkan keberhasilan positif.

Saya tidak pasti berapa peratus keyakinan saya terkakis setiap kali gagal dalam satu satu eksperimen.

Tapi saya sedar pada kebelakangan ini tika saya 'jatuh' amat sukar untuk saya bangun dan melangkah semula.

Ini bahaya kepada kesihatan rohani saya.

Apakah tindakan saya untuk mengatasi masalah saya ini? Dalam masa seminggu saya tidak membuka kitab la tahzan, saya tidak membelek buku motivasi. Apa yang saya lakukan, saya bercakap-cakap dengan minda saya. Saya menjauh dengan dunia yang sebenar dan bercakap-cakap dengan diri sendiri.

Musibah yang tertujah pada diri saya ini sangat bahaya. Penyakit serius yang menyerang sifat kendiri saya.

Minda saya membuka semula lembaran-lembaran buku, ucapan-ucapan murabbi, mempamerkan kepada saya kehebatan-kehebatan yang pernah saya miliki pada suata masa yang lalu.

Dalam persembahan itu, banyak yang tidak berguna untuk mengubat krisis kendiri saya ipada ketika ini. (Mungkin berguna untuk masalah yang lain)

Saya bukan seorang yang warak, tetapi pada masa ini tangan saya ringan untuk membaca tafsir-tafsir dan saya mula kembali berdiri ketika Tuhan berkata bahawa Dia tidak suka orang yang berputus asa.

LALU saya pun berdiri semula.








Tuesday, June 22, 2010

kualiti kerja

Kualiti kerja kerani dan kerja belajar aku minggu ni nampaknya terbit di bilik gelap di rumah selekoh nombor 2.

Jadi aku rasa agak tidak bersalah kerana tidak ke sekolah- sebab mengikut reputasi aku di sekolah semenjak beberapa minggu lalu, aku tidak fokus belajar mahu pun kerja. Ia bermula dengan simptom-simptom rajin ke perpustakaan.

Kerja lab, aku mula setelah tenggelam matahari. Tidak mengapa, ada juga ahli ahli kerja malam seperti weng kin dan siti nurul syuhada pada minggu ini.

Lagi pula kekerapan gagal yang berlaku secara rally menyebabkan pemikiran pesimis muncul seperti...bila masuk bilik manusia manusia memandang pelik macam diorang tak pernah fail. Jika mereka bercakap-cakap, rasa seperti menyindir-nyindir... apatah lagi bila mereka bercerita pasal jumpa sv dan sebagainya/

Maka, jadilah aku batman...yang duduk dalam gua...keluar masa orang tak ada, dan menjalankan misi rutin di lab pada waktu malam.

Tapi, duduk dalam gua ni bagus juga. Banyak kerja dah siap. Tak lalu makan nasik. Dan tak terdedah kepada sinaran ultraungu.

Tuesday, June 15, 2010

Bila saat berputus asa

Terlalu banyak kaedah untuk dicuba, terlalu banyak kegagalan untuk ditelaah, terlalu banyak harapan dalam setiap mimpi... terlalu banyak kekecewaan menanti

Tiada lagi air mata, tinggal ketakutan pada manusia , saat amanah dipinta-pinta. Tekanan demi tekanan... menatijahkan suatu kesamaran pada visi masa depan.

Tapi aku yang dungu ini...tetap saja mengulangi, satu eksperimen yang tidak pasti...yang hujungnya hampir pasti ada tangis yang bersendu, ada kecewa berpintal harapan. Dan jalan makin kabur.

Dalam dakapan perasaan manusia fasik, aku sedar diri semakin menjauh...dan semakin kurang berbicara dengan TUHAN.

Sunday, June 13, 2010

Harmoni dalam tragis

Bila adik beradik bos berkumpul di rumah mertua, harmoni pun datang. Sehingga labwork pada hari Sabtu tergadai. Boleh aja aku berpergian dari Rantau Panjang ke Kubang Kerian pada hari itu, tetapi keharmonian yang menyapa tiap kali ke rumah mentua menyebabkan aku rasa 'berfamili', bukan bekerjaya.

Tiada percutian yang lebih indah selain di rumah mentua. Abg G + K.Yah, Abg Yie + Kak Ani, Abg Pa + K.Ha, Abg Zaid + Kak Izan berkumpul bersama-sama, cuma abg P + K. Emi yang tak dapat cuti. Aku suka suasana ketika beratur tunggu bilik air... terasa kami masih kanak-kanak riang, terasa beban yang tergalas kami tinggalkan di mana-mana sebelum tangga rumah ibu dijejak. Hiruk pikuk gurauan adik beradik begitu harmoni. Anak-anak saudara cuma gelak melihat gelagat ibu bapa masing-masing.

Malam kami berkumpul di hadapan tv, abg Pa siap bancuhkan kopi. Abg Yi mengendong kucing kesayangan di temani anak, bos menggentel kucing baru anak saudaranya... ruang tamu penuh dengan keharmonian...keromantisan pasangan masing-masing tidak diselindung-selindung. Kami bahagia.

Walau kami tidak kaya, dan tidak berdarjat...tapi kami bahagia.

Beberapa minggu lagi genap setahun bapa mertua di alam sana. Kami bakal berkumpul semula. Mungkin tidak semua...tapi aku tetap ke sana tiap tika lapang waktu. I miss my father in law so much.



Friday, June 4, 2010

Dadah perlu dalam dos sesuai

masa belajar farmakologi dulu, prof mohd zakaria kata setiap benda ada dosnya, kalau terlebih dos; itu bahaya. Dadah juga begitu. Jika dos yang sesuai jadi penawar, yang terlebih itulah bahaya.

Makan nasik lebih dos bahaya. tidur lebih dos bahaya. kerja lebih dos?

Selepas menonton anime yang 25 episod secara rally, rasa macam ada aura. lebih fokus kepada objektif. lebih bertanggungjawab kepada buku teks, lebih bertenaga dan berdaya maju. Agaknya itulah perasaan penagih dadah bila mendapat 'panadol'.

Dah masuk bulan jun, rupanya dalam setengah tahun ini...aku lupa untuk menghadiahkan kepada diri sendiri sesuatu yang 'ia' suka secara sirius.

Tetapi harapnya tidak lagi terjebak dalam dunia anime dalam masa terdekat, kerana aku selalu tidak mengikut dos yang betul.

...

Ya, lagi-lagi isu Israel yang tidak bersyukur itu. Apa nak dikata.
Selepas 12 warga malaysia dibebaskan, isu menjadi sejuk semula. Apa nak dikata.
Itulah sejak darah masih muda, hingga kiamat sudah dekat...apa nak dikata.

Israel itu, Tuhan telah tenggelamkan Firaun untuknya...tidak pula bersyukur malah berlagak manusia agung. Dihadirkan Musa untuknya tapi tidak juga bersyukur.

Dalam kelompok Israel bekas ahli kitab itu aku tertanya-tanya, masih adakah pencilan pencilan pengikut Musa yang tulen.

Wednesday, June 2, 2010

Yamato Nadeshiko Shichi Henge



Sekali layan semua 25 eps. Cerita ni mengancam gels. Lepas tiga hari gila (tenggelam bersama Kyiohe dan Nakahara sukano) bagai dilamun cinta, aku mula kembali ke dunia nyata. Memulakan langkah bergaya untuk menghadapi satu lagi episod kegagalan di dalam lab, dengan menonton http://www.thirteen.org/naturally-obsessed/-THE MAKING OF A SCIENTIST.