Tuesday, November 22, 2011

Tangisan luka sang harimau

The ecstatic manager exposed his pre-match pep talk that motivated all his players to be united for a cause.

"All I said was, they don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents," Kim Swee was quoted by the New Straits Times.

"If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about."- sumber.

And we won.

Tuesday, November 15, 2011

sumber : aspirasi

Dirgahayu Tuanku


SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Tuanku Faris Petra disambut Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hadir pada Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di Padang Merdeka dekat Kota Bharu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-42, 11 November lepas.

Ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan pada kali ini disambut dalam keadaan yang agak berbeza. Tiada pintu gerbang berwarna warni di setiap daerah. Tiada program kebudayaan yang diatur.

Baginda Sultan sudah menunjukkan hemahnya yang tinggi. Selain daripada majlis-majlis rasmi, baginda menganjurkan program berbentuk islamik dan ibadah, mendekati rakyat, memberi kebajikan dan bersedekah sebagai salah satu upacara wajib bagi meraikan keputeraannya.

Baginda menukar laungan 'Daulat Tuanku' yang sering diucapkan pada setiap majlis yang melibatkan Raja dengan Allahu Akhbar. Titah baginda, laungan ditukar kepada Allahu Akbar, supaya pengucapnya mendapat pahala yang daripada Allah SWT.

Malah baginda turut merubah pendekatan pemerintahannya. Selaku Ketua Agama Islam Negeri, baginda bukan sahaja menyertai majlis keagamaan, malah menjadi imam serta mengetuai majlis-majlis agama yang dianjurkan.

Baginda menitahkan agar banner-banner yang digantung di seluruh Kelantan untuk upacara keputeraannya diubah kepada slogan yang baru. "Islam dijunjung, Raja disanjung, Rakyat dipayung." Itulah slogan yang baginda kehendaki.

Dengan mengubah slogan daulat kepada Allahu Akbar, menukar slogan keputeraan dengan meletakkan Islam sebagai keutamaan, ternyata daulat baginda tidak tercemar sama sekali.

Hal ini membuatkan baginda lebih disayangi dan disanjung rakyat.

Baru-baru ini selepas merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri, baginda merentasi karpet merah untuk menuju ke kenderaan rasmi. Tidak semena-mena baginda berhenti. Semua orang terkejut. Baginda berhenti dan lantas berundur ke belakang, mendapatkan mamanda Menteri Besar yang tertinggal kerana baginda yang muda berjalan dengan agak laju.

Sambil tersenyum, baginda kelihatan berseloroh dengan Tuan Guru Nik Aziz. Kedua-dua mereka menguntum senyuman. Kembali berjalan beriringan, MB menuntun Sultan ke kenderaan rasmi baginda.

Dalam banyak majlis yang melibatkan Sultan, baginda kelihatan santai dan begitu menyantuni rakyat, walaupun protokol kebanyakan Raja-Raja Melayu tidak begitu. Pendekatan sebeginilah yang membuatkan rasa kasih sayang rakyat begitu menebal kepada baginda.

Baginda menunjukkan sifatnya yang cenderung kepada agama dengan kekerapan menyantuni alim ulama di Kelantan.

Bukan apa, sekurang-kurangnya Sultan Muhammad Ke-V sudah menunjukkan suatu contoh yang baik buat Raja-Raja Melayu. Iaitu, baginda berusaha mempraktikkan title Ketua Agama Islam Negeri dengan kepribadian dan pergaulan yang islamik.

Tidak salah, malah baik untuk Raja-Raja Melayu mencontohi sifat Sultan Kelantan. Sekali gus Raja-Raja Melayu menjauhkan diri mereka daripada elemen-elemen yang boleh mencemar sifat baginda sebagai Ketua Agama Islam Negeri.


-jadi mengapa ada orang yang meluat lalu meluahkan kemeluatannya dlam blog yang bertajuk meluat dengan cara rakyat kelantan puja raja mereka. to be frank, RAJA ADIL RAJA DISANJUNG.

Monday, November 14, 2011

suatu masa

Seringkali seorang pesalah yang beritanya terpampang di kaca tv disebut akan kesalahannya beserta dengan hukuman. Paling berat hukuman gantung sampai mati.

Siapakah yang pernah terlintas, mereka yang dihukum itu asalnya seorang bayi yang comel, kanak-kanak yang ceria, aktif, pintar, penghibur hati ayah bonda. Seorang remaja yang mempunyai angan-angan. Seorang insan yang tidak pernah tahu bahawa dalam ceria menghadapi dunia, rupa-rupanya hayatnya berakhir di situ. Bayangkanlah. Apakah mereka yang dinisbatkan dengan cara itu kelihatannya adil? Saya membayangkan peluang keinsafan mereka untuk kembali bertaubat dan kembali dalam masyarakat lalu menjadi insan yang lebih baik, jauh lebih baik berbanding saya. Saya membayangkan kesalahan mereka itu bukanlah lahir dari hati mereka yang asalnya putih.

Sila bayangkan hati ibu yang menunggu saat anak digantung mati. Bukan tidak pernah saya fikir, jika mereka membunuh sekali pun, sengaja atau tidak tentulah munasabah jika mereka juga patut mati, tapi adilkan mereka mati dengan cara begini. adakah hukum ini sesuatu yang adil. Sempurna sangatkah gantung sampai mati? Sempurna sangatkah si hakim yang menjatuhkan hukuman. Apa yang tidak sempurnya hukum Qisas ciptaan Tukang segala Manusia.

Setiap kali saya mendengar pemberita dengan nada angkuh membaca; disabit dengan kesalahan itu, mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, hati saya terkedu.

Tidak terlintaskah difikiran, suatu masa dahulu mereka juga punya kehidupan seperti kita, menjadi buah hati ayah bonda, punya cita-cita segala/

Tuesday, November 8, 2011

Profesor

Membaca entry etty, rasa panas pula bijik mata. Susah nak berlagak tabah ni, tambah-tambah pula sudah 2 hari prof pergi tanpa pengetahuan saya, he was neither my supervisor nor my co, but he was a great teacher.





Dalam dua tiga hari lalu terngiang-ngiang suara prof berpesan, menulis perlu 2 jam sehari, ayat mesti catchy, idea datang dari membaca. Pesan itu sudah bertahun tetapi setiap kali saya malas menulis, suara prof lembut menerjah. Suaranya bermelodikan kasih sayang dan kecintaan.

Rupanya dua tiga hari yang lalu adalah hari terakhirnya prof di sini. Di tanah ini.

Bila tiada, kenangan yang sebesar hama berasa seperti gajah dalam kepala. Bila tiada, terasa hilang bersama kantung ilmu yang tidak ternilai harganya. Bila tiada pesan guru menjadi keramat perjalanan hamba.

Saya pernah tunjuk 'result' graf yang tinggi rendah, graf yang sepatutnya berupa sigmoid jadi macam gigi harimau, saya jadi cuak. (actually cuak sampai sekarang)...tapi prof masih tersenyum dan nada bapanya memujuk, "tiada masalah, jangan bimbang...kita cuba semula."


Prof, perginya bersama ilmu yang tidak sempat hamba gali...rugi terasa sampai ke tulang suasa.

Dan bila tiada, kenangan yang sebesar hama itu berleluasa...

Wednesday, November 2, 2011

Hari-hari seorang menantu

Menjadi menantu moden amat sempoi, muka menantu yang tidak ada perasaan ini kalau orang luar tengok macam err... hard rock cafe.

Masa nak kawin (budak-budak s.p.m kena eja kahwin okey) dulu kawan ambe yang kepoh telah berpesan kalau di rumah mentua pagi-pagi lepas subuh kena jerang air. Biasalah, mula-mula kawin motivasi tinggi sikit jadi lepas subuh ketika hari pertama di rumah mentua, ambe memang ringan tulang menadah air dalam cerek lalu di'dapurgas'kannya. huahuahuaa..memang rajin gila lah, gila pun tak ikut rajin macam tu, tapi sehari tu je lah. Manusia ni kalau dah kata tabiat tak payah la praktis jadi baik secara spontan dan dan ketika itu juga. Sekurang-kurangnya mau 40 hari baru melekat. Kalau tak, tidurnya sampai pukul 9 jugak. (Budak U memang ada gejala tidur lepas subuh...bayangkan berapa tahun di U macam itu gayanya..mau rumah mentua nak jerang air lepas subuh?)

Itu cerita zaman dahulu kala, zaman sekarang baru 2 minggu lepas ambe menjahamkan sebekas bihun yang mengikut arahan mentua ambe hanya panaskan saja. Biasalah otak kalau dah tersalah guna kreativiti , benda lain jadinya. Itu pun selamba aje ambe jawab depan mak abe mat itu, "Masin sangat, dah tak boleh makan." huuu, saja je semua. Sejak peristiwa bihun tersadung lori kicap sotong itu, ambe dihantui oleh pelbagai dugaan.

Mungkin juga bihun tu kesan daripada kerja-kerja makmal ambe yang sekali lagi gagal, lalu dihambat pula dengan kejadian sakit gigi, demam anak, sakit mata anak, sakit mata kita, dan akhirnya sakit kakak ipar tunggal ambe. Sakit kakak ipar ambe takdok kaitan dengan makmal, terkecuali. Dengan terjatuh sakitnya kakak ambe, bertambah lagi tanda merah di kedatangan ke tempat kerja (contohnya lah kalau ada buku rekod) secara tidak langsung tertunda tugas2 hakiki (pojan, 2011) ambe. Namun sebagai seorang menantu moden ambe memang excited dengan tugas-tugas 'conventional' seorang menantu, contohnya seperti basuh kain, masak nasik, papah kak Leha masuk bilik, basuh muka kak leha, jaga rumah mentua dan cucu-cucunya yang lain ketika mereka ke tempat rawatan kak leha, melawat kak leha di hospital, tolong biras2 yang lain, bancuh teh untuk tetamu yang ziarah dari pagi sampai petang, dan lain-lain lagi.

---------kenapa cerita sedih ni feeling dia pelik benar--------

mode: sedih