Thursday, December 20, 2012

Sementara menunggu

Suasana di Kota Bharu tegang dengan susunan susunan kereta yang bertali arus.
Saya masih menunggu 'housemate', tegang juga perasaan menunggu.
Saya syak 'housemate' saya sedang berperang dengan sesaknya jalan yang bukan lebuhraya bertol itu.
Ha... azuan sudah telefon housemate saya itu dan ya! syak wasangka saya benar belaka.
Oleh yang demikian saya berniat hendak mula membungkus segala mala spesis buku dan barang-barang dagangan supaya bila housemate saya sampai, saya boleh terus lompat masuk kereta.

Tuesday, November 27, 2012

Ini chapter berapa thesis demo? huhu



                                              foto: netcarboncorp.com

Dalam hujan renyai-renyai di luar bilik pelajar sarjana, timbul pula rasa nak menulis tajuk di atas. Dr. Naji Mahat ni kadang-kadang merupakan 'stimulator' kepada bahan-bahan tulisan tak berfaedah seperti ini. Wakaka.

Tesis ialah satu tulisan yang memerlukan semua bahagian otak untuk bekerja. Sereberum, serebelum, otak depan, otak kecik dekat pangkal tengkuk, semua nak kena jalan. Oleh sebab itu saya gemar menulis tesis ketika waktu-waktu terdesak seperti; u, bila nak hantar chapter... saya tunggu lama dah. (supervisor saya yang lembut tetapi menikam kalbu selalu berbicara begitu) atau ketika ia di ransang oleh ayat ; ini chapter berapa thesis demo? huhuhu.

 Jika saya menulis tesis, saya akan kemaruk makan. Jika saya makan, saya jadi gemuk...Jadi untuk mengelakkan jadi gemuk maka saya tidak menulis tesis secara melampau. huhuhu.

Ada ke patut.... 

Acara menulis blog hanya memerlukan secebis otak sahaja... manakala selebihnya perasaan dan perasan. Tidak perlu rasa lapar.

Pulakkk...

Dr. Naji Mahat hanya menggeleng-geleng kepala, tanda lemah semangat.

Wednesday, November 21, 2012

Tingkatan 6 Rendah bahagian II



Ustaz muda-muda biasanya masuk kelas dengan serius. Mereka mengajar penuh dedikasi dan ikhlas (In Sya Allah). Kami juga belajar dengan serius. Biasalah, kalau mengantuk kami mula tanya benda merapu seperti, ustaz, bila nak kahwin (dalam hati), atau ustaz, kereta merah tu ustaz punya ke?

Selalunya bila 10 minit nak habis, kami memang meracau ke lain. Suatu masa, seorang ustaz mengajar tajuk best. Kami lupa nak mengorat. Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu sudah tamat. Kawan kami barisan belakang sempat bersuara 'mode' releks sambil menjongkang-jongketkan kerusi...Norehan, Salwa, dan beberapa orang lagi.

"Ustaz, esok ustaz masuk kelas tak?" Ayat tanya saja-saja. Kerusi semakin ligat dihayun.

"Masuk...Kenapa." Ustaz bertanya malas, berkejar-kejar ke muka pintu untuk ke kelas sebelah.

Tiba-tiba bunyi dentuman kuat dari sudut kelas bahagian belakang. Gedegang!...Ustaz yang serius itu berpaling dan terpandang sepasang kaki ke atas. (kot). Satu kerusi yang hilang dari pandangan.

Kah!Kah!Kah! Ustaz ketawa terbahak-bahak. Namun bunyi nya bukanlah macam kah kah kah. Entahlah susah nak eksplen.

"Hari ini, sekian sekian haribulan pertama kali dalam sejarah saya mengajar dan peristiwa lucu ini akan saya ingat sampai bila-bila." Ustaz Din itu berlalu dengan ceria. Hari itu sungguh ceria.

Kami pelajar perempuan, yang dominan di kalangan kami-kami sahaja. Malu-malu kucing di khalayak ramai.

Tuesday, November 20, 2012

Tingkatan 6 Rendah

                                        Foto: mynewshub.my


Sementara menunggu keputusan SPM, kami anak beranak setingkatan aliran sains sama-sama naik darjah. Daripada melepak membela tisu-tisu adipos di rumah ada baiknya kita ke sekolah mencari ilmu. Kami, ibarat peribahasa matematik diberi pecahan separa dan wajar bersama-sama pelajar aliran agama. 

Tingkatan enam rendah di sekolah saya semuanya ada err... tak ingat. Kami sangka, kami bertebaran membawa haluan masing-masing. Alangkah sangkaan itu meleset sama sekali. Pantang ada waktu senggang aktiviti melepak di kelas-kelas lain mencari rakan lama dan kenalan baru sungguh aktif. 

Namun demikian, apabila tiba waktu belajar, kami belajar sungguh-sungguh seperti calon Sijil Tinggi Ugama layaknya. Kami belajar Feqah, Tauhid, Hadis, Tafsir dan sebagainya. Kami belajar subjek Pengajian Am, subjek baru derr (derr tidak ada dalam bahasa melayu rasmi). Antara faktor yang menyebabkan kami bersemangat waja dalam menimba ilmu ialah faktor hormon. Kehkeh. Ustaz-ustaz muda yang baru balik dari Mesir diberi peluang mengajar kelas menengah atas. Apalagi, hormon yang ada pada pelajar berusia 19 tahun secara spontan diaktifkan.

Ustaz muda kalau mengajar bab Feqah memang 'out'. Tambah-tambah timbul soalan sensitif bab-bab munakahat, mereka akan mengajar dalam keadaan malu-malu kucing. Kalau boleh mereka nak bersyarah sambil tutup muka di balik langsir. Kami memang pelajar dominan, semua perempuan. Oleh sebab itu kami memiliki seraut muka-tak- tau- malu apabila berada di dalam kelas. Ustaz juga kata, belajar tak boleh malu. Ada pun begitu, antara ustaz-ustaz  muda itu pun berkahwin juga lah dengan pelajarnya.

Saya juga mengamalkan prinsip jangan malu bertanya bila belajar. Untuk pengetahuan, saya seorang pelajar yang naif walaupun banyak tidur dalam kelas. Kalau bab nikah kahwin, walaupun diajar sejak tingkatan 2, otak saya masih tak reti-reti nak 'adapt'. Ustaz banyak guna kias, mana saya faham. Pada suatu hari, ustaz mengajar Feqah bab munakahat, disempitkan sedikit topiknya... mengenai seks dan hukum2 pergaulan suami isteri. 

Ustaz pun berkata ' bla..bla.. bla.. sebab tu jangan kerap sangat main atas padang...nanti pucuk tak tumbuh. paham?'

Saya angkat tangan tak paham. 'kenapa pula tak boleh main kat padang...' dalam kepala saya, padang tu kan luassssssssss, kenapa pula nak bermain kat tempat ada pokok, cari lah tempat lain yang tak ada pokok. 

Ustaz ulang lagi, ulang tang pucuk tak tumbuh tu ler. Saya semakin bingung, apa kaitan dengan subjek derr. Ustaz dah kelat, kebetulan loceng pun berbunyi. Kawan sebelah siku saya dan berbisik; nanti aku eksplen.  

Pada waktu itu, memang saya tak faham.




.  

Monday, November 19, 2012

Perihal hari lahir II

Selama saya hidup di alam fana ini, saya tidak pernah menyambut hari lahir kecuali pada suatu hari. Secara tidak langsung, apabila jatuhnya tarikh 19 November setiap tahun, hari itu berlalu bagaikan hari-hari yang biasa sahaja.

Pada suatu hari yang dimaksudkan itu, ialah kali pertama hari lahir saya disambut oleh kawan-kawan. Kawan-kawan itu pula bagaikan keluarga di tengah kota raya. Saya menerima kejutan budaya ini macam ribut. Saya juga terkejut dengan tingkah laku saya yang tidak sepatutnya itu. Mereka terbungkam diam. Raut-raut wajah yang ceria (mode sambut birthday) bertukar serta merta... apabila mereka kejutkan saya daripada tidur, saya keluar...saya bikin ribut lalu saya masuk tidur semula. Esoknya, saya selongkar peti ais dan melantak kek hari lahir saya. 

Mereka meraikan saya. 
 
Selama saya hidup saya tidak pernah diraikan namun untuk pertama kali, kawan-kawan berhabis belanja dan tenaga hanya untuk meraikan saya, khas untuk saya. Saya sepatutnya memeluk mereka, menangis terharu kerana mereka sanggup bersusah payah kerana saya...tetapi saya memberi reaksi sebaliknya. Saya abaikan susah payah mereka...saya makan juga tapi tanpa perasaan yang sepatutnya, lepas itu saya buat-buat tidak tahu. Apakah? Sebenarnya, keadaan itu reflek dari perasaan terharu dan terkejut. Saya tidak tahu bagaimana untuk menangani situasi sebegini.

Saya tidak sensitif dengan keraian hari lahir kerana saya tidak dididik untuk menjadi sensitif dengan unsur-unsur seperti itu, sedangkan bagi ramai orang ... hari mereka hadir ke dunia sebagai permata hati ayah bonda adalah hari istimewa.

19 November hadir lagi, hari ini bakal berlalu seperti hari-hari yang biasa juga. Padahal sejak peristiwa itu saya telah peka terhadap hari istimewa setiap insan ini. Lalu hari ini sebenarnya adalah hari yang menyentuh hati. Saya menjadi sensitif. Hari ini tidak lagi terasa seperti hari-hari biasa. Shuhada Hamidon (Teacher Ad) adalah orang yang paling 'alert' dengan hari lahir. Walaupun saya buat-buat tidak sensitif pada hari lahir saya, namun apabila AD mengajak saya keluar dan membuat kek semata-mata untuk meraikan keberadaan saya di dunia ini... Saya menangis di dalam hati.

Selamat hari lahir Nor Zaharaini MG.





Sunday, November 18, 2012

Novel

photo: http://whatisthenever.blogspot.com/2012/07/reading-and-writing-escape-and-outlet.html




Saya suka berangan.

Apakah berangan? apa yang saya maksudkan di sini bukanlah sejenis buah. Ia adalah sejenis err... dadah. kehkeh. 

Ok. Serius.

Pada suatu waktu dahulu saya gemar berkhayal. Contohnya saya ada seorang abang yang ada motosikal kuasa besar, hantar dan jemput saya dari sekolah. Kawan-kawan saya gagal menundukkan pandangan kerana abang saya seorang yang kacak dan sopan santun. 

Situasi berangan-angan ini sebenarnya adalah situasi di mana kita mengadakan benda-benda yang kita tak ada . Mengapa saya tidak berkhayal tentang seorang adik lelaki atau perempuan. Buat apa? Saya sudah ada mereka di dunia nyata.

Banyak lagi khayalan-khayalan indah saya. 

Kadang-kadang ia (ia merujuk kepada khayalan, dalam tatabahasa salah kalau letak ia okey) meleret-leret jika dilayan. Lamunan yang meleret-leret ini menyebabkan ibu saya naik angin, tambah-tambah pula bila saya melayan imaginasi semasa menolong beliau di dapur atau membasuh kain.

Untuk mengelak berlakunya ketegangan emosi dan kemalangan di tempat kerja, saya mula mencurahkan cerita-cerita dongeng dalam kepala otak saya di atas kertas. Bila saya menulis, hilanglah rasa keberadaan di alam lain dan legalah hati saya. Saya mula menulis bermula dari darjah enam. Ayah saya walaupun garang tapi beliau agak bersemangat melihat saya menulis. Saya tulis cerita pendek-pendek, cerita panjang-panjang, cerita-cerita basi dan sebagainya.

Darjah enam, saya tulis cerita, tapi cerita tak sudah. Cerita mengenai sepasang lelaki kembar yang berlainan wataknya. Ingat nak tulis cerita pendek a.k.a cerpen. Lepas sambung, sambung... jadilah macam tak jadi.

Tingkatan 3. Saya tulis cerita juga. Lupa pula berapa lama nak habiskan 1 jalan cerita. Cerita pasal budak-budak sekolah menengah. Semasa zaman saya menulis, jalan cerita saya ni agak 'rare' berbanding novel-novel pada masa itu. Namun begitu jika dibandingkan dengan masa sekarang, lebih kurang saja. Jadi , cerita setebal seratus lebih muka surat itu saya bungkus, entah di mana saya pun kurang pasti. Salinan lembutnya pun (soft copy wakakkaa) sudah hangus bersama cakera keras. Kawan-kawan saya seperti Khairiyah Yazid dan Ibtisam Yunus..err Ummu aiman... err.. beberapa kawan matrikulasi sempat membacanya. 

Tingkatan 4 saya berangan lagi...jadi saya terpaksa menulis semula. Kalau tidak, SPM saya akan lingkup. Pernah berlaku satu peristiwa semasa Cikgu Ratni mengajar meiosis dan mitosis dalam makmal, tiba-tiba saya dibawa ke dunia lain oleh kepala otak saya, lalu saya terpaksa dengan tekunnya menulis. Cikgu Ratni amat kagum dengan saya, beliau mati-mati ingat saya salin nota biologi.

Banyak komitmen sangat masa itu saya heret cerita saya ke universiti pula. Bila siap, saya bungkus lagi dan simpan dalam kotak. Hobi saya suka kumpul barang untuk diselongkar ketika ada masa lapang. Selepas kahwin dan ada dua ketul anak, saya selongkar barang seperti biasa lalu cerita yang setebal dekat-dekat 200 mukasurat saya temui. Wahla...bila dibaca semula jalan cerita sudah best macam idea asal...tapi kenapa tatabahasanya lain macam. Kenapa dulu saya rasa macam sudah bagus bangat.

Tarikh tutup DBP sudah semakin hampir, niat nak menghantar novel itu pada mulanya tebal semakin menipis. Bukan apa, mana nak cari masa meng'edit' semua ayat yang tak sedap itu.

Tak apalah novel SALINA pun Pak Samad peram lama juga, 20 tahun pujuk hati saya.

Wednesday, November 14, 2012

Assist sampai jadi


Gambar tema tajuk ini sambil promote buku ini




Tajuk di atas adalah rentetan cerita Zalila Sensen dan kehidupan barunya U.d. 

Selepas beberapa minggu mereka berkenalan, masing-masing sudah selesa berkawan, saya rasa tibalah masanya saya 'offport' dalam perihal membantu dalam perkembangan perhubungan mereka berdua. Hanya berdoa dari jauh sajalah supaya urusan ibadat mendirikan masjid di syurga Allah ini menjadi kenyataan.

Selaku midfielder yang kurang berpengalaman (tidaklah seterer Mohd Badhri Radzi kapten bola TRW), saya tidak tahu pada mulanya apa yang perlu dilakukan. Yang nyata saya hanya membantu hantar gambar Zalila Sensen kepada U.d melalui sistem pesanan multimedia (lambat sangat Zalila Sensen ni respon, banyak main sepakan sudut...susahlah macam ni). Kalau biasa-biasa saya memang mencegah anak-anak muda bertukar gambar. Yang ini, untuk tujuan pernikahan. Rasanya tidak mengapa.

Yang ke dua, saya sekali lagi secara bawah tanah telah menghantar peta rumah Zalila Sensen kepada U.d yang saya tidak kenal batang hidungnya, juga melalui sistem pesanan multimedia. Tak mengapa saya percaya kepada rakan midfielder kak Siti Hajar, kalau dalam arena bola sepak Kak Aja ni macam Azuan Roya lah kot. Berbalik kepada topik peta rumah...iyalah kan, kalau tak tahu rumah macamana pihak lelaki nak hantar rombongan seandainya berjodoh mereka berdua itu. Nak harapkan Zalila Sensen, lambat nak sampai. Nak kena teka lah... apalah. Tahun depan belum tentu jumpa. Rumah kampung dalam bandar, jalan berbelit-belit mak oiiii.

Segala bantuan saya terapkan secara indie supaya modus operani saya cepat dan tepat, Zalila Sensen nak meluap-luap sampai berasap pun tidak apa...yang penting assist. Kini, apabila masing-masing sudah selesa berkawan dan berkenalan lebih kurang saya rasa mereka berdua perlu diberi ruang tanpa inhand. Kawan-kawan terdekat yang mengetahui status kerjaya saya sekarang sebagai midfielder tak ada gaji juga tahu serba sedikit ceritanya Zalila. Serba sedikit sajalah! Apabila saya mewar-warkan untuk 'retire', Azuan  tiba-tiba bersuara tegas; KAK ZA! ASSIST SAMPAI JADI ITU DUA WORANG.

should i, or should i not.

segala nama di atas adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan antara yang hidup di antartika ataupun yang sudah meninggal dunia.










Tuesday, November 6, 2012

Find love in 100 days

Fasa 1 (sesi 2010 / 2011)
Along n Abang Fahmi ------------------> InsyaAllah Selamatttttttttt bakal jadi pengantin bulan 2 tahun depan

Fasa2
Zalila sensen n U.... (sesi 2012/2013) ----------------------> in process

Macam la saya ni buka kompeni kenen-kenen. Bukannnnnnnn

Inilah kisahnya bila duduk di kalangan remaja matang alaf kini. 

Bermula siri 100 hari mencari cinta ialah ketika akhir tahun 2010 nak masuk tahun baru. Kalau tak silap. Mereka wah laaa... begitu bersungguh-sungguh dan berazam sekali. Abang Fahmi yang muka sikit nak gangster tu pun mulanya jual mahal tak patut. Namun begitu berkat keazaman dan doa, berjaya juga dipikat dan diikat. Hohoo... Saya respek. Selepas menjadi follower kepada budak-budak ni...rasa semangat pula nak jadi cheerleader. Maka saya jadi cheerleader. Go go go, aja aja fighting katanya saya.


Ok. Dalam misi ini, Along tidak bersendirian. Ada rakan-rakan sebaya yang lain. Oleh kerana along sudah ada target man, so mereka fokuskan kepada along dulu. Sungguh sporting ye mereka. 

Sekarang, dekat-dekat nak habis belajar tambah lagi dengan perasan tua, ditambah pula lagi kena sound ke mok dia...giliran zalila sensen kawan baik along tu pula yang secara tidak langsung terlibat dalam modus operandi ini. Anak-anak remaja sekelian, untuk makluman misi ini dijalankan secara profesional tahap 4...bukan misi spesis budak2 sekolah menengah ya. Sekian terima kasih.

INI ialah modus operandi bagi pelajar-pelajar dewasa yang fokus sangat kepada pelajaran dan tiba-tiba tersedar bahawa mereka juga perlu fokus kepada sunnah alam.  Wallahua'lam





Thursday, November 1, 2012

Mengikut bab 1 Matematik tambahan tingkatan 4...

......beginilah gamoknya lebih kurang method perhubungan prospek saya.

semoga berkekalan hendaknya ...


The-go-between cum matchmaker terjun

Ya! bagaimanakah cara saya menangani tekanan?(Selain berdoa dan bergantung harap di tikar sejadah)

Sesiapa yang berada di sekeliling saya akan melihat saya sentiasa OK. Walhal masalah saya bertimbun-timbun. Kalau boleh diolah menjadi jirim yang mempunyai jisim, hmm macam bukit gamaknya. Masalah saya bukan masalah orang muda-muda walaupun saya masih belia... ia merupakan masalah sulit, rumit, soal masa depan dan halangan-halangannya. Pendek kata, jika saya tidak mencari alternatif lain untuk hidup, saya lemas dan kemudian toing... MATI.

Ya! sekali lagi bagaimanakah saya menangani tekanan? (Sekali lagi, Selain berdoa dan bergantung harap di tikar sejadah)

Saya suka mencari aktiviti baru. Sewaktu adik bongsu saya mula-mula menjadi arwah (al-Fatihah), saya tiba-tiba suka bercucuk tanam dan melukis. Wah... sudah menjadi wanita ayu dengan meminati bunga. Lalu saya pun berkasih-kasihan lah dengan bunga. Pagi-pagi turun membilas embun dan bercakap-cakap dengan pokok bunga.

Jeng-jeng-jeng. Kali ini tekanan yang saya hadapi hingga memaksa saya menguruskan diri dan tiba-tiba....... secara otomatiknya saya terlibat dengan aktiviti baru. 

SEKALI LAGI JENG-JENG-JENG



Ya...hahah hehehe...tapi ini juga memerlukan usaha, doa dan tawakal... saya menjadi THE - GO - BETWEEN secara tidak sengaja kepada salah seorang kanak-kanan ribena di bilik ini. Sekali gus melupakan seketika rutin hidup harian yang akan berlangsung sehari-hari sehinggalah hari mati. Natijahnya...saya suke saya suke sayerrr sukerrrr...begitulah ejaan budak-budak zaman sekarang. 




Semoga perhubungan zalila enter (sekarang ni Zalila sent, lepas sent , sent- sms kepada prospek) berkekalan dengan pemuda hensem Padang Enggang, lagi baik hati InsyaAllah. 

Kepada rakan subahat saya Kak Siti Hajar. Thank you beri mac. 


 

Monday, October 29, 2012

Kawan tertawa ramai, kawan menangis lain cerita.

Siapakah saya pada pandangan kawan-kawan saya, siapakah saya pada pandangan kenalan saya. Saya tidak mampu menilai melainkan mereka.

Ada seorang dua di kalangan mereka tempat saya mengadu masalah. Dan ada seorang dua di kalangan mereka menjadikan saya tempat menangis. Uniknya mereka itu individu berbeza. Adakah kita sengaja selektif untuk menentukan siapa mereka di hati kita? Tentulah tidak bukan.

Saya mempunyai seorang rakan yang boleh dikategorikan senang bersama, susah bersama, ketawa bersama, menangis bersama. Dalam setahun hanya dua tiga kali berbual. Kalau berpeluang pun, ada celah untuk berperang. Tetapi Maha Suci Tuhan, sehari sebelum Hari Raya Korban saya ditimpa malang. Antara rakan-rakan sekitar saya hampir setiap hari berkongsi cerita, saya memilih untuk meng'teks' dia. "Miah, ada di kampungkah? atau tidak cuti. Tolong aku boleh tak." tanpa menunggu, mesej diterima pantas. "Boleh". Jawapannya tidak menunggu sebab. Tidak juga bersoal selidik mengapa.

Kawan menangis, walau khabar tidak diwarta, hati sentiasa bersama. Salmiah Ibrahim, terima kasih sahabat. Hanya Tuhan mampu membalasnya. Doakan kita bersama di syurga InsyaAllah.


Wednesday, October 17, 2012

Perihal Harilahir

Inilah calon-calon pengharilahir hari ini dari kiri AZUAN, BAITI, ILA, IDA. Semoga panjang umur dan tercapai lah target nak kawin taun depan. Azuan nak kawin taun depan pun buleh tapi kena konfron dengan bini dulu lah kehkeh





 Ini semasa mereka sedang bersusah payah untuk memenuhkan meja khidmat awam a.k.a meja letak makanan wakaf. Jadi jangan sesiapa secara xsengaja letak makanan mereka di situ jika tidak mau kongsi. mereka makan saja tanpa tanya siapa punya. lagi la kehkehkeh/- lelaki bergaya itu sudah berpunya












 Sedang menunggu pavlova hasil air tangan orang yang sedang demam. Sapa pakar pavlova? nanti saya tunjukkan. Yang tudung pink itu bakal pakar forensik, yang sedang termenung itu bukan kerana tunggu makan, tapi sedang melayan perasaan MALAS NAK KENA JAGA EXAM DI DEWAN A. Yang tudung hitam itu tunangan orang, itulah ciri-ciri orang lapar sebenarnya.











 Owh, ini pula tetamu-tetamu sedang membodek birthdayman... tukang baca doa itu sudah tentunya di tengah...yang baju hitam itu hobinya naik kapal terbang melancong sana sini..kalau besday2 girl berangan duduk london time hujan renyai2 dengan suhu aircond 20C sambil merenung ikut tingkap bilik siswazah, beliau cuma mampu jeling2 manja. ada aku kesah katanya...baju belang2 besdayman itu malaslah nak cerita minggu depan dah nak anta 10 kopis.










 WAHLaaaaaaaaa... pakar pavlova yang sedap itu lah yang di kiri sekali... tiba-tiba sahaja xdemam hari ini. Tapi ura-uranya nak sambung tidur tengahari. Pelajar Phd di tengah2 itu bakal mengajar dah taun depan. Si ben tu pulak kelam kabut naik bas dengan tak mandi dekat 2 hari (2hari???)ke penang semata-mata nak cepatkan penghantaran 10 salinan tesis beliau.









 Tak tau lah kenapa si Ila ni minat sangat ambik gambar kek, bukannya kek tu reti senyum pun. Rakan subahat beliau kat tepi sedang memberi sokongan moral.














 Malas nak cerita, ini ciri-ciri orang kenyang.















 Bakal dirindui, areefa Phd candidate dari palestine, bila pulang ke sana kelak kami iringi dengan doa ..semoga keselamatan mengiringi Areefa.















 Gambar sengaja diterbalikkan sebagai langkah2 keselamatan.















 Inilah MAKHLUK PAVLOVA yang sedap itu.
















 Inilah TIRAMISU yang amat sedap itu jugak
















 Bihun singapura hasil tangan Baiti ni tak cukup... Baiti kena up lagi 3 pek lain kali. Please...:)













 4 calon penyambut kesyukuran harilahir mereka bersama pembunuh tikus bersiri, Encik wan.

















Kesimpulan dari laporan saya; Hari ini saya makan percuma , makanan mahal-mahal. Sempena hari lahir kanak-kanak ribena bilik saya sudah tentu! dan sempena sempurnanya sebuah THESIS seorang kawan.Ya, kawan saya yang baju perpel itu. GAMBAR INI SENGAJA JUGA DITERBALIKKAN kerana seorang calon Msc yang BIAS di sebelahnya.









Sekian.

Disediakan oleh,
Tuan tanah.

Tuesday, October 16, 2012

Nilai Sahabat dan Persahabatan





Selepas bergraduasi pada 2004, Ogos...saya mula bekerja untuk beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk menyambung pengajian. Semasa dalam tempoh bekerja, saya merindui zaman persekolahan entah sebab apa. 

Saya terkenangkan kawan-kawan yang  telah membawa haluan hidup masing-masing selepas mendapat skrol di dewan utama universiti. Saya teringatkan senda gurau, susah senang, dan saat-saat makan sepinggan serta tidur sebantal. Saya rindukan kawan-kawan sehingga terasa ada sendu di hati, ada air di mata. Kawan-kawan saya yang dahulu, pada waktu ini ada yang masih di bangku universiti, ada yang berjaya mengurus kerjaya sendiri, ramai yang menjawat jawatan di sektor kerajaan dan swasta. Juga, mungkin sedang merealisasikan cita-cita menjadi surirumah yang berpendidikan tinggi.

Wah... selepas masuk semula ke gedung ilmu sekitar 2007 (sebagai ra) dan  2010 (sebagai pelajar), saya diketemukan dengan kawan-kawan sepengajian yang baru, juga berpeluang mendapat semula pengalaman semasa muda dahulu. Namun, pengalaman ini juga bakal dirindui semula tidak lama lagi.

Persoalannya, mengapakah di alam kerjaya kemanisan nilai persahabatannya tidak semanis di gedung ilmiah ini?

Bagi saya, persahabatan bukan lah material, ia hadir seiring dengan keikhlasan dan ketulusan hati.




 I value my friendship with my every single breath. Friends of my past and still keeping me in touch, so do friends of today.

Happy birthday Siti Nur Zahida, Nur Azila Zulkifly, Nur Baiti, Mohd Azuan Mustafa. I give my purest friendship for you to keep. Please forget me not.




Monday, October 1, 2012

Cerita - cerita basi



Beberapa minggu berulang alik dari Rantau Panjang - Kubang Kerian sudah mula berasa penat. Nasib baik kat opis ada cafe, kalau tak saya memang tak sempat nak makan nasik kat rumah.

Turun rumah berkejar-kejar dengan matahari, masing-masing nak cepat tunjuk muka... terpaksa angkut sheikh dan imam masuk kereta ketika mereka masih mamai.Kesian kan? Mira juga tak ketinggalan berpagi-pagian.

Sampai di rumah sehabis waktu pejabat selalunya beriringan dengan azan maghrib. Anak-anak kepenatan sepanjang perjalanan. Merengek-rengek minta dibelai

Malam pula saya menghabiskan sisa jam dengan melayan anak-anak sahaja. Sebagai seorang pelajar, saya langsung tidak dapat belajar di rumah. Jika punya masa sekalipun, itulah satu-satunya senggang waktu untuk mengumpulkan kembali kudrat tenaga.

Memikirkan betapa sibuknya hari-hari saya yang biasa ini, apatah lagi jika menyambung Phd. Apalah Phd bagi saya jika anak-anak terabai. Saya bukanlah seorang kaya untuk menggaji pembantu untuk mereka.




Tuesday, August 28, 2012

Yet it is all about facts





KENYATAAN mengenai umur yang semakin meningkat tapi belajar tak siap-siap

KENYATAAN mengenai belajar selepas kawin lepas tu beranak lepas satu dan satu lagi (tapi the two cute happy faces at home are such therapies)

KENYATAAN pasal dilema nak belajar lagi sampai pencen atau kerja sebab nak cepat kaya
.
KENYATAAN pasal 1 supervisor janji ditepati..waaaa

KENYATAAN berkenaan rupanya saya seorang yang lambat matang berbanding rakan-rakan seusia lain dari segi perangai

KENYATAAN pasal baru jumpa dengan orang yang blh dikategori CERDIK XBOLEH TURUT BODOW XBOLEH AJAR dan paham makna makrifat pepatah tersebut apabila bersekutu dengannya

KENYATAAN tentang kematian yang mana sapa dulu yang bakal mati, saya dulu kah...atau siapa yang dulu


 KENYATAAN tentang banyaknya kenyataan yang perlu dihadap dan jalan yang bercabang-cabang dan cabang-cabang itu ada sub sub cabang lainnya...mana satu nak pilih, lain la kalau naik helikopter tv3 blh pantau dari atas









Tuesday, April 3, 2012

It is a matter of choice

Everybody can express their points, but you are the one who will decide.

Bila berada di laluan bercabang, selalunya otak ligat berfikir meminta keputusan, namun selalunya juga kita beristikharah lalu mengikut kaki melangkah.

Betapa kasih kepada tanah tempat bermain, tempat isteri adalah di sisi suami. Pun begitu kasih ibu dibawa ke mati.

Wednesday, February 29, 2012

Selamat tahun baru yang lama

P)

Ya..nak habis sepenggal suku tahun pertama 2012, barulah saya berkesudian menulis (berkesudian?)...

Ada dua perkara yang menyebabkan saya putus selera untuk mengisi apa-apa di ruangan ini;
a) tiada apa yang penting
b) terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga tidak tahu apa yang perlu dinukilkan


Bermula daripada arwah Kak Ha sakit yang agak misteri, berlakunya perubahan hormon ke atas diri sendiri yang saya sendiri kurang 'alert', pemergian arwah Kak Ha ke rahmatullah, keputusan drastik tidak mahu appeal for extension untuk fellowship lalu bertawakal sepenuhnya kepada Allah tentang rezeki dan masa depan, perubahan carta perbatuan, dan banyak lagi.

Sedar sedar sudah masuk bulan ke tiga (suku tahun pertama...) ..oleh itu saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU YANG LAMA KEPADA KAWAN2.