Seringkali seorang pesalah yang beritanya terpampang di kaca tv disebut akan kesalahannya beserta dengan hukuman. Paling berat hukuman gantung sampai mati.
Siapakah yang pernah terlintas, mereka yang dihukum itu asalnya seorang bayi yang comel, kanak-kanak yang ceria, aktif, pintar, penghibur hati ayah bonda. Seorang remaja yang mempunyai angan-angan. Seorang insan yang tidak pernah tahu bahawa dalam ceria menghadapi dunia, rupa-rupanya hayatnya berakhir di situ. Bayangkanlah. Apakah mereka yang dinisbatkan dengan cara itu kelihatannya adil? Saya membayangkan peluang keinsafan mereka untuk kembali bertaubat dan kembali dalam masyarakat lalu menjadi insan yang lebih baik, jauh lebih baik berbanding saya. Saya membayangkan kesalahan mereka itu bukanlah lahir dari hati mereka yang asalnya putih.Sila bayangkan hati ibu yang menunggu saat anak digantung mati. Bukan tidak pernah saya fikir, jika mereka membunuh sekali pun, sengaja atau tidak tentulah munasabah jika mereka juga patut mati, tapi adilkan mereka mati dengan cara begini. adakah hukum ini sesuatu yang adil. Sempurna sangatkah gantung sampai mati? Sempurna sangatkah si hakim yang menjatuhkan hukuman. Apa yang tidak sempurnya hukum Qisas ciptaan Tukang segala Manusia.
Setiap kali saya mendengar pemberita dengan nada angkuh membaca; disabit dengan kesalahan itu, mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, hati saya terkedu.
Tidak terlintaskah difikiran, suatu masa dahulu mereka juga punya kehidupan seperti kita, menjadi buah hati ayah bonda, punya cita-cita segala/
No comments:
Post a Comment