Thursday, November 23, 2017

Setiap orang ada hak untuk bersinar


 Ibu bapa mana yang tidak mahu anak berjaya cemerlang dengan kapasiti A paling maksimum dalam slip. Kan? Tapi, sekiranya ada anak yang di asah macamana sekalipun, tak jadi apa. Diri punya badan dah memang tak nampak whiteboard blackboard. Otak dah cannnot go. ABC pun nampak macam ada cendol jagung ais krim dah.

 ADA SATU CERITA BENAR

 Saya ada seorang anak saudara yang perlu saya hargai.

 Saya tak mahu 'highlight'kan anak anak saudara yang lain yang cemerlang dalam belajar. Ini sudah lumrah. Grad mesti sinonim dengan bijak dan haruslah ada ucapan tahniah. Begitu juga jika ada keputusan baik dalam peperiksaan mestilah dapat ucapan tahniah. Kan.

 Anak saudara yang ini lain. Lepas pt3, dia berani menyatakan tidak mahu belajar. Tidak nampak jalan katanya. Wah! Mau tidak terperanjat. Umur 15 tahun, tidak mahu belajar dah. Tapi, dia ada wawasan. Saya gelarkan dia Kakak.

 Dalam umur 16 tahun kakak ambil sijil jahitan. Setahun belajar kakak sudah pandai menjahit baju kurung tradisional mini dan moden, kemeja dan seluar serta blouse. Sekarang pun dalam usia muda kakak sudah menerima tempahan. Sebelum umur 20 kakak sudah mahir dalam menjahit. Bayangkan kemasan jahitan kerja tangannya pada usia yang muda.

Bayangkan pula jaringan kenalan untuk servisnya. Dalam masa orang keliling menjeling kakak kerana keputusannya yang pendek akal kata masyarakat, kakak mengorak langkah tidak berpaling.

  Saya bawa kakak ke BOP minggu lepas, kakak sudah bertanya berapa sewa lot marketplace place. Yessss. Dan dalam kereta semasa kami pulang saya berkata kepadanya "kakak, tahun depan kakak register SPM. Kakak belajar waktu paling kakak selesa. Daftar dengan subjek paling minima. Kita buat sama2."

 Ada sinar di matanya. Bagi saya, kakak bukan tidak cemerlang. Tapi, kakak ada zon masanya yang tersendiri untuk menjadikan dirinya sebutir permata.

 Saya yakin dan percaya, ramai anak muda di luar sana yang hilang dalam diri. Mereka perlu sokongan dan pimpinan ibu bapa. Bagi pihak parents, jangan terlalu menekan, mendesak dan memandang rendah anak anak yang 'dilihat' tidak cemerlang. Anak itu permata. Permata sifatnya berkilau. Cari kilauan itu.

Saturday, March 25, 2017

U don't have to always win

Menghimbau 3 tahun yang kosong... Banyak cerita yang ingin diceritakan. Tapi cukuplah tajuk di atas sebagai kesimpulannya. Selepas segalanya bermula dengan penat lelah.. Dan jerit perih pengorbanan insan tersayang. Selama penantian penuh pengharapan insan terpenting dalam hidup untuk melihat buah hasil titik peluh. Saya lepaskan saat berada selangkah ke garisan penamat. Hanya sekadar itu sajalah permulaan tahun tahun yang murung. Timpaan kekecewaan dan berasa ketidakadilan jenuh bertubi tubi... Hingga kering air mata menahan kesakitan. Lantas... Saya tertunduk menyerah ego. Hati saya memujuk... Sudah sudahlah... Berpijak di bumi nyata. Menyerah bukan bererti kalah. Menyerah bermaksud kita tidak mementingkan diri. Boleh saja merayu... Memohon bantuan pinjaman kewangan bagi menoktahkan sebuah perjalanan seorang pelajar tua. Sebaliknya bila tersilau di sebalik tabir realiti tidak berbaloi menambah beban untuk satu masa depan yang kabur. Iya, boleh saja b
erkata saya tidak cukup tawakal dan berani. Tapi, tidak mengapalah... Saya ingin meletakkan tawakal dan berani saya pada tempat sepatutnya dengan kadar yang saya ada. Saya mengalah kerana sedar... Saya selama ini terlalu mementingkan diri. Sekarang saya telahpun reda untuk melepaskan pengajian saya yang sudah 99% komplit. Maafkan saya bagi yang mengharap penghormatan atas pengajian ini. Saya teruskan hidup seadanya kudrat saya. Win only when it is worth winning.

Thursday, March 23, 2017

3 tahun

Tiga tahun blog ini di tinggalkan sepi. Penasaran mencari sasaran luahan rasa setelah fesbuk jadi kedai alam maya. Hahaha... Selalunya fesbuk jadi sasaran. 3 tahun yang sepi ini anggaplah tahun kemurungan...terbalikkan kepada suatu pantulan positif... 3 tahun masa digilap Ilahi... Digilap dan diuli untuk menjadi seorang manusia. zaman kejatuhan Zaman kemerosotan Zaman pertapaan Zaman kemuflisan Zaman pergolakan Zaman kesedaran pada akhirnya Zaman zaman ini adalah buku teks dari dunia untuk ditelaah..dari teori kepada amali. I am welcoming myself to the blogging world. More to be written here. I miss you hujung pena melorian!