Thursday, November 23, 2017

Setiap orang ada hak untuk bersinar


 Ibu bapa mana yang tidak mahu anak berjaya cemerlang dengan kapasiti A paling maksimum dalam slip. Kan? Tapi, sekiranya ada anak yang di asah macamana sekalipun, tak jadi apa. Diri punya badan dah memang tak nampak whiteboard blackboard. Otak dah cannnot go. ABC pun nampak macam ada cendol jagung ais krim dah.

 ADA SATU CERITA BENAR

 Saya ada seorang anak saudara yang perlu saya hargai.

 Saya tak mahu 'highlight'kan anak anak saudara yang lain yang cemerlang dalam belajar. Ini sudah lumrah. Grad mesti sinonim dengan bijak dan haruslah ada ucapan tahniah. Begitu juga jika ada keputusan baik dalam peperiksaan mestilah dapat ucapan tahniah. Kan.

 Anak saudara yang ini lain. Lepas pt3, dia berani menyatakan tidak mahu belajar. Tidak nampak jalan katanya. Wah! Mau tidak terperanjat. Umur 15 tahun, tidak mahu belajar dah. Tapi, dia ada wawasan. Saya gelarkan dia Kakak.

 Dalam umur 16 tahun kakak ambil sijil jahitan. Setahun belajar kakak sudah pandai menjahit baju kurung tradisional mini dan moden, kemeja dan seluar serta blouse. Sekarang pun dalam usia muda kakak sudah menerima tempahan. Sebelum umur 20 kakak sudah mahir dalam menjahit. Bayangkan kemasan jahitan kerja tangannya pada usia yang muda.

Bayangkan pula jaringan kenalan untuk servisnya. Dalam masa orang keliling menjeling kakak kerana keputusannya yang pendek akal kata masyarakat, kakak mengorak langkah tidak berpaling.

  Saya bawa kakak ke BOP minggu lepas, kakak sudah bertanya berapa sewa lot marketplace place. Yessss. Dan dalam kereta semasa kami pulang saya berkata kepadanya "kakak, tahun depan kakak register SPM. Kakak belajar waktu paling kakak selesa. Daftar dengan subjek paling minima. Kita buat sama2."

 Ada sinar di matanya. Bagi saya, kakak bukan tidak cemerlang. Tapi, kakak ada zon masanya yang tersendiri untuk menjadikan dirinya sebutir permata.

 Saya yakin dan percaya, ramai anak muda di luar sana yang hilang dalam diri. Mereka perlu sokongan dan pimpinan ibu bapa. Bagi pihak parents, jangan terlalu menekan, mendesak dan memandang rendah anak anak yang 'dilihat' tidak cemerlang. Anak itu permata. Permata sifatnya berkilau. Cari kilauan itu.

No comments:

Post a Comment