Menghimbau 3 tahun yang kosong... Banyak cerita yang ingin diceritakan.
Tapi cukuplah tajuk di atas sebagai kesimpulannya.
Selepas segalanya bermula dengan penat lelah.. Dan jerit perih pengorbanan insan tersayang. Selama penantian penuh pengharapan insan terpenting dalam hidup untuk melihat buah hasil titik peluh.
Saya lepaskan saat berada selangkah ke garisan penamat.
Hanya sekadar itu sajalah permulaan tahun tahun yang murung.
Timpaan kekecewaan dan berasa ketidakadilan jenuh bertubi tubi... Hingga kering air mata menahan kesakitan.
Lantas... Saya tertunduk menyerah ego. Hati saya memujuk... Sudah sudahlah... Berpijak di bumi nyata. Menyerah bukan bererti kalah. Menyerah bermaksud kita tidak mementingkan diri.
Boleh saja merayu... Memohon bantuan pinjaman kewangan bagi menoktahkan sebuah perjalanan seorang pelajar tua. Sebaliknya bila tersilau di sebalik tabir realiti tidak berbaloi menambah beban untuk satu masa depan yang kabur. Iya, boleh saja berkata saya tidak cukup tawakal dan berani. Tapi, tidak mengapalah... Saya ingin meletakkan tawakal dan berani saya pada tempat sepatutnya dengan kadar yang saya ada.
Saya mengalah kerana sedar... Saya selama ini terlalu mementingkan diri.
Sekarang saya telahpun reda untuk melepaskan pengajian saya yang sudah 99% komplit. Maafkan saya bagi yang mengharap penghormatan atas pengajian ini.
Saya teruskan hidup seadanya kudrat saya.
Win only when it is worth winning.
No comments:
Post a Comment