Tuesday, November 22, 2011

Tangisan luka sang harimau

The ecstatic manager exposed his pre-match pep talk that motivated all his players to be united for a cause.

"All I said was, they don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents," Kim Swee was quoted by the New Straits Times.

"If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about."- sumber.

And we won.

Tuesday, November 15, 2011

sumber : aspirasi

Dirgahayu Tuanku


SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Tuanku Faris Petra disambut Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hadir pada Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di Padang Merdeka dekat Kota Bharu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-42, 11 November lepas.

Ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan pada kali ini disambut dalam keadaan yang agak berbeza. Tiada pintu gerbang berwarna warni di setiap daerah. Tiada program kebudayaan yang diatur.

Baginda Sultan sudah menunjukkan hemahnya yang tinggi. Selain daripada majlis-majlis rasmi, baginda menganjurkan program berbentuk islamik dan ibadah, mendekati rakyat, memberi kebajikan dan bersedekah sebagai salah satu upacara wajib bagi meraikan keputeraannya.

Baginda menukar laungan 'Daulat Tuanku' yang sering diucapkan pada setiap majlis yang melibatkan Raja dengan Allahu Akhbar. Titah baginda, laungan ditukar kepada Allahu Akbar, supaya pengucapnya mendapat pahala yang daripada Allah SWT.

Malah baginda turut merubah pendekatan pemerintahannya. Selaku Ketua Agama Islam Negeri, baginda bukan sahaja menyertai majlis keagamaan, malah menjadi imam serta mengetuai majlis-majlis agama yang dianjurkan.

Baginda menitahkan agar banner-banner yang digantung di seluruh Kelantan untuk upacara keputeraannya diubah kepada slogan yang baru. "Islam dijunjung, Raja disanjung, Rakyat dipayung." Itulah slogan yang baginda kehendaki.

Dengan mengubah slogan daulat kepada Allahu Akbar, menukar slogan keputeraan dengan meletakkan Islam sebagai keutamaan, ternyata daulat baginda tidak tercemar sama sekali.

Hal ini membuatkan baginda lebih disayangi dan disanjung rakyat.

Baru-baru ini selepas merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri, baginda merentasi karpet merah untuk menuju ke kenderaan rasmi. Tidak semena-mena baginda berhenti. Semua orang terkejut. Baginda berhenti dan lantas berundur ke belakang, mendapatkan mamanda Menteri Besar yang tertinggal kerana baginda yang muda berjalan dengan agak laju.

Sambil tersenyum, baginda kelihatan berseloroh dengan Tuan Guru Nik Aziz. Kedua-dua mereka menguntum senyuman. Kembali berjalan beriringan, MB menuntun Sultan ke kenderaan rasmi baginda.

Dalam banyak majlis yang melibatkan Sultan, baginda kelihatan santai dan begitu menyantuni rakyat, walaupun protokol kebanyakan Raja-Raja Melayu tidak begitu. Pendekatan sebeginilah yang membuatkan rasa kasih sayang rakyat begitu menebal kepada baginda.

Baginda menunjukkan sifatnya yang cenderung kepada agama dengan kekerapan menyantuni alim ulama di Kelantan.

Bukan apa, sekurang-kurangnya Sultan Muhammad Ke-V sudah menunjukkan suatu contoh yang baik buat Raja-Raja Melayu. Iaitu, baginda berusaha mempraktikkan title Ketua Agama Islam Negeri dengan kepribadian dan pergaulan yang islamik.

Tidak salah, malah baik untuk Raja-Raja Melayu mencontohi sifat Sultan Kelantan. Sekali gus Raja-Raja Melayu menjauhkan diri mereka daripada elemen-elemen yang boleh mencemar sifat baginda sebagai Ketua Agama Islam Negeri.


-jadi mengapa ada orang yang meluat lalu meluahkan kemeluatannya dlam blog yang bertajuk meluat dengan cara rakyat kelantan puja raja mereka. to be frank, RAJA ADIL RAJA DISANJUNG.

Monday, November 14, 2011

suatu masa

Seringkali seorang pesalah yang beritanya terpampang di kaca tv disebut akan kesalahannya beserta dengan hukuman. Paling berat hukuman gantung sampai mati.

Siapakah yang pernah terlintas, mereka yang dihukum itu asalnya seorang bayi yang comel, kanak-kanak yang ceria, aktif, pintar, penghibur hati ayah bonda. Seorang remaja yang mempunyai angan-angan. Seorang insan yang tidak pernah tahu bahawa dalam ceria menghadapi dunia, rupa-rupanya hayatnya berakhir di situ. Bayangkanlah. Apakah mereka yang dinisbatkan dengan cara itu kelihatannya adil? Saya membayangkan peluang keinsafan mereka untuk kembali bertaubat dan kembali dalam masyarakat lalu menjadi insan yang lebih baik, jauh lebih baik berbanding saya. Saya membayangkan kesalahan mereka itu bukanlah lahir dari hati mereka yang asalnya putih.

Sila bayangkan hati ibu yang menunggu saat anak digantung mati. Bukan tidak pernah saya fikir, jika mereka membunuh sekali pun, sengaja atau tidak tentulah munasabah jika mereka juga patut mati, tapi adilkan mereka mati dengan cara begini. adakah hukum ini sesuatu yang adil. Sempurna sangatkah gantung sampai mati? Sempurna sangatkah si hakim yang menjatuhkan hukuman. Apa yang tidak sempurnya hukum Qisas ciptaan Tukang segala Manusia.

Setiap kali saya mendengar pemberita dengan nada angkuh membaca; disabit dengan kesalahan itu, mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, hati saya terkedu.

Tidak terlintaskah difikiran, suatu masa dahulu mereka juga punya kehidupan seperti kita, menjadi buah hati ayah bonda, punya cita-cita segala/

Thursday, November 10, 2011

Tuesday, November 8, 2011

Profesor

Membaca entry etty, rasa panas pula bijik mata. Susah nak berlagak tabah ni, tambah-tambah pula sudah 2 hari prof pergi tanpa pengetahuan saya, he was neither my supervisor nor my co, but he was a great teacher.





Dalam dua tiga hari lalu terngiang-ngiang suara prof berpesan, menulis perlu 2 jam sehari, ayat mesti catchy, idea datang dari membaca. Pesan itu sudah bertahun tetapi setiap kali saya malas menulis, suara prof lembut menerjah. Suaranya bermelodikan kasih sayang dan kecintaan.

Rupanya dua tiga hari yang lalu adalah hari terakhirnya prof di sini. Di tanah ini.

Bila tiada, kenangan yang sebesar hama berasa seperti gajah dalam kepala. Bila tiada, terasa hilang bersama kantung ilmu yang tidak ternilai harganya. Bila tiada pesan guru menjadi keramat perjalanan hamba.

Saya pernah tunjuk 'result' graf yang tinggi rendah, graf yang sepatutnya berupa sigmoid jadi macam gigi harimau, saya jadi cuak. (actually cuak sampai sekarang)...tapi prof masih tersenyum dan nada bapanya memujuk, "tiada masalah, jangan bimbang...kita cuba semula."


Prof, perginya bersama ilmu yang tidak sempat hamba gali...rugi terasa sampai ke tulang suasa.

Dan bila tiada, kenangan yang sebesar hama itu berleluasa...

Wednesday, November 2, 2011

Hari-hari seorang menantu

Menjadi menantu moden amat sempoi, muka menantu yang tidak ada perasaan ini kalau orang luar tengok macam err... hard rock cafe.

Masa nak kawin (budak-budak s.p.m kena eja kahwin okey) dulu kawan ambe yang kepoh telah berpesan kalau di rumah mentua pagi-pagi lepas subuh kena jerang air. Biasalah, mula-mula kawin motivasi tinggi sikit jadi lepas subuh ketika hari pertama di rumah mentua, ambe memang ringan tulang menadah air dalam cerek lalu di'dapurgas'kannya. huahuahuaa..memang rajin gila lah, gila pun tak ikut rajin macam tu, tapi sehari tu je lah. Manusia ni kalau dah kata tabiat tak payah la praktis jadi baik secara spontan dan dan ketika itu juga. Sekurang-kurangnya mau 40 hari baru melekat. Kalau tak, tidurnya sampai pukul 9 jugak. (Budak U memang ada gejala tidur lepas subuh...bayangkan berapa tahun di U macam itu gayanya..mau rumah mentua nak jerang air lepas subuh?)

Itu cerita zaman dahulu kala, zaman sekarang baru 2 minggu lepas ambe menjahamkan sebekas bihun yang mengikut arahan mentua ambe hanya panaskan saja. Biasalah otak kalau dah tersalah guna kreativiti , benda lain jadinya. Itu pun selamba aje ambe jawab depan mak abe mat itu, "Masin sangat, dah tak boleh makan." huuu, saja je semua. Sejak peristiwa bihun tersadung lori kicap sotong itu, ambe dihantui oleh pelbagai dugaan.

Mungkin juga bihun tu kesan daripada kerja-kerja makmal ambe yang sekali lagi gagal, lalu dihambat pula dengan kejadian sakit gigi, demam anak, sakit mata anak, sakit mata kita, dan akhirnya sakit kakak ipar tunggal ambe. Sakit kakak ipar ambe takdok kaitan dengan makmal, terkecuali. Dengan terjatuh sakitnya kakak ambe, bertambah lagi tanda merah di kedatangan ke tempat kerja (contohnya lah kalau ada buku rekod) secara tidak langsung tertunda tugas2 hakiki (pojan, 2011) ambe. Namun sebagai seorang menantu moden ambe memang excited dengan tugas-tugas 'conventional' seorang menantu, contohnya seperti basuh kain, masak nasik, papah kak Leha masuk bilik, basuh muka kak leha, jaga rumah mentua dan cucu-cucunya yang lain ketika mereka ke tempat rawatan kak leha, melawat kak leha di hospital, tolong biras2 yang lain, bancuh teh untuk tetamu yang ziarah dari pagi sampai petang, dan lain-lain lagi.

---------kenapa cerita sedih ni feeling dia pelik benar--------

mode: sedih







Thursday, October 27, 2011

subjek baru

suka pula tengok satu cerita ustaz dari page adik ni... sila series bila baca ya kawan-kawan.

Dalam Kelas... Mata pelajaran pendidikan islam hampir tamat... Sebelum keluar... Ustaz pun menberitahu kepada murid-murid...

USTAZ: Minggu depan kita akan belajar tajuk baru...Jadi ustaz nak kamu balik rumah nanti... Baca ayat 287 surah Al-Baqarah ... Sebab ayat ni ada kena mengena dengan tajuk baru kita nanti.. ... ... ...

MURID-MURID : Orait ustaz!

Mingu depannya... Mata pelajaran pendidikan Islam..

USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan? saper yang dah baca ayat tu kat rumah?

Ramai Murid-murid yang mengangkat tangan..

Ustaz pun tersenyum... Lalu berkata...

USTAZ : Saya tak percaya lah....

MURID-MURID : Betul Ustaz... Kami baca.. USTAZ : Cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... Mana ada ayat 287.. Harini kita akan belajar tajuk baru... Dosa-dosa menipu ...




Tuesday, October 25, 2011

Sampai hati

Lepas masukkan nuffnang nampak serabut pula blog suka suki ambo ni. Jadi ambo pun ejas la sikit lay out supaya nampak ringkas.

Dalam blog ni yang paling ambo sayang ialah gambar kartun keyboard ctrl z tulisan korea, keyboard tu akan hide scrap book font. Keyboard tu juga secara tak langsung menjadi trade-mark blog ni. macam gambra-gambra ada trademark orang lidi pegang hati. Haduss...sakitnya hati bila sekejap tadi jari sendiri menyahkan keyboard tu dari sini. Terbayang-bayang lagi gambarnya. Rasa nak menitik air mata pun ada. Mana nak cari lagi. Tak ada dalam soft - copy. Sudah bertahun blog ni diwujudkan keyboard itulah peneman, di saat setiap entry dikambus oleh entry-entry yang lain, keyboard itu gah di situ jua adanya. Setia menunggu ambo mengetik cerita.

Makin tua makin kejam rasanya hati ambo. Adeh,...rasa ngilu dalam hati ni terkenangkan gambar keyboard itu.

mode: sedih.

Makan gula

Makan gula ni bukannya salah, tapi bila banyak makan gula naik lemak juga badan. Hari ni terai air mocca ais masa sejuk memang rasa macam minuman kesihatan tapi bila jadi suhu bilik, haduyaaa betul-betul macam dah makan gula. Dah la sebelum tu bedal 7up lagi, yang terang-terang lebih gula. Aiseh, tekak rasa melekit pula, nak cerita pun payah.

Rentetan dari banyak makan gula, akibatnya gula yang lebih dalam badan disimpan dalam bentuk yang tak jadi gula dah... ia akan jadi lemak. Lemak ni makin dilayan makin menjadi-jadi. Tengoklah tuan blog ni, cuti sakit mata sehari saja tapi bila masuk kerja balik bukan main payah nak angkat kaki naik atas usha-usha kerja hakiki (pojan,2011).

Sunday, October 23, 2011

Cerita sedih

Cerita sedih ni kalau dilayan lemah jiwa. Bila lemah jiwa mula lah melalut mempersoalkan apa yang Tuhan dah lakukan.

Kemon la gels, orang laki sedih tak tunjuk pun...paling kurang diorang bunuh diri atau bunuh orang. paling tidak tendang pintu pagar rumah.

Kita boleh untuk bersedih tapi alangkah bagusnya kalau kita hadkan kesedihan kita dengan istighfar...menangis dua atau tiga 'lap' sudah lah... janganlah dibawa mengarut sangat dengan mempersoalkan takdir Allah pula. Siapa kita nak bersoal-soal dengan ketentuan...terimalah apa adanya kerana Dia bagi nyawa pun dah kira cukup bagus yang amat sangat. Aish, nak berkira itu tak dapat ini tak dapat pula...Sampaikan kita nak ungkit amal ibadah, nak di'barter'kan dengan kehendak sendiri. Keymon la...keymon....

Saya kalau bab cerita sedih ni boleh saja nak cerita, nak cerita sampai banjir pun boleh, tapi bila fikir apalah sangat sedih kita berbanding sedih orang terkedu juga niat di hati. Apalah sangat cerita sedih kita.

Kenapa perlu meratap untuk sesuatu yang kita belum miliki, apakah kita lupa untuk melihat apa yang di sisi, lalu disyukuri.

Thursday, October 20, 2011

nuffnang ni agak2 ...

Agak-agak nuffnang ni pandang tak blog ambe. sebab orang2 ni depa pilih derr blog si anu ni nak letak iklan menda, blog si anu tu nak letak iklan menda. stakat blog ambe ni depa nak letak iklan menda gamok nya.

Jika ada orang nuffnang skodeng blog ambe (ambe yakin ada)... apa kata kita deal in win-win situation, u kasi i iklan yang hot-hot sikit, di mana adanya kompeni iklan xbuat komerselise pon lagi iklan tersebut n hasut follower-follower pipiyapong ikut sinin. I pula akan pablisy iklan2 u olls sesuka hati. sekian terima kasih.

Wednesday, October 19, 2011

Makin Jelas

Sejak blog pojan upgrade jadi berkotak-kotak yang apabila klik dekat kotak tersebut dan jenggg boleh baca entry-entry yang lepas-lepas, saya rasa ada satu pencahayaan yang diilhamkan Allah. Ada pro dan cons juga pojan buat kotak-kotak, pronya saya dapat pencahayaan consnya ialah otak tua saya menggagau-gagau skema baru blog beliau adaaaanyaaaaa.

Pencahayaan.

Pencahayaan ini memang betul-betul ada kaitan dengan tajuk. Tidak seperti tajuk sakit gigi yang kalau mungkin sama dengan isi entrynya pun sikit saja iaitu ayat rasa-macam-semacam.

Pencahayaan ini adalah mengenai satu entry beliau bertajuk 'bukan benci doktor' (nahaslah dia kalau benci doktor sebab bini dia pun doktor kehkeh).

Pencahayaan ini adalah mengenai masa depan saya yang pada satu masa dahulu saya sangat-sangat nak masuk kelas sains sebab sakit hati dengan Serbia, bukan nak jadi doktor. Bapak saya pulak nak saya jadi ustazah. Masa zaman sweet 16 itu saya tak mau jadi ustazah sebab dah memang saya nak masuk kelas sains. Tapi sakit hati dengan serbia bukanlah satu cita-cita malah jauh sekali cita-cita yang terang cahayanya. Tahu perang bosnia - serb bila tahunnya? tanya saya, saya ingat.

Masa sekolah menengah juga (atau masa undergraduat dah ingat-ingat lupa) ada satu scene romantik di mana saya sedang bercakap-cakap dengan ibu saudara saya; ia juga soal masa depan tapi lagi sekali ia bukan cita-cita yang jelas walaupun dah ada bau-bau embisyen. Dalam cakap-cakap berlatarkan sawah bendang saya bertanya dan berkira-kira sendiri dan jelas ibu saudara saya juga mendengarnya. Ayat kira-kira saya itu seperti berikut: Habis belajar ni kerja apa yang boleh bekerja dari rumah dan masa itu boleh diurus ikut suka. hmm, bertani pun boleh. Saya berkira-kira soal cita-cita namun masih tidak jelas.

Saya masih belajar kerana saya masih belum jelas apa yang saya mahu corakkan... dan sekarang bila makin jelas makin semangat nak habiskan... InsyaAllah...

Kagum dengan budak-budak yang kecik-kecik lagi dah jelas halatuju hidup...saya syak itu budak-budak klon dari sel orang tua. Saya masih budak-budak, cuma sel saya matang cepat sangat.

Tuesday, October 18, 2011

Sakit gigi

baca blog orang ni kita dah boleh agak tuan punya blog tu orang ada duit ke orang yang kurang duit...bila baca blog orang tu boleh gi macam-macam destinasi best-best, klik gambar situ klik gambar sini lepas tu cerita kebahagiaan yang amat sangat sebab berpeluang...rasa macam semacam. Bila baca blog orang ni dengan rintihan yang mendayu-dayu, bersusah payah memujuk diri supaya bertabah hati, rasa macam semacam jugak.

cerita ni tak ada kaitan dengan sakit gigi.

Thursday, September 22, 2011

Apa nak di kata


Terlalu banyak cerita namun bukan tentang bahagia
Terlalu banyak cerita namun atas nama rahsia
Terlalu banyak cerita namun berbingkai kenangan saja

Teduh alam berbumbung awan kelabu
Sarat hamil benih-benih hujan
Musim sudah matang untuk melahirkan
meniup angin dari cina selatan
Daku di tetingkap gedung ini
Merenung alam yang sufi
Merenung juga ke dalam diri
Aduhai...
Ke mana pergi
jiwa tulus seputih salji
menampung perjuangan ini

Dari;
aku
PPSK
USMKK

Thursday, September 1, 2011

men are from Mars

Cerita dekat raya ni macam-macam.

Mintak ampun sana sini, tapi dengan laki belum lagi. haduyaa (contoh)

Bab 1
Belum raya abe mat sibuk servis kereta antik sikit-siki,t dekat-dekat raya servis banyak2 yang batin2 punya, cari klinik enjin la, klinik tangki air la, macam2. Habis juga beratus-ratus, tapi tak mengapa itu keperluan. Tiba-tiba bini abe mat tersilau sport rims 4 ekor ketika suaminya memarking kereta di bawah lembayung porch, panjang lebar cerita abe mat pasal sport rim, lawa la , kiut pun ada besi bulat tu katanya. Bini abe mat tercengang nak kena angin pasang, katanya nak bajet tapi sport rim itu keperluan apa jadahnya. bagi bini abe mat sport rim tu aksesori macam bangle. Bini abe mat sabar.

Bab 2
"Nak ke mana ni?"
"Rumah kak zila, ambik biskut raya."


"Bey, nak duit jap lagi Hamdah sampai hantar biskut raya."
"Berapa ringgit semua habis beli biskut?"
"Adalah dalam seratus. ALAH...BISKUT RAYA NI MACAM SPORT RIM KERETA JUGAK. TAK ADA BISKUT RAYA, RAYA TAK CANTIK."

Abe mat senyap. Agak-agak makhluk dari marikh ni nak kena angin pasang kot.

Sekian cerita seorang makhluk dari venus.




Sunday, July 17, 2011

keramat


Ini memang senjata keramat saya, ada nampak macam keris tak?

Sunday, July 10, 2011

Jawapan padat.

saya copy paste jawapan dalam 1 group berkenaan bisnes org melayu makin mati...ramai la manusia respon bla bla blah... tapi respon encik ni saya memang respek betui. Ini le respon beliau:

Aduhai orang Melayu lagi...

Kalau budak-budak muda tanya saya akan tanya balik..

Siapa nak masuk syurga? Semua kata Ya
Bila tanya siapa nak mati? ( MATI syarat pertama masuk syurga) Tak ada nak jawab.

Begitula bila kita tanya siapa nak kaya semua nak..tambahan pula kerajaan bagi sokongan macam-macam..

Tiga rule pertama

1-Ilmu yang kita atau beberapa orang saja tahu atau ilmu tacit (tersirat)

Kalau setakat ada degree/master/PhD yang beribu orang lain pun belajar syllabus yang sama setiap tahun atau kursus MARA yang berjuta orang tahu memang lah tak ada chance langsung nak hidup. Siapa tahu formula coca-cola atau KFC?

2-Komitmen

Bila ada bencana alam seperti tsunami atau banjir besar cuba tengok hanya MAMAK yang masih bukak kedai.Mamak ni kalau dia tutup kedai eloklah tanya kat mana nak simpan (kubur) -kena ziarah juga sebab saudara seagama.Kalau setakat banjir paras dada dia goreng mee lagi. Yang paling akhir tutup kedai Cina dan paling awal bukak semula pun Cina dalam senario bencana alam yang besar.

Kedai kena bukak 7 hari seminggu dan sekurang-kurangnya 12 jam sehari. Raya pun kena buka.Ada orang lain tutup?

3- Berhenti merungut

Adat berniaga bunuh membunuh. Bila CSL dah mula nampak potensi Nokia dan Samsung turunkan harga entry level sampai RM60/70. Bila Citibank mula masuk pasaran credit card Malaysia rule Bank Negara kena bagi yang gaji minimum RM1500/bulan. Dia bagi yang gaji seribu saja asalkan boleh reka sebab total tahunan RM18k. Mati bisnes kad kredit kebanyakkan bank Malaysia termasuk pioneer Bank Bumiputra.

Berapa banyak kali kita baca dalam paper taukeh Cina mati ditembak? Bagi yang berniaga berapa banyak kawan kita kena tembak? Baik Melayu atau Cina?

Ini bukan soal Melayu atau Cina atau bangsa apapun ini 'rule of the game'.

Ini korang asyik melalak kesana kemari Melayu dengki khianat sesama sendiri apahal?

Bab niaga tak ada kaitan dengan agama atau bangsa. Semua hidup dalam rule yang sama. Dekad 80'an Aminah Hassan memang satu brand yang sangat besar. Kalau dibiarkan mungkin akan jadi world brand. Memang dah nampak sangat ketika itu dan perlu ada kesatuan untuk membunuhnya sebelum dia melingkupkan orang lain.. Sebab itu kita guna kicap cap unta hari ini. Sekarang punya Aminah Hassan tak tahulah siap punya...

Tok sah banyak merungut dan tak payah dengar banyak sangat nasihat orang nanti jadi gila. Orang yang tak ada anak yang paling banyak petua nak bela anak. Belajar bisnes anda dan buat kerja anda sehabis daya. Askar masuk perang dia tak pernah tanya musuh apsal tembak-tembak ni? dengki ah?

Rule 1-3 boleh membuat anda berjaya dan mungkin kaya tapi anda akan lingkup semula selepas itu. Kali ini pasti lebih teruk lagi sebab anda dah terbang tinggi. The higher you are the harder you fall. Mungkin ada yang nak bunuh diri dan ada juga yang gila.

Yang survive akan jumpa rule no 4-terpampang depan mata.. so tak payah nak cerita panjang-panjang lagi.

Jangan percaya sangat apa yang saya ajar sebab pepatah orang Amerika kata 'those who cannot do -teach' Orang yang tak boleh buat kerja dia akan mengajar ;-)



Wassalam.

Mental age test

Hmm, memang padan. Tak adalah i kebudak-budakan sangat. Dan tak adalah terlajak matang. Yang sedang-sedang aja. kredit to Kelon Eric Bana.


Wednesday, July 6, 2011

Lab and the world outside

While completing today's experiment i got a phone call from Cantik. She said only RM 50 out of hundred was banked into her account. As i guess. Days before, the last piece of RM50 of mine stuck at the ATM deposit machine. After struggling for few seconds the piece has been taken out by a kind pakcik. I thought another piece of RM50 has passed the process and was safely 'landing' in Cantik's account. Unfortunately it was not.

Tomorrow, Dr Izani and I are going to have a serious discussion about my project and this messy-technical-problem of ATM from one establish bank in the country make my mind miserable. I thought conventional method of depositing money safer than dealing with brainless machine. End result, i have to drive and meet some guys there (again) just to tell and report that their machine has swallowed my money but printed nothing as proof.



It was annoying and irritating as i have to deal with workload in lab. Haissehhhhhhhhhhhh!

Monday, July 4, 2011

simple minded

How could my simple mind understand the craziest thing in the world like managing, organizing, observing, making chart what so called r.e.s.e.a.r.c.h.... Yahoooo, am done with it.

Sunday, July 3, 2011

Up and Down

I see life in marry-go-round,
I did things in circular,
I hate routines yet it comes around.

Wednesday, June 29, 2011

Melawat Abdullah Azzam






a) Abdullah Azzam dengan Abi


b) Dari kiri ; Abdullah Azzam dan Sheikh Mutawalley bersama ayah-ayah mereka.


Semalam kami melawat Abdullah Azzam, gembira melihat Abdullah Azzam semakin pulih walau sinar matanya masih pudar.

Siapakah Abdullah Azzam dalam sejarah Islam? Selain siapakah Sheikh Mutawalley dalam siri kebangkitan Islam?


Abdullah azzam adalah mentor kepada Osama Laden, insan terhormat dalam medan jihad era moden. Abdullah Azzam gugur sebagai syuhada, dan terkenal di kalangan ummat Palestin. Inilah Abdullah Azzam.


c) Sheikh Abdullah Azzam RM

Saya tidak mahu cerita panjang tentang Sheikh Mutawalli

Saya mendoakan kedua anak-anak kepada ayah mereka di atas ini menjadi aset penting untuk memasak tampok kegemilangan Islam era baru, sebagaimana yang dinamakan kepada mereka. Amiiinnn ya Rabbal alamiin... Ya Allah Ya Tuhan kami, panjangkanlah umur mereka untuk syahid demiMu.












Sunday, June 26, 2011

Abdullah Azzam B. Muhd Zaidi

Muhammad Azzam ialah anak kepada anak saudara abe mat. Azzam sangat comel dan berumur 8 bulan.

Semalam Azzam tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke wad 6 Selatan HUSM, sehari sebelum itu Azzam telah menunjukkan tanda-tanda yang tidak menarik seperti tidak aktif. Hari ini, saya mendapat berita, kejadian tidak sedar diri terjadi lagi.

Berita mengenai Azzam banyak mempengaruhi jadual saya.

Saya berdoa agar Azzam cepat pulih.

Saya berdoa agar abi dan ummi azzam tabah mengharungi dugaan, mereka masih lagi menuntut di Universiti San'a Yaman dan masih muda. Allah menyayangi mereka.

Wednesday, June 22, 2011

HZ BABY VILLAGE CONTEST






Assalamualaikum WBT tuan kedai, "))


hUHUHuUU... ini PAPA AZKIYA punya pasal. Tak pasal-pasal kena masuk peradu-aduan dalam Hzbaby ni. Apa tuan hamba papa azkiya cabar daku gamoknya.

Hamba tidaklah tercabar mana dengan ugutan tuan hamba papa azkiya, tapi bila buka blog tuan kedai, napok macam tulisan eja e.a.r.t.h s.a.v.e.r, semangat pahlawan hamba menyala-nyala kerana hamba memang into dengan alam sekitar. Maka hamba PUN memberi sokongan moral kepada insan yang kasih kepada alam dan manusia. Begitu adanya. Hadiah? itu memang faktor utama hamba masuk PERADUAN, tak jadi manusia awam la kalau tak materialistik (gamoknya la)

Alang-alang masuk, hamba nak masuk kategori A yang TEGARRRRRRRRRRRR.Nah buktinya!



Bukti a: CD spongebob toing toing



Bukti B: CD Kartun harimau kiut yang sedang main kejar-kejar la, badminton la, dan sebagainya seperti mana tertera di CD itu.

Bukti C: Tidak terdapat di sini, sebab xsanggup nak melondeh seluar watak utama karangan ini banyak-banyak kali. Tapi ada yang rupe kulit harimau bintang, harimau belang, kulit lembu, kalau nak mood romeo sikit hamba pakaikan CD polka dot dot biru.


OK LAH tokey, kawan tokey iaitu hero dalam cerita pendek hamba ni pakai lampin pakai buang dalam 2 bulan sajalah bermula dari hari beliau diperanakkan, sebagaimana tarikhnya dalam IC beliau. Selepas itu mak dia mula tayang CD warna warni depan mata beliau, ternganga-nganga beliau kegembiraan.

Bermula dari tarikh itu, beliau terus berCD. Makan CD, minum CD, tidur CD, dan main pun pakai CD. Mandi tak pakai apa-apa. Mak beliau basuh CD dengan sabun basuh pinggan GLO. Ngeh ngeh ngeh... petua dari sapa entah. Tapi insert dan CD jadi wangi ooo pakai glo...kan yang tak ada bamboo tu bau hancingnya kuat ye dak? basuh ngan glo fuhh wangi gilers. Orang jutawan sikit belilah HDA pureen.

Nak basuh poo pun senang jugak. Nak kering pun senang jugak. Mak beliau kerja kalah operator kilang yang ambik banyak OT, tapi sempat je rotate CD 7 helai. Insan marhain seperti mak beliau cukup la dengan 7, kalau jutawan beli lah semua corak kiut2, yang ada kat sini, tak apa. Tokey tak marah pun kalau barang dia habis.

Nak suggest member pun kena la yang pejuang alam sekitar jugak yer dak...hamba rasa mentor blog hamba cikgu pipiyapong layak la dicadangkan untuk ini sebab jiwa beliau jiwa rocks(batu-batuan) yang sinonim dengan alam. Anak sedara cikgu pipiyapong pun ramai, cikgu mungkin berminat beli untuk besday. Hah, mun mokcik anis, molek la beli ko firas, wat gi brunei, tanam pokok banyak2 buat hapa, diapers bukan buleh buat baja pun. Tak lut tanah 100 tahun tu...nanti ayam makan tercekik, mati. Cacing makan tercekik, mati. Air tak surut, banjir. Habis pokok bungan mun. Meh beli CD. PAPA AZKIYA, APA LAGI? AJAK ORANG JOIN PERADUAN, TAPI DEMO TAK BELI, MANA ADA KLASS.




Sukan Orang Kurang Upaya (SUKOKU) Peringkat Negeri, saringan hari 1


Gambar 1: Ini saya (bukan wajah sebenar)

Gambar 2: Anak-anak istimewa

Gambar 3: Bersama guru masing-masing


Gambar 4: Antara sukarelawan



Inilah antara aktiviti kegemaran saya... setakat ini saja yang saya mampu. Bersama mereka terasa hati cepat penuh. Teringat kata-kata Dr.Ziad ketika bertemu beliau beberapa tahun dahulu: "Wohoo...Dok sini lagi? saya ingat awak dah terbang ke mana-mana ikut MERCY." Saya cuma mampu tepuk dahi.

Thursday, June 9, 2011

Sheikh Abu Bakr di USM

Lupakan seketika cita-cita saya mahu menjadi wartawan kampung melor.

Saya nak kisahkan sikit hari-hari saya yang masih tidak bertanda di sini. Hehe. Semalam hari malas saya. Mengapa saya malas ketika saya berazam untuk rajin? Kisahnya bermula pada seketul tayar kereta. Plan di waktu pagi saya terganggu kerana timing lari, setibanya saya di usm, semangat saya merudum sebanyak 40%. Ruduman itu melarat sehingga lepas waktu makan tengahari namun begitu, graf sedikit naik dengan ter'otoklef'nya media. Naik sedikit saja ya. Selepas itu saya balik rumah.

Berkenaan Sheikh abu Bakr.

Jeng jeng jeng.

Selepas saya buat kerja sesi pagi (hari ini saya rajin...kahkahkah riak nak rak), ada satu pengumuman untuk ke bilik seminar. Sheikh Abu BAkr der... tengok muka saja sayu rasa hati.

Ini lah cerita saya yang sebenar untuk entri ini.

Sheikh seorang yang buta, dibutakan matanya oleh yahudi, dengan laser dan renjatan elektrik, 8 kali masuk penjara. Beliau tidak dapat melihat sejak 1981.

Sheikh ke Malaysia untuk rawatan mata. Semoga disembuhkan Allah.

Antara yang terkesan dalam hati saya ialah beliau membawa pesanan wanita-wanita palestin, mereka bertanya kepada kita yang menetap di negara aman ini dengan pertanyaan yang lebih kurang begini;

Kami telah mengorbankan suami, anak-anak, dan harta kami...apakah yang telah kamu korbankan untuk al-Aqsa.

Begitulah...

Perlu diingat Al-Aqsa bukan tanggungjawab orang-orang Palestin sahaja, tetapi tanggungjawab semua umat berdasarkan beberapa hal berikut:

a) Masjid Aqsa adalah binaan ke 2 selepas kaabah
b) Masjid ke 3 paling suci selepas masjid Haram dan masjid Nabi
c) Tempat nabi melakukan isra miraj
d) Al-Aqsa sunat diziarah ( tetapi bukan buat masa sekarang)
e) Al Quds bumi suci tempat lahirnya ramai nabi dan ulamak, dan terdapat makam sahabat
f) Sydn Omar pernah menawan Aqsa tanpa peperangan
g) Solahuddin al-Ayyubi juga pernah menawan al-Aqsa

Banyak lagi info yang saya dapat, tetapi itulah yang terkesan di hati.

p/s: Terkenangkan Areefa yang terbang ke kampung halamannya, Ghaza pada minggu lepas, semoga Areefa dan keluarga berada di bawah lindungan Allah dan kembali meneruskan pengajian musim depan.





Tuesday, June 7, 2011

Metro... Metro...sungguh tabloid

Selepas Tuhan meminjamkan saya seorang Sheikh di rumah, saya sudah tidak mampu membaca surat khabar yang satu ini. Cerita-cerita sadis, tajuk-tajuk ngeri, gambar-gambar yang teruji perasaan. Menakutkan jika melihat dunia dari kaca mata Metro.

Perlukah dipaparkan jasad berdarah, jasad yang berkecai, jasad yang terkambus bumi...perlukah? Tambahan pula jasad itu milik suatu roh yang masih tidak punya dosa.

Nasib baik sistem elektronik sekarang boleh main tekan. Pejam sebelah mata, tekan ruangan arena. Itu pun sebab tertidur malam tadi, tertinggal berita sukan. Kalau tak memang saya tak tekan-tekan der... tambahan pula ada laporan dari awam yang akhbar ini pernah melabel penyokong TRW, syaitan merah. Saya memang hangin satu badan.

Thursday, June 2, 2011

Visi dan Misi (fuyyooo)

Mengikut perkembangan tren menulis terkini saya ada suatu visi untuk dijayakan dalam blog saya ini.

hehehe...

Oh, sebelum itu saya nak bercerita pasal melawat anak kembar mat zek/

Pada satu masa dahulu saya seorang perempuan yang ketiadaan deria perasaan ibu-ibu, bahasa genetiknya alel deria itu tersupressed. Oleh itu tiap kali kawan-kawan saya yang masih perawan ini shout out loud pasal baby dan kegilaan mereka pada baby, saya menjadi kagum yang melampau...tiap kali baby lalu mereka akan membeliakkan biji mata genre blink blink. contoh dialog: ooo comelnyeeeeeeeeeeee; macam kucennnnnnnnnnnnn la..cute nyeeeeeeeeeeeeee.. ; lambatnya kaknot nak datang rindu rasyadlaaaaaaaaaaaaaaaaa (nama tiada kaitan antara yang hidup dengan yang mati) dan berbagai contoh lagi. Padahal mereka pakwe pun tak ada walaupun semua lawa-lawa dan sopan-sopan, macamana perasaan ibu-ibu ini dijelmakan secara semula jadi?

Sayangnya, saya tidak begitu...kalau dengan kucing itu kes lain la bro.

Selepas ada budak kecik sorang di rumah, sedarlah saya... wohooo, saya pun ada perasaan ibu-ibu jugak. Perasaannya sama dengan perasaan menjaga kucing juga cuma lebih banyak lagi. Jadi bila melawat anak kembar mat zek, tiba-tiba saya menjadi terkinja-kinja tengok baby. Apa kejadahnya lah aku minindakkan tindakan reflek sampai tak ingat dunia, misteri alam kan? Comannyaaaaaaaaaaa budak kecik... anugerah terindah hidup ini.

Okay berbalik kepada Visi dan Misi... saya rasa visi saya seterusnya ialah menjadi wartawan untuk kampung saya dengan mengambil gambar dan aktiviti terkini penduduk kampung, demi menghargai warga jiran tetangga. Misi pertama saya ialah mengambil foto bengkel Lok, seorang mekanik cina yang hensem dan ada anak yang comel. Misi yang lebih mencabar lagi, saya nak ambik gambar Lok sekali dengan bini beliau. Hehehe... semoga saya berani. Saya sudah merangka jawapan jika Lok bertanya begini: Kenapa anda tiba-tiba saja berminat dengan saya serta kerjaya saya?

Wednesday, June 1, 2011

Bersantai-santai

Oh, sebenarnya tarikh akhir menghantar bab 3 tesis saya pada 31 hb 5 2011. Semalam. Selepas hantar melalui e-mel, saya pun balik. Demam terbawa-bawa ke hari ini. Tapi nasi habis juga taram dalam satu pinggan untuk alas pagi, lauk ayam goreng dengan tiga ketul hempedal (hempedal??) beliau. Telan sajalah, perut saya memang muat pun isi sarapan kalau setakat 3 ketul pedal dengan nasi pinggan penuh, walaupun bau aroma tidak dapat saya hayati. Orang demam memang begini, selera makan (walaupun tak dapat bau aroma) memang tinggi.

Hari ini saya terpaksa meneruskan kerja-kerja saya di makmal, tetapi saya sepertinya mahu bersantai-santai dahulu separuh hari sempena meraikan kejayaan saya menghantar bab 3. Jadi, saya ambil masa santaian saya ini dengan memenuhi buku skrap saya :() !

Sebenarnya sistem imun saya sukar digugat oleh mana-mana strain patogen, kecuali semasa saya menduduki peperiksaan besar-besar (tidak termasuk di U, sebab di U saya malas dan tidak begitu berusaha baca buku pun sambil bergulung-gulung dalam toto dan tengok winter sonata). Jadi saya rasa, menghantar bab 3 adalah satu perkara serius dalam hidup sehingga sistem imun saya sedikit rabak.

Di sini saya berhipotesis bahawa, jika satu tesis mengandungi 5 bab, sistem badan saya akan mengalami gangguan teknikal sebanyak 5 kali.

Err, orang demam macam saya begitu bersemangat ke sekolah hari ini, di mana rakan-rakan saya yang tidak demam... semua orang tak nampak bayang lagi...dah masuk waktu rehat sesi pertama (merujuk kepada sistem rehat sekolah rendah) ini sudah lebihhhhhhhhhhhhh.

Monday, May 30, 2011

Baru

Lepas saya tengok blog mentor saya bertukar, saya pun ingin bertukar rupa. supaya mood menulis jadi sirius sikit. Hari yang gelap harapnya sudah terang.

Sunday, May 29, 2011

Lupa

Selepas hari khamis, negeri kami cuti selama dua hari.

Dua hari itu saya cuti dengan erti kata sebenarnya cuti.

Hari ini saya datang ke sekolah dengan penuh tenaga alam/.

Bila tiba di makmal, saya terperasan satu stand, yang mana ada ekstrak dan beberapa tiub kompoun yang lupa di'peti'kan selama dua hari berturut-turut.

Perasaan saya seperti mahu bergolek-golek seperti sheikh di situ juga.

Dunia...dunia.,..

Wednesday, May 25, 2011

Perasaan

Bercakap soal siapa nak grad dulu cukup menguji keimanan.

Kerja-kerja lab saya berjalan lancar walau pun hasilnya negatif , selagi saya patuh senarai things-to-do . Saya puas hati. Namun hari ini graf saya sedikit menurun melihat kontaminan dalam sampel saya, walhal banyak senarai tugas untuk hari ini.

Dilema saya hari ini.

a) ulang yang kontaminan
b) teruskan apa yang ada dalam senarai
c) duduk di depan skrin laptop, abaikan lab sementara untuk hilangkan kecewa
d) buat rilek macam tuan tanah sini ketika putus idea menulis

Thursday, May 12, 2011

DMSO

Dimethyil sulfoxide

DMSO digunakan untuk melarutkan ektrak tumbuhan, tetapi sejauh mana aras selamat penggunaan DMSO ke atas bakteria? Saya serius mencari jawapan kepada isu ini sebagai alasan supaya saya tidak perlu mengulang eksperimen, seperti hayati ke indon mencari ulamak untuk mengalas budayanya yang tidak mahu bertudung.

Wednesday, May 11, 2011

Mencari Kartika dan Who am I

Saya tak teruja sangat menonton filem dokumentari arahan nor hayati karpawi ini, apa yang mengujakan saya adalah sesi soal jawab diskusi yang dikatakan ilmiah (err ok, diskusi ini memang ilmiah TAPI>>>) tapi..apa kes la norhayati karpawi ini bila panel lain mengutarakan pandangan ilmiah mereka, beliau tidak menumpukan perhatian... pot pet pot pet dengan orang sebelah.

Selaku panel, beliau harus peka dengan kertas dan pen. Panel lain ada pen dan kertas okay. Bukan lenggang lenggok tunggu orang bekap. Nampak sangat dokumentari beliau tidak menjurus ke arah akedemik tapi untuk ke arah kepentingan peribadi dan mencetuskan polemik. Ini tidak baik untuk kesihatan generasi Sheh.

Saya tidak layak jadi YB kerana selaku YB kita perlu maintain cool dalam menghadapi serangan sebegini. Kalau saya di tempat panel yang satu lagi, dah lama kena tapak kasut saya agaknya nor hayati karpawi ni. Orang nak terang ni dengar betul betul la bangang!...

Filem who am i ialah berkenaan isu tudung yang mana 2 orang panel bangang tu kata hadis nabi ke langit tengok rambut kena bakar tu tak soheh.

Would u mind to b the next genius

Would you mind to be THE NEXT GENIUS ??



Kalau anda mengira genius merupakan bawaan yang memiliki IQ jauh di atas rata-rata, anda salah . mereka hanya berhasil menggunakan kemampuan otaknya lebih dari orang-orang biasa. Sebenarnya semua orang pun mampu mengembangkan kemampuan berpikir seperti otak mereka, hanya diperlukan KEMAUAN dan KERJA KERAS. Bill Gates, si pemilik perusahaan Microsoft yang juga merupakan 1 di antara para genius mengatakan bahwa 99% yang menciptakan kegeniusan adalah KERJA KERAS. Genius di sini bukanlah seseorang yang memiliki IQ jauh di atas rata-rata, tetapi genius di sini adalah Expert atauJustify Full para ahli di bidangnya
Bagi mereka para genius, hanya ada 3 kunci untuk kegeniusan mereka, kita pun bisa menjadi bagian dari mereka, dengan kunci KEMAUAN dan KERJA KERAS.

Rahsia 1.
Si genius boleh mencari cara sendiri untuk menguasai hal-hal yang belum di kuasainya. Para genius menciptakan metode belajar sendiri yang paling sesuai dengan diri mereka. Jika tidak menguasai suatu subjek, mereka akan cari tahu cara paling efisien untuk mempelajarinya. Mereka terus mencuba (mereka tidak pernah berhenti mencuba jika belum berhasil) sampai mereka mampu menguasai yang ingin dikuasainya. Kalau gagal dengan satu metode, mereka akan mencuba metode lainnya.

Rahsia 2.
Para genius memiliki motivasi yang "sangat, sangat, sangat besar!" untuk menguasai apa yang menjadi minatnya. Kadangkala mereka rela mengorbankan berbagai hal demi minatnya itu. Inilah kisah Bill Gates si orang terkaya di muka bumi: "Bill Gates orang yang cerdas. Itu sudah pasti. Jika tidak cerdas, dia tidak akan mampu masuk Universiti Harvard, yang merupakan universiti terbaik di dunia. Tapi dia keluar. Alasannya: "Aku ingin berbuat lebih." Rupanya, dia tidak ingin hanya menjadi cerdas. Dia ingin menjadi seorang genius. Dia sadar, terus kuliah akan mengurangi waktunya dalam mendalami software computer yang sangat diminatinya. Dalam pengakuannya, dia pernah tidak tidur selama berhari-hari ketika menyelesaikan software pertamanya.

Rahsia 3.
Mereka yang genius memiliki visi masa depan yang jelas, konkret dan terukur. Apabila ditanya apa yang diinginkannya di masa depan, mereka akan menjawab tuntas hingga ke detailnya. "10 tahun dari sekarang, saya akan menjadi seorang pengusaha mebel kayu jati yang produknya merambah seluruh Eropa. Karyawannya lebih dari 500 orang. Omsetnya lebih dari 50billion ." Itulah visi seorang pengusaha besar.

So, apa yang Anda pikirkan?
Anda boleh menjadi genius di bidang apapun yang Anda minati, jika Anda berpikir dan memiliki karakter seorang genius. Dan, tiga itulah rahasianya. Hanya tiga. Cara sederhana menjadi genius. Jika 3 rahasia itu sudah Anda pegang dan Anda jadikan sebagai rahsia Anda juga. Maka inilah cara sederhana membangkitkan sosok genius dalam diri Anda:

* Saat Anda ingin mengetahui sesuatu, katakan pada diri Anda sendiri: "Sisi lain dari ini apa, ada apa dibaliknya?"

* Saat satu jawaban datang, terus tanyakan pertanyaan-pertanyaan itu kembali.

Hal-Hal Yang Bisa Membantumu Mencapai "Inner Genius"mu
Setelah Anda tahu berbagai hal tentang genius dan tahu cara membangkitkannya, kini saatnya untuk tahu hal-hal apa saja yang bisa membantumu untuk membangkitkan "si genius" dalam dirimu.

Tidurlah cukup
Malah tidur secukupnya?, bukannya untuk melatih pikiran harusnya terus bangun? Ternyata tidak. Tidur setelah belajar justru meningkatkan kemampuan otak mengingat. Saat terlelap tidur, otak kita justru bekerja keras memilah-milah informasi penting untuk kita, sehingga kemampuan memori kita menguat. Namun itu hanya berlaku bagi tidur yang lebih dari 6 jam. Itu kenapa sistem belajar SKS (sistem kebut semalam) tidak direkomendasikan karena justru hanya melemahkan kemampuan berpikir dan kemampuan memori kita. So, langsunglah tidur sekurang-kurangnya 6 jam usai belajar di malam hari. Dengan begitu, belajarmu akan memberikan hasil lebih maksimal. Untuk menjadi expert, begadang merupakan pantangan.

Latihan fisik
Banyak-banyaklah melakukan aktivitas fisik: jalan-jalan, berolahraga permainan, senam, atau apapun. Melakukan banyak aktiviti fisik terbukti meningkatkan kemampuan berpikir otak.
Makan cukup
Kurang makan akan membuatmu tidak memiliki energi untuk berpikir cerdas, tapi terlampau banyak makan juga akan membuat otakmu menjadi kurang cerdas. Makan secukupnya dan selektif. Hindari terlalu banyak makan-makanan dari lemak hewani. Banyak-banyaklah makan sejenis lemak yang bernama omega 3, yang terkandung dalam ikan, kacang-kacangan, atau biji-bijian. Banyak-banyaklah juga makan buah dan sayuran. Para expert selalu tidak pernah berkekurangan atau berlebihan dalam soal makan.

Muzik
Mendengarkan muzik disinyalir boleh meningkatkan kemampuan otak dalam berpikir, namun tidak secara langsung. Diketahui mendengarkan muzik boleh membuat tubuh merasa rileks, perasaan negatif berkurang, dan menurunkan rasa takut. Nah, hal-hal itu otomatis membuat kita mampu lebih fokus dalam berpikir. Namun diketahui tidak semua orang berhasil dengan bantuan muzik. Sebagian orang justru tidak boleh berpikir sambil mendengarkan muzik. So, cari cara Anda sendiri!

Jangan lupa bermain
Belajar terus menerus secara intensif tanpa istirahat dan tanpa jeda bukanlah perilaku yang bijak. Bermain itu menyenangkan. Selain bisa menghilangkan stress, bermain juga membuat kemampuan otak kita berpikir menjadi lebih cemerlang. So, sempatkan bermain. Asal Anda tahu, seorang Albert Einstein dan Bill Gates saja selalu mencadangkan waktu setiap hari untuk bermain. Sebaliknya, jangan pula hanya bermain-main melulu. Hanya bermain tidak akan menjadikan Anda seorang expert.

Beberapa saran bermain:
1. Bermain secara fisik. Ikutlah dalam permainan fisik yang tidak ada target tertentu (bertanding untuk menang bukanlah bermain) dan yang tidak dibatasi waktu (maksimal beberapa minit untuk meraih poin tertentu bukanlah bermain).

2. Bermain dengan benda, seperti membuat sesuatu dengan tangan dan Anda menikmati aktiviti itu (lakukan saja, tanpa harus ada target harus membuat sesuatu. Just do it).

3. bergabung dengan teman-teman atau orang lain dalam sebuah aktiviti yang terlihat tanpa tujuan, seperti hanya bersembang dan tertawa bersama.

Meditasi
Meditasi rutin sangat membantu kerja otak. Cara yang paling sederhana adalah latihan nafas sederhan. Pertama, buat posisi tubuh dalam keadaan senyaman mungkin. Lalu tarik nafas lewat lubang hidung dan hirup dalam-dalam, lalu lepaskan perlahan-lahan dari lubang mulut. Lakukan itu berulang-ulang, sampai badan terasa segar. Ingin bantuan cara sederhana berelaksasi?

Percaya kalau Anda boleh!
"Meskipun berusaha sangat keras tapi Anda gagal juga. Lantas Anda berkesimpulan kalau Anda memang tidak cukup mampu." Nah, meskipun Anda berpikir demikian, para ahli psikologi menyatakan sebaliknya. Kegagalan semacam itu seringkali bukan karena kurangnya kemampuan, tetapi karena kepercayaan terhadap diri sendiri yang kurang. Kebanyakan dari kita sudah terjebak dalam stereotype bahwa hanya orang-orang tertentu saja yang boleh berhasil. Alhasil, otak kita pun bereaksi menyesuaikan diri dengan kepercayaan itu. Jadinya, kita pun tidak mencapai pencapaian terbaik kita karena pada dasarnya kita memang tidak terlalu percaya akan berhasil. So, percaya 100% Anda boleh, maka otak Anda akan membantu Anda.

Bermain video-game
Hm… rupanya bermain video game dalam waktu yang proporsional, akan meningkatkan kemampuan otak kita berpikir. So, bermainlah video-game, terutama game-game strategi yang memerlukan kemampuan Anda untuk dengan cepat mengambil keputusan. Tetapi terlalu banyak bermain video-game juga akan membuat kemampuan Anda berpikir menurun. Usahakan tidak lebih dari 1 jam per hari untuk bermain.
ternyata tidak susah untuk menigkatkan kemampuan berpikir otak kita. mudah-mudahan tip di atas mampu merubah kemampuan berpikir teman-teman semua. semoga bermanfaat (^ - ^)

Sunday, May 8, 2011

KOTAK CINTA- DARI SAIFUL ISLAM

“Sudah berkahwin nanti, senanglah hati. Tidak perlu runsing-runsing lagi” kata Ali.

“Baju pun tak payah basuh sendiri. Sudah ada washing machine pelbagai guna!” sampuk Amir.

Semua ketawa.

Berderai-derai, meraikan hari-hari akhir bujangnya Ali.

Biar pun semua rakan ketawa, hati Ali ada gelisahnya. Dia tahu, pandangannya terhadap Alia, bakal isterinya itu, jauh lebih mulia daripada gurauan rakan-rakannya. Dia berharap agar perkahwinannya itu nanti akan menjadi mahligai hidup. Bayangannya banyak dibantu oleh drama, novel, dan kisah mulut ke mulut yang didengari selama ini.

Malah sebahagiannya adalah bayangan ciptaannya sendiri.

Perkahwinan itu indah.

KENANGAN LALU

Peristiwa gurau senda Ali bersama rakan-rakannya di kedai mamak itu sudah lama berlalu. Sudah lima tahun Ali dan Alia mendirikan rumahtangga. Mereka juga sudah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel. Ia benar-benar seperti watak-watak mahligai hidup yang pernah dibayangkannya dahulu. Dua insan sebagai pasangan yang sempurna, sepasang cahaya mata, seorang lelaki seorang perempuan… mereka bahagia.

Sepatutnya.

Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila Ali melepak bersama rakan-rakannya, beliau gembira. Ketawa. Walaupun ketawanya tidak sampai ke lubuk hati, namun cukuplah sesi itu menjadi ‘panadol’ yang melegakan. Akan tetapi, apabila Ali pulang ke rumah, serabutnya datang semula. Melihat Alia, dan merenung keletah anak-anak, ia tidak lagi menyejukkan mata. Ia memanaskan emosi.

Apakah mengahwini Alia merupakan tindakan yang betul?

Jika cinta di luar perkahwinan banyak halangan, mengapa selepas halangan-halangan itu hilang, perkahwinan tidak memberi bahagia?

HAKIKATNYA

Dalam perkahwinan tiada cinta.

Ia seperti sebuah kotak yang kosong.

Cinta hanya ada dalam diri manusia.

Maka manusialah yang mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta.

Apabila manusia mula berhenti mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta, ia kembali menjadi sebuah kotak yang kosong.

Hukum perubahan, antara kebahagian dan kesengsaraan sentiasa Allah letakkan pada firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]

Perkahwinan, medan memberi.

Banyak mengambil kurang memberi, perkahwinan kembali menjadi kotak kosong, sebuah penjara!

Wednesday, April 27, 2011

Saturday, April 23, 2011

Azam tahun baru

Walau pun dah hampir setengah tahun berlalu, saya nak juga bercerita pasal azam.

Pada hujung tahun lepas, saya berfikir soal azam untuk tahun ini dengan serius.

Bulan Januari 2011 berlalu, tidak juga saya temui apa yang benar-benar saya perlukan dalam tahun ini.

Beberapa minggu berlalu, saya cuba mengkoreksi diri. Nah, saya temukan satu perkara mudah tetapi sukar untuk dilakukan. Itulah azam saya pada tahun ini.

Azam saya pada tahun 2011 ialah untuk menghubungkan silaturrahim sekerap yang boleh.

Dalam menjalankan modus operandi ini, saya perlu memperbetulkan niat iaitu ziarah kerana Allah ta'ala.

Sudah lama saya tidak bertandang ke rumah jiran, saudara mara, dan rakan-rakan. Alangkah ruginya saya.

Jadi saya telah mulakan azam tahun baru saya sejak beberapa bulan yang lalu.

Dengan melawat saudara mara dan taulan, hati menjadi lapang, hilang dukacita, ramai kawan, panjang umur dan satu terapi terbaik yang diperintah Allah juga sunnah nabi.

p/s: malam selasa ini saya nak ke rumah kak syamsiah sepupu saya :) di binjai...sambil bawa kek untuk birthday kak yang yang ke 48. InsyaAllah.

petang ini pula nak ke rumah wani, rakan fesbuk saya merangkap jiran :)

Tuesday, April 19, 2011

2nd place



1) Pertandingan bola tampar piala pengarah kampus untuk kategori wanita sudah berakhir ( sob sob)

2) Kami mendapat tempat ke-2. (Yahooo)

3) Tempat pertama hak mutlak student, semua diorang sapu bersih. (Kami dapat 7 mata saja lawan depa, no wonder laaaaa, depa wakil U. Depa ni salah join tournement agaknya, terer sangat) - so, tiap kali depa turun lawan kami shout out kat diorang "JANGAN BAGI LAWAN DAPAT LEBIH ENAM!"

4) No wonder, jurulatih kami dan student adalah orang yang sama. (Hebat coach kami oo, training 10 hari boleh bawak kami naik pentas 4 the 2nd place)

5) Minggu depan, kategori lelaki. Kami harap PPSK akan dapat tempat juga untuk kategori lelaki - BERUSAHA!


USM Induk dapat 3rd place, oraitttt...

Pergigian team paling cool, kami training sama-sama. (Kami juga pernah training dengan student, sebab tu tak terkejut sangat dapat 7 biji)

Dot dot dot opponent kami yang agak tidak cool, kerana susah betul nak join training dengan diorang, kecoh satu court. Kesian Cik Lina, pengurus pasukan kami. Oleh itu tiap kali depa turun lawan, kami akan support team lawan.

Apa yang paling mengharukan kami dan tidak kami sangka, team lawan akan support kami bila kami turun... sooooooooooooooo touched.

APA YANG PENTING ? KERJAAAAAAAAAAAAAAASAMA. WE NJOY THE GAME.

Monday, April 18, 2011

Selingan minda: Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat

Subject: Mengapa Piring Astro Mengadap Kiblat? [islam d' lepakk]
*Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan
manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,
tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro
ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari
satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke
arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro
di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada
percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil
Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu
bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari
pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah
membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam
perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang
dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu
sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian.
Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah
atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak
berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu
masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling
penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi
dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di
tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan
itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda
dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon
magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur
seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang
umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada
peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk
membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila
anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu
badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia
ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan
bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke
Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas
tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau
ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah
baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa
merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan
anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan
mengkaji Islam yang amat indah ini..

Thursday, April 14, 2011

TERUJA

Apabila melakukan sesuatu yang kita betul-betul suka, seikhlas hati... ia memberi kesan kepada perkara-perkara lain yang agak membosankan seperti ulang-eksperimen-berkali-kali-tapi-tak jadi.

Dengan bermain bola, saya menjadi bersemangat untuk menanam sayur, buat eksperimen, dan menulis. Cuma sekarang otak saya perlu fokus di gelanggang untuk piala pengarah kampus. Saya juga risau dengan bakteria yang dikultur di lab, tapi saya berdoa agar mereka mampu survive sehingga hari sabtu.

Walaupun hari sabtu ini saya perlu berada di dewan bola tampar, tetapi saya akan berusaha untuk membuat kerja lab pada senggang masa waktu tengahari.

God willing.

Wednesday, April 13, 2011

Palingenia Longicauda

Palingenia Longicauda atau dikenali juga dengan nama Tisa’s Flower adalah sejenis spesies serangga purba. Spesies serangga ini dianggarkan hidup 200 juta yang lalu. Salah satu tempat kemunculan serangga ini adalah di Tisa River.

Tisa River atau Sungai Tisa adalah salah satu tempat terakhir di mana setiap tahun serangga ini muncul dalam jumlah yang sangat besar. Kemunculannya menjadi tontonan menarik, “wedding dance” di atas Sungai Tisa.

Hanya beberapa hari di bulan Jun setiap tahun (mungkin juga tidak setiap tahun) Tisa’s Flower menetas, bersama pasangan dan mati. Hanya selama 3 jam segalanya akan berakhir, hidup yang sangat singkat. Serangga jenis ini tidak mempunyai mulut, mereka hidup hanya untuk bersama pasangan lalu mati.

Hidup yang sangat singkat, tapi sangat indah Ini benar-benar pemandangan menarik yang susah untuk diceritakan hanya melalui gambar atau kata-kata.





Sangatlah menarik untuk menyaksikan fenomena tersebut, yang merupakan salah satu fenomena terindah yang hanya berlangsung selama 5 hari saja di bulan Jun. Ribuan serangga ini terbang dengan semangatnya memenuhi seluruh sungai.



Serangga Palingenia Longicauda ini merupakan salah seekor serangga “mayfly” yang terbesar di Eropah. Jenis serangga jantan panjangnya dapat mencapai 12 cm, dari kepala sampai ke ekor. Serangga ini berada pada masa larva selama 3 tahun. Selama 3 tahun tersebut, larva berada di dasar sungai.

Tetapi masa hidupnya sangat singkat iaitu 3 jam saja. Bermula muncul membesar dewasa, berpasang-pasangan kemudian terus mati. Serangga ini mempunyai sayap yang unik, sayap mereka akan berganti kulit setelah mancapai fungsi utamanya.



Tisa’s Flower hidup dewasa hanya sekali. Semasa pertengahan bulan Jun, pada pukul 5.00 – 6.00 pm, mereka akan menari-nari di atas sungai dalam kumpulan yang besar. Kemudian mereka akan berganti kulit di atas pohon, di tanah, atau di manapun tempat yang mereka hinggapi.

Fenomena tersebut dikenali dengan nama Tissa Blooming atau Pemekaran Tisa. Setelah membesar dewasa secara normal (setelah beberapa saat berganti kulit), serangga jantan hanya memiliki beberapa jam saja untuk bersama pasangan betina sebelum mereka mati.

Setelah bersama, serangga betina terbang menyusuri sungai untuk memastikan telurnya sudah berada di dalam sungai dan jatuh ke dalam dasar sungai. Kemudian telur tersebut akan menjadi larva dalam waktu 45 hari dan akan menetas setelah 3 tahun.



Serangga ini merupakan serangga yang sensitif. Jika berada di sungai, pastilah sungai tersebut merupakan sungai yang bersih. Disamping sebagai indicator lingkungan, serangga ini juga makanan yang bagus buat ikan, sehingga beberapa pemancing menggunakan serangga ini sebagai umpan pada pancing mereka.

Pada masa ini serangga Palingenia longicauda sudah musnah di beberapa Negara Eropah dan hanya boleh ditemui di Serbia dan Hungari.

Cermin Mata


Sejarah cermin mata saya berkait rapat dengan perjuangan hidup.

Saya dahulunya seorang 'pencermin mata' -erkk

Cermin mata saya yang pertama berwarna biru gelap kotttt , kehilangan di dalam makmal usang universiti malaya.

Cermin mata ke dua saya berwarna coklat gelap. Cermin mata ke dua ini jatuh semasa menyertai demonstrasi di masjid depan universiti malaya (Yang paling saya tidak lupa wajah-wajah fru dan wajah pensyarah kesayangan saya yang melindungi saya dari digodam)

Ke dua-dua aktiviti di atas adalah kehidupan saya. Jika aktiviti demonstrasi dijadikan aktiviti sukan yang menyihatkan, ia adalah kelebihan buat saya untuk menyertainya setiap tahun...

Setelah hilang ke dua-duanya (yang terkorban) demi perjuangan hidup, saya tidak lagi menempah cermin mata.

Namun, sejak kebelakangan ini saya amat serius dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan diusia tua, mata semakin bermasalah, saya tidak mampu membaca plat kereta dalam jarak 2 meter, dan mengecam wajah kawan-kawan dalam bilik yang sama.

Nampak gayanya , cermin mata amat sinonim dengan survival saya sebagai seorang tua.

Sunday, April 10, 2011

MEMBACA

Muhammad Mutawalli Sya'rawi, Sheikh Mutawalley Sya'rawi, Nur Sakinah



Sheikh Mutawalley Sya'rawi, Muhammad Mutawalli Sya'rawi, Nur Sakinah



Sejak Sheikh pandai pilih bulu saya semakin keberatan untuk ke sekolah. Umur Sheikh sekarang sudah 2 bulan 20 hari. Beliau sudah dapat mengecam benda... menegur dan sengih-sengih kerang. Sheikh juga sudah mula 'menzahirkan' apa yang dia suka dan tidak suka. Selain susu, sheikh suka merasa kek coklat, nasi kosong sheikh tidak suka. Kek keladi pun sheikh tidak suka.

Sheikh membaca.

Malam tadi saya mula membaca buku untuk sheikh sebelum tidur. Saya telah membeli satu set buku dan ensaiklopedia yang berharga RM2000 sejurus selepas saya mendapat kerja sebagai guru sekitar tahun 2004, di mana saya simpan khas untuk sheikh (sebelum sheikh keluar, beberapa buah daripadanya dipinjamkan kepada kakak kinah dan Muhammad yang ke dua-duanya mula membaca di awal satu tahun, natijahnya agak jahanam...buku itu sudah rosak)

Saya bacakan ensaiklopedia yang bertajuk Art and Sculpture. Wah...mata sheikh bukan semakin layu (saya bacakan buku supaya sheikh cepat tidur), sebaliknya bersinar-sinar dia merenung gambar-gambar. Air liur terjejeh-jejeh seperti sedang minum susu. Dia kelihatan menenyeh-nenyeh mata tapi tetap teruja 'membaca' buku. Saya bacakan dalam bahasa inggeris, punnnnnnnn dia teruja gelss... macam lah faham sangat.

Selepas menggunakan kaedah membaca tidak mendatangkan kesan untuk sheik tidur lena...saya menggunakan kaedah terakhir, iaitu mengepit sheikh dicelah ketiak dan tidur bersama beliau. sekian.

Thursday, April 7, 2011