Walau pun dah hampir setengah tahun berlalu, saya nak juga bercerita pasal azam.
Pada hujung tahun lepas, saya berfikir soal azam untuk tahun ini dengan serius.
Bulan Januari 2011 berlalu, tidak juga saya temui apa yang benar-benar saya perlukan dalam tahun ini.
Beberapa minggu berlalu, saya cuba mengkoreksi diri. Nah, saya temukan satu perkara mudah tetapi sukar untuk dilakukan. Itulah azam saya pada tahun ini.
Azam saya pada tahun 2011 ialah untuk menghubungkan silaturrahim sekerap yang boleh.
Dalam menjalankan modus operandi ini, saya perlu memperbetulkan niat iaitu ziarah kerana Allah ta'ala.
Sudah lama saya tidak bertandang ke rumah jiran, saudara mara, dan rakan-rakan. Alangkah ruginya saya.
Jadi saya telah mulakan azam tahun baru saya sejak beberapa bulan yang lalu.
Dengan melawat saudara mara dan taulan, hati menjadi lapang, hilang dukacita, ramai kawan, panjang umur dan satu terapi terbaik yang diperintah Allah juga sunnah nabi.
p/s: malam selasa ini saya nak ke rumah kak syamsiah sepupu saya :) di binjai...sambil bawa kek untuk birthday kak yang yang ke 48. InsyaAllah.
petang ini pula nak ke rumah wani, rakan fesbuk saya merangkap jiran :)
No comments:
Post a Comment