Wednesday, April 13, 2011

Cermin Mata


Sejarah cermin mata saya berkait rapat dengan perjuangan hidup.

Saya dahulunya seorang 'pencermin mata' -erkk

Cermin mata saya yang pertama berwarna biru gelap kotttt , kehilangan di dalam makmal usang universiti malaya.

Cermin mata ke dua saya berwarna coklat gelap. Cermin mata ke dua ini jatuh semasa menyertai demonstrasi di masjid depan universiti malaya (Yang paling saya tidak lupa wajah-wajah fru dan wajah pensyarah kesayangan saya yang melindungi saya dari digodam)

Ke dua-dua aktiviti di atas adalah kehidupan saya. Jika aktiviti demonstrasi dijadikan aktiviti sukan yang menyihatkan, ia adalah kelebihan buat saya untuk menyertainya setiap tahun...

Setelah hilang ke dua-duanya (yang terkorban) demi perjuangan hidup, saya tidak lagi menempah cermin mata.

Namun, sejak kebelakangan ini saya amat serius dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan diusia tua, mata semakin bermasalah, saya tidak mampu membaca plat kereta dalam jarak 2 meter, dan mengecam wajah kawan-kawan dalam bilik yang sama.

Nampak gayanya , cermin mata amat sinonim dengan survival saya sebagai seorang tua.

No comments:

Post a Comment