Oh, sebenarnya tarikh akhir menghantar bab 3 tesis saya pada 31 hb 5 2011. Semalam. Selepas hantar melalui e-mel, saya pun balik. Demam terbawa-bawa ke hari ini. Tapi nasi habis juga taram dalam satu pinggan untuk alas pagi, lauk ayam goreng dengan tiga ketul hempedal (hempedal??) beliau. Telan sajalah, perut saya memang muat pun isi sarapan kalau setakat 3 ketul pedal dengan nasi pinggan penuh, walaupun bau aroma tidak dapat saya hayati. Orang demam memang begini, selera makan (walaupun tak dapat bau aroma) memang tinggi.
Hari ini saya terpaksa meneruskan kerja-kerja saya di makmal, tetapi saya sepertinya mahu bersantai-santai dahulu separuh hari sempena meraikan kejayaan saya menghantar bab 3. Jadi, saya ambil masa santaian saya ini dengan memenuhi buku skrap saya :() !
Sebenarnya sistem imun saya sukar digugat oleh mana-mana strain patogen, kecuali semasa saya menduduki peperiksaan besar-besar (tidak termasuk di U, sebab di U saya malas dan tidak begitu berusaha baca buku pun sambil bergulung-gulung dalam toto dan tengok winter sonata). Jadi saya rasa, menghantar bab 3 adalah satu perkara serius dalam hidup sehingga sistem imun saya sedikit rabak.
Di sini saya berhipotesis bahawa, jika satu tesis mengandungi 5 bab, sistem badan saya akan mengalami gangguan teknikal sebanyak 5 kali.
Err, orang demam macam saya begitu bersemangat ke sekolah hari ini, di mana rakan-rakan saya yang tidak demam... semua orang tak nampak bayang lagi...dah masuk waktu rehat sesi pertama (merujuk kepada sistem rehat sekolah rendah) ini sudah lebihhhhhhhhhhhhh.
No comments:
Post a Comment