Monday, January 11, 2010

Kisah sepanjang malam hingga entry ini ditulis


1) Aku bukan malaikat.

Petang semalam aku tekad aku nak kerja betul-betul sampai malam,tetapi hati sebelah kiri memujuk-mujuk supaya balik awal ; ANUGERAH JUARA LAGU KE 24 TU beb...
Hati sebelah kanan pula melarang; AJL tu buleh bagi citation untuk kamu punya kerja ke? Tak payah la nak bersusah payah bazir masa... Lari timing.

Lepas run Gel, visual bawah UV, tangkap gambar... aku turun. Kononnya nak studi... kalau balik sah-sah la aku bukak AJL.

Di bilik kat opis aku letak nota depan PC...entah la...AKU BUKAN MALAIKAT...tangan cepat saja klik tv3.com.my.... Astaghfirullah... ini BLACK punya pasal...
Apa nak jadi? Kebetulan bos sampai... aku gitau dia, baiklah kita balik rumah...sama saja hati cepat saja nak tengok benda-benda begini.

Allah masih sayang kan aku...Masa untuk sampai ke rumah diperlahankan Bos bantai makan mamee sambil drive, sambil-sambil borak. Rumah yang boleh reach 20 minit, dekat-dekat sejam baru sampai. Kelajuan tahap siput. Takkan aku nak mengamuk kat laki aku pasal benda AJL ni...Lalu aku bersabar dan memujuk hati God loves me, God loves me...dan terus melayan bos.

Balik rumah , aku bukak tv lagi... ish ish... yang hujung-hujung saja... BLACK punya pasal. Yuna pun buleh tahan...tapi host 3 orang malam tu betul2 menghidupkan suasana, sepanjang ingatan aku, 3 orang tu hos Malaysia paling kool yang aku pernah tengok.

2) Mencari keberkatan
Aku mencongak-congak sendiri, kenapa aku buleh masuk U. Sekolah tak pandai mana, sekolah rendah jarang benar nak dapat nombor sepuluh ke bawah. Tak sampai sepuluh kali , KOT? Sekolah menengah, nota tak pernah siap...nota sains tingkatan 3 je, full silibus siap tulis. Tu pun sebab cikgu Zaleha rajin cek buku. Tulisan aku jadi lawa, buku aku balut kertas romantik. Tapi selain itu dari peralihan sampai habis sekolah... aku tak pernah komplit nota.

Tapi kenapa buleh masuk U?

Dekat dengan Allah.
Masa tu, cikgu selalu pesan selalu Dekat dengan Allah...lalu aku berpakat-pakat dengan kawan...dalam rancangan mendekatkan diri dengan Tuhan. Sebab takdir kita di tangan Allah..hal-hal masa depan yang tidak kita ketahui itu Allah sahaja yang tahu, begitu juga result exam, bila nak kawin dan sebagainya... maka cikgu pesan...dekatlah dengan Allah dengan selalu merintih kepadaNya terlebih dahulu

Dekat dengan ibu bapa.
Pekung di dada ni aku bukak supaya menjadi teladan... bapak aku orangnya garang, jadi aku tak berapa ngam dan dan bercakap benda-benda perlu sahaja. Kalau boleh setel through mother, aku rasa better aku aproach mother dulu. Tapi sebab nak result lawa ustaz kata kena cari keberkatan, aku beranikan diri cium bapak di pipi buat pertama kalinya sewaktu tingkatan 3. Aku tengok mata bapak merah... terharu KOT. Berjaya!..Demi mencari keberkatan aku berjaya memecahkan air batu, yang selama ini aku tak ngam dengan bapak... aku semakin close. Still tak banyak cakap, tapi aku cuba mencari topik, (banyak hal juga yang terjadi sebenarnya selepas itu)...but anyway... things getting better eventhough it takes years...

Sampai sekarang walau dah ada bos, aku tak lupa cium bapak tiap-tiap hari nak turun kerja.
Mother tak payah cerita la...

Dekat dengan cikgu
Yang ni memang kelakar, nampak cikgu kecik hati sikit, kami sekelas berderet-deretlah beratur jumpa cikgu di bilik guru...sebab nak mintak maaf. siap guna duit kelas bagi hadiah. Masa nak exam pula , dalam dewan tu siap si Hamdah baca doa sebelum mula jawab exam. Lepas tu, hari terakhir, upacara bagi hadiah kepada penjaga-penjaga exam yang sudah tentunya cikgu-cikgu belaka. Dan kami berterima kasih kepada semua.

Kaitannya dengan tahun ini.
Selain Allah, mak dan bapak, aku ada mak mentua, bos, dan Supervisor 2 orang. huu...Wallahua'lam. Err..Aku bercakap soal mencari keberkatan. Keberkatan dan keberkatan. Dan tahun ini aku perlu lebih gigih menjaganya untuk melengkapkan modus operandi.

Flashback
Bayangan Private Company
Sebelum aku masuk kerja sini, aku dah terbiasa dengan YES BOS ketika di syarikat swasta tempat aku kerja dulu. YES BOS aku dulu tidak bersandaran kepada mana-mana sampel. Jadi kerja boleh disiapkan ikut arahan dan ikut date line.

Namun di sini, jika result makmal tak keluar, tiada laporan BEST untuk dilaporkan. Memang tak seronok langsung kalau jumpa SV tapi tak ada result. Date line pun aku tak berani nak taruk.

Nasib kami satu team hampir serupa KOT, yet aku tengok DANIA jumpa SV hampir setiap minggu. Apa yang dia lapor? Aku dah naik CEMBURU dengan DANIA ni., mana tau kasih sayang SV terlebih-lebih mencurah kepada budak DANIA ni..Lastly aku tanya dia; apa yang dia discuss dengan SV sebenarnya, result ok KOT? Lalu Dania berkata; Jumpa je ...Ada result ke tak ada result ke jumpa je...Yang tak jadi pun tunjuk...ambik berkat.

Lalu aku terfikir...KEBERKATAN ada di situ, dengan berjumpa SV selalu. Di sini, bukannya private company... di sini.... Gedung Ilmu yang bersandaran penuh kepada keluhuran...

Lalu tahun ini, aku nak compete dengan DANIA bab-bab mencari KEBERKATAN. Supaya ...aku dapat ANUGERAH NOBEL di MALAYSIA. (Ni, masa aku jadi menteri TV, aku nak adakan satu realiti TV untuk anugerah nobel... One in a million dihapuskan...peruntukan 1 juta itu untuk pemenang anugerah NOBEL yang mengharumkan nama negara dan penyumbang besar terhadap penemuan-penemuan baru tapi tak glamour macam sheikh muzaffar, seperti prof norazmi mohd nor, Prof Shaharom dan sebagainya)






No comments:

Post a Comment