Wednesday, January 27, 2010

Tersurat dan Tersirat


-Tadi aku dan seorang member bercakap-cakap mengenai soal hati ... tiba-tiba cerita zaman dulu-dulu terbungkah semula. Terima kasih TUHAN kerana menganugerahi mereka.


Kawan,

Siapa yang mampu menduga hati, siapa pula yang berani mempercayai dua ulas bibir?

Seluruhnya kita Homo sapien berani. Berani menanggung risiko untuk menduga dan mempercayai.

Seluruhnya kita manusia mempunyai hati yang asalnya bersih putih (dan telah pun diwarnai)

Seluruhnya kita insan asalnya mengakui kewujudan tetapi ramai yang mewujudkan penafian mengenainya.


Mewujudkan penafian.

Adakah dengan menafikan sesuatu yang murni itu hati menjadi tenang?

Adakah menafikan sesuatu yang murni itu hati mampu untuk berbahagia?

Adakah menafikan sesuatu yang murni itu... satu kepuasan?

Murni itu seperti akidah fitrah
Murni itu seperti perasaan kasih sayang
Murni itu seperti sifat mahmudah//

Murni itu seperti perasaan
Menafikan sesuatu yang murni seperti perasaan; sedangkan riak wajah, air muka, gerak gaya tidak selari dengan penafian dari dua ulas bibir...kelihatannya amatlah tidak kena.

Tetapi siapa kita untuk menduga hati orang, cukuplah sekadar mempercayai kelibat dua ulas bibir. Lagi diduga, lagi melemaskan...

Jujurlah walau pahit...

rupanya kiasan itu besar hikmahnya...amatlah besar...tambah2 lagi kepada diri sendiri.

2 comments:

  1. tak tau nak cakap per.. tersenyum jer. hehe.. (:

    ReplyDelete
  2. hidup ni menarik kan?

    ReplyDelete