Saturday, January 9, 2010

Panas!

Gambar 1: Siti Nurul Syuhada, tiba-tiba nak upload gambar dia sebab tak best mengumpat kalau tak kenal tuan.

Gambar 3: Khaizil emylia yang tiba-tiba bertanduk (tentera dikehendaki)-iklan free tanpa bayaran. Khidmat sosial khusus untuk kawan-kawan.

Gambar 3: Tiba-tiba mr. interferon muncul tak ada kaitan dengan cerita di bawah

Gambar 4: Ah ben, malas nak taruk sebab dia dah glemer dengan blog dia. Cari sendiri.

Malam tadi balik dah pukul 11, kalut kalut turun lab kena pulak tunggu ahben habiskan movie dia 15 menet pas tu tunggu adinda tu mengemas. ngam ngam dekat pukul 11 malam kami blah. Lagi tu sempat pula dia eksyen rempit potong cilok keta kami depan library, derhaka betul la si ah ben ni. Tapi hari ini si ahben ni la jugak yang belikan kopok untuk kami.

Sebelum tidur malam tadi aku sempat draf kerja untuk hari ini... hari ini pulak elok-elok aku setel 50% plan yang aku draf semalam bacaan well pulak melemahkan semangat...tak ada tunjuk tanda inhibit pun? e- coli tak takut pegaga ke? sudah... aku nak start panik. Aku cepat-cepat selit result celah logbook, aku terus proceed untuk PCR. Padahal PCR tak ada pun dalam list aku malam tadi. Masih ada benda yang nak kena 'treat'...tapi aku tak mahu panik lama-lama, so aku swing plan.

Nak proceed PCR bukannya sebentar..aku korek koloni sikit bubuh dalam air, rebus. Nak tunggu ni halah halah... bukan main lama...aku nak start proceed lain bimbang meletup mesin heat shock. Hamba pun tunggu la..aik, sambil tunggu si Khaizil amelia tiba-tiba bertanduk, dia sodokkan aku another cinderella story...sambil aku tengok heroin menari aku berlari tengok mesin...kebetulan si ahben belikan aku kopok dengan teh ais...aku makan dalam makmal... aku tak tau la pencemaran tahap berapa yang melekat dekat kopok aku ni...semua ni budak-budak yang ajar.

ok la.. aku nak turun solat dulu..mesin dah off pas solat aku naik lagi...tak tau nak buat mana satu dulu... anyway 18hb dah dekat..

No comments:

Post a Comment