Friday, January 1, 2010

Surat terbuka kepada bonda-bonda saudara

Kekanda Suyah Ayah su

Bonda Chik dan keluarga
























Bonda Nab Uncle Leman...



Bonda suYah ayah Ngah









Assalamualaikum w.b.t ...

semoga bonda chik, bonda Nab, bonda Yah, kekanda Su yah, dan bonda mak ani (gambar bonda mak ani tidak dapat disertakan kerana tiada sumber) sihat selalu. Di sini anakanda tidaklah mahu bercakap panjang kerana sekejap lagi anakanda akan naik sambung lab kerja kuat macam orang jepun InsyaAllah.

Tujuan anakanda menulis surat terbuka adalah untuk menyatakan jutaan penghargaan anakanda kepada bonda-bonda sekelian yang anakanda tidak mampu membalasnya buat masa sekarang.

Bonda Maksuyah, ayahngah Din.

Bonda moksuyah tidak dinafikan mahir memasak, kalau anakanda pergi hotel, anakanda rasa masakan hotel biasa-biasa saja tak ada kick pun walaupun mahal. Maklumlah dah terbiasa makan masakan bonda dari kecik. Nasi minyak la, nasik beriani la, nasik kerabu purple la...tapi dalam banyak-banyak masakan bonda Yah ni, anakanda paling tak lupa nasik kepal panas ikan kembung goreng masa kecik-kecik dulu. Sedapnya terasa hingga sekarang. Hari tu bonda ada ke Johor untuk majlis pertunangan adinda along syakir, balik kampung bonda simpan kek atas par selama seminggu dalam peti ais semata-mata untuk anakanda yang sibuk kalah pak menteri ni. terharu sungguh, anakanda makan kek tu dengan kasih sayang bonda yah..sob sob terharu betul.

Paling bestnya,
bonda bagi kasut baru untuk anakanda. Jadi anakanda berazam nak pakai kasut bonda sampai haus dalam tahun baru ini. Nanti anakanda upload kasut baru bonda yah kasik. Ditakdirkan anakanda dapat gaji 5 angka InsyaAllah (mana tahu kan?)..anakanda niat nak bagi elaun kepada bonda koman-koman RM500 sebulan. Ok tak bonda? Bonda doakan anakanda berjaya supaya anakanda boleh support bonda ok? Tak mengapa bonda, bondakan mengasuh anakanda dari kecik sampai tua ni pun bonda asuh lagi.

Bonda Nab Uncle Leman

Walaupun bonda Nab duduk jauh di selatan tanah air, anakanda tidaklah putus-putus mendoakan kesejahteraan bonda. Anakanda tak berapa ingat zaman kecik-kecik dulu kala, sebab bonda berhijrah dah time tu. Bonda, anakanda ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada bonda yang menyokong anakanda selama ini, baju kurung dua pasang dan kain tudung dan kain ela yang bonda jahit untuk anakanda dan bonda kirim melalui bonda yah, anakanda akan rasmikan pada ahad ini, sempena merentas musim baru. nanti anakanda uplod baju bonda dalam ni sebagai tanda penghargaan anakanda. Anakanda doakan bonda sentiasa.

Bonda Chik dan keluarga.

Walaupun rumah berlaga dinding tetapi kesibukan anakanda ini layaknya seperti tidak layak. Susah benar mahu bersua-sua. Di kesempatan ini anakanda ingin berterima kasih kerana menyokong dan mendidik serta membelanja keperluan anakanda dari kecik. Dalam banyak-banyak yang bonda kasik, anakanda paling suka beg hitam banyak poket bonda beli dari scotland. jadi Bonda, anakanda nak padankan dengan baju bonda Nab dan kasut bonda Yah. Anakanda ingat nak pakai sepanjang tahun. Nanti anakanda Uplod beg bonda kasik di blog ini.

Kekanda Suyah Ayah su..

Kekanda Yah, kekanda memang sporting. Jasa kekanda sepanjang hidup adinda (termasuk upah cabut rambut rosak masa kecik-kecik dulu, dan membelanja adinda sepanjang di MU) tidak akan adinda lupakan. Paling adinda hargai ialah masa yang kekanda luangkan untuk mendengar segala keluh kesah adinda selama di rantau orang. Adinda tak segan-segan bercerita dan kekandanya dengan sabar dan penuh sokongan kepada adinda sampai larut pukul 2 3 pagi pun tidak terasa...walaupun pada kekanda hal mendengar problem adalah hal yang kecik tetapi bagi adinda... itulah sebesar-besar sokongan. Terima kasih adinda kepada kekanda.

Bonda Maklong Ani.

Bonda, terima kasih kerana memberi sokongan padu sejak adinda kecik sampai sekarang, bonda memahami adinda dan nasihat-nasihat bonda juga seperti bonda lontarkan kepada anak2 kandung bonda sendiri, bonda adinda harap bonda sentiasa memberi sokongan kepada anakanda, dan mendoakan kejayaan anakanda seperti dahulu-dahulu juga. Teringat anakanda pernah menangis di riba bonda sebab adinda normi bijak pandai tak payah baca buku pun, sedangkan anakanda buku rabik pun otak tidak bergeliga juga... di situ nasihat-nasihat bonda amatlah terkesan di hati anakanda.


Demikian, anakanda mendoakan kesejahteraan sekelian bonda bermula 1 hijrah yang baru saja berlalu hingga ke akhirnya...amiin.


Dari,

anakanda Melor.







2 comments:

  1. ramai nyer bonda...(same with me..)so appreciate them well sis...

    ReplyDelete
  2. yes anonym.. i will InsyaAllah...u too... let us cheer them up in future.

    ReplyDelete