Sunday, January 31, 2010
Enough with rat race?
Malam tadi bapak memulakan sesi menaik-anginkan aku...
"Abang long dah pergi ke China, dah bentang projek di China dah ha...."
Ab. Long yang sekarang di UK, dah travel banyak negara dah, bapak TIBA-TIBA menganginkan aku dengan nama dia..., ish. lagi malang Long jauh lebih muda ... kenapa laaa tiba-tiba bapak mengenengahkan nama sepupu saat aku sesak nafas. Fuh... berasap.
Tersirap darah anakanda. Bapak memang pandai menjentik nafsuku... nasib baik dah matang. Kalau tak maka akan bermula lah sekali lagi sidang parlimen tak rasmi dalam rumah tu. Aku kan anak bapak.
Mak senyap je, bagi mak tak ke mana-mana lagi BAGUS.
Aku jawab sambil kontrol nafas. " Orang pun buleh je nak gi, kalau result yang ni okay. Ingat nak fly Indonesia dulu..." Waaaahhhh.. memandai...banyak duit anakanda!... itulah bapak, sapa suruh cabar anakanda yang ganas ni.
"Apa kelas Indonesia..." huk...Bapak bilang apa kelas Indonesia!? Haaa... bapak! Ngeee.... Sabor Sabor ...
"Orang nak gi ke Gajahmada..."
"Kalau uni dia buleh la.."
Dan aku cepat-cepat cari isu mengenai kegawatan ekonomi ... dan bla bla..sambil-sambil berusaha menurunkan tahap takat didih minyak dalam tubuh. Comel apa indonesia..?bahasku dalam hati.
Dari kecik sampai ke tua... Termengah2 aku berlumba dengan sepupu sepapat dalam hal potensi diri. Kalau tak bagus, habis la kena kondem. Kondem yang aku tak larat nak dengar. Yang menyakitkan hati. Penat aku ... penat!
Selepas secara tak sengaja menyahut cabaran bapak.. (BAPAK SELALU MENCABAR AKU DENGAN CARA INI///) aku tiba-tiba terfikir... kenapa nak diturut sangat. Dah itu rezeki sepupu aku, tu tak kira sepupunya sepupu aku yang kat amarika lagi, sepupu aku yang gah dengan BITARA maresma lagi... aku PENAT GILA DENGAN RAT RACE begini... Biarlah aku jadi aku...
Masa aku mintak nak ke Mesir lepas spm dulu, depa tak pula kasi (result aku tak ok kot, tapi aku orangnya optimis, belum cuba belum tahu)...bertahun-tahun jugak aku menangis terkenang2kan tak dapat ke Mesir. Teringat Rasyidah dan Ummu aiman yang menetap di sana... kira makan tahun gak makan hati berulam jantung . Jangan di sebut mesir dekat telinnga , pantang aku dengar. Ab.Long nak ke UK dulu pun sempat gak hirup air mata... sambil2 kupas bawang masa kenduri kesyukuran beliau.
Masa dapat tawaran sambung master di fak Medik di UM , lagi la.//siap makan nasik cicah air mata...laki aku sampai tak tahu camana nak pujuk...
Dah nak aku balik , aku cari USM KK...sekarang dah balik...tak berpaling lagi dah...aku taruh semua hati ke bumi Melor. Nak ke Penang tempoh hari pun dah jadi berat... Jangan disuruh-suruh aku ke luar negeri lagi.
Tapi malam tadi, berseriau darah aku ... bapak meletakkan aku di trek lumba tikus kembali. Bapak memang geliga, serta merta penat balik dari penang hilang. Bapak, bapak, ... hadoi...jika dengan begitu membuatkan bapak gembira dan bapak bangga... aku rela penat demi bapak...
teringat cerita papadom... sapa tak sayang anak, cuma implementasi sikit lari...
Argg... ENOUGH WITH RAT RACE PLS....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
first!!
ReplyDeleteGAMBATEI!!
hehe...senyum sokmo
ReplyDeleteSabar kak, sabar :)
ReplyDelete