Bila melihat si kaya lapang berbelanja, seorang aku tidak hairan. Tetapi bila melihat seorang si kaya berbelanja untuk keperluan manusia lain, cepat-cepat aku berpaling dan menjauh. kerana apa?
Pada suatu waktu dahulu seorang aku pernah mengimpikan untuk hidup senang, supaya jika sekiranya seorang aku banyak wang, dia ingin menampung belanja sekolah adik, jadi adik tidak perlu meminjam dari ceti besar iaitu PTPTN. Cita-cita seorang aku itu timbul semasa berada di universiti. Seorang aku juga berkira-kira untuk memberi wang saku yang tetap setiap bulan kepada dua ibu bapa. Setiap masa seorang aku berimpian seumpama itu. Dalam doanya jika sekiranya dia punyai lebih wang, ibu dan bapa tidak usahlah bekerja. Dengan wang itu, 2 orang adik yang masih bersekolah pun seorang aku tanggung. Seorang aku tidak mahu adik-adiknya meminjam wang kerana seorang aku tidak rela dengan umur setahun jagung, adik-adiknya sudah terjebak dengan hutang. Selalulah kawan karib seorang aku iaitu Salmiah Ibrahim mendengar luahan hati sahabatnya itu. Kerana seorang aku pun tidak menyangka bahawa dia secara tidak langsung terjebak dengan hutang itu semata-mata untuk belajar, begitu muda belia sudah menanggung hutang!
Sekiranya punya lebih rezeki,rezeki yang dia peroleh itu sedikit sangat untuk kegunaan sendiri. Angannya ialah untuk membeli hadiah yang comel-comel kepada orang-orang sekelilingnya. Nantinya ibu-ibunya yang lain tidak perlu bersusah payah lagi. Terlalu banyak impian untuk membahagiakan orang lain.
Namun seorang aku sehingga kini hanya tahu cemburu bila melihat si kaya memberi kepada yang memerlukan dengan penuh kasih sayang. Betapa sejak dia kecil sudah bercita-cita untuk memberi seperti itu, kerana dia berasa suka apabila melihat kegembiraan di wajah yang lain. Tetapi, mengapa niat baiknya Allah tidak penuhkan? Kenapa seorang aku masih dicabar alam dan masih merengkuh mencari?
Banyak sebab mengapa begitu.
Berbalik kepada cerita di dalam surah al-Kahfi di mana nabi Musa mencari jawapan disebalik perlakuan nabi Khidr.
Sungguh murni impian si aku, tetapi Allah Maha Mengetahui, jika Dia memberi kelebihan berupa harta kepada seorang aku, seorang aku akan berubah menjadi bakhil, menjadi sombong dan bongkak. ataupun jika tidak seorang aku yang berlagak demikian, mungkin ibu bapa si aku akan menjadi begitu. di mana sikap ini, Allah tidak suka benar. Allah suka seorang aku berimpian demikian selama bertahun-tahun kerana melalui impian itu, seorang aku tanpa disedari selalu berada bersama-sama Allah. Juga, Allah hanya memberi harta kepada hambanya yang tahu menguruskan sumber harta pemberianNya. Seorang aku belum pandai dalam pengurusan itu, lalu Allah terus melatihnya sehingga pandai.

No comments:
Post a Comment