'Adalah perubahan yang dikehendaki itu selain daripada meminta polisi pintu terbuka itu dihapuskan daripada semenanjung tanah melayu ini maka kita mestilah jangan lupakan keadaan kita di dalam masa lebih kurang setengah kurun ke mari adalah kita dalam keadaan satu; keramaian bangsa Melayu lebih miskin daripada lain bangsa. Dua, kehidupan bangsa Melayu lebih miskin dari lain bangsa. Tiga, latihan dan pelajaran bangsa melayu lemah dan ketinggalan, Ke empat kesihatan bangsa melayu tidak sempurna jagaan'
-Kadir adabi, Melati kota bharu, 1939-1940.
1) buku ini menyingkap pemikiran kadir adabi yang jauh merentas masa
2) Dialog antara encik Abdul Rahman dan Tengku Maimunah berkisarkan kedaulatan bangsa dan bagaimana mahu memelihara tanah kelantan
3) latar belakang cerita adalah ketika zaman di mana imigran dari tanah china masuk ke tanah melayu, seterusnya masuk ke kelantan dan menumpang di gudang-gudang taukey asing
4) Pada masa itu sudah tertubuhnya persatuan peniaga melayu kelantan (atau pun hanya fiksyen kadir adabi pada waktu itu wallahu a'lam)
5) Walaupun tidak ada kena mengena antara yang hidup dan yang mati novel ini dapat memberi gambaran jelas suasana kelantan pada zaman itu.
yang paling aku kagum, aku dapat rasa bahawa sungai kelantan banyak berjasa, nak gi pasir pekan kena dayung perahu looo///
keretapi stop dipalekbang bagi sapa2 yang nak turun di Kota Bharu...
No comments:
Post a Comment