Friday, December 24, 2010

Kenapa saya takut lipas, check it out

Fakta Lipas

  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila


  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit..


  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus


  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup


  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih


  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.


  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram

  1. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia


  2. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina


  3. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya


  4. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.


  5. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani


  6. Lipas ada gigi di dalam perutnya


  7. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu


  8. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat


  9. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula


  10. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung


  11. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut


  12. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam


  13. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa.



sumber; xdapat dikesan, saya plagiat dari emel.

nota nombor 20, saya yakin saya juga mampu lakukan. hehehe.
--

Saturday, December 18, 2010

Hujan fasa 2 (II)

sambil minum kopi di dapur, mata terhala tepat ke arah kandang kambing. Itik-itik bersuka ria menyambut musim hujan. Lembu sakit gigi sebab itu lah rumput tak luak, kaki pun sakit agaknya. Ayam ayam terkedu secara berjemaah, tak pasti pula perasaan ayam waktu hujan.

Yang sadis ialah kambing. Mengenangkan nasib kambing, rasa kopi jadi tak berapa kow. Dari kecik sampai besar, kambing mak tak pernah turun kandang. Setiap kali aku makan nasik dengan pandangan menghala ke halaman belakang, aku membayangkan diri menjadi kambing yang tidak mendapat hak sebagai binatang.

Sadis... bila mata kami bertentangan, ia akan mengembek...dan mengamuk...

huk huk huk...ikutkan hati aku nak lepas je kambing tu...tapi menderhaka pula namanya. Membebel tak cukup tanah la gamaknya ke dua orang tua ku itu.

Dan hujan turun semakin lebat.

Friday, December 17, 2010

Hujan fasa 2

Setelah panas ceng ceng lebih kurang dua minggu, kini hujan fasa dua bermula.

Maka bermula lah siri lembam dalam kalut nak siap kerja itu dan ini. Siri lembam ini agak tidak bagus untuk jantung kerana kekurangan aktiviti kardiovaskular, makan banyak nasi, disamping pertambahan kandungan gula akibat telan air kopi dan roti gardenia salut planta.

eh...mana hilang perenggan panjang bawah ni...cerita pasal kambing? leceh la nak tulis semula. Lain kali lah... sebab esok mungkin hujan lagi...selalunya idea senang 'mari'...

Sunday, December 5, 2010

Fakta;Darah beku ke paru-paru, air ketuban masuki saluran darah antara punca utama mati bersalin‏

Darah beku ke paru-paru, air ketuban masuki saluran darah antara punca utama

SEORANG wanita bersalin anak kelima dan cukup bulan tanpa sebarang komplikasi. Namun, ketika pemantauan rutin kira-kira empat jam kemudian, jururawat menemuinya dalam keadaan tidak bermaya, pucat dan sesak nafas.

Pemeriksaan awal tidak menunjukkan sebarang tanda pendarahan nifas yang berlebihan atau manifestasi penyakit jantung dan paru-paru yang jelas. Kajian ultrasound jantung atau ‘echocardiography’ mendapati bahagian kanan jantung membengkak dan tidak berdenyut dengan baik - petanda saluran darah ke paru-paru sudah tertutup berikutan peralihan gumpalan darah beku dari kaki ke paru-paru. Inilah kesan masalah embolisme paru-paru akut yang menjadi cabaran getir bagi setiap pengamal perubatan yang mengendalikan wanita mengandung dan baru bersalin. Di Malaysia, kajian menunjukkan lebih kurang 15% kes kematian ibu mengandung atau yang baru bersalin, disebabkan masalah itu.

Ia disebabkan dua punca iaitu pertama, gumpalan darah beku atau ‘deep vein thrombosis’ yang terbentuk di betis atau pinggul wanita yang mengandung akibat kurangnya kelancaran darah menerusi betis dan pinggul wanita berikutan tekanan kandungan dibawanya. Risiko ibu mengandung mengalami penyakit ini adalah empat kali ganda berbanding wanita biasa dan risiko ia berlaku selepas bersalin adalah lima kali ganda berbanding sebelum bersalin yang mana separuh kes dilaporkan berlaku melahirkan anak.

Kedua, air ketuban yang memasuki saluran darah ibu ketika bersalin atau ‘amniotic fluid embolisme.’ Ia tidak menyebabkan saluran darah tersumbat secara mutlak seperti di atas sebaliknya reaksi anafilaksis yang menjadikan saluran paru-paru menyempit dan akhirnya tertutup. Kadar kematian akibatnya amat tinggi dan sehingga kini, cara merawatnya masih belum dapat dikenal pasti.

Dua punca itu mempamerkan manifestasi klinikal yang sama iaitu, wanita berkenaan mengalami sesak nafas, tekanan darah merudum, kadar nadi meningkat drastik, pucat, tidak bermaya atau tidak sedarkan diri.

Justeru, mereka yang mengiringi wanita itu seperti suami, perlu prihatin dan mengamati keadaan isteri ketika bersalin dan selepas bersalin. Jika ia berlaku, wajarlah jururawat atau doktor dimaklumkan secepat mungkin bagi rawatan segera. Andai berlaku di rumah, pastikan bantuan pernafasan dan tekanan dada cardio-pulmonary resuscitation atau CPR didahulukan sementara menunggu bantuan ambulans.

Apakah faktor risiko masalah ini? Bagi wanita tidak mengandung, pengambilan pil perancang keluarga adalah faktor utama yang boleh menyebabkan masalah ini. Selain itu, merokok, berat badan berlebihan, penyakit kronik lain seperti kanser atau keadaan yang mana kurangnya pergerakan fizikal berpanjangan seperti patah tulang kaki atau pinggul, duduk terlalu lama dalam kapal terbang - semuanya boleh menambah risiko gumpalan darah di kaki.

Bagi ibu mengandung, faktor seperti umur, bilangan kehamilan yang ramai, kandungan kembar atau kehadiran penyakit lain seperti penyakit jantung akan menambah risiko.

Kaedah rawatan penyakit ini bergantung kepada puncanya. Jika disebabkan gumpalan darah beku, maka pesakit perlulah dirawat dengan cara ‘fibrinolysis’ iaitu menghancurkan gumpalan darah berkenaan. Tahap kejayaan menggunakan kaedah rawatan ini adalah amat tinggi tetapi perlu disusuli ubat untuk mencairkan darah bagi mengelakkan ia berulang.

Ubat seperti Heparin dan Warfarin perlulah diambil sekurang-kurangnya tiga bulan selepas bersalin dan tanpa henti. Jika disebabkan air ketuban, maka pesakit perlu diberi bantuan pernafasan ventilasi dan ubat untuk menyokong tekanan darah optimum. Seperti yang disebut, kadar kematian disebabkan oleh punca ini adalah 80% dan usaha menemui cara rawatan terbaik masih lagi diteruskan.

Info : Embolisme paru-paru akut
  1. Punca utama kematian ibu mengandung dan yang baru bersalin.
  2. Tanda-tanda perlu diamati termasuk sesak nafas, tekanan darah merudum, peningkatan kadar nadi dan pesakit kelihatan pucat, tidak bermaya atau tidak sedarkan diri.
  3. Faktor risiko - umur, bilangan kehamilan yang ramai, kandungan kembar atau kehadiran penyakit lain seperti penyakit jantung akan menambah risiko.
Rencana oleh Profesor Madya Dr Azarisman Shah Mohd Shah, Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Kardiologi, Timbalan Dekan (Akademik) dan Timbalan Pengarah Pusat Konsultasi Klinikal, Kuliah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Bandar Indera Mahkota, Pahang.

Sumber :
BHarian 28/11/2010

Thursday, December 2, 2010

RG09... Ulasan TG Nik Aziz Mengenai Isu Pelantikan TPM‏

ulasan yg tidak disiarkan oleh media perdana:

Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?

‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik Umno.

Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah Umnolah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.

Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.

Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno?

Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh.

Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!

Wednesday, December 1, 2010

Lukisan pakai cat dalam komputer dekat bhgn aksesori > paint




Yang ni pulak terhasil masa aku dok cari-cari mana "mood" belajar, bila nak rajin...bila nak habis...bila nak kerja... bila nak jadi boss... dan bila nak duduk goyang kaki sambil tunggu duit masuk.

Lukisan yang sekarang dah hancus


Ini adalah lukisan ke-2 aku dalam kanvas kecik sikit dari yang first. Aku pakai cat minyak. Tapi masa ni kira baru separuh jalan.

Lepas tu aku tokok tambah dengan pokok-pokok pelik sehingga tenggelam laut biru tu. Dan jadi macam celoreng-celoreng...

Abe Mat cukup tak puas hati dengan kebejatan hasil karya aku yang ditokok tambah.

Bukan apa abe Mat, benda benda art ni macam dadah juga. Masa tu tengah gian nak menconteng dan masa tu jugak kat kampung kita susah nak cari kanvas. Leonardo da vinci pun main taram atas kanvas sama, bezanya beliau makin taram makin lawa. Aku makin taram makin sebarai.

Tuesday, November 30, 2010

Hatiku kau guris luka

Perangai comel gak saya ni/ Jenis makan dalam.

Sekali teringat ayat sadis tu rasa nak menitik air mata...tapi ditahan-tahan. Ego beb...Kalau nangis lebih-lebih kang xmacho.

Dalam sebulan dua ni emo menjadi-jadi, manja. Bila terkena penangan lidah orang yang tak tahan dengan emo akibat perubahan persekitaran dalaman ni, bukan setakat terguris, lebih dari itu 'tertusuk' dalam.

Aku kalau dah makan hati sendiri, susah nak pulih de. Kalau dah sekali orang kata perangai macam #### , ingat sampai bila-bila. Dalam dua tiga hari ni, bila jumpa kawan tu, aku senyap. Aku tak taulah seteruk mana perangai aku masa aku bagi order suruh off lagu rock jinbara yang bingit telinga tu...at the same time masa tu aku kena gastrik, lenguh lumpuh lagi, sakit kepala lagi...kalau tak datang penyakit-penyakit ni buleh je sabar dengan lagu setan tu.

Nak kritik perangai aku pun...guna la perkataan yang harmoni sikit..kalau aku sempurna , bumi ni bukan tempat tinggal aku tau...may be aku dok junjung arasyh ke, dok tawaf atas langit ke...

Sebab aku dah makan hati, lagi la aku buat perangai comel...maka dengan itu dia akan 'mengecopsahkan' la bahawa apa yang disemburnya itu betul. Ada aku kesah?


Monday, November 29, 2010

My memory


My memory with PG first residents

This is rare sub spp of homo sapien



Our shadows ... Taken on 2008, where the friendship has begun.


The footprints created by those feet leaving behind the sweetest memory and freedom.



How to describe the uncertainty with certain words. As the uncertainty itself never clear the doubts.

Now we move on with future is nowhere to be seen, leaving behind our good old days. For the memories are the most important booster to keep us together within this hectic days.

Wednesday, November 24, 2010

Komen menteri pasal chong wei kalah yang meng'angin'kan darah i

Kegagalan Chong Wei perlu dipandang serius

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai program pembangunan dan latihan skuad badminton negara berikutan kekalahan Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Asia di Guangzhou, China, semalam.

Katanya, kegagalan Chong Wei perlu diambil serius dan BAM perlu mencontohi pemimpin-pemimpin persatuan sukan lain yang datang menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan negara dan memberi sokongan serta motivasi kepada atlet kebangsaan.

“Kita tidak mahu ranking sukan badminton kita jatuh pada kedudukan yang rendah,” katanya.

Barisan kepimpinan BAM perlu mencontohi Persekutuan Hoki Malaysia apabila pemimpin sukan hoki negara iaitu Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hadir menyaksikan serta memberi semangat dan motivasi kepada pasukan hoki Malaysia di Sukan Asia.

Kehadiran mereka memberi impak yang besar kepada skuad kebangsaan sehingga pasukan kebangsaan memperoleh mata seri dengan Korea Selatan dan menewaskan pasukan China, seterusnya mara ke pusingan separuh akhir dalam acara hoki.

Ahmad Shabery mengulas kekalahan Chong Wei, pemain nombor satu dunia dan juara All-England kepada pemain tuan rumah Lin Dan pada perlawanan akhir acara badminton semalam sekali gus gagal mengakhiri kemarau 40 tahun pingat emas dalam acara perseorangan.

Beliau akan mendapatkan maklumat mengenai berapa ramai pemimpin, pengurus dan ahli jawatankuasa persatuan-persatuan sukan lain yang hadir di Sukan Asia dan apakah perkara yang dilakukan oleh mereka dalam memastikan skuad kebangsaan berjaya dalam acara sukan yang disertai di sana.

Ahmad Shabery yakin atlet Malaysia dapat menyumbang beberapa pingat emas lagi dalam acara-acara sukan yang lain sama seperti yang ditunjukkan atlet kebangsaan pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi, India, bulan lepas. - Bernama


KENAPA I JADI ANGIN? SEBAB KENAPA HANYA CHONG WEI DI HIGHLIGHTKAN...AKU YAKIN CHONG WEI DAH CUKUP TERTEKAN DENGAN HARAPAN ORANG DALAM MASA BEBERAPA TAHUN NI... DALAM BERPULUH2 ORANG PEMAIN BADMINTON, WHY HAS TO BE THE ONLY HIM...YANG LAIN TU MAKAN KEJADAH APA? fOR HOW MANY YEARS HE MUST CARRY ON ALL THE RESPONSIBILITIES. hAFIZ TU JADI MODEL MAJALAH LAGI BAIK..BUAT MENYEMAK...

WE NEED TO REFORM OUR OLD AGE ; MISBUN, RASHID, RAHMAN, FOO KOK KEONG...THEY WORKED TOGETHER AS A TEAM LORRR NOT MISBUN ALONE...

Monday, November 22, 2010

Jual Viagra

Apa punya canggih fitnah zaman sekarang. Ada ke guna EMel I nak jual Viagra. Jadi orang yang dapat emel tu kompem2 la nampak muka i yang jual. Bingung...

mACAMAna nak buat ni.

Sunday, November 14, 2010

PSAE

Kalu Mc conkey yg kompeni buat , hidup...kalau Mcconkey hasil dari air tangan aku tak mau idup PSAE ni...kang nanti SV tanya apa aku nak jawab...takkan nak bagi alasan; jodoh maut di tangan Tuhan doktor...dia tak mau hidup.

Petang ni aku bagi can lagi sekali, tapi tak mau bagi macconkey dah...nak bagi Muller hinton puloks./

Wednesday, November 10, 2010

Life as it is.

sekarang kerja makmal saya seperti kek lapis serawak.

Minggu ini saya fokus kepada Minimal Inhibitory Concentration (MIC) dan Minimum Bactericidal Concentration (MBC) Staph aureus dengan 8 x 15 sample ekstrak, secara tidak langsung mengabaikan terus kromatografi lapisan nipis yang sama pentingnya.

Dalam masa yang sama, MIC dan MBC perlu dijalankan kepada Pseuso dan Salmonella.

Cakap senang, tapi proses nak filter ekstrak dan makan masa sehari suntuk, ditambah dengan penyediaan media agar... malam tadi dalam proses pindah ke BSC, tumpah 4 ekstrak, terpaksa guna stok yang disediakan untuk ulangan kali ke 3. macamana?

nak buat stok baru, crude dah nak habis. nak pakai untuk 4 strain bacteria lagi. Otak cari 'solution' pantas sambil hati menangis x ada lagu. mencongak M1V1=M2V2 dengan baki sample yang tinggal hujung-hujung kuku.

HATI MENANGIS SIAPA TAHU.

Monday, November 8, 2010

Masa depan

Sekarang ni tak payah nak pikir masa depan yang panjang, fikir masa depan yang esok pun aku dah gabra.

Tak sempat nak pikir pasal diri sendiri. Dalam mimpi pun aku otomatik sambung kerja,... mana nak pikir nak gi spa, nak beli suplement licin kulit, buang toksik, nak belai baby aku, baby kucing, nak belai abe mat lagi...

pasal skolar yang buleh sambung ke tak buleh sambung ke...itu pun aku xsempat nak risau. Tawakkal sajalah aku...

huh...

dasat.

Sunday, November 7, 2010

artikel inspirasi

“Suami boleh masak?”

“Anak berapa orang?”

“Bila nak tambah yang seterusnya?”

“Ada pembantu rumah?”

“Kalau nak ambil pembantu rumah, ada masalah?”

Itu adalah di antara soalan yang dituju oleh panel penemuduga kepada isteri saya semasa temuduga di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Hampir tidak ada soalan serius berkaitan klinikal. Kebanyakannya lebih menyentuh aspek sosial serta visi dan misi yang ada di fikiran calon program Clinical Masters di bidang Emergency Medicine yang seorang ini.

Ia kenangan lebih empat tahun lalu.

MAHU PILIH BIDANG APA?

Family Medicine atau Emergency Medicine?” kami saling bertimbang tara.

Pengalaman bekerja selama kira-kira tiga tahun, belum cukup untuk menjelaskan fikiran, bidang apakah yang bakal isteri saya membuat pengkhususan. Biar pun saya tidak mempunyai sebarang kena mengena dengan bidang perubatan, perkongsian hidup kami sebagai suami isteri dengan kerja-kerja di hospital saban hari isteri saya ceritakan sebagai rutin harian kami, saya secara tidak langsung memainkan peranan sebagai pembantu peribadinya.

Semasa di Republic of Ireland, kontrak kerja untuk setiap posting para SHO (senior house officer) hanya enam bulan.

Ini bermakna setiap enam bulan para doktor ini perlu memohon kerja!

Terdesak untuk mendapat kerja, hampir apa sahaja tawaran yang diiklankan, pasti akan dipohon.

“Sanggupkah kita berpindah ke Cork?” isteri saya bertanya.

“Tak mengapa. Di mana-mana sahaja. Asalkan kita bersama” saya membalas.

Setiap Khamis, saya akan membeli surat khabar Irish Independent kerana memantau iklan tawaran kerja. Haematology, Medical, Cardiology, Endocrinology, apa sahaja yang diiklankan, saya akan menggunting keratan akhbar, menandakannya selepas menyelesaikan tugasan memasak, mengemas rumah, memandikan anak dan melunaskan assignment pengajian Open University UK.

Bersama-sama isteri yang keletihan pulang bekerja, kami akan mengemaskinikan resume beliau dan menggunakan ‘kuasa bahasa’ saya ‘menggoreng’ surat permohonan kerja.

Mengapa mahu bekerja di Jabatan Haematology Hospital Universiti di Galway?

Mengapa mahu bekerja di Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Tallaght di Dublin?

Mengapa mahu bekerja di Jabatan Perubatan Hospital Naas di County Kildare?

Kami menempuh kehidupan berpindah randah dari satu bandar ke satu bandar apabila menerima tawaran kerja yang dipohon. Biar pun penuh jerih dan payah, kehidupan semasa itu sungguh sederhana, bahagia lagi mendamaikan.

“Hah, kenapa menangis?” pernah sekali saya menyergah isteri.

“Sakit hati dengan doktor dari Pakistan itu. Sentiasa membuli!” cerita isteri saya.

“Lawan, jangan biarkan. Habiskan semuanya di hospital. Jangan dendam dibawa balik ke rumah” saya menghasut.

Dari semasa ke semasa, saya memberikan telinga untuk mendengar segala keletihan dan tekanan kerja, salah diagnosis hingga seperti hampir putus nyawa kerana khuatir, juga dibuli doktor-doktor lelaki yang chauvanist.

Mempertimbangkan semua pengalaman itu, saya yakin isteri saya paling gembira semasa beliau bertugas di Wad Kecemasan. Di Hospital Tallaght, di selatan Dublin, ibu kota Republic of Ireland.

Memang meletihkan.

Begitu juga persepsi rendah doktor di jabatan lain yang menganggap Wad Kecemasan sebagai tempat buangan.

Tetapi di situlah isteri saya belajar bertindak spontan terhadap kes-kes yang tidak boleh dijangka, mempelajari pelbagai kemahiran membabitkan O&G, psikiatri, paedatrik, medikal, surgikal, radiologi malah undang-undang (medico-legal).

Segalanya berbaloi.

“Programnya panjang dan berat. Peringkat yang menentukan siapa kita untuk seluruh usia kerjaya akan datang. Janganlah pilih mengikut keperluan semata-mata tetapi pilih yang paling diminati. Yang ada passion! Jangan khuatirkan abang dan anak-anak. Kami menyokong sepenuhnya, Insya Allah” itu ulasan penutup saya sebelum beliau membuat keputusan akhir.

Isteri saya memilih untuk menjadi pakar di dalam Perubatan Kecemasan.

Bidang ini memberi peluang yang paling luas untuk seorang doktor mempelajari hampir kesemua aspek pengkhususan yang wujud di dalam perkhidmatan kesihatan. Bidang yang masih agak baru di Malaysia namun mempunyai prospek yang tinggi di masa hadapan, adalah bidang yang paling menepati jiwanya, seorang wanita Muslimah yang sukakan cabaran, namun cepat bosan dengan rutin kes yang terlalu spesifik dalam skop yang terbatas.

Perubatan Kecemasan merangkumi sejumlah besar bidang General Medicine dan surgikal dan sub-surgikal. Seorang doktor di bidang perubatan kecemasan bertanggungjawab memeriksa dan merawat pesakit dalam jumlah yang besar, memerlukan pengetahuan yang luas dan kemahiran prosedural yang pelbagai termasuk prosedur bedah, resusitasi trauma, advanced cardiac life support dan advanced airway management. Seorang doktor di dalam bidang Perubatan Kecemasan juga harus mempunyai banyak kemahiran pakar untuk resusitasi pesakit (Critical Care Medicine), anesthesia, plastic surgery, orthopedic surgery, cardiology, obstetrics and gynecology, ENT, cardiothoracic surgery dan radiology.

Clinical Masters in Emergency Medicine adalah pilihannya.

Bismillah, dengan nama Allah langkah pertama dimulakan.

EMPAT TAHUN YANG PENUH MEHNAH

Semenjak di tahun pertama program pengajian, kehidupan kami menempuh pelbagai ujian.

Kursusnya pelbagai, selain tutorial mingguan dan laporan kes, isteri saya juga pergi ke sana sini mendapatkan pelbagai kemahiran yang hakikatnya terlalu lasak untuk seorang perempuan. Belajar berenang untuk proses menyelamat di dalam air, menyertai latihan bersama akademi polis untuk mengenal tabiat peluru, bomba, tentera, pasukan paramedik, malah pasukan Formula 1, Karate dan 1001 lagi… sungguh mencabar!

Namun, gelanggang ujian yang besar buat kami adalah kelangsungan mahligai rumahtangga dan keluarga.

Saya yang ketika itu bergaji amat kecil, bekerja keras untuk menampung kehidupan. Isteri juga berusaha untuk bekerja sambil belajar, kehidupan kami yang serba sederhana menempuh pelbagai ujian.

Tidak sedikit salah faham yang terjadi.

Tidak kurang pertengkaran yang berlaku.

Semuanya banyak berpunca daripada tekanan hidup hingga perkara kecil menjadi besar.

Dalam suasana hidup yang masih kurang pilihan, saya menerima apa sahaja peluang tugasan dan kesannya membawa kepada banyaknya out station hingga ke luar negara. Keadaan itu meninggalkan isteri saya menanggung keletihan yang banyak, dengan tambahan kelahiran cahaya mata kami yang ketiga, Muhammad Imaduddin, ketika isteri saya bertarung dengan peperiksaan Tahun 1 yang amat mencabar. Tiada cuti bersalin. Hanya cuti tahunan sebanyak dua minggu dengan tambahan beberapa hari ihsan rakan-rakan di Jabatan Kecemasan, beliau kembali bertugas semasa masih di dalam ‘tempoh berpantang’.

Selepas siri kerja saya di Republic of Ireland (2 kali), Australia, Jepun, Indonesia, Dubai dan Doha, saya nekad menjadikan tahun 2009 sebagai tahun domestik. Saya menyimpan pasport dan selama setahun, saya menolak semua jemputan ke luar negara kerana mahu memberikan sokongan yang diperlukan oleh isteri.

Tanpa ke luar negara, sekurang-kurangnya sebarang permasalahan kami tempuh bersama.

Salah faham dan perbalahan tetap berlaku. Namun, kuasa besar yang menjadi pelampung keselamatan hidup kami adalah kekuatan komunikasi.

Komunikasi dengan Allah berupa doa.

Komunikasi antara kami melalui perbincangan.

Setiap konflik yang timbul, kami memaksa diri untuk duduk berbincang.

Air mata, amarah, ketawa, suka dan duka, bersulam mengkuang menjadi tikar kami menempuh hidup yang serba mencabar. Dalam warna warni hidup itulah, terbitnya pelbagai artikel di blog www.saifulislam.com dan membawa kepada berhasilnya buku Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga serta Murabbi Cinta yang merakam suka duka kehidupan kami.

Tiada apa yang hendak dibanggakan.

Semuanya lebih berupa sebuah kesyukuran dan kelegaan.

Bermula dengan sebuah kehidupan yang serba sederhana, berempat, berlima dan di Tahun 3 pengajian, kami menyambut ahli keenam di dalam keluarga dengan kelahiran Ahmad Muizzuddin. Proses mengandung dengan kehamilan songsang (breech pregnancy) serta komplikasi Placenta Previa peringkat 2, keputusan berat terpaksa dibuat untuk menangguhkan satu semester pengajian setelah sebulan isteri saya terlantar di wad.

Alhamdulillah Ahmad Muizzuddin lahir, biar pun dengan cabaran yang besar, 6 bulan penangguhan yang tidak dirancang itu memberikan banyak kelegaan buat kami sekeluarga.

PUNCAK PERJALANAN

Hari ini, detiknya telah tiba.

Setelah 4 tahun setengah perjalanan, hari ini isteri saya menduduki peperiksaan akhirnya.

Saya doakan agar kesemua modul peperiksaan ditempuh olehnya dengan tenang, baik malah cemerlang.

Sebagai suami, pembantu peribadi, dan peminatmu, sekalung doa kupanjatkan ke hadrat Allah agar minggu ini dirimu, juga teman-teman yang bersama menempuh peperiksaan itu, dilimpahkan oleh Allah dengan rahmah, barakah, taufiq dan ‘inayah, agar di hujung minggu ini, kita sama-sama mengakhiri perjalanan ini dengan sebuah PERMULAAN.

Sebagai doktor pakar di bidang Perubatan Kecemasan.

An Emergency Physician.

Selamat maju jaya, sayang!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Saturday, November 6, 2010

Santai hujung minggu

Di Rantau Panjang.

Petang Jumaat.
Parkir saja kereta depan tangga, saya meluru ke rumah seberang jalan. Beli lokcing. nyum-nyum. Tunggu penghuni rumah yang ke KK ziarah orang sakit sambil makan-makan lokcing dalam cuaca redup. nyum-nyum.

Malam tu pulak.
Sedang-sedang syok-syok baca majalah upin dan ipin, mok mentua saya memaksa saya ke rumah juru mandi mayat merangkap bidan. Takdok aroh la mak mentua...yang lebih kurang macam mok saya...lebihnya mok mentua saya ni, saya tak berani nak tunjuk perangai. Kl mok saya, dah lama saya bantah.

Nak juga tau berapa hari lagi saya nak jadi mok budak. Beria-ia nak menaja majlis solat hajat dan melenggang yang saya sendiri tak dapat nak bayang 'apekebenda' nya itu.

Apa lagi, bercentum la muka saya malam itu akibat mood nak membaca majalah upin ipin terhenti. Tapi sekejap saja lah... kira centuman 'rate' orang-orang otai.

Pagi esoknya.

sambung baca majalah apo? (Kira cuci minda habis-habisan) sampai tengahari sambil baca e-metro. tengahari makan nasik dengan gulai rumah orang kahwin. Abang ipar saya a.k.a abe pa tak ikut.

Petang.
saya tunda balik rumah, sebab berdengki abe pa yang tekun buat kertas kerja di komputer. ish ish... komited. Balik buat wiring terus ngadap assignment. Dengan anak 4, dan seorang bini beliau mampu belajar lagi.

Dari pagi saya belayar di internet tanpa hala tuju, namun selepas menyaksikan adegan abe pa yang hanya berpelikat paras lutut, mengadap komputer dan berpikir-pikir pasal kerja dengan menghirup asap tembakau dunhill, saya mula dihantui hasad dengki. Saya lantas membuka jurnal-jurnal. Malangnya hari hampir ke penghujung dan peratus gerak kerja saya di hujung minggu amatlah mengecewakan, berbanding dengan abe pa. Patut la dia tak mau makan nasik dan gulai di rumah orang kahwin...

Lepas maghrib ni saya nak singgah di sekolah sebelum balik rumah.

Tuesday, November 2, 2010

api! api!

kira-kira 2 hari kebelakangan ini, kampung saya tiada api. Mandi air telaga sampai lencun lantai. Pergi sekolah main sarung saja baju-baju dan tudung kategori tak payah gosok.

Nasib baik musim hujan, anak-anak saudara kurang meragam. Bayangkan musim panas...dengan nyamuk dan hawanya, budak-budak umur setahun dua mana reti nak sabar.

Hari pertama aku masih bergembira dengan fenomena ini... dengan harapan orang - orang tenaga yang casnya berada di petala tinggi , cergas masuk kampung baiki mana2 kabel yang rosak. Tapi meleset sungguh, musnah harapan. Sekampung bergelap, macam zaman datuk nenek dulu. Tambah-tambah musim hujan makan ubi kayu rebus dengan kopi HPA di hadapan cahaya lilin. Waduh-waduh... romantik sekali kalau hanya berdua-duaan. Namun disebalik suasana itu, bayangkan lah telefon pun tak boleh caj, baju tak bergosok, periuk elektrik dah tak berfungsi, kerja yang ada dalam laptop tak langsai ...

Semalam sampai rumah dah lewat, bila tengok rumah bergelap, merudum emosiku, tambah pula dengan kerja banyak perut lapar maghrib tak solat lagi. Aku dihembus angin lintang. telefon 1-5454 24 JAM TNB CARELINE (konon2 care sangat la)... robot tu kata; ANDA BERADA DI GILIRIN 24. beringgit-ringgit duit habis semata-mata bergayut dengan mesin operator tak dapat-dapat. Pagi ni telefon lagi...begitu la juga.

masuk hari ini... 2 hari kampung saya terputus bekalan api...bahasa comelnya bekalan elektrik.

Saturday, October 30, 2010

Hari sabtu

Semalam hujan. Langit kejam memenjarakan matahari seharian. Resah si penoreh getah, si pengayuh beca, si penjual jalanan, dan sang nelayan. Dalam dada mereka tidak hentinya memaut tangan Tuhan... supaya diberi sedikit ruang untuk mereka berasa tenang.

Hari ini, jari-jari matahari menarik pintu penjara di balai langit... sedikit demi sedikit auranya tertera di padang hijau. Hari ini, angin bertiup laju menyapa sang matahari keluar dari situ...

Rona musim ingin bertukar.

Ces...malam ni bola la wei...

Tuesday, October 26, 2010

aque chenta ...bowing idup ...cedey..

aque chenta ...bowing idupe ...cedey...

bahasa budak era sekarang... aku tak pasti la orang DBP peka ke tidak. Dan bila orang DBP baca macamanalah perasaan mereka, yang bertungkus lumus mengkaji bahasa dan mencetak kamus. Tapi hati hamba ni cukup berbulu-bulu membaca karangan-karangan dalam fesbuk atau dalam blog budak2 sekolah.

Bahasa melayu kat sekolah bukan begini gayanya setahu aku.

Kalau perkataan yang terevolusi dengan hilangnya huruf vokal seperti tlg hantr , ckp = dia, yg dsb mungkin lah disebabkan oleh faktor2 penjimatan kredit serta huruf bila nak hantar mesej, atau pun faktor nak cepat masa...walaupun dari satu segi ia tetap salah.

Tetapi tulisan mengada-ngada seperti aque, dierr, bowing, ...itewww,,, ushhh.... agaknya mereka tak pernah beli kamus dewan.

Hamzah

Aku tulis ni masa layan Hamzah asadullah...
Nasyid ni mengingatkan aku pada satu kisah di mana...Hindun mengorek keluar jantung Hamzah kerana ingin memuaskan hati.
Nabi amat terluka melihat jasad bapa saudaranya hancur kerana Hindun .
Menangis juga aku tiap kali terkenang kesedihan nabi...

Betapa nabi seorang pemaaf... baginda memaafkan Hindun ketika wanita itu datang kepadanya, namun selepas itu baginda tidak mahu lagi memandang wajah Hindun lantaran terkenangkan bapa saudaranya yang diperlakukan sebegitu rupa.

Hamzah, perisai nabi.

Monday, October 18, 2010

valleyball forever a.k.a moero attack

drama jepun ini menjadi pendemik kepada kanak2 berwawasan satu ketika dulu. Lagu tema ni sampai sekarang terakam dalam sub memori/ ingatkan dah lupa tapi bila nyanyi kejap tadi, buleh langsai sampai ending ooo... biso, biso (bab tv bise sokmo, bab jurnal jer bise berdikit2) . bila tonton ini video rasa semangat bangkit semula.

Tahun depan kalau panjang umur tuan blog ni, aku nak masuk court balik. Tahun ni tak sempat, bagi can Firdaus la wakil KK. Jeles gok sikit2 dengan Oh Kok Seng tu tambah2 dengar kabo dapat gold medal , bila gi main di utara tanah air.

Jom/// kita rewind balik memori ini...

Wednesday, October 13, 2010

Mukabuku kena sekat

Gara-gara mukabuku disekat di sekitar USM memungkinkan produktiviti meningkat di kalangan ahli-ahli akademik, iaitu dengan meningkatnya bilangan rencana untuk terbitan samada ISI atau pun di jurnal berimpak faktor tinggi.

Di sebalik tangan yang lain (on the other hand), pelajar sarjana yang menghadapi krisis pengecutan ekonomi global sempena peralihan RMK 9/10 mendapati nilai bil / kredit telefon meningkat berikutan terpaksa menghantar khidmat pesanan ringkas setiap kali berlaku kekalutan urusan P/O, DO, invoice atau... "u tolong rendahkan suhu soxhclet i kat atas please.".. / "Jom lunch" /
"Sorry lab i sampai pkl 2"/// setiap sms itu dah makan ringgit2 nilainya kalau ke 012 -019 atau sebaliknya.

Sekian sahaja hujah saya mengenai pro n cons mengenai penyekatan mukabuku di sini.

Thursday, October 7, 2010

How to preserve the preseverence.

payah. memang payah/ tambah-tambah cita-cita macam banjaran titiwangsa...

Thursday, September 30, 2010

Kuning

Kuning mati tepi jalan pada hari Jumaat. Abe Mat kata, kuning mati seperti dia sedang tidur. Maklum, kuning kucing yang baik hati.

Kuning sudah tua, dia juga merangkap penghulu kucing mukim blok kedai cikgu rohani.


Kucing datang ke kedai dalam keadaan kurus kering dan kebuluran tetapi telah menjadi gemuk gedebok setelah mendapat perhatian seorang penyewa kedai bernama Mat.

Walaupun kuning seekor kucing jantan, tapi kuning amat penyayang terhadap anak2 kepada gundiknya.

Kuning akan menjaga kawasan dan anak buahnya dengan tegas. Walaupun begitu, bila bersama saya, kuning akan melembikkan diri dan menjadikan dirinya seperti kena strok di atas riba saya.

Pada hari hari terakhirnya, kuning amat berlainan sekali. Dia membenarkan seekor kucing jantan lain masuk kampung.

Kenangan bersama kuning tidak dapat saya lupakan.

Tuesday, September 14, 2010

cerita seorang pakcik yang kesian...

cadangnya nak merapu lepas habis kerja sekolah...tapi sekali rasa macam nak kongsi sesuatu yang aku rasa tak buleh nak simpan dalam hati lama-lama.

Kisah seorang pakcik yang kasihan. bukan apa, mulut pakcik sorang ni agak melampau sehingga insuran pun tak mampu nak cover. Kalau anak sendiri buleh disumpah seranah dengan pelbagai jenis binatang seperti anjing, bokbong... apatah lagi menantu dan orang-orang kampung.

Patutlah anak menantunya pindah keluar rumah. Cuma ada seorang anak yang tak berapa nak berduit dan menantu yang bekerja sendiri yang mahu tak mahu terpaksa tinggal sebumbung, atas dasar tanggungjawab. Tak tahulah tahan sampai bila. Aku doakan anak menantu yang tinggal bersama itu ditambah level kesabaran dan keimanan.

Kisahnya pakcik ni ada anak-anak lagi hasil perkahwinan terdahulu. Gaji besar lima angka. Maka lagi dipandang hinalah akan anak menantunya yang sebumbung itu olehnya. Bukan saja anak menantunya dihina-hina, bahkan anak-anak kampung yang nampak seperti sampah pada matanya disama-samakan dengan yang tidak sepatutnya, namun Tuhan Maha Adil...anak-anak itu sekarang sudah mampu bersenang lenang. Lalu pakcik itu pun terpaksa menjilat ludahnya sendiri yang jatuh bertempek ke muka. Kesian...

Anaknya yang terkena penangan macam anjing itu pun nampak seperti sudah bahagia sekarang setelah berpindah rumah... entah apa nasib anak yang tinggal bersamanya. Dengar cerita, kalau dah datang angin busuknya itu, ditohmahnya dengan kata-kata yang tidak sanggup didengar. Namun begitu, pakcik ini selalu tidak sihat...jadi anak yang dituju-tuju sebagai sampah itulah yang terhegeh-hegeh membawanya ke hospital. Anak yang kaya raya itu cuma jumpa masa hari raya saja, tengok muka dan memberi laporan terkini dan laporan kemajuan masing-masing.

Sebagaimana orang kampung yang pernah dihina-hinakan dahulu melakar kejayaan besar sehingga terkunci mulut pakcik itu, aku berdoa semoga anak menantu nya juga ditimbal balas dengan kejayaan yang setimpal...hasil dari kesabaran menjaga orang tuanya yang bermulut tidak seperti orang itu.

Aku tak tahu lah bagaimana pandangan orang kampung... tapi aku tak berapa kasihan kalau dengar dia sakit ke apa ke... itu semua Tuhan punya kerja, pernah dalam bulan mulia, ada seorang kampung yang baru pindah datang bertandang ke rumah, namun dia tergamak mencaci menantu sendiri di depan makcik itu. Ketika berbuka, tiba-tiba seleranya yang tahap bagus sebelum ini tertutup dan makanan yang dijamah tidak mampu ditelan. Sehingga berhari-hari terlantar lembik, namun masih tidak insaf. Ish, kesian pakcik itu.

Bukan sahaja terhadap manusia, jika datang angin bigbosnya, rezeki Tuhan pun tidak disyukuri, malah dicemik-cemik jika tidak kena dengan selera. Pernah isterinya membeli beberapa ekor ikan selayang, dicemuhnya tanpa ada hati perut. Katanya setakat ikan sardin itu layak diberi itik makan. Ya Allah... menghina rezeki. Bagaimana agaknya rezeki pakcik ini. Kesian..

Terpikir juga aku... Kalau mahu bersenang-senang, duduk sahaja lah rumah anaknya yang kaya raya itu... Pelik juga... mulut itu jugalah yang membaca ayat-ayat Allah dalam solat serta sujud, mulut itu jugalah yang boleh berhujah ceramah tentang dosa pahala bila orang-orang yang dipandangnya 'jahil' datang ke rumah... berdegar-degar hujahnya...tapi mulut itu juga la yang lembik mencaci maki orang. Astaghfirullah...Kasihan pokcik itu.

Kepada anak beliau, bersabarlah... aku berdoa, sikap pakcik itu tidak terkena pada keturunan seterusnya. Kepada anak beliau, sentiasa lah berdoa dan membaca ayat-ayat pendinding supaya yang mazmumah ini tidak diwarisi...

Thursday, September 9, 2010

Raya oh raya

Aktiviti sebelum hari raya

2 3 hari sebelum itu. Tak buat apa-apa. Hari-hari yang kelabu... apa orang sastera kata di persimpangan mati. Nak raya, sutra beach resort menunggu nak makan daku, tak nak raya nanti apa orang kampung kata...daku ni bukan orang. Kata-kata itu mampu menconteng arang kemuka mak dan bapak daku yang begitu pentingkan status quo seorang orang. Itulah keadaan daku... dalam2 3 hari sebelum raya.

Dalam pada itu juga semasa di alam realiti aku dengan suka hati pergi menjenguk tempat kerja hari-hari, kerana jika tidak dijenguk, haiwan haiwan ternakan daku may be tak cukup nutrien, nak parah lagi kojol terus. Ada satu kumpulan kroni haiwan tiba2 saja meninggal tidak meninggalkan baka. Itu satu mimpi ngeri bagi penternak yang ingin berjaya seperti daku. Oleh itu daku terpaksa membiakbakakan generasi baru.

Cabarannya sangat getir, memerlukan kepasrahan yang tinggi. Di alam fantasi pula daku diugut dengan ancaman2 bahawa ternakan-ternakan daku mungkin tidak hidup dengan sihat, sekaligus menggagalkan daku untuk berjaya. Lalu hati daku mentasbihkan lagu-lagu ketuhanan kerana nyawa itu faktanya milik Tuhan, contonnya Hanya padaMU kesurahkan segalanya...pohon... da da...da...,,.*.tetapi amal ibadat dibulan puasa hampir tidak meningkat.

2 hari selepas 2 3 hari sebelum raya... daku tidak masuk kerja kerana rutin2 seorang anak dan menantu yang perlu dilaksanakan seperti memberi kata semangat kepada bigbos dalam usaha mengait kelapa untuk dibuat rendang dan lemang. Pada malam itu terjadilah upacara menonton PENYAMPAIAN TARIKH RAYA OLEH ORANG BESAR RAJA-RAJA di rumah mertua. Lalu, semangatlah semua nya mendengar walhal dah kompem2 jatuh hari Jumaat. Manakala ketika itu daku bersekongkol dengan kerja-kerja sekolah dan data-data. Tak ada zuq nak dengar titah perintah itu.

Hari ini, sehari sebelum raya, Setengah individu muslimah agak2 akan menonjolkan sisi solehah dengan membantu mertua jika di rumah suami samada dengan ikhlas atau hipokritus. Namun daku sejak sahur tadi dok menaip segala mala apa yang bertaburan dalam otak dan dalam logbook untuk dijadikan apa orang kata satu naskhah kertas untuk dipersembahkan kepada yang berkenaan...sehinggalah entri ini ditulis,..dah dekat2 tengahari. Orang kalut nak bakar lemang, rebus ketupat, bungkus tapai...di rumah mertua daku...tapi daku setia nak naik kejang otot bersila dengan apa punya jurnal bertaburan di depan mata.

Esok hari raya: daku dah siap pesan , tengahari daku kena masuk kerja sekejap...tapi daku tidak tahu samada mereka mengerti atau tidak...

Thursday, September 2, 2010

Go Go my big boss Go

Dalam suasana mencari idea, dan menghitung-hitung supaya semua kerja setel sebelum disumbat ke resort berpuaka itu... aku membelek satu laman web yang namanya Bina usahawan lebih kurang.

Sudah 3 tahun big boss berdikari tanpa kursus asas dalam perniagaan, bermula dengan cuba jaya... bukan sedikit kata-kata pesimis aka negatif di saat kejatuhan sebelum berdiri semula. Namun begitu tahun ini nampaknya cuba jaya big boss membuahkan sedikit hasil...mula menampakkan keberuntungan tanpa bantuan modal dari institusi kewangan. Berdikit-dikit bos berusaha. Usaha dalam menaikkan sunnah rasul ini memerlukan kesabaran yang bukan sedikit.

TEKUN ada memberi bantuan skala kecil kepada boss untuk memulakan operasi kedai kecil, tetapi bantuan itu tidak mampu menjana ke pusingan modal seterusnya.

Bos, tidak putus asa. Kali ini bos tekad untuk bermula tanpa bantuan modal. Jika seratus dalam poket, seratus itulah modalnya. Jika seribu , seribu itulah nafas niaganya. Bos tekun dengan Dhuha, bos amal kalimah bismillah dalam urusannya . Bos mula dengan yang baru. Bos turun rumah dengan niat itulah sunnah nabi.

Dengan sabar, gigih, tawakal bos nampaknya semakin maju. jatuh sehari bos bersyukur, bangun sehari bos bersyukur. tohmah nista bos tidak peduli.

Langsung, bantuan Allah tiba di saat bos mencari pembantu, ada yang menyapa untuk bekerja. InsyaAllah amiin, cawangan kecil akan bos usahakan. Aku berdoa untuk bos.

Walau tidak menjadi Donald trumph , aku berpuas hati dengan usaha bos. Bos yang aku kagumi.
Kagum dari sudut kesabaran dan kegigihan..

Itu adalah nilai estetika yang ada padanya... yang membuatkan p.a bos a.k.a aku sentiasa bersemangat di sisinya.

Aku percaya, Innalaha ma'ana...


Wednesday, September 1, 2010

Raya

Selamat Hari raya kepada semua yang mengenali diri ini, maaf zahir dan batin.

Nota kepada diri; sama-samalah kita berdoa agar tahun depan kita dapat beraya dengan tenang.

Tahun ini: KO.

Tuesday, August 24, 2010

Pencerahan

Banyak juga musibah di bulan puasa ... bukan yang ringan-ringan. Semuanya terjadi seperti misteri gitu. Paranormal.

Bulan puasa rasa seperti nikmat bila dada seperti dilapangkan menerima... banyak benda hamba hilang secara mistik. Walaupun adik hamba dah mujuk dengan pujukan ; cari molek2 dulu.

Monday, August 23, 2010

Abe Mat

Abe Mat ni orangnya kecil saja. Asal kulitnya putih kekuningan. Urat-urat hijau yang besar timbul melilit tangannya. Dia tidak kaya, tidak berjawatan besar. Bila sekali pandang, tiada apa yang ada pada diri Abe Mat ini.

Jika nak dibandingkan dengan orang-orang yang terdahulu yang pernah merisik suri rumahnya, mereka jauh lebih kukuh dan sekufu.

Apa yang menjadikan Abe Mat seorang yang istimewa di mata seorang wanita yang bergelar isteri?

'suami isteri itu ibarat pakaian antara satu sama lain, saling lengkap melengkapi.'

Setinggi mana jawatan seorang perempuan, secantik bidadari seorang suri, mereka tetap punyai kelemahan ... di mana kesempurnaan kepada kekurangan seseorang wanita terletak dalam diri pemimpin hidupnya. Maka mereka menerima siapa saja yang mampu menampal kelemahan-kelemahan itu tanpa mengintai kekurangannya.

Setinggi mana kedudukan lelaki itu dalam hirarki masyarakat, jika si wanita tidak menemukan apa yang mampu menampung kekurangannya... maka apalah yang ada pada kedudukan dan strata.

Apa yang penting dari segalanya ialah ketaatan dalam soal agama.

Abe Mat mempunyai kelebihan yang mana suri hidupnya tiada. Noktah.

Semoga Abe Mat dimurahkan rezeki dan sentiasa di bawah taufiq dan inaayah Allah. Amiin.




Tiada apa

Kadang-kadang ada cerita, tapi tiada yang menarik untuk ditulis,
Seringkali tiada cerita tapi ada yang menarik untuk dikongsi.

Apa nak dikata.

Monday, August 9, 2010

Kecelaruan

Aku ingat setelah beberapa bulan 'stress' , InsyaAllah fikiran menjadi segar bugar dan berada di trek yang betul.

Teruk betul bila buat kerja2 research yang melibatkan 'stress' dan 'stress' itu dicelarukan keadaan.

Aku ingat stress yang aku hadapi kerana konon2nya research ini di tahap yang agak melampau kerana 'moody', tidak mahu tengok alam, asyik selesa dengan 'tidur' sebab kalau berdiri lama dan duduk lama rasa macam graviti kurang dari standard macam g = 9.81 m/s2 = 32.2 ft/s2. Ketidakcernaan makanan pula meningkat secara mendadak, sudah tidak suka makan ayam yang selalunya kalau tak ada ayam tak lalu makan. Hari-hari sedut caffein tiba-tiba pada suatu hari hingga ke hari ini neskefi aku pandang macam dadah.

Hebat juga kesan stress.... nyaris-nyaris mau jumpa pakar psikologi.

Huh... nak buat by research ... hingga tidak sedar punca 'stress' tersebut dari mana

Friday, July 16, 2010

Berbalah dengan hukum sesaran


Gambar atas; kapal atas laut yang cikgu lukis, gambar bawah aku expand laut untuk menampakkan gambar kapal lebih kecil.

Masa aku form 5, cikgu nafisah diskas satu soklan fizik melibatkan hukum sesaran, aku memang tak puas hati la dengan saintis zaman ritu yang reka hukum ni. Mana boleh kapal tak tenggelam. Berat tuuuuuuuuuuu...tambah kalau masuk kereta kebal, jet jet pejuang... ish.

Aku dengar eksplenesyen dengan hati yang memberontak. Aku ada tanya 2 , 3 kali. Cikgu terang 2,3 kali dengan sabar. Tak puas hati lagi. Aku tanya Miah, miah paham...aku walau pun sikit-sikit paham tapi tak boleh terima hakikat.

Aku ingat lagi, berat kapal di tampung oleh ketumpatan laut, daya tujah ke atas dan sebagainya. Kapal dipengaruhi graviti , daya tujah ke bawah, tak termasuk beratnya lagi.

Tapi dulu otak pra matang aku sukar nak terima, dan gambaran kepala otak aku mengatakan KAPAL TU BESARRRRRRRRRR,.... BERAT. aku cukup tak suka la sapa yang buat prinsip ni.

Sebab tu fizik aku dapat 5.

Tapi sekarang aku terima dengan dada terbuka. Aku fikir-fikir kenapa dulu susah sangat nak terima kenyataan.

RUPA-RUPANYA CIKGU NAFISAH LUKIS GAMBAR KAPAL BESAR. GAMBAR LAUT KECIL.

Cuba cikgu bayangkan kepada aku yang kuat berimajinasi ni, gambar yang sepeti aku lukis di bawah...komfem aku buleh terima. cikgu lukis gambar laut tu sempit daya tujah ke atas dia mesti la lemah, ketumpatan dia pulak kurang... kuang2. Cuba cikgu besarkan gambar laut, baru aku buleh terima ketumpatan laut lebih tinggi dari ketumpatan kapal.

p/s: cikgu jugak la yang salah, aku la yang selalu betul...haduiiiii.... paranormal sungguh hidup seorang aku ini.

Janji Kekasih

Kisah ni cerita dalam tv. tengok di yanmieonline rating carian tinggi juga. Curious nak tahu aku baca sinopsis. Alahai...heroin hidup tak lama der. Kenapa heroin kena mati. Sebab nak samakan nisbah M:F di muka bumi agaknya... Itu yang membuatkan aku semakin bersemangat nak matikan watak hero dalam cerita khayalan aku musim ini, tapi sampai sekarang masih tak sampai hati.

Kalau heroin mati/ komfem aku tak tengok cerita ni.



Wednesday, July 14, 2010

Kamera digital apa org panggil SLR

Kalau aku mengemukakan pandangan yang selalu paranormal ini, tentunya ia akan mencetuskan kontreversi pada pencinta-pencinta pemukul a.k.a penembak foto seantero alam.

Aku mengalu-alukan SLR dalam kehidupan, lagi pun aku suka arts apatah lagi yang fine, but i love originality too.

For me editing process is a process that 'lacken' its originality.

When u took picture from nature, even with your simple camera or let say with your phone; right angle, right lightening, right shadow... it could be awesome. And when you come to join nature without help from softwares or any high impact technology... for me it is talented and art. It is really impressive if you could use your instinct to pamper natures and capture them with the help of nature too. If we are given an old film, that traditional one before this digital era... how many of us can play with original light and shadow :)

Kalau nak kata aku cemburu sebab aku tak ada SLR ini, tak juga sebab tak ada keinginan nak beli pun. Aku hanya bercita-cita nak upgrade teleskop jarak jauh aku kat rumah yang lensa nya berkulat tak dapat nak tengok komet... may be kalau aku kaya nak beli yang macam dekat pusat sains. But SLR aku belum berminat nak beli.

Anyway i still need this digital kamera cikai at least, to 'tipu' gambar result aku nanti.

Tuesday, July 13, 2010

My final year student

Alhhamdulillah...final year student yang Tuhan anugerahkan kepada aku tahun ini sungguh SUPERB.

Harapnya berkekalan sepanjang tahun...Dan memberi impak kepada ku jua//

I LIKE!!!

Saturday, July 10, 2010

Bila mengaji

Bila kerja rasa nak mengaji, maka daftarlah diri ini masuk mengaji semula. Bila masuk mengaji rasa bodoh, sudah la bodoh, tak makan diajar pula. Tanya itu tak tau, tanya ini tak tau. Bila tak tau kena baca, Bila gugel semua rasa nak baca. Bila baco banyak pulok mazhabnya.

Maka aku mengira-ngira umur yang dah bertabur di sekolah-sekolah. Umur 7 tahun sampai 12 tahun sama dengan enam tahun di situ.

Umur 13 tahun sampai 19 tahun sama dengan enam tahun di situ.
19 sampai 21 tahun , dua tahun pulak di situ.

lepas tu 3 tahun setengah di sinun...

campur semua sekali mendara di sekolah pendek kata aku ni. Tak kenal makhluk adam mana sebab dari awal remaja sampai besar sekolah perempuan belaka.

Bila dok ingat-ingat sekali, banyak dah la ilmu yang di kilik atas batu jemala ni, tapi masa usia bangka ni tiba-tiba rasa dungu... rupanya betul la kata DIA habis air di seven seas pun...ilmu banyaks dok leh nak imajin. Tolak, ilmu yang tercicir time mengantuk dalam kelas, atau ilmu yang tak dapek sebab ponteng, atau time bengap...





Friday, July 9, 2010

Dasar kelawar

Tak ada manusia dalam bilik postgrad pada petang ini.

Tabiat duduk dalam gelap automatik diaplikasikan, menghasilkan suasana sejuk dan tenang dan mengantuk. Lampu sengaja mati. Angin dari pendingin hawa, sepoi-sepoi angin lagaknya. Kacang rebus dah sejuk, ada dalam beg lusuh zaman sekolah menengah, yang dikitar semula.

Sisa-sisa kerja semalam masih wujud di tingkat atas. Mata sudah mengantuk.

Kabel telekom di kampung pun sudah lesap dikebas oleh malaun-mana-entah, menjadikan idup kurang ceria. Streamyx kondem serta merta. Nak harap Celcom dan Maxis, katanya rumah aku dalam gua...tak buleh pacang pencawang lebih. Kiri sawah kanan hutan. Nak folo ap, kena tekan seratus...tekan satu untuk khidmat teknikal... sehingga lah tekan 0 untuk bercakap dengan pegawai bertugas. Tak sempat tekan 0, kredit celcom tinggal 0.00 sen...lalu putus nyawa di situ.

Sehingga ke hari ni aku tak buat repot lagi. Sudah masuk 2 minggu.

Minggu lepas orang buang mayat tepi Esso...habis la ada hantu merewang kat situ, mentaliti budak-budak nipis iman. Tapi tengahari aku tengok Pekan Melor macam biasa. Tak ada apa-apa pun!

Sudah sebulan, makan tidak menentu, perut rasa sebu, nasi pun dah nampak macam lain....Baguslah, Dia bagi Cash On Delivery...nak sangat rasa diet.

Tut tut...big bos dah kol ajak makan. Kira date la...orang tak romantik macam aku tak susah mana... minum warung tepi jalan a.k.a kedai merpati pun aku join.






Wednesday, July 7, 2010

Kak yah

Blood line.

Sepupu saya ini sudah berumur 40an. Terlantar di Unit Rawatan Rapi selama sembilan hari, tidak sedarkan diri.

Hari ini, sekali lagi saya melangkah ke wad 7 utara menjenguknya. Dia memberi respon yang baik, suara semakin bertenaga, badannya kembali hangat serta tiada lagi wayar-wayar berserabut . Tuhan mengasihaninya. Saya bercakap seolah-olah seperti dia tidak pernah sakit, cuba mengajaknya bergurau walau hati saya sudah dibasahi air mata kesyukuran.

"Kak yah tak rasa lama ke sembilan hari tidur?"
"Tak."

Saya senyum lebar.

Dia mengasuh saya ketika kecil, jurang umur dan tempat tidak mengurangkan rasa kasih saya kepadanya.

Saturday, June 26, 2010

Tulis novel


Selalu bila tulis cerita...aku berazam nak habiskan dengan kematian seorang hero.

Dalam 2 novel yang sudah siap dan terperam selama bertahun-tahun, satu daripadanya tamat seperti yang dicita-cita... tapi tak cukup tragik. Aku nak yang lebih suffer, yang lebih tragik...

Lalu, aku reka satu lagi cerita, tak tahulah ia bakal menjadi cerita pendek atau jadi beratus muka surat ...Ia bergantung sejauh mana aku berkhayal dan menelaah side ref... cerita dulu yang aku peram dalam almari baju lebih kepada perasaan 2 remaja. Cerita Adib pula lebih kepada family matters yang agak tidak logik...(mungkin logik jika digarap dengan baik). Tapi untuk cerita baru ni, lepas tulis beberapa bab dan bila nak masuk plot tinggi sikit... aku stuck. Parah lagi...bila ulang baca, timbul rasa geli geleman.

Kadang-kadang semasa menulis, aku terfikir...kenapa menulis manuskrip sains tidak semudah ini. Salah satu jawapan yang mungkin tepat ialah rasa cinta.

Kenapa nak habiskan riwayat hero? aku rasa agak adil bila hero dimatikan sebab tak ramai yang sanggup matikan watak hero, lebih-lebih lagi kalau watak itu hensem dan penyelamat dunia... sebaliknya ramai yang sanggup matikan watak heroin, dalam drama mahupun dalam novel... senang pula nak tamatkan watak heroin ya...

Friday, June 25, 2010

saya dalam tempoh ini

Seminggu saya lari dari rutin kerja-kerja makmal pada waktu siang; mencari sedikit kelainan dalam hidup, mencari sekangkang ruang untuk mengatur gerak kerja seterusnya, dalam pada itu bermeditasi untuk secebis ketenangan.

Dalam tempoh itu, saya kerap terpengaruh dengan bisikan - bisikan jahat seekor nafsu yang ditunggangi syaitan. Tetapi acap kali juga disanggah oleh bisikan bisikan mulus yang lain.

Saya tidak pasti berapa kali saya perlu gagal untuk melakarkan satu keberhasilan.

Saya tidak pasti pandangan penyelia saya ketika saya tidak menunjukkan keberhasilan positif.

Saya tidak pasti berapa peratus keyakinan saya terkakis setiap kali gagal dalam satu satu eksperimen.

Tapi saya sedar pada kebelakangan ini tika saya 'jatuh' amat sukar untuk saya bangun dan melangkah semula.

Ini bahaya kepada kesihatan rohani saya.

Apakah tindakan saya untuk mengatasi masalah saya ini? Dalam masa seminggu saya tidak membuka kitab la tahzan, saya tidak membelek buku motivasi. Apa yang saya lakukan, saya bercakap-cakap dengan minda saya. Saya menjauh dengan dunia yang sebenar dan bercakap-cakap dengan diri sendiri.

Musibah yang tertujah pada diri saya ini sangat bahaya. Penyakit serius yang menyerang sifat kendiri saya.

Minda saya membuka semula lembaran-lembaran buku, ucapan-ucapan murabbi, mempamerkan kepada saya kehebatan-kehebatan yang pernah saya miliki pada suata masa yang lalu.

Dalam persembahan itu, banyak yang tidak berguna untuk mengubat krisis kendiri saya ipada ketika ini. (Mungkin berguna untuk masalah yang lain)

Saya bukan seorang yang warak, tetapi pada masa ini tangan saya ringan untuk membaca tafsir-tafsir dan saya mula kembali berdiri ketika Tuhan berkata bahawa Dia tidak suka orang yang berputus asa.

LALU saya pun berdiri semula.








Tuesday, June 22, 2010

kualiti kerja

Kualiti kerja kerani dan kerja belajar aku minggu ni nampaknya terbit di bilik gelap di rumah selekoh nombor 2.

Jadi aku rasa agak tidak bersalah kerana tidak ke sekolah- sebab mengikut reputasi aku di sekolah semenjak beberapa minggu lalu, aku tidak fokus belajar mahu pun kerja. Ia bermula dengan simptom-simptom rajin ke perpustakaan.

Kerja lab, aku mula setelah tenggelam matahari. Tidak mengapa, ada juga ahli ahli kerja malam seperti weng kin dan siti nurul syuhada pada minggu ini.

Lagi pula kekerapan gagal yang berlaku secara rally menyebabkan pemikiran pesimis muncul seperti...bila masuk bilik manusia manusia memandang pelik macam diorang tak pernah fail. Jika mereka bercakap-cakap, rasa seperti menyindir-nyindir... apatah lagi bila mereka bercerita pasal jumpa sv dan sebagainya/

Maka, jadilah aku batman...yang duduk dalam gua...keluar masa orang tak ada, dan menjalankan misi rutin di lab pada waktu malam.

Tapi, duduk dalam gua ni bagus juga. Banyak kerja dah siap. Tak lalu makan nasik. Dan tak terdedah kepada sinaran ultraungu.

Tuesday, June 15, 2010

Bila saat berputus asa

Terlalu banyak kaedah untuk dicuba, terlalu banyak kegagalan untuk ditelaah, terlalu banyak harapan dalam setiap mimpi... terlalu banyak kekecewaan menanti

Tiada lagi air mata, tinggal ketakutan pada manusia , saat amanah dipinta-pinta. Tekanan demi tekanan... menatijahkan suatu kesamaran pada visi masa depan.

Tapi aku yang dungu ini...tetap saja mengulangi, satu eksperimen yang tidak pasti...yang hujungnya hampir pasti ada tangis yang bersendu, ada kecewa berpintal harapan. Dan jalan makin kabur.

Dalam dakapan perasaan manusia fasik, aku sedar diri semakin menjauh...dan semakin kurang berbicara dengan TUHAN.

Sunday, June 13, 2010

Harmoni dalam tragis

Bila adik beradik bos berkumpul di rumah mertua, harmoni pun datang. Sehingga labwork pada hari Sabtu tergadai. Boleh aja aku berpergian dari Rantau Panjang ke Kubang Kerian pada hari itu, tetapi keharmonian yang menyapa tiap kali ke rumah mentua menyebabkan aku rasa 'berfamili', bukan bekerjaya.

Tiada percutian yang lebih indah selain di rumah mentua. Abg G + K.Yah, Abg Yie + Kak Ani, Abg Pa + K.Ha, Abg Zaid + Kak Izan berkumpul bersama-sama, cuma abg P + K. Emi yang tak dapat cuti. Aku suka suasana ketika beratur tunggu bilik air... terasa kami masih kanak-kanak riang, terasa beban yang tergalas kami tinggalkan di mana-mana sebelum tangga rumah ibu dijejak. Hiruk pikuk gurauan adik beradik begitu harmoni. Anak-anak saudara cuma gelak melihat gelagat ibu bapa masing-masing.

Malam kami berkumpul di hadapan tv, abg Pa siap bancuhkan kopi. Abg Yi mengendong kucing kesayangan di temani anak, bos menggentel kucing baru anak saudaranya... ruang tamu penuh dengan keharmonian...keromantisan pasangan masing-masing tidak diselindung-selindung. Kami bahagia.

Walau kami tidak kaya, dan tidak berdarjat...tapi kami bahagia.

Beberapa minggu lagi genap setahun bapa mertua di alam sana. Kami bakal berkumpul semula. Mungkin tidak semua...tapi aku tetap ke sana tiap tika lapang waktu. I miss my father in law so much.



Friday, June 4, 2010

Dadah perlu dalam dos sesuai

masa belajar farmakologi dulu, prof mohd zakaria kata setiap benda ada dosnya, kalau terlebih dos; itu bahaya. Dadah juga begitu. Jika dos yang sesuai jadi penawar, yang terlebih itulah bahaya.

Makan nasik lebih dos bahaya. tidur lebih dos bahaya. kerja lebih dos?

Selepas menonton anime yang 25 episod secara rally, rasa macam ada aura. lebih fokus kepada objektif. lebih bertanggungjawab kepada buku teks, lebih bertenaga dan berdaya maju. Agaknya itulah perasaan penagih dadah bila mendapat 'panadol'.

Dah masuk bulan jun, rupanya dalam setengah tahun ini...aku lupa untuk menghadiahkan kepada diri sendiri sesuatu yang 'ia' suka secara sirius.

Tetapi harapnya tidak lagi terjebak dalam dunia anime dalam masa terdekat, kerana aku selalu tidak mengikut dos yang betul.

...

Ya, lagi-lagi isu Israel yang tidak bersyukur itu. Apa nak dikata.
Selepas 12 warga malaysia dibebaskan, isu menjadi sejuk semula. Apa nak dikata.
Itulah sejak darah masih muda, hingga kiamat sudah dekat...apa nak dikata.

Israel itu, Tuhan telah tenggelamkan Firaun untuknya...tidak pula bersyukur malah berlagak manusia agung. Dihadirkan Musa untuknya tapi tidak juga bersyukur.

Dalam kelompok Israel bekas ahli kitab itu aku tertanya-tanya, masih adakah pencilan pencilan pengikut Musa yang tulen.

Wednesday, June 2, 2010

Yamato Nadeshiko Shichi Henge



Sekali layan semua 25 eps. Cerita ni mengancam gels. Lepas tiga hari gila (tenggelam bersama Kyiohe dan Nakahara sukano) bagai dilamun cinta, aku mula kembali ke dunia nyata. Memulakan langkah bergaya untuk menghadapi satu lagi episod kegagalan di dalam lab, dengan menonton http://www.thirteen.org/naturally-obsessed/-THE MAKING OF A SCIENTIST.

Monday, May 31, 2010

Cintailah DIA...

Selaku seorang hamba tidak ada apa yang perlu kita banggakan. Nasib seketul tanah liat bernyawa ini tidaklah selama-lamanya bernyawa. Kembali ke tanah juga. Dalam tanah itu, jika mahukan lampu, bacalah al-Mulk tika di sini. Jika ketika di dalam perkuburan itu mahukan teman, dakaplah KalamNya tika di sini.

Saturday, May 29, 2010

Sabtu ini segalanya tak menjadi

Sudah ditakdirkan aku sepatutnya berehat di rumah, as planned.
Tapi nak juga mengadap bench, konon nak run gel.
Pun, segalanya tak menjadi kerana badan terhidrat.

Hutang janji yang tidak terlunas. Pikir punya pikir, aku tak sertai dengan perkataan InsyaAllah semalam. Sian Fariza harapkan gelnya berlari-lari riang dalam 1 kali TAE.

Tiba-tiba ada perasaan rajin nak membaca buku ilmiah. Yuhuuuuuuuuuuuuuu!!! bye.

Wednesday, May 26, 2010

Bacaan berat 2.

Judi bola: Surat terbuka Tamrin untuk Jamil Khir


Posted on Monday, May 24 @ 22:31:44 PDT by Paktam

Oleh Tamrin Ghafar

Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.



Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom.

Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.

Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.

Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.

Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.

Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Yang Berhomat Dato’,

Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?

Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?

Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya. Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?

Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?

Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.

Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya: Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Yang Berhormat Dato’

Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?

Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.

Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:

i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA

Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.

ii) BELUNGGU HUTANG

Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.

iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK

Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.

iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN

Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.

Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.

Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.

Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?

Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.

Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.

Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,

“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].

Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,
TAMRIN TUN GHAFAR

Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Kebawah DYMM Raja Raja Melayu
YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO
YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO
Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan
Mufti Mufti
Media Cetak dan Elektronik

Tuesday, May 25, 2010

Woon Li pernah kata

" Orang kelantan pandai enjoy themselves." Woon Li kata. Masa tu kami car pool ke tesco. Woon Li juga orang Kelantan. Rumah banglo tepi kondo dekat JKR.

"Kenapa Woon Li."

"Cuba tengok, masa birthday sultan...jalan jem sebab nak tengok lampu. picnic tepi jalan. often ada family yang take their times when night falls picnic depan istana bawah cahaya lampu, even bukan birthday sultan sekalipun."

Hari ini, sekali lagi aku bersetuju dengan Woon Li bila terkenangkan panorama pukul 11 malam ketika balik dari airport. Sepanjang pagar lapangan terbang pada waktu malam kereta diparkir berderet-deret ... ada yang berkeluarga dan solo... they enjoy the night breeze, the sound of airplanes... and the rows of lights.

One of my friend kata, Sultan Ismail Airport its not just for the plane to land.

Sunday, May 23, 2010

oo Kak.

Banyak perkara-perkara mistik berlaku dalam 2 hari aku bercuti.. cuti hujung minggu daa.

Pada suatu malam dekat-dekat pukul 12 malam, hari jumaat kaa...kamis malam jumaat kaa... (tak ingat tarikh) ... kena giliran aku kunci pagar depan. Ozom dengan bos sekali dia menang da... main ayat madu pun tak makan. Ingat - ingat tahun ni tak sampai lima kali lagi aku bertugas kunci pintu pagar, lalu aku mengalah dalam pasrah.

Lalu selamba depan bonda yang sedang menjahit baju cucu, lalu menyarung selipar cina menuju ke pintu pagar buruk. Payah pulak nak kunci mangga ni... dalam terkial-kial mata tergerak memerhati pagar rumah tak berpenghuni di depan...tiba-tiba naik meremang bulu roma i. Teringatkan pula ada satu rumah yang lagi yang bakal nak roboh lagi dua tiga hari, pun tak ada penghuni. Banyak sangat rumah kosong kek kampung aku.

Lepas siap berkunci aku tak tunggu lama, 'hungga' tak cukup tanah. Belum cecah porch kedengaran suara halus kek belakang. " Ooo Kak..." huish suara macam familiar tapi tak ada makhluk macam orang. lagi laju aku lari.

Berdentum aku hantuk daun pintu. Sapa suruh tak mandi! kan dah kena tegur puaka.

Friday, May 21, 2010

Cita-cita ana menjadi isteri mithali

Nak masuk bulan makan besar ni, aku ada aura nak menulis bab-bab orang besar.


Seperti sedia maklum teruja segala yang solo bila tarikh untuk menamatkan zaman bujang sudah tercetak kemas dalam kad comel.

Dah ada yang ready mengikut rutin dan petua orang tua-tua supaya wajah naik seri, makan pun tak mau banyak, dan ada yang rajin ke salon buat rawatan wajah.

Dan majoriti sudah menanam cita-cita untuk menjadi isteri solehah dan mithali bila termaktubnya ijab dan kabul.

Ada niat tu dah bagus, Tuhan catit dah dalam kitab.

Tapi...u all ingat senang ke nak jadi isteri solehah? ehehe...terai u all tanya i.

Kalau setakat tabiat hari-hari bangun pukul 10...basuh baju seminggu sekali, banyak masak kat dapur mamak dari kat rumah, baju lipat gitu-gitu je... cita-cita murni tersebut memerlukan tumpahan keringat yang banyak serta motivasi tinggi. Bayangkan rutin hari-hari anda begitu, tiba-tiba esoknya selepas berkongsi bilik dengan kekasih u itu...u terpaksa bangun pagi, jerang air, masak nasi, gosok baju ...pergh... seminggu dua teruja lagi kot... terai lepas sebulan tengok guana?

Lepas tu u all bajet hobi mu hobiku jua, duitmu duitku jua, dan bajet dikaulah-yang-paling memahami- hatiku, dan bajet romantikmu-biarlah-ke penghujung-malam, sekali kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Tak mudah...bukan mudah... tambah plak laki u all lagi rajin dan bersistematik dari u all, ambik hang! Banyak makan nasi ulam jantung la jawabnya laki u all.

Jadi kalau benar-benar nak jadi isteri misali, dalam masa 40 hari sebelum kawin i sarankan u all dah mula berlatih...supaya cita-cita u all tercapai.

Bagi I, I tak sempat nak berlatih sebab i tak sempat nak berfikir adakah i sedang berkahwin atau tidak di waktu itu... so setakat ini i guna teknik ayat-ayat madu a.k.a mengepow. u all buleh juga cuba cara i, tp i tak kenal lagu mana perangai suami u all masing-masing. Jadi pandai-pandai lah nak hidup berkat.

Ingat, orang kata syurga di bawah tapak kaki suami, nabi pun kata, seandainya Tuhan membenarkan makhluk menyembah yang lain selain Dia, nescaya akan diperintahkan untuk sembah suami masing2.

Bagi yang nak cuba-cuba bercinta (erkkk) itu, jangan lah korang bercinta dulu sebelum kenal...ini tidak, cinta bertahun-tahun perangai baik buruk bila tanya termangu-mangu.

Setakat ini dulu dari kak seri, kepada kawan-kawan kak seri, kak seri doakan kalianbersama dengan pasangan masing-masing hingga ke hujung nyawa.

p.s/ i malas nak bagi petua sebab kami baru 6 tahun jagung...tak berapa reti nak hidup molek lagi. Lagipun u all pasangan romantik, baju pakai sedondon, makan dalam gelap... semua seia sekata. i dengan bos, semua tak sama kecuali suka kucing dan tahi lalat tempat sama.

s.k:Bos! bulan depan i nak mintak up kan nafkah i sikit, banyak kena makan gulai. support minyak kereta seploh ringgit sehari pun orait gak. nanti i belanja nasik kakwok.