Kuning mati tepi jalan pada hari Jumaat. Abe Mat kata, kuning mati seperti dia sedang tidur. Maklum, kuning kucing yang baik hati.
Kuning sudah tua, dia juga merangkap penghulu kucing mukim blok kedai cikgu rohani.
Kucing datang ke kedai dalam keadaan kurus kering dan kebuluran tetapi telah menjadi gemuk gedebok setelah mendapat perhatian seorang penyewa kedai bernama Mat.
Walaupun kuning seekor kucing jantan, tapi kuning amat penyayang terhadap anak2 kepada gundiknya.
Kuning akan menjaga kawasan dan anak buahnya dengan tegas. Walaupun begitu, bila bersama saya, kuning akan melembikkan diri dan menjadikan dirinya seperti kena strok di atas riba saya.
Pada hari hari terakhirnya, kuning amat berlainan sekali. Dia membenarkan seekor kucing jantan lain masuk kampung.
Kenangan bersama kuning tidak dapat saya lupakan.
takziah melor akan kuning...
ReplyDeletekena cukur kening ni sebagai tanda berkabung...
huhu...
semoga rohnya diberkati ALLAH
p/s: tumpang sedeyh.. huhu
ya, bila ada orang mati, kita sebenarnya brckp tengtang perkara elok2.
ReplyDeletekes kuning curi ikan tu kita lupakan aja. halalkan.