Thursday, February 4, 2010

Semangat 1 Malaysia di jalan raya.

yup. Bila kereta dari arah bertentangan bagi signal lampu atas dengan blink blink...most probably ada roadblock kat depan.Jadi masing-masing tarik seat belt, dressing smart...kaki atas dashboard kasi turun...dan kaum perempuan duduk dengan sopan.

Kalau yang tak cukup syarat, ambik nafas di laluan rehat dan berfikir langkah-langkah menyelamatkan duit poket yang kalau terbang pun dalam 300 ringgit malaysia. Bagi Mat-mat motor bawah umur, mereka buat u turn secara kona baring pada garisan ganda dua terus pulang ke rumah atau ke warung merpati.

Petang tadi ada satu kereta yang bagi blink blink lampu atas, nasib baik dah renew road tax... jangan tak tau kalau setakat road tax mati seminggu kami masih gah di jalan raya. ngeh ngeh... jadi kiri kanan check... seat belt ok, road tax kemas bertempek... dan okeh...

"Keluarkan lesen cik...

Baru je nak tarik dompet, encik jpj sound ."Tak apalah kalau tak nak keluarkan pun..."

"terima kasih cik..."

Itulah semangat muafakat rakyat malaysia di jalan raya, dari perlis hinggalah ke sabah kita sudah merdeka...signal blink blink lampu atas sudah sedia maklum tapi tidak wujud dalam buku memandu di sekolah memandu marzia mahligai ya adik adik...

Daa..

No comments:

Post a Comment