Tuesday, February 2, 2010

Berentri-entri




Entah semangat mana yang merasuk hinggakan ber'entry-entry' aku tibai malam ini.. selalunya ada sesuatu ... ya, ada sesuatu.

Adakah aku sedang lapar? Tidak. Sebab kopok diskaun dan kerepek makcik cleaner sedang berterabur tepi notebook ni.

Adakah aku sedang bersedih? Tidak. Sebab tidak ada air mata yang keluar.Jiwa pun masih kering.

Adakah aku gembira? Kurang pasti.

Adakah aku ingin berteriak kepada dunia mengenai itu. YA.

Teriakkan saja.

Tak boleh, jatuh kepada dosa mengumpat pula. Tak serik-serik agaknya nak makan daging saudara sendiri.
Nggeeee...

Astaghfirullah...

Selalunya yang menjadikan aku seorang yang suka menulis ialah ... aku tidak mempunyai kelebihan untuk bercerita. Maka aku menulis.

Mungkin sebelum aku melangkah ke menengah tinggi, aku banyak mulut. Ya lah...banyak mulut, tau banyak mulut?.. jumpa katak mati pun ceritanya berjela memanjang. Sehinggakan kawan sekeliling naik bosan. Nasib baik aku sedar diri.

So, selepas aku menginsafi diri ... tiba-tiba aku menjadi seorang yang tak berapa pandai bercerita.

Sebenarnya , aku sendiri lupa bahawa suatu masa lalu aku ialah seorang yang lain. Sehinggalah aku membaca kembali diari tahun 1994/1995 pada pertengahan tahun lepas.

Jika tidak kerana jurnal tperibadi itu, aku sudah lupa nama teman sepermainan, sudah lupa memek mukanya kerana meluat kepadaku.

"Aku tengok cik Ah macam tak nak layan je ... buat derk je... lain kali aku berazam aku bla bla bla... " wah wah wah seronok baca diari lama. Mungkin azam aku itulah yang menjadikan aku semakin pendiam, semakin berhati-hati untuk memulakan perbualan...agak mengambil masa untuk menyesuaikan diri, kuat memerhati...dan mula menulis.

Oh ya... yang penting aku belajar mengenai KOMUNIKASI DUA HALA. 2 ways communication... penting...jangan kita syok sendiri bercerita... good listener pun will fail kalau asyik kita je yang conquer conversation. itulah iktibarnya.

Some people think bahawa kenangan hanya cukup tercetak di minda... but some people (me included) believe that memories should be printed on papers...sumber muhasabah sebelum mata terlena. Mencari kelemahan diri, dan mengakui kekhilafan dengan ikhlas hati.







No comments:

Post a Comment