Hari ini aircond dalam bilik siswazah on dengan jayanya. Aku dah rasmi walaupun err tak commisioning lagi kot.
Lepas zohor tadi , lepas mengajar, aku hambik beg doreamon dan memblah diri ke kampus. Tanpa mengambil makan tengahari di rumah sebab aku tak ada selera.
Hari ini tempias seorang pembawa mulut di kampung x memberi kesan besar dalam kehidupan aku dan bos. Dalam kehidupan kami berdua. Tapi bos seorang suami yang berjiwa besar, bos kata on the way ke sekolah; Tuhan tak akan menguji orang yang tidak layak diuji. ..
Aku berhenti makan di warung kegemaran kami dan bos tetap bertenang dan cuba mengajak bininya bergurau senda. aku? biasalah emo dalam matang.
then, bos meneruskan projek bisnes secara indie beliau bersama ibunya di rantau panjang selepas menghantar aku ke kampus.
Kiranya dengan kesan itu, aku dan bos mengambil keputusan untuk beristikharah dalam masa seminggu ini...apa-apa petunjuk dari Dia...kami pasrah.
Segala perancangan kami yang semakin tersusun, segala harapan, yang cuma menunggu masa dan sedikit kesabaran saja lagi...terasa semakin menggugat.
Apakah Allah ingin memberitahu kami bahawa dengan bahana pembawa mulut itu, maka haluan kami akan berubah ke satu arah yang lebih baik.
Aku kadang-kadang berasa misteri dengan perangai orang begini, tak boleh kah diam-diam sikit. Kalau ada berita, habis satu kampung. Nak jemput orang kenduri tak payah susah-susah cari orang lain. Bagitau saja mereka, tak sampai seminggu siap la kerja.
Walaupun sisi baiknya berjuta, tapi bila 1 sikap kurang baiknya membari kesan mendalam pada kehidupan aku ... aku berasa sakit hati. Adakah mereka tidak berfikir sedemikian, masing-masing punya harapan dan impian, ada susun atur untuk masa depan. Mereka bagaikan UNWANTED CODON dalam jujukan DNA, dan GIVE US UNPREDICTIBLE RESULT.
Kacau.
No comments:
Post a Comment