Selain mak ayah... ada aku dan ada bos.
Mungkin di mata kasar nampak kami berempat saja, sebenarnya tidak beb..
Penghuni setia tujuh keturunan lain adalah Cik cicak dan keturunan beliau, cik ti dan keluarga, cik li dan keluarga, cik Ka tapi keluarganya sudah berpindah (sob sob sedih), cik ikan dan ada seekor kucing hitam nenek sedara yang segan-segan nak masuk rumah sebab sedar diri ia hanya musafir lalu.
Paling aku sayang kucing itam makngah... tapi malang kalau nak bawak masuk mak ayah marah. Kalau ikutkan hati aku nak bawa balik opok, kuning, celak, semua kucing kat kedai tu ke rumah namun apakan daya... (nanti bila ada rezeki lebih aku nak buat rumah kucing kat belakang tepi kandang lembu ayah)
Yang second ranking nya, aku prefer encik katak puru... tapi tak boleh bela jugak sebab bos tak suka, peren lagi la. Pernah aku bawak balik telur katak sebab nak tengok kitar hidup katak masa sekolah rendah dulu tapi bapak buang. Banyak gila telur katak aku kutip tepi sungai... Keisan betul. Untuk encik ka, aku hanya bagi makan curi-curi. Mereka sekarang membawa diri sejak tempat tinggalnya diubah suai (dulu bilik air terbuka, sekarang bilik air moden)... jadi aku merindui bilik mandi dulu yang ada perigi dan boleh tengok bintang bila basuh baju waktu malam.
Cik Tikus, aku tak adalah sayang tapi mereka agak comel dan mendengar kata. Selalu kalau masuk perangkap ayah, aku yang tolong lepaskan...dan aku pesan lain kali jangan curi makanan ... kalau nak makan cari makanan kat luar rumah. Aku rasa mereka mengerti, sebab mereka tengok mata aku lama sebelum menyelamatkan diri. Dan tak ada makanan yang kena curi lagi. Ayah naik hairan sebab tak ada tikus yang masuk perangkap... bila dengar bapak merungut aku buat-buat tak tau.
Cik Cicak aku tak suka gila, tapi kerana dasar kasihan aku buat derk. Bila sabu dan sinte tangkap aku buat tak tau. Paling menyampah kalau dia berak dalam tong air, tak pasal-pasal kena buang. Kan membazir namanya tu.
Cik Lipas, yang ni memang hampeh . Aku tak pernah ada niat nak bunuh mereka pun tapi bila terserempak selalunya mereka mendekat. Bila nampak korang lemas dalam sink aku tolong keluarkan, bila buat koner baring tak lepas aku tolong terbalikkan biar kaki ke bawah semula...tapi korang selalunya tak serik-serik nak buli aku. Tambah-tambah waktu malam hari di bilik air. Aku fobia tau tak!? ... sudah bertahun-tahun pikir macamana nak buat lipas takut aku, rupa-rupanya mereka sensitif dengan bunyi. Lipas sebenarnya tak nampak, dan mereka peka bunyi... jadi nampak je cik li..aku jerkah...beliau pun lari. Tengok aku dari jauh je tau... jangan coba coba dekat.
Dan banyak lagi penghuni lain dalam rumah tu yang agak leceh untuk dibuat kawan...seperti semut dan anai-anai, pak angkut-angkut, nyamuk... aku minta maaf banyak-banyak pada generasi semut dalam rumah tu sebab kadang-kadang aku xperasan bila basuh pinggan, mandi, korang ada kat dalam sinki, tepi salur air...tak nafikan ramai anak beranak korang telah banyak terkorban akibat kelalaian seorang aku. Jadi aku harap bila dengar tapak kaki, cepat-cepatla korang selamatkan diri. Aku bukan apa, aku tak nampak. Kalau aku nampak tentu aku bagi peluang korang blah dulu.
Oh, kadang-kadang ada kelip-kelip masuk bilik (maklum rumah tepi hutan), jadi penghibur aku dan bos sebelum tidur... terima kasih kelip-kelip. Hari tu nampak korang berkelip dengan tak berapa cerah , mungkin bos dah sembur ridsect untuk nyamuk degil sebelum korang masuk...so korang agak pening.
Oklah...walau apa pun...sayangilah penghuni rumah anda...jangan sayang cicak, bunuh je kalau jumpa tapi aku tak sampai hati.

hahaha..nyamuk syuuhh.... syuuhhh :P
ReplyDeletekreatif sungguh!
ReplyDelete