ada kematian di kampung, hari Jumaat. Alhhamdulillah elok nya meninggal hari Jumaat.
Dulu-dulu aku tak berapa takut mati, ada satu waktu bila terasa dekat dengan Tuhan terdetik di hati kecik, kalau nak ambik nyawa ambik la time tu.
Tapi sejak umur meningkat tua (plus dosa-dosa dan tanggungjawab yang tak tertunaikan) mati itu amat mengerikan. Dan dalam ati kecik lagi berkarat sekarang aku berbisik; Ya Allah, janganlah kau ambik nyawa aku di saat hutang tidak jelas dan tanggungjawab besar aku tak selesai.
Sejak kejadian letupan tahun lepas aku senakin merasai selain 2 malaikat setia di kiri dan kanan aku, Izrail ada sama. Berempat lah semua sekali. Aku, Raqib, Atid, Izrail.
Kadang-kadang bila seorang diri di makmal atau di bilik studi aku teringat juga akan mereka, kehadiran mereka menjadikan aku berani dan tak takut hantu. Ya, Allah sentiasa ada untuk kita tak payah takut hantu, tapi beginilah manusia lemah iman macam aku...terasa lagi ramai teman di muka bumi ni, lagi terasa gagah. Ye lah, aku dan 3 lagi malaikat. Walau tak nampak tapi bila teringat mereka aku dapat rasakan mereka tepi lengan aku je. Malaikat besar wooo... kalau baca cerita sayapnya saja penuh bumi. Bila teringat diorang tak adalah gerun sangat dengan hantu.
Oh, esei hamba nampaknya agak menyimpang. Ni pasal mati.
Setelah kejadian meletup tu, aku dapat gambarkan bahawa Tuhan nak bagi gambaran awal neraka untuk dipertontonkan kepada saya. Pengalaman berada di dalam api itu seperti mahu memberitahuku akan wujudnya Izrail di belakang selepas ini.
Setiap kali melihat parut-parut batik di tangan, itu hadiah dari Tuhan sebagai peringatan.
Dan mati itu sakit. Berderau daku mengenangkan sakit jenis yang bagaimana. Kalau mati tak sakit, aku tak heran. Tapi masalah besar sekarang mati tu SAKIT, dan semua orang MATI.
Ah...lagi satu masalah... lepas mati kena masuk kubur. Tapi kenapa aku jarang terfikir bab dalam kubur...terskip. Selalunya bila berkhayal aku menerawang terus ke arah syurga neraka. Ikutkan amalan sekarang, kalau jadi hamba hitam dalam syurga terendah pun aku dah bersyukur banyak2, selalu aku berdoa dalam hati, Ya Tuhan, jadi kuli batak dalam syurga pun dah kira nikmat tak terkata...yang penting tak ada api atau yang sama waktu dengannya.
Dan...hari ini lepas ziarah jiran...aku tambah doa aku..YA TUHAN, MATIKANLAH AKU HARI JUMAAT, PLEASE...PLEASE.... Please.eeee

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
ReplyDelete