Tuesday, February 2, 2010

Fenomena cinta tak kesampaian


Tahun ini, kenapa tiba-tiba aku dikelilingi oleh cerita-cerita cinta yang tidak kesampaian? Sepertinya bertalu-talu dalam satu jujukan yang comel. Selepas satu...satu ...aku memandang wajah derita teman-teman...siapalah kita wanita untuk mempersalahkan mereka, apatah lagi takdir.

Membaca satu kisah cinta dari novel kontemporari tak sama dengan berhadapan dengan cerita yang terpapar di wajah wajah insan terdekat.

Kenapa perlu ada kesakitan yang tidak nampak ketika dalam wilayah cinta yang aman... aku menggeleng sendirian, hampir juga menangis terkenangkan mereka. Turut berasa sakitnya.

Kemungkinan ini membuatkan aku takut untuk berada dalam dunia itu pada suatu masa dahulu. Omokan teman bercinta semua indah. Tetapi MENGAPA tika bahagia, hanyutnya bersama senyuman dan lamunan ... ya, walau tika sendirian. Pun begitu, tika kecewa hanyutnya bersama kenangan, bersama harapan, bersama goresan terpendam, bersama air mata.

Tetapi kehadiran perasaan itu aku akui tidak pernah kita undang, tidak pernah sesekali. Jika tanpa disedari ia bermukim di hati... kita menjadi keliru. Namun tika terlewat mengetahui jiwa sedang ditakluki, kita mula cemas dan lemas.

Aneh.


Fenomena ini membuatkan aku sakit hati. Tidak dapat menolong walau sepatah nasihat. Cinta manusia merentap senyuman di bibir teman, membuang seri di wajah sahabat, menghilangkan pelangi di taman hati. Cuma aku doakan mereka kuat berenang kembali ke arah ku.

Adakah mereka tidak tahu, bahawa kasih sahabat kasih sejati. Mengapa masih hanyut bersama cinta lelaki...yang terciptanya mereka dengan hati 4 gigabyte, boleh berbahagi rasa sayang.

Aku masih di tebing ini, dengan doa sahabat kuat berenang kembali. Mendapatkan aku.




No comments:

Post a Comment