Saturday, February 6, 2010

Saja test power.


Hari ini lepas mengajar (mengajar hobi aku, bukan cita-cita...please) i went home. Bersiap-siap nak ke sekolah yang betul.

Tengok jam; dekat pukul 12 pm.

Then, i checked my stuff...
1 botol air kosong
1 bungkus nasi lauk ayam goreng yang bos beli tadi pagi
1 ketul beg doraemon yang cik beli dari scotland (macam-macam ada dalam tu)
Dan tidak lupa duit tambang bas
wah... bersemangat waja naik bas. I LIKE..

Ok. Then aku jalan kaki nak ke main road, niat nak menziarah pak teh ku sayang tertunai hari ini sebab ... of course la sebab aku jalan kaki...kalau drive harus-harus tak singgah rumah beliau , bila drive terasa nak kejar masa (cekonon).

Jeng, jeng....pakteh yang kiut itu sudah sihat AlHhamdulillah, apa kes zaman maju lepas operate perut tak jahit, mereka main stapler kulit, banyak betul bijih besi Kowaja korek buat ubat stapler ish ish ish...

sembang santai dengan Wani barang beberapa minit selepas tu aku mohon diri...

Test power dengan menunggu bas.
Lepas jumpa port steady tunggu bas, buku Billi Lim aku keluarkan dari beg doraemon. Time tengahari bapak balik 'opis' so terpaksa berhati-hati sikit, mana tau masa dia ambik signal nak masuk simpang tersilau anakandanya di bawah pokok kenanga... banyak pula soal jawabnya. Harus-harus bapak yang hantar aku ke sekolah. So aku duduk bawah pokok tepi wakaf buruk, tersembunyi dari pandangan horizontal mahu pun helikopter.

15 minit pertama, teksi berderet-deret kasi signal tapi berlagak tak mau layan. Tak kira nak naik BAS jugak...

Lepas setengah jam aku dah mula gelisah... teksi pun dah jarang-jarang lalu. Kerling Rolex, pukul dah 1.30 huu... Kalau pukul 2 bas tak mau tunjuk bayang maka aku akan ambik teksi.

Tak sampai 2 pm... tangan menghayun ke depan. Sebuah teksi berhenti, aku drop in.

Habis cerita.

Moral of the story; esok aku nak tunggu bas lagi, tengok adakah power 'sabar menanti' aku naik atau masih ditakuk hari ini. Anyway, dalam masa menunggu itu, Dare to Fail habis separuh aku digest.

No comments:

Post a Comment