Thursday, February 25, 2010

Ganbatte Kudasai


Ganbatte Kudasai


Lantaklah ... yang penting buat kerja. Tahun ni mesti full day work. Masalah kepercayaan tu lantak la. Who cares. Aku buat kerja k, cuma planning tak proper. Komunikasi sosial dapat F, sebab tu cakap gagap-gagap macam orang menipu. Orang art macam aku, mana ada lukis pakai pembaris. Spontan tau . Matematik kata congak. Bukan congkak. Cuba soal sipir, kompen aku jawab tahap adi putra. Sebab tu kira atas kertas macam tak reti dah.

Beratus sampel nak kena kontrol tu wei... baru 2 3 hari lepas aku buang sampel dalam 96 well plate yg hampir sekotak aku buat... menyesal plak aku buang...lau ada lagi, aku ingat nak amek gambar semua.

Aku silap ambik course ni... tahap buat jadual kerja pun aku kena praktis nak dapatkan skill ... memang la haru, nak dapat result macam minggu ni...sakit tau nak praktis proper ni... seni makhluk halus lain la dengan seni halus yang aku minat. Takkan la aku nak bagitau aku tgh cari jalan n praktis skill sistematik. Aku art ok... lukisan aku tak payah plan pun... AKU REDAH TARAM CAT JE... seksa tau nak switch habit.


Tak kira. Kansel semua projek berpoya-poya. Baru berangan nak join family day, hari sabtu . Baru nak kasik duit dekat azuan... Sekarang ni, tumpang berangan je pun aku dah kira ok.

Aku rasa Tuhan nak marah aku la, buat silap sikit mesti tak lama memang aku kena... Selalunya marah tanda sayang. Aku harap Tuhan sayang aku.




Kena amek gambar, i tak percaya....

Berdasarkan tajuk di atas, tubuh serta roh aku serta merta terjunam dari gunung everest, tak sampai jatuh ke bumi... hancur berkecai-kecai...


Innalillahi wainna ilaihi raajiunn....

wallahu a'lam.

Malam ni aku baca yasin. Kutip balik daging-daging dan serpihan-serpihan roh yang bersepai di serata alam...tak tahu berapa lama nak jadi badan balik.

Derita no. 4 - ikut klasifikasi kereta mayat

Wednesday, February 24, 2010

Habis hari ini


Baru je aku rasa hujung minggu lepas berlalu...dah nak bertemu hujung minggu ke sekelian kali.

Malam tadi balik rumah timing cinderella. Salah timing. Terkilan juga sebab bonda kirim nasi kerabu. Memang la aku beli tapi semuanya dah tidor. Lepas supper, aku ketuk pintu bilik bonda pelan-pelan, ajak makan nasik, dan roti tempayan untuk ayah. Masuk angin 'gels' perut hamba...tak ingat siang tadi tak makan nasi.

Seharian hari ini aku speed up bajet setel sebelum isyak. Sebab bos dah kasik warning dia ada majlis tahlil malam ni tak buleh nak nemani daku. Kalu nak gak ditemani silakanlah balik kol 12 macam malam tadi.

Pagi tu aku trusss setat dengan prepare sampel, buat 20 jenis kepekatan, titik atas dis, dan cucur dalam 96 telaga, strik 10 keping pinggan versi seni sains, tempek plak dis atas tu, peram dalam pemeram. celah-celah tu fariza datang nak tangkap gambo...menyelit situ lagi...keje last aku ialah buat MBC pada pukul 7 lebih malam. Berseriau gak la takut-takut ju onn datang menyapa sebab dah maghrib.

Penamatnya aku turun solat dan buka PC yang ditulis 'for research only' - yang sedang aku hadap skang ni. semua sekali cukup la 9 jam aku buat non-stop. Tu kerja-kerja perdataan akan disambung lepas ni.

(TAPI KALAU ADA ORANG AJAK GI TENGOK BABY KAKNOT, AKU BULEH USAHAKAN PERGI BERSAMA...ayat merajuk aku; aku je suka bersama korang, korang tak suka langsung bersama aku.)

Tak bes la jadi budak-budak diumur senja ni.



Monday, February 22, 2010

Gaban?

Gaban demam, aku malas...

MHA separuh tumpah
Plate dapat 10
kira untung rugi..
hari ni memang rugi
carta down turun 5 anak tangga
berangan nak ambik sanggar sanjung..piiiraaaahhh
*pqrst*

Sunday, February 21, 2010

Kelebihan jiwa art macam aku


foto 1: Seorang pencinta alam ialah aku



Boleh meneruskan kerja dengan kabel komputer berselerak depan mata (kabel internet sangkut leher pon still okay)

Tidur muat-muat badan kat mana-mana pun buleh, ...bawah kanvas, tepi meja... berdiri...

Kalau tak ada letrik, tak ada air... setakat 2 hari still survive...

Tak kesah pakai selipar jamban ke mid valley... bawak payung geisha jepun round2 bandar kb... dunia tak pandang aku (tapi bab pakai payung geisha bilah buluh tu jadi public figure jap...)

Tak malu melukis tepi jalan, bawak kanvas naik bas

Pakai tudung warna hijau, baju warna merah...apa pedulik... tak payah termenung lama-lama depan almari

Tak payah make up- leceh leceh... tiap kali solat kena tampal balik

Tak gosok baju tak apa... semakin tak gosok baju semakin art... wow.. nak ganaz lagi rock.


Banyak lagi la... semuanya simpel...

Tapi laki aku tak berapa suka... huuuu....

Thursday, February 18, 2010

berbolok kembali


kucar molek hidup ana hari ini.

ingatkan panas hingga ke petang rupanya ribut di tengahari...

Pertama sekali amba ucapkan terima kasih kepada cikgu Daniah...sebab demonstrate cara nak buat fagositik.

Kiranya sukalah amba. tapi bila amba tengok .... amba tak nampak sekoq pun makhluk warna pink. Adapun semuanya sekali biru belaka. ke sudah bertukar kale biru segalanya selepas di'methiline'kan... aiseh.

Apa-apa pun amba KIV dulu, sambung kerja-kerja pendataan.

Esok sebelum ke lokasi kenduri kendara kena naik opis dulu langsaikan apa yang xterbuat hari ni. Lusa pun ada program juga, jadi chef anak nakan amba.

Jangan ada gangguan saraf pada hari tersebut sudah...

Macam semalam.Sebab otak tak tala ke depan, bubuh nasik tak masuk pinggan, cebuk gulai tak masuk mangkuk.

Wednesday, February 17, 2010

Besday anak pemanakan aku.


Gambar 1: tiada kena mengena dengan cerita di bawah, ini anak aku, bukan anak cik Itep.

from the list semalam...aku tak sempat buat 3 perkara; cari aceton, demo rotavep sbb emi xnampak bayang may be dekat rumah tikus, jumpa sv.

malam ni aku plan nk buat disk baru tp kerja2 perdataan yang baru anyak hanging...buleh tak aku delay esok lepas pukul 2...

besday anak pemanakan aku esok lusa dah... ummi dia soh aku tempah kek la, soh aku masak-masak la... aku harap dgn status bail out di amerika , cik Itep berbesar hati memberi sedikit honororium atas usaha murni aku memeriahkan majlis anak beliau. Aku ni tukang masak ilmu turun temurun dari moyang mc kelesom ... pelapis generasi maksuyah , jangan main-main..., nanti kang nak gulai kawah sekor lembu tahun 2020 tak ada kemudi... susah gok.


Tuesday, February 16, 2010

Esok

Panjang umur sok aku...

1) Ke MSA 2 , cari aceton
2) Demo emi guna rotavep
3) tghari sikit, baca plate... pas tu buat mbc
4) tgk fagositic
5) gi bendahri-beli buku, mtk statmen
6) jumpa fariza.
7) sambung soklet
8) buat dis
9) jumpa sv ptg tu

InsyaAllah...

Monday, February 15, 2010

Tulah tahun baru cina

aku baru niat nak cuti sehari...dah kena demam mengejut.

Aku ingat kena sumpah penunggu lab laa... lepas asar, walau pun hala tuju skop kerja tak berapa tajam, aku sarung baju pasang... redah jem masuk opis. intai jam 6.30 pm. Tekak masih lagi kering, aura tulahan masih terasa.

Sunday, February 14, 2010

Rain comes with it prettiness only in my country


Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Friends18.com Picture Comments



Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Friends18.com Picture Comments



Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Friends18.com Picture Comments



Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Friends18.com Picture Comments




Friends18.com Orkut MySpace Hi5 Scrap Images
Friends18.com Picture Comments



Aku suka hujan...kerana hujan aku lebih menghargai matahari, dan menghargai memori

KURAU

Penghuni rumah peren aku.

Selain mak ayah... ada aku dan ada bos.

Mungkin di mata kasar nampak kami berempat saja, sebenarnya tidak beb..

Penghuni setia tujuh keturunan lain adalah Cik cicak dan keturunan beliau, cik ti dan keluarga, cik li dan keluarga, cik Ka tapi keluarganya sudah berpindah (sob sob sedih), cik ikan dan ada seekor kucing hitam nenek sedara yang segan-segan nak masuk rumah sebab sedar diri ia hanya musafir lalu.

Paling aku sayang kucing itam makngah... tapi malang kalau nak bawak masuk mak ayah marah. Kalau ikutkan hati aku nak bawa balik opok, kuning, celak, semua kucing kat kedai tu ke rumah namun apakan daya... (nanti bila ada rezeki lebih aku nak buat rumah kucing kat belakang tepi kandang lembu ayah)

Yang second ranking nya, aku prefer encik katak puru... tapi tak boleh bela jugak sebab bos tak suka, peren lagi la. Pernah aku bawak balik telur katak sebab nak tengok kitar hidup katak masa sekolah rendah dulu tapi bapak buang. Banyak gila telur katak aku kutip tepi sungai... Keisan betul. Untuk encik ka, aku hanya bagi makan curi-curi. Mereka sekarang membawa diri sejak tempat tinggalnya diubah suai (dulu bilik air terbuka, sekarang bilik air moden)... jadi aku merindui bilik mandi dulu yang ada perigi dan boleh tengok bintang bila basuh baju waktu malam.

Cik Tikus, aku tak adalah sayang tapi mereka agak comel dan mendengar kata. Selalu kalau masuk perangkap ayah, aku yang tolong lepaskan...dan aku pesan lain kali jangan curi makanan ... kalau nak makan cari makanan kat luar rumah. Aku rasa mereka mengerti, sebab mereka tengok mata aku lama sebelum menyelamatkan diri. Dan tak ada makanan yang kena curi lagi. Ayah naik hairan sebab tak ada tikus yang masuk perangkap... bila dengar bapak merungut aku buat-buat tak tau.

Cik Cicak aku tak suka gila, tapi kerana dasar kasihan aku buat derk. Bila sabu dan sinte tangkap aku buat tak tau. Paling menyampah kalau dia berak dalam tong air, tak pasal-pasal kena buang. Kan membazir namanya tu.

Cik Lipas, yang ni memang hampeh . Aku tak pernah ada niat nak bunuh mereka pun tapi bila terserempak selalunya mereka mendekat. Bila nampak korang lemas dalam sink aku tolong keluarkan, bila buat koner baring tak lepas aku tolong terbalikkan biar kaki ke bawah semula...tapi korang selalunya tak serik-serik nak buli aku. Tambah-tambah waktu malam hari di bilik air. Aku fobia tau tak!? ... sudah bertahun-tahun pikir macamana nak buat lipas takut aku, rupa-rupanya mereka sensitif dengan bunyi. Lipas sebenarnya tak nampak, dan mereka peka bunyi... jadi nampak je cik li..aku jerkah...beliau pun lari. Tengok aku dari jauh je tau... jangan coba coba dekat.

Dan banyak lagi penghuni lain dalam rumah tu yang agak leceh untuk dibuat kawan...seperti semut dan anai-anai, pak angkut-angkut, nyamuk... aku minta maaf banyak-banyak pada generasi semut dalam rumah tu sebab kadang-kadang aku xperasan bila basuh pinggan, mandi, korang ada kat dalam sinki, tepi salur air...tak nafikan ramai anak beranak korang telah banyak terkorban akibat kelalaian seorang aku. Jadi aku harap bila dengar tapak kaki, cepat-cepatla korang selamatkan diri. Aku bukan apa, aku tak nampak. Kalau aku nampak tentu aku bagi peluang korang blah dulu.

Oh, kadang-kadang ada kelip-kelip masuk bilik (maklum rumah tepi hutan), jadi penghibur aku dan bos sebelum tidur... terima kasih kelip-kelip. Hari tu nampak korang berkelip dengan tak berapa cerah , mungkin bos dah sembur ridsect untuk nyamuk degil sebelum korang masuk...so korang agak pening.

Oklah...walau apa pun...sayangilah penghuni rumah anda...jangan sayang cicak, bunuh je kalau jumpa tapi aku tak sampai hati.

Saturday, February 13, 2010

K.A.M.I


Kami terlalu biasa...hingga buang angin a.ka kentut pun tak payah nak segan-segan..

oh indah nya persahabatan yang sebegini...


Lokasi Kejadian: Sekitar kampus
Masa Kejadian :malam ini

Status: busy

Friday, February 12, 2010

cerita pasal mini lab

Lepas bos solat Jumaat aku ke lab. Nak buat macamana aku sudah jatuh cinta.

Lepas asar aku naik lab, sambil 'polish' tempat buat kerja...terfikir bahawa alangkah bestnya kalau ada lab sendiri kat belakang rumah, boleh tidur makan situ. aku berangan makmal mini ku bertentang tepat dengan kandang lembu ayah. dari cermin tingkap boleh nampak pintu dapur.

Perlukah aku kontek Soros mintak funding untuk buat lab? atau jutawan AP Malaysia, atau pun Ku Faris.? -sila abaikan khayalan ku ini.

Pas tu aku switch on radio. Ke semua lab paras dua gelap kecuali tempat aku. Aku sorang. Then aku switch on BSC yang tak ada api... (dah la buat plate hampir separuh xjadi... )///plate yang menjadi, iaitu licin , tak ada buih dan tinggi agar tepat 4mm aku tilik dengan cukup lama. Tilikan berbentuk kekaguman.

Baru terasa buat lab ini satu seni. Aku mampu tak rasa lapar dalam tempoh di lab, sama macam aku melukis. (lepas tu toksah cakapla)...

Dan kerap juga aku sambung labwork dalam mimpi. Contohnya dari minggu lepas lagi aku nak ekstrak kompoun, (tapi tunggu turn guna soxlet)..malam tadi dr.rapeah masuk dalam mimpi tolong keringkan CA. Pelik CA dr.rapeah yang keringkan, walau kering tapi hijau dia fresh. Bila aku sentuh, fragile...kering gila. aku tanya doktor, dr keringkan macamana ni, waa hebat la... hijau x turun kale.. masa aku nak gi sentuh daun... aku tersadung bekas, banyak CA tumpah. ke 'clumsy'an aku turut terserlah dalam mimpi rupanya.

Banyak lagi la, kerja lab aku sambung dalam mimpi...

Mati siri 2


ada kematian di kampung, hari Jumaat. Alhhamdulillah elok nya meninggal hari Jumaat.

Dulu-dulu aku tak berapa takut mati, ada satu waktu bila terasa dekat dengan Tuhan terdetik di hati kecik, kalau nak ambik nyawa ambik la time tu.

Tapi sejak umur meningkat tua (plus dosa-dosa dan tanggungjawab yang tak tertunaikan) mati itu amat mengerikan. Dan dalam ati kecik lagi berkarat sekarang aku berbisik; Ya Allah, janganlah kau ambik nyawa aku di saat hutang tidak jelas dan tanggungjawab besar aku tak selesai.

Sejak kejadian letupan tahun lepas aku senakin merasai selain 2 malaikat setia di kiri dan kanan aku, Izrail ada sama. Berempat lah semua sekali. Aku, Raqib, Atid, Izrail.

Kadang-kadang bila seorang diri di makmal atau di bilik studi aku teringat juga akan mereka, kehadiran mereka menjadikan aku berani dan tak takut hantu. Ya, Allah sentiasa ada untuk kita tak payah takut hantu, tapi beginilah manusia lemah iman macam aku...terasa lagi ramai teman di muka bumi ni, lagi terasa gagah. Ye lah, aku dan 3 lagi malaikat. Walau tak nampak tapi bila teringat mereka aku dapat rasakan mereka tepi lengan aku je. Malaikat besar wooo... kalau baca cerita sayapnya saja penuh bumi. Bila teringat diorang tak adalah gerun sangat dengan hantu.

Oh, esei hamba nampaknya agak menyimpang. Ni pasal mati.

Setelah kejadian meletup tu, aku dapat gambarkan bahawa Tuhan nak bagi gambaran awal neraka untuk dipertontonkan kepada saya. Pengalaman berada di dalam api itu seperti mahu memberitahuku akan wujudnya Izrail di belakang selepas ini.

Setiap kali melihat parut-parut batik di tangan, itu hadiah dari Tuhan sebagai peringatan.

Dan mati itu sakit. Berderau daku mengenangkan sakit jenis yang bagaimana. Kalau mati tak sakit, aku tak heran. Tapi masalah besar sekarang mati tu SAKIT, dan semua orang MATI.

Ah...lagi satu masalah... lepas mati kena masuk kubur. Tapi kenapa aku jarang terfikir bab dalam kubur...terskip. Selalunya bila berkhayal aku menerawang terus ke arah syurga neraka. Ikutkan amalan sekarang, kalau jadi hamba hitam dalam syurga terendah pun aku dah bersyukur banyak2, selalu aku berdoa dalam hati, Ya Tuhan, jadi kuli batak dalam syurga pun dah kira nikmat tak terkata...yang penting tak ada api atau yang sama waktu dengannya.

Dan...hari ini lepas ziarah jiran...aku tambah doa aku..YA TUHAN, MATIKANLAH AKU HARI JUMAAT, PLEASE...PLEASE.... Please.eeee


Thursday, February 11, 2010

My extraordinary cousin



Among cousins, he is my extraordinary one.

One of the God's miracle.

His struggle through life.

His patience since age 1.

His passion in his hidden vission

His sincere pray

His God given attitude

He is not born Einstein but

He is now succeed.

He is my unbelievable miracle cousin grew up together...

Now he is coming back home YAHOO!

p/s: he got Myvi and not available, please try again later.

along, jom lunch sama...chicken chop kat harmoni cafe k?










Monday, February 8, 2010

Say hi to chuki//


Aku check kredit ada 5 hinggit. Expired dah dekat, lepas buat timbang tara antara rindu yang membuak2 kepada kawan-dari-hati-tapi-tak-pernah-jumpa dan kredit...risiko diambil.

aku dial 00975772...6, "hi chukiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, good eveningggggggggggg......." bla bla...

"oh, hi..i am cooking right now...how are u.."

"oh its okay... am i disturbing u.."

'no no at all..."

"blaa..bla.."

Sempat tanya anak apa kabar, internet tak ok ke kat opis sebab dah lama tak online... husband ok ke... dan sebelum letak telepon aku sempat mintak dia makan untuk aku sekali...

huuu... rindu kepada kawan-internet-yang-tak-pernah-jumpa-tapi-sayang.

lepas check balance...waa... cakap panjang-panjang celcom potong 3 hinggit je..MALAYSIA KE BHUTAN TU.... aku sayang CELCOM...

salah tu... AKU SAYANG ALLAH...SEBAB BERKAT AKU RINDU KAWAN KERANA ALLAH TAALA...

p/s: haruslah kawan sekolah aku murehhh sebab yg dekat xada hati nak tanya kabo pun ... rilek la beb...mun mun semua aku buleh date bila2 laa..InsyaAllah kalau aku free...(tapi aku ingat nak buat jadual bernafas juga...kalau tak bernafas terasa seperti tidak baik untuk kesihatan)

Saturday, February 6, 2010

Talking to strangers


In taxi, i broke the ice and conversation happened.

We chattered all way long.

I said i now work on something in my school. He said he on his way to the office somewhere around PC and doing this 'cabbing' things only for part time.

He asked whether i know someone named he and he... and i asked about his work.

then i stopped in front of local bank and we separately continue our daily life.

Taxi
I cabbed to school for years, and i knew some taxi men in KB. Now when hang out with boss and friends i always linger to those taxi men. I remember those faces clearly, even they don't. For the faces who helps me completed my day at school, they who sent me safely home.

It written on them thousands stories of their passengers, and history. In fact, they colored my dull life with lots of fables and advices as me at that time on my way to know the real world.

Nowadays, sometimes i just simply go there and look at them from far, and i was happy when they asked me for their cab
.

The 'uncles' never knew that decades ago, they asked the same person at the same place; which is me.

To those my lovely taxi man... I love you...and pray for your good sake. Amiin.

Saja test power.


Hari ini lepas mengajar (mengajar hobi aku, bukan cita-cita...please) i went home. Bersiap-siap nak ke sekolah yang betul.

Tengok jam; dekat pukul 12 pm.

Then, i checked my stuff...
1 botol air kosong
1 bungkus nasi lauk ayam goreng yang bos beli tadi pagi
1 ketul beg doraemon yang cik beli dari scotland (macam-macam ada dalam tu)
Dan tidak lupa duit tambang bas
wah... bersemangat waja naik bas. I LIKE..

Ok. Then aku jalan kaki nak ke main road, niat nak menziarah pak teh ku sayang tertunai hari ini sebab ... of course la sebab aku jalan kaki...kalau drive harus-harus tak singgah rumah beliau , bila drive terasa nak kejar masa (cekonon).

Jeng, jeng....pakteh yang kiut itu sudah sihat AlHhamdulillah, apa kes zaman maju lepas operate perut tak jahit, mereka main stapler kulit, banyak betul bijih besi Kowaja korek buat ubat stapler ish ish ish...

sembang santai dengan Wani barang beberapa minit selepas tu aku mohon diri...

Test power dengan menunggu bas.
Lepas jumpa port steady tunggu bas, buku Billi Lim aku keluarkan dari beg doraemon. Time tengahari bapak balik 'opis' so terpaksa berhati-hati sikit, mana tau masa dia ambik signal nak masuk simpang tersilau anakandanya di bawah pokok kenanga... banyak pula soal jawabnya. Harus-harus bapak yang hantar aku ke sekolah. So aku duduk bawah pokok tepi wakaf buruk, tersembunyi dari pandangan horizontal mahu pun helikopter.

15 minit pertama, teksi berderet-deret kasi signal tapi berlagak tak mau layan. Tak kira nak naik BAS jugak...

Lepas setengah jam aku dah mula gelisah... teksi pun dah jarang-jarang lalu. Kerling Rolex, pukul dah 1.30 huu... Kalau pukul 2 bas tak mau tunjuk bayang maka aku akan ambik teksi.

Tak sampai 2 pm... tangan menghayun ke depan. Sebuah teksi berhenti, aku drop in.

Habis cerita.

Moral of the story; esok aku nak tunggu bas lagi, tengok adakah power 'sabar menanti' aku naik atau masih ditakuk hari ini. Anyway, dalam masa menunggu itu, Dare to Fail habis separuh aku digest.

Friday, February 5, 2010

Let us cheer up... we fall and we bounce back

Okay

enough with melancholic me. Do we have to hang on, or let it go... Let Allah decides for us, as we have done our best (despite we don't think it is our best shot but ... )

Enough with all the worries. People won't stop talking and condemning until we win. And losers not accepted in society. Please bare in mind Melorian...

Enough with people talking as for us who cleared the bushes, and set a new path in family. who cares. seems everybody is very eager waiting for us falling and give us a big clap ...and boo! and say ; see, i told you before... y so stubborn.

Anyway BOSS AND ME happen to compliment very well, God willing and therefore such 'tremendous hilarious' scenario was taken wisely.

For those who poisoning our life... let see if they can break our primer boost... please shut up your mouth and mind your own business as YOU are 80% ruin MINE... i was very disappointed by the way they show us their sympathy.

To cikgu Rohani Ismail, thank you for your great kindness and patience and guidance in building our first own career at your shoplot. Please do not feel hesitate to give advice and please pray so that we will survive with flying colors.

Tomorrow is another day. Let us give it our best shot!

GANBATTE!

Bahana Pembawa Mulut

Hari ini aircond dalam bilik siswazah on dengan jayanya. Aku dah rasmi walaupun err tak commisioning lagi kot.

Lepas zohor tadi , lepas mengajar, aku hambik beg doreamon dan memblah diri ke kampus. Tanpa mengambil makan tengahari di rumah sebab aku tak ada selera.

Hari ini tempias seorang pembawa mulut di kampung x memberi kesan besar dalam kehidupan aku dan bos. Dalam kehidupan kami berdua. Tapi bos seorang suami yang berjiwa besar, bos kata on the way ke sekolah; Tuhan tak akan menguji orang yang tidak layak diuji. ..

Aku berhenti makan di warung kegemaran kami dan bos tetap bertenang dan cuba mengajak bininya bergurau senda. aku? biasalah emo dalam matang.

then, bos meneruskan projek bisnes secara indie beliau bersama ibunya di rantau panjang selepas menghantar aku ke kampus.

Kiranya dengan kesan itu, aku dan bos mengambil keputusan untuk beristikharah dalam masa seminggu ini...apa-apa petunjuk dari Dia...kami pasrah.

Segala perancangan kami yang semakin tersusun, segala harapan, yang cuma menunggu masa dan sedikit kesabaran saja lagi...terasa semakin menggugat.

Apakah Allah ingin memberitahu kami bahawa dengan bahana pembawa mulut itu, maka haluan kami akan berubah ke satu arah yang lebih baik.

Aku kadang-kadang berasa misteri dengan perangai orang begini, tak boleh kah diam-diam sikit. Kalau ada berita, habis satu kampung. Nak jemput orang kenduri tak payah susah-susah cari orang lain. Bagitau saja mereka, tak sampai seminggu siap la kerja.

Walaupun sisi baiknya berjuta, tapi bila 1 sikap kurang baiknya membari kesan mendalam pada kehidupan aku ... aku berasa sakit hati. Adakah mereka tidak berfikir sedemikian, masing-masing punya harapan dan impian, ada susun atur untuk masa depan. Mereka bagaikan UNWANTED CODON dalam jujukan DNA, dan GIVE US UNPREDICTIBLE RESULT.

Kacau.

Thursday, February 4, 2010

Semangat 1 Malaysia di jalan raya.

yup. Bila kereta dari arah bertentangan bagi signal lampu atas dengan blink blink...most probably ada roadblock kat depan.Jadi masing-masing tarik seat belt, dressing smart...kaki atas dashboard kasi turun...dan kaum perempuan duduk dengan sopan.

Kalau yang tak cukup syarat, ambik nafas di laluan rehat dan berfikir langkah-langkah menyelamatkan duit poket yang kalau terbang pun dalam 300 ringgit malaysia. Bagi Mat-mat motor bawah umur, mereka buat u turn secara kona baring pada garisan ganda dua terus pulang ke rumah atau ke warung merpati.

Petang tadi ada satu kereta yang bagi blink blink lampu atas, nasib baik dah renew road tax... jangan tak tau kalau setakat road tax mati seminggu kami masih gah di jalan raya. ngeh ngeh... jadi kiri kanan check... seat belt ok, road tax kemas bertempek... dan okeh...

"Keluarkan lesen cik...

Baru je nak tarik dompet, encik jpj sound ."Tak apalah kalau tak nak keluarkan pun..."

"terima kasih cik..."

Itulah semangat muafakat rakyat malaysia di jalan raya, dari perlis hinggalah ke sabah kita sudah merdeka...signal blink blink lampu atas sudah sedia maklum tapi tidak wujud dalam buku memandu di sekolah memandu marzia mahligai ya adik adik...

Daa..

Wednesday, February 3, 2010

Mati siri 1

Sambil menunggu maghrib

Nabi wafat pada umur 63 tahun. If pukul rata ummat akhir zaman akan melengkapkan kitaran perjalanan atas bumi Allah dalam lingkungan 60 an.. aku masih ada sebahagian dari sebakul penuh kehidupan lagi untuk survive, tapi masih juga teruja stress kalau drama torotorobozu (ke menda?) hang sebab pencawang celcom kena hadang kapal terbang. Broadband jadi slow.

Namun begitu. Di hujung bahagian pertama hidup aku, wajah kematian selalu menjenguk. Tambah-tambah kalau terdetik nak tidur sekejap sebelum solat Isyak. "Kang tercabut nafas ... isyak kosong... kira dah hutang ."

Lagi yang lebih ngeri, terbayang mati ketika memandu (sebab baca metro yang selalu dok tayang kemalangan ngeri selalunya page depan)... Kalau drive secara romantik klasik bersama bos... tak banyak sedikit mesti terkeluar isu mati di jalan raya... masing2 membayangkan kalau mati serentak, lepas tu...jasad nak disekalikan ke... nak di kuburkan di kampung masing-masing ke... ( padahal bilik masing-masing dah masa dalam tanah)..

ish... eh dah azan/// bersambung

Tuesday, February 2, 2010

Berentri-entri




Entah semangat mana yang merasuk hinggakan ber'entry-entry' aku tibai malam ini.. selalunya ada sesuatu ... ya, ada sesuatu.

Adakah aku sedang lapar? Tidak. Sebab kopok diskaun dan kerepek makcik cleaner sedang berterabur tepi notebook ni.

Adakah aku sedang bersedih? Tidak. Sebab tidak ada air mata yang keluar.Jiwa pun masih kering.

Adakah aku gembira? Kurang pasti.

Adakah aku ingin berteriak kepada dunia mengenai itu. YA.

Teriakkan saja.

Tak boleh, jatuh kepada dosa mengumpat pula. Tak serik-serik agaknya nak makan daging saudara sendiri.
Nggeeee...

Astaghfirullah...

Selalunya yang menjadikan aku seorang yang suka menulis ialah ... aku tidak mempunyai kelebihan untuk bercerita. Maka aku menulis.

Mungkin sebelum aku melangkah ke menengah tinggi, aku banyak mulut. Ya lah...banyak mulut, tau banyak mulut?.. jumpa katak mati pun ceritanya berjela memanjang. Sehinggakan kawan sekeliling naik bosan. Nasib baik aku sedar diri.

So, selepas aku menginsafi diri ... tiba-tiba aku menjadi seorang yang tak berapa pandai bercerita.

Sebenarnya , aku sendiri lupa bahawa suatu masa lalu aku ialah seorang yang lain. Sehinggalah aku membaca kembali diari tahun 1994/1995 pada pertengahan tahun lepas.

Jika tidak kerana jurnal tperibadi itu, aku sudah lupa nama teman sepermainan, sudah lupa memek mukanya kerana meluat kepadaku.

"Aku tengok cik Ah macam tak nak layan je ... buat derk je... lain kali aku berazam aku bla bla bla... " wah wah wah seronok baca diari lama. Mungkin azam aku itulah yang menjadikan aku semakin pendiam, semakin berhati-hati untuk memulakan perbualan...agak mengambil masa untuk menyesuaikan diri, kuat memerhati...dan mula menulis.

Oh ya... yang penting aku belajar mengenai KOMUNIKASI DUA HALA. 2 ways communication... penting...jangan kita syok sendiri bercerita... good listener pun will fail kalau asyik kita je yang conquer conversation. itulah iktibarnya.

Some people think bahawa kenangan hanya cukup tercetak di minda... but some people (me included) believe that memories should be printed on papers...sumber muhasabah sebelum mata terlena. Mencari kelemahan diri, dan mengakui kekhilafan dengan ikhlas hati.







Aku suka nahwan nur

Cinta-Mu Cinta Abadi
Album : Di Kala Hati Bercahaya
Munsyid : Nahwan Nur
http://liriknasyid.com


Diriku yang kegelisahan
tak pernah sujud pada-Mu
akibat ikutan nafsu
membutakan langkahku

Tangisan sayup kedengaran
Sayu pilu mengenangkan
diri tiada berhaluan
kelamku dalam sinaran

Tuhan...Wahai Tuhanku
ampunilah diriku yang tidak berdaya
TUhan.... Redhailah perjalananku
Agar tidak sesat berliku
Di penjuru waktu

Ar-Rahman....Kaulah Tuhanku
tetap Esa dan dirindu di sepanjang waktu
Ar-Rahim....Aku merayu
Sucikanlah hatiku
Untuk bersama-Mu

Bergetar bibirku syahdu
Melafazkan kalimah-Mu
kini baru aku sedari
cinta-Mu cinta abadi

Lagu: Nor Isamudin Idris
Lirik: Nor Isamudin Idris
Solo: Zulkhairi Amom



Fenomena cinta tak kesampaian


Tahun ini, kenapa tiba-tiba aku dikelilingi oleh cerita-cerita cinta yang tidak kesampaian? Sepertinya bertalu-talu dalam satu jujukan yang comel. Selepas satu...satu ...aku memandang wajah derita teman-teman...siapalah kita wanita untuk mempersalahkan mereka, apatah lagi takdir.

Membaca satu kisah cinta dari novel kontemporari tak sama dengan berhadapan dengan cerita yang terpapar di wajah wajah insan terdekat.

Kenapa perlu ada kesakitan yang tidak nampak ketika dalam wilayah cinta yang aman... aku menggeleng sendirian, hampir juga menangis terkenangkan mereka. Turut berasa sakitnya.

Kemungkinan ini membuatkan aku takut untuk berada dalam dunia itu pada suatu masa dahulu. Omokan teman bercinta semua indah. Tetapi MENGAPA tika bahagia, hanyutnya bersama senyuman dan lamunan ... ya, walau tika sendirian. Pun begitu, tika kecewa hanyutnya bersama kenangan, bersama harapan, bersama goresan terpendam, bersama air mata.

Tetapi kehadiran perasaan itu aku akui tidak pernah kita undang, tidak pernah sesekali. Jika tanpa disedari ia bermukim di hati... kita menjadi keliru. Namun tika terlewat mengetahui jiwa sedang ditakluki, kita mula cemas dan lemas.

Aneh.


Fenomena ini membuatkan aku sakit hati. Tidak dapat menolong walau sepatah nasihat. Cinta manusia merentap senyuman di bibir teman, membuang seri di wajah sahabat, menghilangkan pelangi di taman hati. Cuma aku doakan mereka kuat berenang kembali ke arah ku.

Adakah mereka tidak tahu, bahawa kasih sahabat kasih sejati. Mengapa masih hanyut bersama cinta lelaki...yang terciptanya mereka dengan hati 4 gigabyte, boleh berbahagi rasa sayang.

Aku masih di tebing ini, dengan doa sahabat kuat berenang kembali. Mendapatkan aku.




Monday, February 1, 2010

Jumpa! a k a I FOUND IT


Aku selalu lewat datang sekolah sebab cari barang barang yang ada tapi tiba-tiba tak ada. Tadi aku cari personal thing dekat sejam... kalau tak dak benda tu memang aku tak dapat hadir sekolah hari ni.

Alih-alih aku geledah bilik arwah adik aku... godek2 dalam almari .. sekali jumpa da... tiba2 mata tersilau sesuatu ...HUAAA...NOVEL PERTAMA karangan sendiri MASA TINGKATAN 3... sayang nyee cup cup cup//tersengih seketika (tapi sebab dah lewat muka aku masam kelat je, bos kata kalau aku posa otomatik aku jadi garang...padahal aku berang kat diri sendiri yang xorganize .)

...pssst...novel pertama aku SEBIJIK MACAM RUPA THESIS i cakap u. Tapi kalau present masa viva aku tak tau la band berapa dapat... anyway form 3 uuu i siapkan.. huu i ingat buku tebal tu dah kena bakar... batul2 i pasrah. Mana nak cari lagi, hard disk pun dah berapa kali tukar..bekap plak mana ada -mana la budak2 macam aku tau apa itu bekap kan...

Tapi kan...jap tadi aku bincang bincang dengan BESABU pasal masalah aku ... aku rasa lepas jumpa dia aku akan jagi genius.. Ngaaa...

Darus, awat hang tak kerja mardi je..,