Sunday, December 20, 2009

Terkenangkan cikgu...


Lama dah aku tak beri salam kat cikgu-cikgu dulu, berkebetulan aku bukak fb hari ni (aku dah siap labwork sesi pagi dan dalam proses menelaah HP)...

Tak tahu lah aku...rasa macam nak mintak nasihat cikgu tiap-tiap hari. Bila aku turunkan komen kat fb cikgu, air mata aku dah mengalir dah (Berat sebenarnya belajar ni). Masa kecik-kecik dulu tak ada pula aku terhegeh-hegeh cari cikgu...sebab aku tak ada masalah(?) atau sebab aku rasa segan kerana tak popular.

Sekarang ni, bukan sekarang tapi sejak keluar sekolah...aku rindukan cikgu. Cikgu yang kami panggil Mama, yang kami panggil Papa, yang kami hormat semuanya.Kata Papa Li, (beberapa tahun dulu) dia target akan ada murid 20A dan dia dan cikgu2 lain akan usahakan... yang nyata tercapai matlamat mereka.Dengan keluarnya Madihah dan Siti...

tapi aku?...Keluar dari sekolah masing-masing membawa diri. Di Universiti, masih terasa gagah kerana sahabat-sahabat sekolah di sisi. Di tempat kerja...beginilah aku. Malu nak mengaku suatu waktu dulu aku pernah menjadi anak murid guru-guruku.

Maafkan aku cikgu...Doakan 1431 ini yang terbaik untuk semua.

No comments:

Post a Comment