Friday, December 18, 2009
Melati Kota Baru
Sekarang, masa lapang dihabiskan dengan menelaah novel Melati kota Bharu. Novel ini hasil karya Kadir Adabi yang terbit secara bersiri dalam majalah al-Hikmah antara tahun 1939-1940. Sebab itulah 'menelaah' lebih sesuai digunakan kerana setiap ayat kadang-kadang kena diulang baca. Oh..tapi aku suka betul.
Kalau diletakkan Melati Kota Bharu dengan buku teks Pemencilan Organisma Bioteknologi bla bla di depan mata, tangan lebih teraruh kepada karya Kadir Adabi, otak lebih suka menelaah yang itu. Entahlah...
Apakah yang menarik tentang Melati Kota Bharu? Pada tahun 1930 -an di Kota Bharu, aku persis berada di zaman itu, Kadir Adabi membawaku ke Jalan Telipok, Jalan Langgar, Jalan Ismail, Ismail English School (Mungkinkah Maktab Sultan Ismail sekarang?)... zaman itu kedapatan 'lanca Hong Kong', motokar juga ada...ah, tak di sangka juga ada kilang...aku sebetulnya ingin tahu bagaimanakah rupa bentuk kilang pada zaman itu, tetapi Kadir Adabi tidak memperincikannya.
Teringat aku karya Arenawati seperti Kuntum Tulip Biru, latar belakangnya juga jelas. Seolah-olah membawa aku ke sana. Membaca novel seperti ini memberikan kepuasan yang tidak berbelah bahagi, di mana ideologi pemimpin digarap halus, suasana politik semasa terbias sama, budaya apatah lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mana mu dapat novel tu?agak2 kat bookstore ada lagi ko?cerita la sikit sinopsis dia..aku pun gian jugak nak baca novel. baru2 ni aku baca buku karangan salina ibrahim, byk ilmu kat dalam tu..
ReplyDeletehabis baca nanti aku sinopsiskan..
ReplyDelete