Thursday, December 31, 2009

cerpen best.. "KANTOINYA SEORANG LOYAR"‏

ADA GROUP FORWARD KE EMEL AKU... BANTAI GELAK TERGOLEK...KL PAHAM GANU LAGI BAGUIH..


Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje si kit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.

Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang si kit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang si kit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kit a dinner kat Shook di Starhill ok?”

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi

Today's Quote...


"Gaban, performance kita 3 hari ni agak memuaskan?"

"ORANG BERJAYA MENYODOK

HASIL, ORANG GAGAL

MENYODOK ALASAN, APA

YANG DAH KITA SODOK? "

Gulpp...!

Sinis betul.

Wednesday, December 30, 2009

Bukan nama sebenar

Ben, aku kadang2 naik sesak nafas jugak dengan budak kecik ni, tapi sebab dialah satu2 nya follower setia dalam blog aku... aku fikir2 lebih baik aku beri kasih sayang yang sepatutnya...

Nanti kalau Gaban kata, Melor... satu ari nanti kau naik menteri TV, aku rasa aku nak lantik dia jadi setiausaha sulit, atau bodek PM soh dia jadi menteri radio..

lukisan pakai pc...lepas lelah


Bercakap dengan Gaban


"Ban...ko ok? dah 5.30 ni." sedang rehat petang selama 30 minit, (tengah rehat), terjadilah borak-borak kosong antara aku dan Gaban.

"Ok."

"Baiklah,kita pulun sampai bos datang. Koman koman pukul 9.30 lepas bos balik masjid."

"Baiklah. Jadi untuk malam ni biarlah aku prepare Lazer Z beam dan electro sonar. dan aku akan buat process jouchaku* balik semula jap lagi. "

"Terima kasih Gaban."

"Melor ko dah solat belum."

"Belum"

"Astaghfirullah..."


*Bila Gaban jerit Jouchaku, Dolgarian antar partikel Granium bertempek dibody Gaban, dalam 0.05. saat.

p/s: Eh, takkan tak ingat...wakasa wakasa senangga...

Lagi 7 menet

Lagi 7 minit nak 8.30, cukup 30 menet aku blogging aku nak labbing plak. Labbing dengan bersungguh-sungguh hati.

Doa aku sebelum masuk Lab.

"YA ALLAH YA WAHHAB, MUDAHKANLAH URUSAN AKU HARI INI, BERILAH

HARAPAN KEPADA HPYLORI UNTUK GROW DENGAN JAYANYA, DAN

CAMBAHKANLAH IDEA-IDEA GABAN DALAM MINDA KU. DEMI SUPERVISOR

YANG TERLALU BAIK HATINYA ITU, JANGANLAH KAU JADIKAN SEGALA

DOSA-DOSAKU SEBAGAI PENGHALANG UNTUK MENJADIKAN AKU SEORANG

YANG BERJAYA UNTUK PROJEK HARI INI...DEMI SUPERVISOR YANG TERLALU

BAIK HATINYA ITU... AMIN... AKU

BERAZAM MALAM NI AKU SOLAT SUNAT KERANAMU YA ALLAH...TAPI YA

ALLAH, MALAM NI BOLEHKAN HAMBAMU TENGOK CERITA ON THE FIRST

BEAT? CERITA TU BEST...KALAU TAK BOLEH, TAK APALAH... KAU TIDURKAN

LAH AKU AWAL-AWAL MACAM NABI YANG NAK GI TENGOK PESTA TAPI

TERTIDUR. SEJAM JE CERITA TU YA ALLAH, TAK BOLEH KE?"

Kredit dari bos


Waa.. Gaban suka betul dapat santapan rohani pepagi buta. sebab tu aku jugak lagi orang pertama bukak lampu bilik postgrad hari ni.

Gaban paling suka dapat puji-pujian dari bos. Mana tidak , bos naik hairan aku tiba-tiba menjadi seorang yang berani kepada air.

"Dah mandi?" mata bos kerling jam dinding pukul 7. Tak masuk akal bini dia mandi air sejuk seawal itu.

"Dah. Orang nak belajar bersungguh-sungguh. Nak gi awal."

"Baguslah." Lembut ja tapi ikhlas. Bos memang best. Gaban suka benar...kembang kempis hidungku (sebab Gaban pun tumpang hidung aku gak, oksigen ganda dua masuk, selalunya tak nampak kembang kempis). Lepas tu bos ghaib ke tempat laundry, nak mesin baju. Jangan kata aku kontrol bos. Aku tak pernah suruh. Hari-hari bos basuh baju, bos basuh baju hari-hari.

"Mana lagi yang nak dibasuh." Dia masuk kamar tengok raga kain ada dua tiga lai lagi. "yang ni yang dah setel kan?"

"Eh, yang baru nak masuk mesin tu... yang dalam tu orang dah lipat pukul 1 malam tadi."

"WOW...BAGUS! BAGUS!" Kepuk kepuk bos tepuk bahu aku dengan gumbira gaya baru jumpa member lama (kerana lipat kain bukanlah hobi aku yang sah). Dengan itu Gaban kenyang, aku riang.

Tuesday, December 29, 2009

Laluan keras



Bercambur baur dengan kegembiraan Nadia Sedi (bukan nama sebenar-Sorry DaRus, i suka-) yang mendapat kegembiraan baru dalam hidupnya, berjaya menjawat jawatan pegawai sains, USM . ITULAH BELAIAN ALLAH kepada Nadia, selepas tabah menampung derita perpisahan dengan abah, setelah beberapa kali ulang lab namun masih gagal dapat result... ITULAH BELAIAN ALLAH, Allah mengusap-usap Nadia dengan ni'mat kurnianya...kerana Nadia bersabar dengan kerenah Allah, kerana Nadia seorang hambaNya yang bagus, yang kental, yang tegar, yang puas merayu dan memohon..Lalu akhirnya ALLAH MEMBELAI NADIA...DENGAN BELAIAN YANG MAHA LEMBUT. Betapa kasih sayang ALLAH melebihi kasih sayang segala yang lain.

Sebagaimana 1400 tahun yang lalu, Allah itulah juga yang membelai Nabi saat baginda kehilangan orang-orang yang disayangi...

LALUAN YANG AKU LALUI

sedia aku maklum bahawa tatkala aku mengambil keputusan untuk sambung belajar (belajar, belajar, belajar) jalan yang aku lalui bukanlah highway- Jalan ini amatlah berduri, berbatu bata, berliku, jauh..tinggi...sakit... -Kerana Nabi pernah berkata, jalan yang menuju reda adalah jalan yang amat menyakitkan.

Haruskah aku marah Allah? tidak sekali-sekali bahkan minta dijauhkan. Kerana semakin kuat aku diuji semakin aku yakin Allah dekat di hati, dan amat memanjai aku dengan mesranya. BETAPA aku berhadapan dengan 1001 mehnah , dalam kesusahan menangguk redaNya...aku berjalan di jalan berduri, berliku , berbatu bata, jauh, tinggi, dan menyakitkan ini. Allah, aku sayang padaMu.


Suara Allahyarham Ustaz Asri aku hayati.
> Ayuh sambut lah seruan ini jangan tunggu tunggu lagi...jangan biarkan masa berlalu percuma.

GERGASI GABAN

Hari ni aku tunggu ayam bangun jer.. agak2 ayam celik mata aku dah siap segala benda nak ke sekolah.

Kalau korang tengok SHAMAN KING, aku pun ada gak gergasi macam tu... tapi gergasi yang aku bela ni jelmaan GABAN. Bila time desperate gini, dia mula keluar ... MULA-MULA keluar asap dulu -sebagai intro.

Dah lama aku bela Gaban ni, masa sekolah dulu. Tapi beberapa tahun kebelakangan ni dia tak mo keluar. Mungkin Gaban bimbang aku termasuk kategori derhaka kalau dia keluar acap kali. Macam pagi ni...

Aku set 7.30 a.m memang nak kena blah dari kg. kubang tin jalan aril, United Kingdom. Dah siap semua dah... terima kasih ALLAH kerana menganugerahi Gaban kepadaku. Tiba2 bos kata dia tak sedap badan pulak. bonda plak soh bos gi beli gula lagi di kedai 24 jam... sebab bos tak sedap badan, maka beliau tak berupaya nak bersegera mematuhi arahan mentua beliau apatah lagi nak ikut time Gaban aku ni. Apa lagi... aku sukarela pi beli (dah aku siap awal.).. kayuh basikal macam m kumaresan (MACAM nak start berangin dah dalam jiwa aku).

Huh, siap semua sekali 7.45, agak2 nak mendidih dah jiwa aku ni ... sabar Gaban sabar... pujuk hati ku kepada Gaban...ya lah kalau Gaban keluar derhaka la aku kepada bos pagi ni... tahniah kepadaku kerana berjaya memujuk Gaban supaya bersabar. Masa dolu2, aku mmg strict bab2 timing dan date line berbanding sekarang (aku malas nak buat rigid timing skang ni -nanti Gaban makan hati aku).

Tapi bermula hari ni aku terpaksa mengeluarkan Gaban, Bos tekan jer break keta... aku cium pipi bos aku ucap bye bye , tiba-tiba bos jerit "Duit poket dah ada ke?!" ah... dah ada. ... meluru aku ke bilik, bangga lampu bilik dan makmal aku yang buka hari ni...hehehe..

aku stat lab pukul 8 wa cakap lu... tahniah GABAN. Gaban, bermula hari ini ... kita bekerjasama...

Monday, December 28, 2009

Dah dekat tengah malam ni, aku nak balik daa.. siap donlod jurnal semua sekali untuk next benchwork, aku layan FB Taufiq. Hmm, menyayat hati pula rasanya.

Esok aku nak :_

turun padang pukul 6-7 pm.
Masuk lab of course (malam ni aku start design dah)
nak jadi robocop (masuk sikit gene Gaban) - analize data tidak kurang dari 0.05 saat kata beliau)
nak solat Dhuha

Apa-apa pun malam ni aku nak chow dulu...doakan selamat sampai rumah hendaknya.

AIRMATA NYA...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,'
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan
tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit
dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.

'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya
menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.


'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'

Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera
mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'



Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan
telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi


Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.



Hari ini yang hangin


Aku siap solat subuh tadi ingat nak gi sekolah awal... kaw kaw ikut timing .sibuk gile sekarang ni. baru terima hidayah Allah la katakan. Lepas aku laki bini solat subuh masing-masing malas nak gerak. Suami capai Yasin dan maksurat (bab ibadat aku tak leh nak komplen berat-berat, ikut rekod aku kalah dengan dia buat masa skang ni). Lepas berdoa (dengan doa tambahan supaya dipermudahkan jalan pembelajaran aku, dan HP ku hidup dengan jayanya), jurnal ethnopharmacology terbaru 2009 aku capai, dengan sopan landing tawadduk dengan kain semayang siap sepasang merangkap selimut diiringi bantal busuk kiri kanan. Malas nak cerita menelaah jenis kategori apa. Bajet-bajet pukul 8 aku nak aktifkan diri untuk ke sekolah.

TIBA-tiba masalah datang...hadik haku bukak pintu soh babysit Muhammad plak, minah tu kena gi sekolah hari ni. ah sudah... lepas tu Sakinah pulak masuk... tung tang tung tang banyak minit dah berlalu. lepas adik sarapan, Sakinah pun membabaikan Muhammad dan umminya. Tengok Jam dah 8 lebih. HUUUU...pas tu aku dengar bonda aku sound ... bihun nak kena goreng... dan tulang nak kena disupkan dia. As usual, kami exchange tugas, Sakinah bonda take over n aku plk masuk dapur.

Anak taat... aku pun start goreng bihun putih dengan TAK IKHLAS. siap semua, bihun tak ikhlas tu RASA TAK SEDAP LANGSUNG. Terus beristighfar aku bertalu-lalu. Hati panas terpaksa sejukkan, dan bermeditasi supaya keikhlasan datang bertandang. LEPAS TU..aku supkan tulang dengan IKHLAS... Huuu SEDAP SEDAP.

Tak payah tunggu, aku santap tanpa perasaan. Then terus tekan punat turbo. sepuluh menet beres lengkap berunifom- ulang sarung baju yang tak payah gosok . Bos ku (aku memang respek gila) letak beg sekolah kat rang tamu. Masuk ketA.. kami drift. tengok jam kol 1o lebih. belek2 semua lengkap. sampai je area2 trafik light pasir tumbuh...baru aku ingat aku x berus gigi lagi...waa... macam kartun. Ikut perangai lama memang aku terbakar tapi semenjak jadi bini orang baik-baik ni aku berjaya ikut plan kaunselor sorang tu.

Hapa lagi, sebelum masuk opis aku berlarian la masuk mini market beli halagel seketul dengan Kiss me seputung. Aku terjah rest room area budak2 kot putih melepak...

Sunday, December 27, 2009

DJ Suhaimi


Rumah separuh berkembar di hujung Taman DesaRaya II sunyi sepi saat jarum jam menunjukkan pukul tiga pagi. Deruman enjin Myvi milik Suhaimi membelah suasana hening, dengan kelajuan 80 km/j kenderaan itu membelok, menuju ke bawah garaj, kemudian kedengaran bunyi geseran brek berkeriut disusuli dentuman kecil sebelum kenderaan itu berhenti.

“Aduuhh..” Suhaimi meraba-raba kepala bimbang ada kesan luka akibat hantukan kuat di stereng kenderaannya. Tanpa berfikir panjang dia turun memeriksa bahagian depan, dua buah pasu hadiah dari Mama pecah berderai. “Mampus aku kali ni.” Muka garang Mama terbias di benaknya seketika . Tanpa menghiraukan calar pada ‘bumper’ dia meluru ke pintu utama. Bergegar gril dirempuhnya.

Hampir setengah jam Suhaimi terperuk di dalam tandas, dia belum berani untuk keluar, bimbang perutnya memulas lagi. Sepuluh minit berlalu, agak pasti tiada tanda-tanda diarheanya berulang barulah dia melonglai ke ruang tamu. Telefon bimbit berdering. “Hello Ma, Waalaikumussalam…Ma, tak baik lagi ni. Teh o tak ada gula? Ok lah…” Hampir separuh tenaga hilang, badan pula terhidrasi, usahkan ke dapur untuk membancuh resipi tradisional Mama…untuk menyelak daun pintu pun dia tidak upaya.

Azan Subuh dari surau DesaRaya menyentap lena Suhaimi. Terpinga-pinga anak muda lewat 20-an itu tika menyedari daun pintu utama dan pagar tidak berkunci sedangkan dia terkulai tidak sedarkan diri. Pantas dia ke pintu pagar, dikunci rapat-rapat kemudian berlari-lari anak kembali ke dalam rumah, sambil-sambil mengingat semula kejadian malam tadi, matanya melingas di sekitar ruang tamu demi memastikan tiada benda yang hilang.

“Ya Allah…” Bilik air berbau masam yang tajam. Setengah jam pula berhabis di dalam bilik air mencuci sisa-sisa muntah yang tidak sempat ditahan malam tadi, selesai mandi barulah terasa kesegaran menyelinap menelusuri saraf. Kali ini dia memang berniat untuk mendapatkan tidur yang cukup sebelum kembali semula ke konti. Namun begitu, tidak sampai lima belas minit menutup mata, kedengaran muzik rancak dari rumah sebelah. Aerobik. DJ Suhaimi , berjiran dengan lima orang anak dara yang kononnya mengamalkan gaya hidup sihat.

Suhaimi bangun kepanasan, bengkak di hati semakin menjadi-jadi. Selama ini dia bertolak ansur kerana memikirkan mereka anak dara, cantik lagi, dan tidak banyak masalah kecuali yang satu ini; melalak tidak kira waktu. “Aku nak tidur wei!” Suhaimi menjerit. Dia menerpa keluar ke halaman rumah. Dalam masa tiga minggu dia berpindah ke taman ini, inilah hari pertama Suhaimi keluar seawal jam tujuh pagi, semata-mata untuk melepaskan panas di dalam hatinya. Di hadapannya, susukan tubuh lima gadis sedang bersenam dengan penuh semangat, sedang ‘berseronok’ di halaman rumah mereka, terkinja-kinja menghadap komputer riba berwarna putih yang siap disambung pembesar suara.

Niat Suhaimi untuk menunjuk perasaan tiba-tiba terbantut, dia seperti cacing kepanasan di pinggir pagar dawai yang memisahkan rumah semi-D. Berteriak keluar anak tekak pun mereka tak akan dengar, semuanya bersungguh-sungguh beriadah dengan muzik rancak ala kelab malam.

“Abang! Selamat pagi….” Salah seorang daripada mereka menyedari kehadirannya.
Teguran ramah salah seorang daripada mereka memaku langkah laju Suhaimi. Lelaki itu mengangguk. Perlahan-lahan badannya berpusing tiga ratus enam puluh darjah. Dia menapak semula ke balkoni dengan kesumat yang tidak lupus. Tidak puas hati, ditendangnya pagar dawai bersalut plastik hijau, memberikan kesan gegar yang agak ketara.

Belum sempat selipar jepun tercabut dari tapak kakinya, mata Suhaimi menangkap sesuatu pada badan Myvi; bekas lelehan yang kering. Malam tadi ,ketika separuh gila memandu, dia melanggar ayam di mana-manakah? Dia tunduk mengintai bawah badan kereta, juga ke empat-empat tayar. Tidak ada kesan darah. Tetapi serpihan kulit telur yang berterabur di atas simen membingungkan kepala.

Seketika kemudian ruang udara menjadi sepi, alunan-alunan lagu rancak terhenti.
“Ah…ok. Sampai sini..” Kedengaran satu suara dari kalangan mereka. Tak lama kemudian berdentum bunyi hempasan pintu rumah sebelah.
Misteri telur ayam dibiarkan sahaja. Entah dari mana datangnya telur, dia tidak mampu berfikir, badannya amat terhidrat dan kepenatan tika ini. Dengan malas gagang telefon dicapai, dan satu suara dari konti kedengaran di hujung talian.
Hari ini DJ Suhaimi cuti.

*********************

“Betul kau nampak Ti?”

“Betul, dia tendang pagar rumah kita…”

Lima dara termenung seketika. Sedetik, dua detik.

“Agaknya dia nampak kau baling telur ayam malam tadi tak Sakinah?”

Sakinah mengerling. Walaupun hatinya berdebar-debar terkenangkan muka jiran yang kemerahan, tetapi air muka Sakinah yang bersahaja mampu melindungi rasa gelisahnya. Bimbang juga jika terbongkar perbuatan kurang sopan, jatuh saham ayu yang dijaga selama berada di Bandar Kuala Lumpur ini.

“Eh, kalau dia tahu pun tak salah. Keturunan kita ada penyakit jantung tau. Pukul tiga pagi pandu kereta macam nak bunuh diri, berdentum bunyi dia hantuk kereta ke dinding rumah. Jantung aku sungguh tak stabil malam tadi. Siapa yang tak terkejut. Kau pun terperanjat kan? Maunya aku arwah dalam tidur…siapa nak jawab.”

“Tapi kami tak ada sampai cari telur ayam bawah dapur.” Siti menyindir sinis.

Sakinah tersenyum sumbing. “Aku minta maaflah, rasa-rasanya bukan pasal malam tadi. Pasal kita ganggu dia dengan muzik erobik, mana tahu.” Bahunya terjungkit.

“Ah, sah bukan sebab tu. Tiap empat kali seminggu jadual kita ada erobik, dia tak mengamuk pun…alih-alih hari ini naik hantu. Pasti ada sebab lain, aku pasti. Memang dia perasan kau baling telur, Sakinah. Patut kau pergi minta maaf dengan dia.”

“Sudah lah, buang masa saja kita bergaduh pasal jiran sebelah. Nanti aku minta maaflah, tapi pagi ni seingat aku ada orang janji nak buat hamlet untuk sarapan.” Sakinah cuba menutup rasa bersalah. Dengan santai dia membuka suis radio, stesen X.fm diamati setiap masa senggang.

Selalunya jam sembilan DJ Suhaimi ke udara.

“Bila kau nak pergi minta maaf Sakinah? Nak aku temankan tak? Lagipun selama dia berjiran tak pernah dia tegur kita. Nampak macam sombong orangnya.”

“Nak tegur macamana Jihah, dia balik kita dah tidur…entah pukul berapa agaknya dia keluar kita pun tak tahu…cepat sangat berhipotesis si Najihah ni. Ha, hujung minggu pula masing-masing balik rumah mak.” Sakinah menyangkal. Bukan kerana menyebelahi jiran, tetapi sikap Sakinah yang optimis.

“Hari ni tak ada tanda-tanda dia nak keluar rumah. Sakinah, hari ini je peluang kau nak minta maaf. Susah hati tau kalau bermasam muka dengan jiran.”

“Kecoh la kamu ni, Siti cakap dia sepak pagar rumah kita saja. tapi masa Nabilah ucap selamat, dia senyum kan? Kan? Mana tahu dia sepak lipan ke, jengking ke…lipas ke…”

“Betul juga…” Siti mula menerima andaian Sakinah.

“Ha, mana hamlet aku Nabilah.”

“Yalah, mana hamlet kami…kononnya nak buat sarapan istimewa.”

Mereka memandang Nabilah serentak. “Yelah, yelah, macamlah kamu semua ada kelas hari ni.” Muncung Nabilah panjang sedepa apabila didesak.

-DJ Suhaimi pagi ini menyampaikan salam kepada pendengar X.fm, apakan daya kita hanya merancang…doakan DJ Suhaimi cepat kembali ke konti semuaa.. di sini DJ Seri ditemani penerbit rancangan …

- Jam sembilan, Sakinah hampa. Radio Sony dimatikan.

Belum pun matahari tegak menjunjung galah, rumah sewa mereka kosong. Masing-masing dengan agenda sendiri. Selalunya Sakinah yang ditinggalkan sendirian, tetapi hari ini dia juga tergerak untuk ke pasaraya berhampiran. Rasa bersalah yang bersarang di hati tidak berjaya dihilangkan dengan andaian-andaian mereka sewaktu awal pagi tadi.

Suhaimi terjaga oleh lantunan salam yang bertalu-talu di perkarangan rumah. Sudah empat biji pil penahan sakit ditelannya, tetapi tidak juga lena. Demam tinggi tidak juga kebah. Nasib baik muntahnya sudah berhenti. Dengan malas dia membuka pintu, seorang perempuan yang bertudung putih dan berbaju kurung putih bunga merah di hadapannya. “Cari siapa cik?”

Belum sempat Sakinah menjawab telefon digenggamannya berbunyi.

“Sakinah, apa kau buat depan rumah mamat tu.” Dari celah jendela Nabilah mengintai. Walaupun bercakap melalui telefon tetapi suara masih tetap diperlahankan. Dia baru saja balik dari kelas sesi pagi ketika melihat sakinah memberi salam di muka pintu jiran sebelah. Silap rumah agaknya si Sakinah ini?

“Er...sekejaplah..” Sakinah memutuskan panggilan Nabilah. Telefon sekali lagi berbunyi, lantas dia menekan punat off.

“Encik, saya jiran sebelah.”

Suhaimi melingas ke rumah sebelah. Hairan. “Ya, ada apa?”

Tak sangka lepas mandi pagi gadis kecil di depannya berseri-seri, pagi tadi cukup berserabai dengan baju tidur ‘Hello Kitty’ dengan seluar PJ, dan bertudung kerepot.

Sakinah menghulurkan satu plastik buah. “Saya nak minta maaf atas kejadian yang abang marah sangat pagi tadi.” Encik digantikan abang, supaya hati jiran cepat sejuk.

Suhaimi senyum manis setelah menangkap maksud Sakinah. Adegan tendang pagar tanda protes mendapat reaksi. Dia Berjaya! “Oh, tidak mengapa…duduklah dulu, saya ambilkan air.”

Suhaimi menunjukkan meja taman di sebelah pasu Mama yang hancur berkeping-keping.

“Tak payah susah-susah bang. Saya nak cakap tu je.”

“Eh, duduklah dulu…bukan ajak masuk rumah pun.” Suhaimi bersungguh-sungguh. Sakinah serba-salah, namun diterima juga pelawaan Suhaimi.

Dua tin 100 plus dibawa keluar. “Minuman orang bujang. Orang bujang kan?” Soalan yang dituju kepada Sakinah bernada lucu.

“Ha ah, tak jadi masalah…minuman rasmi orang bujang ni.”

Mereka ketawa. Minuman diteguk santai, cuaca juga tidak terik seperti biasa, terbias rasa senang di dada masing-masing.

“Nasib baik tak meletup kereta ni bang. Tak kemek sangat pun. Apa kena malam tadi sampai tak sempat nak slow down.”

“Kes kecemasan dik. Maaflah mengganggu, kamu semua terkejut ya?”

“Mau nya tak bang, kami ingat gempa bumi. Nak saya tolong cucikan kereta ni?”

“Eh, baiknya adik ni…tak payah susah-susah. Apa kena mengena dengan adik pula, kereta abang ni…” hujung nadanya disiniskan, dia terhidu sesuatu di sebalik keikhlasan gadis genit itu.

Terkedu Sakinah. Betul sangkaannya. Jiran mereka bukan marah kerana sebiji telur.

Soalan berbaur kebajikan dari Sakinah membuatkan Suhaimi mula dilanda curiga, “Tapi, abang naik hairan juga dari mana datangnya telur ayam tu.” Suhaimi memancing , bibirnya dimuncung ke arah serpihan telur, Matanya masih melekat di wajah Sakinah, kalau-kalau air mukanya berubah.

“Itu sebab saya tanya, nak kami tolong bawa ke car wash tak…lagipun saya rasa abang tak sihat, betul-betul tak sihat.” Sakinah cepat-cepat membuka perisai, melindungi kesalahan. Bau minyak Cap Kapak dan dahi bertempel koyup menyelamatkan Sakinah. Kecut perutnya melihat perubahan air muka Suhaimi. ‘Gali lubang sendiri kau ni Sakinah…’ dia menyumpah sendiri.

“Oh, tak payah… cukup sekadar memahami keadaan saya, saya hargai… bukan tak boleh bersenam tapi kecilkan sedikit volume. Kerja saya tak banyak beri ruang untuk rehat, jadi di rumahlah satu-satunya tempat rehat saya.”

Lantas Sakinah faham, itu sebenarnya jawapan atas reaksi jirannya pagi tadi. “Oo, abang kerja apa?”

“ Oi!” Nabilah di tepi pagar menguit-nguit. “Dj Suhaimi kau tunggu kat dalam. Kang mengamuk pula kalau aku tak ingatkan.”

Sakinah menyinsing lengan baju kurungnya. Tiga lima belas minit petang, skrin jam Casio dilengan gebunya memaparkan angka digital 15:15. “Haa!! Jumpa lagi bang…terima kasih air bang…” Dia membawa tin 100 plus bersama, menyarung sandal Bata dan terus berlari tanpa memberi salam.

“Dekat suku jam baru kau nak ingatkan!” kedengaran suara gadis itu dari rumah sebelah.

“Aku telefon tak dapat. Kau ingat senang aku nak jual suara tepi pagar tu…”

Suhaimi tergelak kecil. DJ Suhaimi cuti dik.

Tidak sampai lima belas minit, Suhaimi melihat adik baju putih bunga merah keluar…di bawah terik matahari dia mencangkung di hujung sudut rumah, menguis-nguis pokok hiasan. Suhaimi menonton sketsa bisu itu dari ruang tamu menerusi pintu kaca, terlindung di sebalik langsir berwarna krim, adik itu masih memegang tin 100 plus pemberiannya.

“Sudahlah ... Si Suhaimi tu, kalau kau gila sangat carilah dia di pejabat . Bukan susah mana pun, semua orang tau pejabat stesen radio kau tu. Kau nak berkhemah kat situ pun tak apa. Kau ni, kacak sangat ke DJ Suhaimi tu?”

“Kalau dah sayang semuanya lawa Nabilah.”

“Habis tu, pergi saja jumpa dia…apa yang kau takut.”

“Aku gadis pingitan, gadis pingitan tak cari timba tau.”

Nabilah ketawa keras. Suhaimi yang memerhati turut ketawa kecil .

“Hai, timba…harapnya kau dengar la luahan perigi ni. Mampus pun dia tak tahu kau tu wujud Sakinah. Tambah-tambah perigi pingitan yang terperuk dalam hutan macam kau ni. Perigi lain lagi seksi tau. Aku dengar DJ Suhaimi kau tu anak Dato’, stesen radio tu dia punya. Kita yang tak kenal bedak asas ni usahkan anak Dato’, abang teksi depan komuter tu pun tak pandang.”

Oh, Sakinah nama adik itu. Suhaimi berbisik sendiri.

“Sudah la Sakinah. Realistik la sikit, ada sejuta lagi yang berangan naik pelamin dengan Suhaimi tu. DJ macam dia tu, hak milik awam.”

“Aku tak suruh pun kau bimbang…”

“Aku tak bimbang, tapi tak seronok kalau kau bermasam durja. Aku tak sangka orang cool macam kau pun boleh ada penyakit angau ni.”

“Aku tak angau la. Masaklah awal sikit Nabilah…aku dah lapar ni. ” Sakinah merengek manja, cuba beralih topik.

“Jom la masuk.”

“Sekejap lagi. Sekejap lagi aku masuk.”

“Orang yang tak kenal kau Sakinah, tak akan dapat bayangkan muka redup kau macamana. Macam getah keping bawah rumah nenek Tijah.”

Nabilah menggeleng. “Aku tak tahan betul tengok muncung kau tu. Mau saja aku heret Suhaimi ke rumah.”

“Hilang manis la kalau jumpa awal-awal. Orang putih kata Love is a sweet torment …aku sedang merasa la ni, rindunya aku kat Suhaimi tu Nabilah.”

Terkelip-kelip ekor mata Sakinah memandang Nabilah. Semakin ditenung Nabilah, semakin menjadi-jadi kerdipan matanya. Gaya menggoda.

“Naik benci aku tengok.” Nabilah mengangkat punggung.

“Kau tak fikir ke kalau-kalau dia dah beranak bini, sanggup kau bermadu?”

“Sanggup!” Semakin cepat dia mengerdip-ngerdip kelopak matanya. Senyumnya lebar menawan.

“Hish..”

Suhaimi ketawa lagi. Terhibur dengan gadis bertudung putih itu. Terasa ringan kepalanya setelah bergelak ketawa ‘dengan’ gadis Sakinah. Tiba-tiba Nabilah kembali dengan tergopoh gapah.

“Sakinah aku nak tanya ni, hari tu Amir bagitau dia dah confess dengan kau, tapi kau tolak. Dia cakap kau dah ada yang punya. Siapa mamat tu Sakinah? Setau aku kau alahan sikit dengan lelaki ni.”

“Siapa lagi DJ Suhaimi aku la.”

“Oi, jangan main-main, siapa jejaka tu? Aku serius ni, kasihan Amir.”

“Betul…DJ Suhaimi. Aku tak bagitau Amir siapa jejaka tu, tapi betul...DJ Suhaimi.”

“Hahaha…Hahaha…” Nabilah melontarkan ketawa yang dibuat-buat.

“Kau akan jadi anak dara tua Sakinah. Tak lama lagi, rumah ni akan kosong, tinggal kau sorang… Eloklah berpasang dengan jiran sebelah. Sekarang kau tak rasa ke sindrom-sindrom anak dara tua bila aku keluar dengan Adam, dua orang sepupu kita yang kuat melalak tu pun dah bertunang. Kalau kau betul-betul ada yang punya aku tak kisah Sakinah, aku lagi suka. Tapi DJ Suhaimi kau tu…bayang saja.”

“Hahaha” tawa Sakinah juga dibuat-buat. “ terima kasih la Nabilah…walaupun akhirnya aku sebatang kara di sini, tak apa. DJ Suhaimi ada…dekaat di hati.” Sekali lagi dia mengerdip mata yang memilik alis yang hitam lebat.

Tidak semena-mena jari telunjuk Nabilah menunjal dahi Sakinah. Dengan doa angau saudaranya itu cepat-cepat hilang.

“Aduh…” Sakinah senyum.

Mereka terkedu ketika Suhaimi membuka pintu cermin.

“Maaf bang. Kami masuk dulu… Maaf ya mengganggu. Mari Nabilah…” Kali ini Sakinah yang terkocoh-kocoh bangun meluru ke dalam rumah. Baru teringat yang jiran barunya tidak suka bising.
********************

“Penantian dari Blackrose…, siapa yang merindui DJ Suhaimi dua tiga hari ni harapnya terubat dengan lagu pembuka tadi. Okay, panggilan pertama di talian kita hello, siapa di sana? Ya… Sakinah?”

Suhaimi terasa sesuatu yang asing hadir di hatinya. Degupan jantung sedikit tidak teratur. Sakinah mana? Sakinah itukah?

“Selamat malam Sakinah, Sakinah dari mana ya…”

“Saya dari K.L.”

“K.L luas tu sayang… K.L tang mana…”

“Er..K.L dekat-dekat rawang…” ada getar pada nada Sakinah.

“Oo…dekat rawang, kenapa slow sangat suara adik ni …adik ke mama orang ni?”

“Adik lagi la bang.”

“Releks la dik… aduii…nervous aje adik kita ni ...ok dik, apa cerita hari ni? Apa yang takut sangat nak bagi tau si dia sampai nak kena on air. ”

“Er…sebenarnya saya nak minta maaf dekat abang rumah sebelah.”

“Sapa jiran tu dik…Jangan-jangan bekas pakwe tak?”

“Tak de, tak de, saya pun tak berapa kenal…er, minggu lepas saya tak cukup tidur sebab nak siapkan assignment…kami satu rumah memang tak tidur whole week. Bila kami ada sikit masa nak lelapkan mata tiba-tiba ada benda meletup. Pagi-pagi buta, ayam pun tak bangun lagi bang. Jiran kami punya pasal, dia rempuh rumah dia dengan Myvi. Hello...hello…”

Suhaimi tersentak. Betullah Sakinah itu. Senyum Suhaimi meleret.

“Ya, ya.. sedang mendengar…teruskan…apalah mamat tu kan, buat kecoh pagi-pagi buta.” Bukan rumah la wei, pasu. Hati lelakinya memprotes.

“Saya naik geram, saya baling telur ayam… tak pasal-pasal kena kereta abang tu.”

“Dan…” Suhaimi menahan diri dari melempiaskan tawa. Pasti Sakinah inilah…

“Saya tak tau dia dengar ke tak siaran ni. Tempoh hari saya ada ke rumahnya asalnya nak minta maaf pasal telur ayam tu, tapi dia salah faham pula. Nasib baik juga kena kereta bang, kalau kena tuan…komfem saya pindah rumah…”

“Hahaha…macam banyak masalah saja kamu ni ya.”

“Ye ke…?”

“Oklah Sakinah, moga-moga jiran sebelah rumah terima mesej awak ni…”

“Saya tak harap dia dengar…”

“Habis tu, apa guna awak buat panggilan ni…oo nak sedapkan hati ye.”

“Best la abang ni, memahami. Lagipun saya anggap dia dah maafkan semua sekali satu pakej. By the way terima kasih bang…boleh minta lagu tak?”

“Bukan segmen pilih lagu ni dik tapi kalau lagu tu ada dalam list penerbit kira rezeki Sakinah untuk malam ni…”

“Khas buat abang DJ, tak kisahlah lagu apa-apapun yang sesuai… Selamat malam.”

Lagu pun diputar. Tawa Suhaimi meletus tiba-tiba. Wajah ‘sejuk’ Sakinah di hadapan pintu rumah semakin seronok diimbas berkali-kali.

“Aduhai… maaf satu pakej. Apalah si Sakinah ni.” Khayalan itu berakhir setelah dikejutkan oleh tumbukan kecil Fadil.

“Awek kau pesan, pukul lima di A-zone seperti biasa.”

“Thanks buddy.”

*************************

Sakinah…Suhaila…dua nama muncul di kepalanya. Setelah lima tahun, baru hari ini hati Suhaimi terniat untuk menilai perhubungannya bersama Suhaila. Perhubungan intim antara mereka berlangsung tanpa perlu meredah cabaran berliku. Mereka sedarjat, mempunyai pemikiran sehala dan saling memahami. Paling penting dalam sebuah perhubungan adalah restu ibu bapa, dan mereka direstui. Suhaila cantik, terkenal dalam dunia peragaan dan bijak berkomunikasi. Apa salah Suhaila sehingga dia tergamak memikirkan gadis lain? Memikirkan Sakinah!

Keluar sahaja dari A-zone, dia tidak terus pulang ke rumah. Kereta diparkir di pinggir lebuh raya demi melayan hati yang tidak keruan. Selama 3 jam menghabiskan masa di A-zone, dia memerhati Suhaila dalam dan penuh makna. Meneliti gaya Suhaila menyapa teman, baik lelaki mahu perempuan. Air mukanya dan sinar matanya yang galak. Jemarinya melilit gelas yang berisi alkohol ringan. Liuk lintuk tubuhnya yang menghangatkan. Dalam masa yang sama, Sakinah juga turut dinilai, jiran yang baru pertama kali berjumpa sudah berbual mesra,meskipun tidak lama tetapi menenangkan. Sakinah yang bertudung, tetapi tudung itu tidak menghalang mereka berbual bicara.

Disebalik tudung itu bagaimana alur rambutnya? Lurus seperti Suhailakah? Mata Sakinah tidak galak tetapi tajam menikam…bila berbicara anak mata hitamnya terus ke anak mata Suhaimi, meski tidak lama tetap memberi kesan. Tubuh Sakinah bagaimana? Adakah gemalai seperti Suhaila? Dia tidak berjaya menembusi bayangan imiginasi kerana tubuh itu dilitup baju kurung yang sopan. Air muka Sakinah tidak bergolak kerana itu, bila mata memandang, Suhaimi dapat merasai ketenangan mengalir masuk ke jiwanya.

Sakinah. Tanpa disedari gadis itu bertanggungjawab penuh terhadap kecelaruan fikiran lelaki bernama Suhaimi. Baru sekali bersua bicara tetapi wajah gadis berperwatakan sederhana itu tidak mampu diusir pergi dari ruang hati. Berkali-kali dia cuba melupakan tetapi tidak berjaya.

************************

“Assalamualaikum bang.” Riang Sakinah menegur jiran barunya. Sapaan tidak dibalas. Bukan sahaja tidak berbalas, senyum pun tidak. Langkah Sakinah terhenti, kaget dengan respon yang tidak disangka.

“Selamat pagi bang!” Diulang dengan lebih nyaring, dia yakin suaranya cukup jelas untuk didengar jiran. Malangnya tiada tindak balas. Pintu kereta dihempas kuat. Sakinah terhenyak kehairanan. Kemudian Myvi menderum laju dan menghilang.

“Aik, datang bulan agaknya abang ni…Sombongnya.” Terkulat-kulat sendirian.

Sakinah meneruskan perjalanan yang terbantut, sambil kepalanya ligat memikirkan kemungkinan musibah yang menimpa jiran. Adakah kerana abang itu terdengar suaranya di radio? Hmm, boleh jadi. Hati Sakinah tidak keruan. Langkahnya perlahan. ‘menyesal pula rasanya on air…kalau tahu beginilah jadinya. Abang jiran ni pun satu, takkan nak merajuk sampai macam tu sekali…’ gumamnya sendiri.

Batu-batu kecil yang menghadang laluannya disepak-sepak. Pukul sembilan pagi, namun terik matahari memeritkan kulitnya. Baju kurung hitam manggis menambahkan lagi serapan haba. Buku fisiologi manusia dibelek malas, sengaja dibiarkan masa berlalu, bas mini terlepas gara-gara lamunannya, gara-gara memikirkan perubahan sikap abang sebelah rumah. ‘Apa aku nak buat ni?’

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti mengejut dihadapannya. Seorang wanita anggun tersenyum sinis lantas menggamitnya. Sakinah mendekat.

“masuklah…” suara dingin pemandu di sebelah menyedarkan Sakinah. Ah, abang itu. Myvi ini milik jirannya.

“Eh, tak apa. Terima kasih. Saya tunggu bas saja. Terima kasih, buat susah-susah je.”

“It’s ok.” Gadis itu membukakan pintu belakang untuknya. Sakinah yang teragak-agak terpaksa akur. Ikutkan hati, dia lebih rela menunggu bas Uncle Muthu daripada menumpang kereta pasangan bahagia itu. “Is this the girl you told me, Mi?”

“Yelah…siapa lagi.” Suhaimi serius. “Lucky just eggs. Kalau dia baling bom macamana?”

Suhaila ketawa sinis.

‘Ah…’ Sakinah mengangguk sendiri, namun dia membatu. Betul telahannya, abang Mi mendengar luahan rasanya di radio.

Suhaimi senyap. “Ke mana ni Sakinah?”

“Kolej … Masterskill..Terima kasih.”

Sakinah membatu, dibiarkan mereka berbicara mesra, bergelak manja. Mereka berbual seolah-olah Sakinah di belakang tidak wujud… terasa kerdil sahaja insan bernama Sakinah selaku penumpang.

Selepas meninggalkan Sakinah di pintu masuk, Suhaimi memecut laju tetapi sempat mengerling ke arah cermin sisi. Hatinya membara tidak keruan tiap kali memandang wajah Sakinah. Gelak tawa Suhaila seakan tawar. Suhaimi marah, marahnya tidak beralasan. Marahnya entah kepada siapa. Tangan Suhaila digenggam untuk satu kekuatan, tetapi dia gagal bertenang…sedangkan Suhaila senyum kepadanya, manja. “Sue, forgive me.” Desis hati kecil Suhaimi.

Sengaja dia berpatah balik selepas menjemput Suhaila di sebuah hotel berhampiran, perasaan bersalah menghantui diri kerana mengabaikan sapaan Sakinah yang ikhlas serta beriya-iya. Apa kena dengan dia sekarang ini? Segala aktiviti bersama rakan sekerja Suhaimi batalkan, jemputan mama untuk makan malam juga ditolak sopan. Kehidupannya teraruh kerana Sakinah.

“Have you ever thought about us Sue?” Sambil menunggu pesanan Suhaimi membuka bicara. Bar masih lengang pada waktu-waktu begini. Bicara hari ini perlu jelas, jelas supaya hatinya tenteram dan pendirian cintanya kepada Suhala berdiri kukuh semula.

“Please specify.”

“Our future.”
“Yes, once in a blue moon.” Suhaila meneguk perlahan wain putih di hadapannya.

Suhaimi mengangkat kening, minta dijelaskan. Kerlingan Suhaila manja, senyumnya seksi dan dia membiarkan Suhaimi berteka-teki. “Well, thought of being proposed by you, engaged and married, having pair of angels around us…”

“Sound’s great.” Suhaimi membalas mesra, kerana itulah juga impiannya.

“Yeah…” Suhaila lantas mengeluarkan sekotak Dunhill, ditariknya sebatang rokok dan kemudian asap berkepul ke udara. “I’m sorry Mi, is it okay with you?” Dia merujuk kepada rokok dibibirnya, yang dinyalakan pelayan bar baru sekejap tadi.

Suhaimi diam.

“How is your theraphy? Still?” Suhaila bertanya terus.

“On and off. But it’s okay… a lot of improvement lately.”

“I’m sorry for not able to be with you last year, you suffer a lot.”

“I understand.” Suhaimi tunduk merenung gelas oren di hadapannya, melindungi perasaan kecewa. “So, you don’t have any proper plan for us huh, do you?”

“I punya kontrak dengan Unza masih berbaki tiga tahun.”

“It just came to my mind that I want to end it today… but seems I have to wait for another three years.”

“Three years tak lama…kenapa tiba-tiba terfikir ke situ sayang.”

“Because I’m afraid that...”

“Come on, selama ni you percayakan I kan…”

Aku bukan takut kau lari, aku takut dengan apa yang aku rasa sekarang ni Suhaila.

Jarinya bermain-main gelas kosong. Selepas ayat itu mereka membungkam. Muzik yang berdendang sayu menambahkan kebungkaman masing-masing.

Hening malam tidak mampu menenangkan hati Suhaimi, keretanya dipandu sekitar 40 km/j menyusuri jalan sempit taman perumahan pinggir bukit itu. Tiba-tiba matanya mengesan sesuatu pada cermin pandang belakang. Sesusuk lembaga berpakaian putih meluru laju melintasi keretanya dari simpang surau…lariannya deras, kemudian terdengar salakan anjing yang semakin lama semakin jelas kedengaran. Lembaga itu berpatah balik semula ke arah keretanya. Cahaya lampu hadapan mengaburkan bayangan lembaga itu, Suhaimi terpaksa memadamkan lampu hadapan.

Pang! Pang! Pang! Bahagian hadapan keretanya di ketuk. Tidak dijemput lembaga itu membuka pintu kereta dan dihempasnya kuat. Suhaimi kepucatan, tergamam…tubuhnya terhenyak ke daun pintu.
“Bang! Cepat bang, pecut bang!” Lembaga itu menekan-nekan hon. Anjing liar mengelilingi keretanya, menerpa tingkap yang tertutup rapat. Dalam keadaan terdesak, Suhaimi menolak lembaga di hadapannya dengan kasar.

“Aduh!” suara di sebalik kain putih.

Suara itu, suara itu dikenalinya. “Sakinah?”

Lembaga itu mengangguk laju, nafasnya pendek tersekat-sekat. Cuba mengawal pernafasan. Jari telunjuknya menghala ke arah sekumpulan anjing yang mengelilingi mereka. Suhaimi mula mengerti. Suis lampu di bumbung kereta dipetik, jelas kelihatan Sakinah yang masih tercungap-cungap berhutang oksigen, gadis itu hanya berseluar tidur paras lutut, lusuh. Selipar jepun hanya tinggal sebelah, sebelah lagi pastinya tercicir ketika acara ‘maraton’ sekejap tadi. Tangan sakinah terkial-kial membetulkan telekung sembahyang, berusaha mencari ruang untuk bernafas. Suhaimi mencapai hujung telekung bahagian muka dan dihulurkan kepada tangan kecil Sakinah. Lantas tangan itu menarik hujungnya, wajah merah Sakinah terserlah, juraian peluh tidak diendah. Jemari halusnya menggeletar.

“Terima kasih encik. Eh, abang Mi. Huu, abang Mi.” Senyumnya melebar, dan gadis itu ketawa kecil kelegaan kerana pemandu itu cukup dikenali, air matanya juga turut menitik lebat.

“Celaka kau binatang!” dia merujuk kepada 3 ekor anjing yang masih berkeliaran. Ditumbuknya ‘dash board’ sehingga bergegar patung twity berspring hadiah dari Suhaila.

Debaran dada Suhaimi surut berlahan-lahan, kalau betullah dihadapannya itu hantu seperti sangkaan awalnya tadi, mungkin inilah kali terakhir dia melalui jalan 1/8.

“Kenapa sorang…sepatutnya ada teman malam-malam ni.” Suhaimi menarik nafas lega.

“Memang jahanamlah, satu rumah tu kenakan saya.” Ekor mata Suhaimi yang sekali sekala mengerling ke bawah diikuti batuk-batuk halus menyedarkan Sakinah tentang sesuatu, dia mengucap panjang “Astaghfirullah”; kain sembahyangnya ‘hilang’, terlucut di tengah jalan.
Perlahan-lahan sepasang kaki diangkat rapat ke dada, ditutupnya dengan telekung.

“Kalau ikutkan, abang dah kena kawin dengan saya…kaki saya ni mahal…tak pernah orang tengok.” Sakinah tunduk. Seperti biasa dia seorang yang bersiap sedia dengan alasan, semata-mata untuk melindungi kelemahan diri.

Suhaimi ingin ketawa, namun ditahan sepenuh hati. Dia berpaling ke luar tingkap melepaskan senyuman lebar. “Terpaksalah kita tunggu anjing ni beredar… sebelum tu apa yang awak buat di surau sampai tengah-tengah malam ni. Pukul dua belas tengah malam ni ha…”

“Lepas dengar kuliah, kami study kat surau tu…hari ni saya penat, entah bila saya tertidur…sedar-sedar dah tak ada orang.” Teringat kata-kata Siti, siapa yang tidur tidak sekali-kali mereka kejutkan, sebagai denda kerana langgar jadual belajar.

“Takkan mereka tak kejutkan kot…”

“diorang kenakan saya la tu…”

Suhaimi tidak mampu bertahan, dilantun suaranya sekuat hati, dia ketawa sehingga puas. Terasa ringan perasaannya, terasa hilang kehampaannya.

******************

Peristiwa dikejar anjing dirahsiakan sepenuhnya dari ahli rumah sewa. Walaupun mereka hairan dengan perubahan Sakinah tetapi tidak dibesar-besarkan. Sakinah semakin jarang keluar rumah, Sakinah seperti takut dengan kegelapan. Dia semakin akrab dengan radio dan siri animasi Jepun, selesai kuliah atau tutorial gadis itu terus menapak pulang.

“Sakinah, jomlah…hari tu kau juga yang beriya-iya nak ke Ulu Yam, kami dah siap beli khemah ni. Group Anizan pun join sama.”

“Tak naklah aku…aku nak balik rumah hujung minggu ni…”

“Takkan kau merajuk lagi.”

“Tak…” Sakinah senyum, aku serik kena kejar anjing la…bangang. “Kau nak keluar beli minyak gas kan, belikan aku megi dua pek. 10 bungkus. Jangan lupa kunci pagar sebelum blah.”

Sakinah bangun menerpa beg duit. Mereka berpandangan sesama sendiri. Malam itu mereka memang memasang niat untuk kembali semula ke surau, menjemput Sakinah pulang, tetapi niat mereka terbantut bila terdengar suara sakinah. Sakinah tiba dengan selamat, tidak ada beza ketika ditinggalkan. Cuma selipar jepunnya putus, terputus semasa berlari pulang katanya.

Suhaimi menjenguk keluar, hilai tawa jiran sebelah menarik perhatiannya. Mereka berlima seperti tidak menanggung beban masalah, seperti anak kecil yang hanya tahu merengek jika lapar dan ketawa jika terhibur, tidak terpamer riak bimbang dan sedih berpanjangan. Mereka tahu menghargai, ya, mereka tahu menghargai kehidupan. “Sakinah! Sampai rumah nanti telefon kami.” Jerit satu suara antara mereka.

Rumah separa kembar itu sepi. Deruan motor Seva mengalih tumpuan Suhaimi, Harian Metro yang dilanggan setiap hari tidak pernah lewat dari jam lapan. Sebelum tangan mencapai naskhah akhbar, deringan Motorola memaku gerakan. Suhaila. Suhaimi senyum.

“Hai Su. Morning.”

“Mi, I’m sorry…I’m sorry…” Suhaila meraung seakan histeria, butir katanya tidak jelas. Suhaimi panik, tidak pernah Suhaila bersikap begini. Suhaila yang dikenali cukup matang dan tabah. Ucapan maaf diulang-ulang sehingga wanita itu sendiri yang mematikan talian.

Tiba-tiba matanya tersilau sesuatu di muka depan akhbar; MODEL TERKENAL DITANGKAP DALAM KEADAAN MEMALUKAN, di bawahnya sekeping gambar jelas menunjukkan susuk tubuh yang amat dikenali.

Kepala Suhaimi memberat, pandangannya berbalam, dia mencari-cari sokongan. Baru semalam Suhaila menemaninya menjalani kimoterapi , suaranya menghangatkan. Baru semalam...

“Abang Mi! Abang Mi!...” Ada satu suara, tetapi bukan milik Suhaila. Kedengaran pagar rumah dirempuh kasar dan namanya dipanggil bertalu-talu.

Dengan dua tahun pengajian diploma kejururawatan serta dua tahun ijazah kejururawatan dan sehingga sekarang masih dalam proses menuntut, Sakinah sudah hadam asas-asasnya. Sambil menunggu ambulans, dia memapah Suhaimi ke ruang tamu lalu bertanya sedikit maklumat berkenaan sejarah rawatan, bertanya dengan sabar. Suhaimi dihantar ke pusat rawatan Gleanegles, Ampang kerana rekod Suhaimi di sana. Hati Sakinah luluh menyedari ada air mata yang bertakung di pelipis mata Suhaimi.

Niat untuk pulang ke kampung dibatalkan memandangkan tiada siapa menjaga Suhaimi. Katanya Datin ke United Kingdom. “Mamat ni, takkan tak ada saudara mara…” Sakinah mengertap bibir. Ayat suci dialunkan lembut. Selesai solat dia meneruskan bacaan dan kadang-kadang mengelap dahi Suhaimi dengan tuala basah.

“Sakinah… esok saya mahu balik.” Oleh kerana Suhaimi demam tinggi, suaranya hampir tidak kedengaran. “Balik rumah sewa.”

Dalam seminggu mereka bergilir menjaga Suhaimi, Sakinah orang yang paling sibuk memandangkan dia mempunyai lebih masa. “Abang Mi…Saya masakkan bubur nasi nak?”

Suhaimi diam, Sakinah mencuit Najihah lantas mereka ke dapur… “Bila mama dia nak balik Sakinah? Tak ada kawan ke dia tu?” Najihah berbisik.

“Ish…” Tangan Sakinah mencapai radio.

“Jangan nak cari DJ engkau lagi. Dia dah resign.”

“Mana kau tahu.”

“Dalam internet. Kamu ni macam anak bunian sesat…Paper tak baca, internet tak surf. Reti hadap buku teks saja.” Suhaimi bagi Najihah tidak popular seperti Farah Fauzana, atau Faizal Ismail. Langsung tidak popular. Gambar tidak dipaparkan media, jika ada pun kecil macam kuman. Stesen radio X.Fm? Tidak popular pun di Malaysia, berapa kerat sangat yang sedar wujudnya stesen ini tetapi yang hairan…sepupunya si Sakinah punya gila sampai rela beli radio sendiri.

“Satu lagi, model iklan syampu tu, awek dia…dah kena tangkap basah bawah pokok belakang CM. Dalam paper tak ada, tapi dalam internet dah satu dunia tau maa…aku tau pasal Suhaimi resign sebab baca isu model tu la. Itulah kau, surf internet bukan nak baca berita, layan anime je yang kau reti.”

Sakinah diam. Dalam kesibukan menjaga jiran, dia langsung terlupa akan DJ Suhaimi…Prihatin kepada jiran hampir melupakan setiap rutin yang sepatutnya dilakukan. Sehingga dalam dewan kuliah, fikirannya tetap berada di rumah jiran. DJ Suhaimi telah pergi, tetapi hairan hatinya tidak berasa kosong.

Suhaimi mendengar suara-suara kalut dari ruang tamu. Pahit terpaksa ditelan. Pedih terpaksa dirawat. Air mata lelaki cuba ditahan dari mengalir keluar. Senaif itukah Sakinah? Senaif itukah Sakinah menghadapi dunia berarus songsang ini…namun Sakinah tidak lemas dan tidak tenggelam. Tidak seperti Suhaila, tampak matang dan cekal tetapi gagal menongkah arus, Suhaimi juga nyaris lemas bersama cinta pertamanya…Namun alunan suara Sakinah mengalun ayat-ayat suci ketika di Gleanegles merentap jiwanya, menariknya ke daratan.

“Abang Mi! Nak makan apa ni? Bubur nasi? Ikan kering rebus? kerabu pucuk getah? apa benda nak masak ni?” Suara Sakinah bernada berang.

“Masaklah apa pun!” Suhaimi membalas keras. Rumah bujangnya dibuat seperti rumah mereka sendiri, keluar masuk lima saudara membingitkan suasana. Kadang-kadang salam tak sempat berbalas, mereka sudah terpacak di ruang tamu. Kadang-kadang mereka lupa bahawa di rumah itu ada seorang pesakit yang memerlukan perhatian.

“Kang masak nanti kalau tak makan siap la..”

“Frust dengan DJ, kita pula yang di marahnya.” Sayup Suhaimi menjampuk. Sakinah senyum manis. Kanser tidak menjanjikan kehidupan tetapi kematian juga tidak berjanji bila mahu bertandang… selagi hidup itulah harapan. Fikirannya memutarkan semula suara lunak dan bersahaja DJ Suhaimi, jasanya akan dikenang kerana pernah mengisi kesepian hati seorang insan…walau di mana DJ berada, Sakinah mendoakan keamanan dan kesejahteraan. Amin.

p/s: PEDULI APA CERPEN AKU TAK BEST, blog ni ahmad albab yang punya tau

INVEnsTORY


AKU nak citer pasal gobok baju aku sket... malam tadi (selepas terdengaR sound-sound manja suami- dia tak puas ati sebab asyik dia jer yang kena update) aku bersemangat meng'UPDATE' alamari baju... aku transfer baju kurung ke almari lebar 3 meter yang bercermin transparent bonda aku tempah khas dari pokcik Nawi dude -hensem kampung aku)

Penuh 3 meter baju kurung aku saja... aku bilang-bilang pasang... kira dalam sebulan lebih boleh sarung sepasang sehari tak der gilir hari punya..

Yang menghairankan...apalah pasalnya aku boleh sarung baju sama ja dalam seminggu? alih - alih baju tu la .. balik-balik baju tu la..

Itulah keburukan tidak mengUPDATE INVENTORI A.K.A RETA...

Jangan Dekat!


Terpaksa suntik tenaga nuklear hari ni... supaya kudrat aku jadi tahap hulk hogan. Sapa-sapa yang dekat harus-harus jadi mutant.

Bermulanya kerja aku lepas makan tengahari. Sebab pada syif pagi aku terlepas waktu kecemasan (bonda tiba-tiba buat keputusan nak shopping spring buai khas untuk cucunda beliau)

Aku dah agak bila masuk kedai, bonda mula kelabu mata- kalau boleh nak perabihkan semua matawang yang ada dalam kocek dia. aku dengan slow and steady kasi sound .." Mother, fokus mother...fokusssssssssssss..." ehehehe... beliau pun letak balik topi comel ke tempat asal dan terus fokus kepada tali spring. Bonda...bonda.

Oleh sebab berbakti kepada bonda itu maka aku terlepas syif pagi. Habis plan asal aku nak otoklef broth untuk HP dan sebagainya. Harap buleh dilaksanakan sepenuh jiwa dan raga bila lepas lunch ni... hari ni kan pakai enjin jenis nuklear.

Friday, December 25, 2009

Real clothes


waaaaa!!! Jalan cerita real clothes sama dengan citer She who wears Prada (smthg like that) ..tapi yang jepun punya comel laaa.... Suke suke suke.....
alalala....ALAMAK! KEJA BEB...

a.k.a SUK


Menghimbau zaman dolu kala...saat muda remaja.

Nak dijadikan cerita beberapa hari lepas, seorang member se society waktu di MU dulu membuat jejak kasihan di FB. Baru semalam aku sempat meluangkan masa bertanya kabar dengan begitu gedebak-gedebuk sekali (tak hingat pulak masing-masing dah kahwin sampai tak sempat aku nak kontrol gear sopan- maklum la dah lama putus talian hayat).

SUK bukanlah insan yang berjaya membuka pintu hati aku, tapi dia adalah seorang kawan kategori lelaki yang menyentuh hati. Berapa keratlah sangat kawan lelaki aku. Bermula aku kenal kaum Adam secara tidak avatar (selain sedara mara) di MU itulah. Waktu matrikulasi (all girls okay), dan sekolah menengah mana ada aku berkenal-kenalan, berpandang-pandangan jauh sekali- kerling hujung-hujung sipi tu adalah (err, kecuali Roshumazi pemain simpanan bola sepak liga perdana masa aku form 2. yang baru kenal seminggu tu pun adik dia yang kenen2kan, lepas tu kantoi dengan bonda, cepat2 bonda kasi warning -kena tulis surat 'cerai' berkuat kuasa tang tu juga)... masa tu aku dah serik dah. Kalau nak aku senarai nama kawan-kawan lelaki, sekarang ini, xsampai satu muka surat buku latihan budak-budak.

Kawan yang menyentuh hati

SUK kawan yang menyentuh hati? Kawan bagi aku ialah yang tak malu nak meluah kan apa jenis mood yang dia ada, yang berani marah dan menegur aku, yang berani mengaku kekurangan dan kelebihan, yang berani melempiaskan rasa tidak puas hati, yang berani berkongsi suka duka, yang berani mempercayai aku dan melayakkan aku sebagai pendengar setia, yang sanggup tanggung risiko mendedahkan fail personal cap PNC kepadaku. Kawan-kawan lain? Walaupun ramai jejaka-jejaka dalam society ketika itu, aku ragu-ragu tentang konsep kawan (kriteria menyentuh hati) kecuali SUK. Kadang-kadang rasa seperti orang bermasalah jumpa kaunselor pun ada bila nak berbual bicara pasal yang tidak berkaitan kerja dengan yang lain-lain.

Aku berdoa agar pahala kepada SUK mengalir tiada berkeputusan sejurus selepas dia berkenyataan seperti berikut pada suatu waktu dahulu. "AWAK TIDAK BOLEH MELETAKKAN KESALAHAN LELAKI LAIN ATAS BAHU SAYA. SEMUA ORANG TIDAK SAMA."

Dia adalah kawan kategori lelaki yang menyedarkan aku bahawa amatlah tidak relevan aku memasang prejudis sedemikan itu. Bukan tiada lelaki yang baik-baik cuma aku yang tidak mahu memandang. Tidak berapa lama selepas itu, aku mula memikirkan kata-katanya.

SUK bukanlah insan yang berjaya membuka pintu hati aku?
Ditakdirkan aku jenis yang amat takut dengan alam berkasih-kasihan dan terasa geli bila mendengar perkataan cinta (nak menulis pun segan...kalau menyanyi tu lain la). Kalau orang bercakap-cakap soal ini...jeng jeng mulalah aku mengembangkan aura setebal 7 lapis kerak bumi, kiri kanan atas bawah depan belakang. Aku duduk senyap-senyap dalam aura hikmat tu., macam Nobita masuk dalam kulit siput. Oleh kerana aku begitu fobia maka maklum sajalah sapa yang berani (ngaku sajalah tak ada yang sudi pandang kah kah kah...udah2 la perasan jelita)...

Cuba anda bayangkan kalau aku tak fobia masa tu? Awal-awal lagi aku ejas budak SUK ni , ejas angle baik punya! ... kononla...

Oleh kerana dia seorang yang popular, siap member roomate pun masuk senarai salah seorang peminat mamat tu. Lagi... sani sini SUK SUK... nak nak masa kempen pilihan raya kampus. Naik muak aku dengar nama SUK ni di bibir-bibir siswi-anyway aku tumpang kembang gak tapi kembang yang tak nampak, aku ni kan terer kontrol pernafasan (takkan korang tak belajar kung fu).

Tiba-tiba (semasa sedang menulis) sesuatu tanda berupa ayat soal membuat litar pintas dalam otak aku dengan hotnya iaitu ; Dulu entah-entah aku ni minat dia jugak tak? hmmm... musykil.

ah... dah ramai orang poll dia sebagai siswa kategori ramai peminat, tak adil la kalau aku menambahkan jumlah undi dia... aku ni sapa yang nak undi? kalau tak aku sendiri... aku pun nak nak ada peminat gak.

Thursday, December 24, 2009

Jauh tapi dekat...


Chimmi ...meet in MIrc around 2002...+- 8years




My Litl.Bro Tenzin now studying in India, meet in tag.com..now almost 2 years



Chuki's daugter, sweet smile...Bhutan. chuki; meet in tag.com . almost 2 years in relation



Chuki's favort photo...Bhutan.



Pray that friends 'up' there save n sound. Befriend for years and years and never end. God Willing. Years of friendship we built is really something for me.



ingat mati ingat sakit ingatlah saat kau sulit...

Berapa dosa kau buat berapa kali maksiat...

Bila terkena penangan Wali Band ni...Semakin kerap lah aku menghitung dosa...ai... Hitung saja ka?

Moga dengan menghitung pun Dia kasihankan aku. Maklumlah makin tua ni makin banyak daki-daki kehidupan yang melekat, makin banyak amanah yang keciciran... amanah sebagai pekerja kepada seorang bos yang terlalu baik hatinya, amanah sebagai seorang bini, amanah sebagai seorang kakak kepada adik-adik, amanah seorang kawan kepada kawan yang lain, amanah sebagai seorang anak, yang ngerinya amanah sebagai seorang hamba Dia. Amanah Nabi yang sebelum dia wafat pun belum penuh aku tunaikan...WAAAA!

Wednesday, December 23, 2009

Lukisan aku dolu2


Ini lukisan aku dolu2 pakai cat minyak... skang ni aku tambah dengan macam2 kaler kat atas tu. Hubby cakap habis jahanam tak lawa langsung... nak buat macamana, tengah gian nak menconteng, kanvasnya plak tak ada. Puas aku cari kat KB ( mana nak cari kanvas siap frame, tinggal untuk di'calit' je)...tak jumpa-jumpa. kanvas selalunya aku beli di Taman Melawati di kedai Hi-Scan.

Cucundanya Nabi...


sebelum aku proceed lab... aku baca blog Faizal Tehrani pasal kisah pembunuhan Hussein. Tak tahan terkenangkan Baginda, laju je air mata ni mengalir di pipi yang agak-agak kusam. Terkenang pula cerita dalam sebuah buku tajuk "KELUARGA BERSENDI TAQWA". Dalam buku dikisahkan betapa baginda memanjai cucu-cucunya, tidak pernah meninggi suara ada sering pula cucu naik di belakang baginda. aku terbayang betapa kasih sayang Nabi tak berbelah bahagi.
Namun sejarah secara tidak terduga tergamak menulis di dada masa, bahawa Hussein dibunuh oleh pasukan tentera yang dipimpin anak sahabatnya sendiri, dipancung dan dihenyak-henyak...dan ahli bait seperti Zainab Bt Ali B Abi Talib dengan tergamaknya dijadikan hamba.

Gambaran keriangan senda gurau Hussein bersama SAW di dalam Keluarga Bersendi Taqwa terselingkuh dengan luluhan sejarah syahidnya permata hati Nabi di blog Faizal Tehrani... maka menangislah aku di hujung usia dunia, di akhir-akhir 2009, di sini...

Tak habis-habis...

Tak habis-habis dengan Melati! Balik rumah dalam pukul 11 malam tadi terus aku terkam Melati Kota Bharu. Tak apalah tak supper pon...lagi pun aku nak kontrol berat (Kawan dari program nutrisi kasik carta Body Mass Index-dalam maknanya tu)

BTW aku dah proceed 1 phase pagi tadi. Huu, haru bebenor. Jatuh maruahku bila mintak tolong orang hidupkan BSC. Malam tadi gabra tak payah nak cerita, lintang pukang lari (nasib baik sorang) sebab lampu BSC buat versi lip lap, tambah pulak dengan bunyi kipas macam jet perang-ingatkan nak meletup lagi sekali-(Begini rupanya trauma).Last-last aku tawakkal buat kerja dalam gelap bertemankan portable bunsen burner Weng King.

Arakian nak collaborate dengan mikrob lab pun banyak likunya. Banyak kali dah tepon pegawai kat situ...tak berangkat...punyalah sibuk tahap gaban diorang. Kalau main serbu buat macam lab sendiri xmolek di pandang orang pula...

Petang ni haruslah pula aku berusaha baca semula manuskrip tahap jalanan yang siap ditulis beberapa minggu lalu. Edit apa yang patut, tambah result kalau boleh... Berdoa panjang aku supaya dihadirkan keajaiban pada sampel yang bakal dikultur sekejap nanti.

Dah 3.05 pm..

Tuesday, December 22, 2009

Semalam di Pizza Hut

Semalam aku lunching dengan sobat-sobat lama. Wow aku sangat menghayati saat itu (walaupun sekejap sebab lepas tu aku dengar talk dan berdiskusi dengan bos genre serius). Cerita apa yang aku kisahkan dengan sobat-sobat pada masa itu tidaklah aku nak panjang lebarkan sangat.

Apa yang ingin aku lempiaskan di sini ialah ceritera bermula selepas kereta kawan disaman MPKB. Aku gabra tak hingat bila nampak pakcik baju biru tu letak saman dekat cermin (sebab aku la yang menghasut kawan tu tak payah letak syiling). Dari meja makan Pizza hut aku terjah pakcik tu merayu supaya dikasihanilah hambaNya ini. Apa yang buat aku tersentuh hati ialah jawapan pakcik tu; "Pakcik minta maaf la dik, sebab benda ni otomatik dah tak boleh kansel, IKHLAS pakcik cakap..kalau dulu masa zaman-zaman billing dulu boleh lah ejas....bla-bla-bla. Hari ni adik pamer je kompun ni di cermin, tak payah bayar dah untuk sehari."

Sungguh berhemah dan menyentuh hati. alangkah jika semua pekerja MPKB seperti pakcik ini...Sehingga masa ini sekejap-sekejap aku terfikir pasal hemah pakcik tu. So, masa kami drive pergi balik ke pejabat MPKB (nak bayar saman dulu2) aku perhati pakcik2 baju biru... tiba-tiba aku terpandang sorang pekerja MPKB baju seragam biru ala-ala polis, berhentikan kenderaan dia dan memerhati/menolong 2 orang pekerja am angkut plywood ke dalam van (Van park di bahu jalan dan agak mengganggu)...wah...terkaget aku seketika...

wah... aman sentosa negeriku...


Hari ini di tempat kerja

Seorang kawan blogger bertanya apa nak buat selain menulis. Dalam kedasyatan tekanan memenuhi point KPI (Key Performence Index) aku masih sempat blogging. Apa nak dikata, inilah satu-satunya cara buat masa sekarang untuk menyelaraskan segalanyang berselingkuh dalam celah-celah otak seorang 'saintis yang tak berapa nak sains'.

Separuh hari berlalu, aku berjaya mencetak beberapa jurnal untuk dibaca, per-warm plate untuk kultur generasi ke -2 koloni e.coli. pre-warm plate untuk proses korban HP yang entah hidup entah mati. Dan aku juga berusaha buka enaerobic jar yang dah masuk tahap negatif, pressure tinggi melambung (sampai skang xberjaya bukak)...tak tahulah macamana aku nak bawak masuk kandang semua HP aku jap lagi.

Dan...lepas ini...terpaksa aku mengintai BSC di biomedic samada Zhi ning dah habis kerja2 dia ke belom. Baru la aku proceed aku punya. Mengikut nasihat bos, aku kena buat di mikrob dan dalam keadaan berdua (aku rasa bos pun fobia bimbang aku meletup untuk kali ke seterusnya)...masalah berbangkitnya di sini...partner aku di mikrob takkan buat proses kultur dalam masa terdekat (Aku nak sekarang)----> oleh itu "terpaksakah" aku menderhakai kata-kata bos dengan proceed lab di biomed saja? dan seorang diri? jenuh la aku nak tunggu partner aku free.




Habis 3..Alhhamdulillah

Rizvi, F. & Hannan, A. (2000) Evaluation of different transport and enrichment media for the isolation of Helicobacer pylori. JAMC vol 12 No.3
point smry
-fungal contaminantafter due to prolonged incubation-anti fungal agent needed.
-Horse and sheep blood in the culture medium is an essential growth requirement
-Human blood should not be used as it may inhibitory due to presence of antibodies and other non specific factors, complement,antibiotic,etc.

Jiang, X. & Doyle, P.M. (2000) Growth supplement for Helicobacter pylori. Journal of clinical Microbiology p. 1984-1987.
point summary
-Ferrous sulphate and sodium piruvate (FP) and mucin can greatly reduce the growth lag time and enhance the growth of HP in a liquid culture medium.
(baca semula kasik cair pasal mekanisme mucin dan fp)

ok....dah habis 3...
pagi tadi lepas2 subuh aku baca Melati Kota Bharu(upah beb)... sebelum turun rumah sengaja tinggal Melati dalam bilik..aku kena proceed lab dan habiskan 3 lagi jurnal baru...dan kena edit jurnal yang aku nak kena submit.

InsyaAllah.

Monday, December 21, 2009

inner energy


Home town - I drive to work for almost two years, here timing is flexible as long as tasks completed perfectly. If i were late, i go home late… it just that. My punctuality is slowly ‘corrupt’ and it worrying me most. Back to my point, driving has its good and bad also, we save time and energy of course, but the bad is when we start to ignore others. Few days ago, i took cab to school and had to walked for another half an hour in order to get to the office. I feel alive again, just like years ago when i was with the company. I walked passing rows of shoplet, shopkeepers were starting their day, sales girls were arranging stuff and things, school boys were chatting and discussing while entering the school gate. We exchanged smile to each other…and the aura of lively people and surrounding are actually give me energy to begin the day. Our prophet Muhammad SAW, has once told us… greet people…greet people… so that u will be blessed. And it is true… when you drive, can u pass your smile and greet people? no you could not. By greeting people, you get the energy… believe me… follow what prophet has said.

done.


I always waiting for the raining season, The smell of soil and wet air were bit different, the sun hidden somewhere yet it was there. With blanket covered the body on afternoon, and coffee and biscuits near me. Looking through the window at Mama’ house, observing the same coconut tree and the same rusty fence which existed since i was kid.

Today… raining season is beautiful as always…with the quiet surrounding of my village, the droplets of rains sounds more melodious. Memories lay on the yard with the giggling, laughter, and crying of the past, between cousins and me. Raining season is somewhere memories floating before eyes, with the tick tick tick sound of the droplets on the fresh greenly leaves.