Lepas buat kerja aku turun bawah.
Berita yang diterima minggu ni semua tahap berat. Kawan meninggal, Kak Not kena tahan wad lama, Abang Adi eksiden motor, dan Syafia Humaira pecah perut, pecah ginjal. Tu tak kira konfrontasi dengan Ju Onn Bainah lagi, nak buat lab syif malam kena tunggu bos balik masjid. Kalau bukan tak kerana Ju onn tu aku tak kesah mana.
Tadi sempoi ja budak budak forensik bawak tengkorak orang pelbagai saiz dalam 5 bijik lalu depan bilik aku. Aku tanya Kak Jan kakak attendan yang baik hati itu ...apa kes ni? Macam gawat je tiba2 expose tengkorak selamba dalam plastik macam topi keledar. Patut la Ju Onn suka tempat aku..budak2 ni simpan tengkorak.
Kepala berat gila nak terima. Kerja banyak, nak balik lewat dah segan-segan.
Bab cerita Syafia Humaira tu limit, nyut nyut kepala aku sakit. Sebab dari semalam lagi aku tengok Metro pasal cerita ni. Jeling-jeling. Nak hadap lebih-lebih, banyak hala ke lain pula.
Hari ni...aku interview si Sha sebab dia fanatik Metro... apa kes sebenarnya ni ..apa kes? Budak tu punya la comel... lepas dikorek-korek rupanya kucar kacir semua. Macam tak ada agama semua. Sebijik zaman jahiliyah. SEBIJIK. Bab ni semua salah, budak tu je yang tak salah. Mak budak tu, atuk nenek budak tu, jantan kaki pukul tu, masyarakat budak tu. Kau, aku ...salah semua. Islam tak ajar bukan mahram boleh duduk serumah. Ni ikut agama mana ni? Lepas tu pulak tak duduk dalam gua diorang ni. Duduk tepi rumah orang kiri kanan. Orang kiri kanan tu buat apa. Ngok ngek semuanya. NGOK NGEK/.
Patut la gunung ganang bukit bukau semua tolak jawatan 'khalifah',..berat...berat... tengok ulama sekarang kena semua...KENA!..fitnah tak muat nak angkut...
Agama penting... tapi takkan terdiri agama tanpa SYIAR. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap syiar ni...jawab jawab jawab...
No comments:
Post a Comment