Itulah Tuhan kata kena berkasih sayang. Senang nak minta tolong.
Lepas siap satu kerja...aku mula termenung lama. Data-data yang aku ada macamana aku nak buat. Memikirkan proses pendataan ni menyebabkan aku dihidapi penyakit kemurungan yang agak tragik jugak la. Bab analisis tu aku kira buleh baca dan diskas.
Dalam dua tiga hari juga aku depress. Kelek kelek fail tebal ke hulu ke hilir, bawak naik katil, duduk tepi kerusi, kelek fail tebal kalah ceti. Sakit bahu-bahu. Muka-muka orang keliling pun dah nampak lain.
Semalam penyakit aku melarat-larat. Aku berteriak dalam bilik posgrad.
"ILA, RUHIL U TENGOK DATA I NI..PARAMETER I ADA SEKIAN-SEKIAN... MACAMANA NAK SUSUN NI. AZUAN..HU..TOLONG LA NAK BUAT MACAMANA NI..."
lepas tu Dania pulak masuk dengan halaju selanjar (imajin robocop). Lagi kuat aku meraung. Insan-insan wajah baru kat belakang yang agak skema agak2 meluat dengan perangai orang tua ni.
"DANIA...TENGOK LA DATA I NI..NAK SUSUN CAMANA..HUU..."
Azuan tak ambik port...kalut nak gi hotel ada konferen, jaga pendaftaran tapi lupa pakai kemeja smart. Nasib baik motor baru, helmet berkilat. Kira parking tak ada la malu sangat. Ila dan Ruhil duduk bertempek tepi kerusi gaya nak memujuk dengan wajah mereka tertulis; jangan -la -merepek- kuat- sangat-orang-tua-ni. Lantas diorang buat-buat lukis jadual untuk aku. Tapi aku tau sangat, dalam palotak diorang ni dah ejas timing nak hadap Na-o-me jap lagi.
Dania cam biasa ke depan (sekali lagi imejin robocop) duduk tepi aku. Ambik kertas, capai pensel.
"Mananya parameter tu semua."
Aku hulur. Dia pun buat garis-garis, kotak-kotak . letak parameter...tinggal untuk masukkan nilai je. Dan kembali ke meja beliau. "Emi, along...jom balik."
Aku tengok jam, tak sampai 30 saat. Rangka siap complete comel.
Tengok muka aku yang penuh kagum Dania jawab sepatah... " I seorang yang logikal."
waka!...
woohaaa!!..
ReplyDeletebila kepala buntu..
memang tak nampak jalan..
perlukan touch light :D
heheheh...so lastly siap ga keje kak za...hehhee...i mg tak reti sgt bab2 nak wat jadual sis...hehhe..so sorry..mmg xleh nk imagine r..nak wat mcm mane...kekkeke.....tp I tak tgk na-o-mei pun..i blk rmh nenek i....basuh periuk belanga kenduri mak long i hari isnin tu..n hari rabu..(semalam..bibik cousin i meninggal...kelam kabut gak r)...hehhe...da smggu kot i taktgk citer tu...xsmpt huhuhu...
ReplyDeleteazuan: sebenarnye kalut nk siapkan slide tuk presentation..dan hasilnye..pagi sebelum present jgk siap..
ReplyDeletep/s: sorry, tak dan nk tulun..next time.. tp robocot u ade kan..