Sunday, March 7, 2010

Who is your best buddy ever

Mula aku kenal Salmiah Ibrahim masa umur masuk 13 tahun.

Bagaimana mahu bercerita mengenai liku-liku hidup aku bersama Miah?

Sepanjang berada di sekolah menengah, Miah bukanlah 'sesiapa' pada aku sehinggalah kami tercampak di ibu kota. Berada di universiti yang sama, bilik yang sama, dan rumah yang sama. Beberapa tahun.


Aku dan Miah berbeza.

Miah meminati fizik dan matematik, Miah mentafsir dalam diam, Miah suka air suam dan minuman panas, Miah tidak suka pedas, Miah memendam dan berahsia. Akalnya panjang. Miah mempunyai frekuensi selanjar dalam menonjolkan ekspresi perasaannya. Miah kemas dan bergaya.

Aku suka arts, aku berterus terang, aku emo, aku seorang intrinsik. Aku suka minuman sejuk, aku suka pedas. Aku marah bila ingin marah, aku menangis bila ingin menangis dan aku ketawa bila ingin ketawa.

Miah seorang yang analitikal dan aku sebaliknya.

Kami jarang untuk tidak berperang mulut. The way we fix things.

Memang susah untuk Miah 'menangani' aku barangkali. Seorang yang tidak tahu mengekspresi perasaan terjebak dengan manusia kecoh macam aku ni...baginya suatu cabaran.

Ada satu hari ketika di tingkat 10 blok A. Aku bangang gels dengan dia. Bukan pasal apa, cerita pun tak guna . Angin sehingga aku mengamuk masuk bilik Bahiyah dan belek Ujang di situ.

Tiba-tiba dia masuk sengih-sengih. Aku buat tak tau.

"Mun wat apa?" Sengih sengih. Aku tak jawab.

"Ada kerusi tak?" Wah la...kerusi depan mata tanya lagi. Nak memujuk konon, tapi tak reti. Aku tak jawab.

"Mm...best nya kacang. Nak?"

Aku tak jawab. Aku tilik muka surat sama.

Aku nak psiko lama tapi dia dah surrender, Miah blah. Buang masa layan peel aku. Ish... kung kang kung kang bising kat ruang tamu. Miah nak ke pasar.

"Woi! aku nak susu setin." Tiba-tiba aku berteriak dari dalam.

"Tin kecik ke besar." Miah jawab.

"Kecik!"

Aku tau dia MUSTI senyum bergaya.



Apakah yang menghubungkan kami sehingga ke hari ini?





No comments:

Post a Comment