Lepas kerja dinihari. Aku ke Medan Ilmu. 8.30 a.m mula untuk kuliah pertama. Orang membanjiri medan seperti Jumaat sebelumnya. Kami sarapan di sebuah kedai makan for oldies. Nice. Ayat-ayat suci berkumandang di setiap penjuru bandar.
Para peniaga mendirikan khemah masing-masing, tidak perlu bayar apa-apa untuk satu-satu tapak. Aku pernah buat 'show' sekali untuk lukisan yang hampeh di situ.
Keindahan bersaudara
Pakcik pakcik mengucapkan salam dan bertegur sapa. Berkongsi meja makan pagi. Adik - adik remaja berkopiah serta menggalas beg dan buku nota untuk menadah kitab. Berlumba-lumba untuk berada di depan guru. Sebentar lagi jalan-jalan di medan ilmu akan penuh dengan manusia.
Mereka bersalam dan senyum. Saudara seagama.
Terharu. Hati teruja dan berasa berada di zaman nabi.
Aku mengasingkan diri ke khemah jemaah wanita. Ada yang bawa surat khabar lama, bimbang jika tidak ada ruang di khemah, surat khabar lama boleh dijadikan alas/
Siapa yang baru duduk menghulurkan tangan kepada kenalan baru. Siapa yang tidak punya ruang, surat khabar lama dikongsi-kongsikan. Saling bertegur sapa.
Ada yang bawa tafsir, membuka tafsir. Ada yang bawa buku kecil, membuka buku kecil/
Lepas sesi kuliah pertama aku berangkat cari bos. Berjalan seputar bangunan Jaafar Rawas. Tak semena aku ditegur Mama Miah. Kami berbual sementara menunggu ustaz ke dua dan dia menghulurkan sebiji mempelam... rindu aku pada Mama Miah.
Keindahan bersukarela
Semasa di bawah khemah muslimat, tiba-tiba datang seorang pak cik yang kurang upaya. Cacat. Jalan tidak stabil. Tangan lemah. Baju lusuh. Seluar lusuh. Hampir-hampir jatuh tak terkawal ketika mahu bertenggek dibirai kaki lima.
Tapi pak cik tu membuatkan mata aku basah. Hati bergetar.
Dalam keadaan pakcik yang lemah di kedua-dua tangannya ada risalah tarbiyah (aku tau cikgu nik mesti involve dalam penerbitan ni) dan buletin (tak sempat ambik)... Dalam kepayahan pakcik membahagi-bahagi risalah tarbiyah itu.
Aku rasa hinanya lah aku... tak setanding dengan keikhlasan pakcik itu dalam bersukarela. Demi syiar...dia bersusah payah. Pakcik itu lemah, seluar lusuh, baju buruk, kaki tempang, jalan hampir tumbang ... tapi demi apa yang dinamakan daulat Islam...pakcik rela bersusah payah menggendong risalah. Betapa pahala daripada itu tidak tergambarkan.
Keindahan Bersedekah
Di medan ilmu, kiri dan kanan bersedekah... tok guru kata... bersedakah walau seringgit...pahalanya mengalir seperti air sungai . Jadi tok guru ajar rakyat bersedekah, jika dengan duit itu dibuat jalan...selagi jalan diguna orang ..pahala mengalir juga kepada rakyat. Tak putus-putus.
Senario selain bersedekah ke tabung serambi:-
Hari tu mak bawa balik kain sarung batik. Katanya ada orang sebelah bagi sedekah, semasa menadah kitab.
Hari tu aku tengok mak bawa buah salak banyak dalam plastik. Aku usha-usha...rupanya mak bagi-bagikan kepada kawan-kawan baru yang duduk ditepi2 nya semasa di bawah khemah. Siapa yang duduk tepi mak, dia lah yang dapat.
Lalu mereka menjadi kenalan...
I love my place.
No comments:
Post a Comment