Tuesday, March 30, 2010

Korang ada berani?


Dari kecik aku kagum tengok pakcik kayuh beca

Bila besar remaja sikit aku kagum tengok abang-abang tukang sapu sampah yang tak malu nak buat kerja-kerja murni.

Sampai sekarang, bila aku tengok orang-orang muda buat kerja-kerja buruh...rasa kagum aku kepada mereka melebihi rasa kagum aku kepada mereka berjawatan doktor dan jurutera.

Tak ramai anak-anak muda yang berkorban demi kerja-kerja begini. Sebab itulah ramai saudara-saudara dari negara jiran datang ke mari untuk mengisi ruang kerja yang tidak mampu dijawat oleh orang-orang yang menjaga ego. Kalau yang ada ijazah pula, malu sebab tak ada standard.

Jadi anak muda kita yang kat pusat serenti tu...aku rasa kena ajar sikit mereka panjat KLCC ikut tingkap... biar rasa gayat sikit. Ajar sikit hidup susah.

Jadi, sapa-sapa yang berani buang sampah ikut tingkap kereta...insaf lah sikit bro...jangan josh sangat.

Sunday, March 28, 2010

Doa serius yang nakal tetapi dimakbulkan

Masa bujang dulu aku tak ada pakwe. Abang-abang surau mereka suka insan-insan terpilih saja, seperti yang 'ghardul basor' dan yang jalan tak bunyi tapak kaki.

Abang-abang orang budaya pula suka insan-insan ala makyong dan aku yang tudung ala makcik haji ni (walaupun pernah gak lepak seorang diri layan halim yazid train budak-budak budaya di gazebo) diorang rejek sebab tak in dengan budaya diorang.

Kawan-kawan serumah dan seangkatan dah merasa ada pakwe. Kadang-kadang sibuk sampai tak ingat aku ni pernah makan semeja dengan depa. Ada yang dah antar kad kawin.

Masa tu aku rasa nak kawin, tapi calon tak da. Lalu aku mula la berdoa banyak kali...

"Ya Allah ya Tuhan ku, pasangkanlah aku dengan seorang yang karekter dia macam Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kadok."

Ish... makbul. Selain perangai suka tolong bini dan tak banyak cakap, tak banyak dalih. Allah siap bagi bonus sekali; hairy mole kat muka pun sebijik macam cikgu besar SK Kadok. sebijik.

Jadi, aku tak akan pernah menyesal dapat bos sebab bos didatangkan kepada aku melalui doa yang spesifik dan berkali-kali. Dia tak hensem ka, nama bos kolot tak grand ka (pernah ada orang gelak nama bos, aku rasa macam nak terajang mulut seorang isteri orang itu tapi aku sabar je), bos kurus tak tough ka, bos tak reti mat salleh ka...aku PEDULIK HAPA... yang penting ciri-ciri cikgu besar SK Kadok wujud... yang lain-lain tak menjamin bahagia.

Nak pilih pasangan ni jangan JOSH sangat bro.

Lalu, semestinya aku berterima kasih kepadaNya...dan dengan harapan, walau aku selalu nakal janganlah aku diabaikan bertebaran tanpa sokongan dariNya.

Wednesday, March 24, 2010

Aku ni betul ke nak belajar?

Hari ni aku tak buat lab, sebab tengok result tengahari tadi tak susceptible jadi buat apa nak sambung next step.

Hari ini aku ngantuk, sebab tak cergas dan malam tadi makan nasik walau tak banyak.

Hari ini aku ingat nak balik awal sikit dan kelek semula fail tebal, sebab aku rasa macam nak baca artikel jurnal (rasa)

Hari ini aku tengok adnan sempit sambil google bahan bahan ilmiah, tapi adnan sempit lagi best , dari awal sampai akhir aku tahan gelak. Nak gelak lebih - lebih tempat orang belajar. Tak baik.

Hari ini aku dok mengira-ngira jadual waktu, sebab aku ingat aku nak buat kerja dua dalam satu.

Hari ni aku ingat nak tambah lubang anak serai baru dan buang rumput.

Hari ni aku rasa nak diet, sebab letih jadi orang yang tak diet.

Hari ni aku teringat kat azuan, tapi semalam aku lagi teringat kat azuan...apa benda yang dia buat kat sana lama sangat...

Hari ni aku teringat kat sha juga, sebab terfikir yang dia sebenarnya malas nak ke perak.

Hari ni aku ingat nak buat plan untuk bertapa di mikrob, sebab esok aku ingat nak mula sibuk semula.

WAAAA....kerja-kerja kerani aku tak siap lagi!

JADI lepas ni aku nak update akaun geran dan mintak sebut harga.

Monday, March 22, 2010

Makcik, nasik lauk kera satu!

yang ni tak leh blah.

Masa aku jalan2 atas pasar bulat, masih ada makcik jual nasik kat situ (nasik makcik tu la yang selalu kami borong masa sekolah dulu.

Kalau kelas tambahan petang kami serang makcik ni la, dalam ramai-ramai makcik di pasar bulat..pas tu pakcik rasyid pulak tempat kami beli air (Kami panggil pakcik Rasyid sebab muka dia macam Rasyid Sidek)

Ada kawan aku tu kami scandal kan dengan tukang kebun sekolah iaitu pokmud (bukan nama sebenar), sekarang ni dah jadi doktor mata. Memang takleh blah la...bijak pun bijak... aku tau sangat dia kelam kabut nak kejar waktu kelas tambahan waktu tu; sebab tu la lauk feveret kerang dia tertukar jadi kera.

Urat tepi darah cepat beku?

Where should i begin ..nananana...
Haruskan aku buat skandal supaya ada cerita untuk ditulis

Nananana...
Adakah peristiwa pitam di stesen petronas padang tembak suatu yang hangat.

Tapi inilah peristiwa yang tak dapek aku lupakan pada suku tahun pertama ini... tak pernah-pernah lagi ambik darah dua kali, misi kata urat tepi selalu beronar. Jadi tukar tangan kanan.

Uish, budak-budak dok berkompang, panas teriks, baju ala-ala Norkumalasari aku pakai dari kepala sampai hujung buku lali hitam legam. Lepas donate darah(kira sedekah aku ni xjadi la ye sebab di uar2kan di persada internet), masa aku bangun nak tunggu cabutan bertuah uncle Ismail tiba2 jadi gelap. Tak tau la berapa orang usung anak gajah ni. Ooo begini rupanya pitam... kira aku pitam 2 kali hari tu. Yang best dapat kipas dan buleh tidur sementara tunggu hadiah. 1 jam +- aku tidur atas kerusi penderma darah...

wakakaka... tak ada la sakit sangat pitam ni...buleh hadiah susu dgn cekedis dengan cekelat 2 butir. pas tu buleh makan bihun sedap.

BTW, lama dah aku tau urat aku jenis highway...xbercabang. lepas tu misi ambik urat tepi... lagi beronar... beku tetengah jalan. Sampai hari ni lenguh tak hilang, tak buleh angkat benda berat. Tempat cucuk jarum macam kena kekoh ko hantu.

Wednesday, March 17, 2010

IMPRESS.

Itulah Tuhan kata kena berkasih sayang. Senang nak minta tolong.

Lepas siap satu kerja...aku mula termenung lama. Data-data yang aku ada macamana aku nak buat. Memikirkan proses pendataan ni menyebabkan aku dihidapi penyakit kemurungan yang agak tragik jugak la. Bab analisis tu aku kira buleh baca dan diskas.

Dalam dua tiga hari juga aku depress. Kelek kelek fail tebal ke hulu ke hilir, bawak naik katil, duduk tepi kerusi, kelek fail tebal kalah ceti. Sakit bahu-bahu. Muka-muka orang keliling pun dah nampak lain.

Semalam penyakit aku melarat-larat. Aku berteriak dalam bilik posgrad.

"ILA, RUHIL U TENGOK DATA I NI..PARAMETER I ADA SEKIAN-SEKIAN... MACAMANA NAK SUSUN NI. AZUAN..HU..TOLONG LA NAK BUAT MACAMANA NI..."

lepas tu Dania pulak masuk dengan halaju selanjar (imajin robocop). Lagi kuat aku meraung. Insan-insan wajah baru kat belakang yang agak skema agak2 meluat dengan perangai orang tua ni.

"DANIA...TENGOK LA DATA I NI..NAK SUSUN CAMANA..HUU..."

Azuan tak ambik port...kalut nak gi hotel ada konferen, jaga pendaftaran tapi lupa pakai kemeja smart. Nasib baik motor baru, helmet berkilat. Kira parking tak ada la malu sangat. Ila dan Ruhil duduk bertempek tepi kerusi gaya nak memujuk dengan wajah mereka tertulis; jangan -la -merepek- kuat- sangat-orang-tua-ni. Lantas diorang buat-buat lukis jadual untuk aku. Tapi aku tau sangat, dalam palotak diorang ni dah ejas timing nak hadap Na-o-me jap lagi.

Dania cam biasa ke depan (sekali lagi imejin robocop) duduk tepi aku. Ambik kertas, capai pensel.

"Mananya parameter tu semua."

Aku hulur. Dia pun buat garis-garis, kotak-kotak . letak parameter...tinggal untuk masukkan nilai je. Dan kembali ke meja beliau. "Emi, along...jom balik."

Aku tengok jam, tak sampai 30 saat. Rangka siap complete comel.

Tengok muka aku yang penuh kagum Dania jawab sepatah... " I seorang yang logikal."

waka!...

Friday, March 12, 2010

2 Hari di Rantau Panjang

Erkkk

Rasa nak tidur sepanjang hari. Padahal dalam 2 hari ni aku patut 'kerjakan' data mentah-mentah, next week dah nak kena present.

Tinggal beberapa jam lagi untuk 'rehat' dan esok perlu hadap semua benda semula. Kerja yang suppose to settle this weekend aku abaikan. I NEED SOME REST. Few hours will do.

March is almost over, another month to complete quarter of the year...baru 3 hari termasuk hujung minggu di sini aku bercuti penuh. Sounds like workaholic huh? Tak pun.

Thru my in laws windows... I saw heavy downpour, it stopped by dusk. Now is beginning its night shift. Raining in this dry season is a bliss.

Aku suka hujan. Dalam masa cuti Tuhan bagi hujan... it soothed me a lot. Sweep away all the numbers and thing-to-do-list in my head, at least temporarily.

Few hours to go... to face the reality. Again.

God, lend me some strength...

Wednesday, March 10, 2010

E-GroupSSSSSSSSSSSSSSSSS

Hanya ada 2 group yang officially invite aku dalam group mereka. Tapi kumpulan-kumpulan mel-e yang lain wujud dalam inbox secara 'magis'----> yang menjadikan surat dalam inbox berjumlah hampir-hampir 8000 keping yang tidak terbaca sekarang ini. jadi hobi masa lapang sekarang ini (yang tidak wujud pada tahun 80an) ialah membaca mail dari kawan-kawan yang aku sendiri tak kenal batang hidung.

Dah lama cari cerita ni

Panjang...tapi amat menarik dan sgt berfaedah dibaca...


Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negara, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda : Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan :-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Kiyai : Itulah jawapan pertanyaan pertama…kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

pemuda: (merenung menjauh…)

Sunday, March 7, 2010

Dadicated to Salmiah I


Mun adalah kawan susah dan senang.
Roda berputar kadang di atas dan kadang di bawah.
Perbezaan melengkapkan perjalanan hidup aku dan hidup kamu.
Walau nanti aku kena marah sebab meng'highlight' kamu di sini.
Tapi WHO CARES, ini blog aku.
Hehehe.

Mun ingat lagi tak ...masa aku inaikan kaki mun tetengah malam buta masa mun tidur, dan mun mengamuk gile versi pendam bila terpaksa cuci inai tu esok hari... dan berlarut-larut hingga ke kelas. Well... U know me.

Indeed, aku rindu mun sampai nangis-nangis. mun apa tau..yang mun tu tau sengih je. Mun kaya skang ni, mun la kol aku...huargghhhh wa wa. BTW ... thanks.

P/S: Gi KB hari tu aku jumpa Mama mun, jeng jeng jeng...kami gosip pasal mun ... kol me if u need me pren. waka!



Best buddy II

Ramai lagi kawan yang terbaek... yang berkongsi susah senang tapi bagi aku tak semua yang tahu perangai tak comel aku.

Miah kenal baik aku dan semua yang buruk. Dan respect me for what i do like and don't.

Tidak pernah memaksa dan bersedia menadah telinga untuk mendengar cerita-cerita aku yang kadang-kadang dongeng. Yang selalunya aku yang mudah naik darah bila aku bercerita dengannya.

"Oi, mun dengar tak ni. Aku tengah geram ni."

"Ya ya aku dengar." Mata masih pada buku fizik.

"Malas la aku nak cerita!"

"Cerita la..aku tengah dengar ni." Suara monoton.

"Ah..malas lah."

"Eh...ceritalah.." Masih nada sama.

Mata masih di situ. Bengang kan?

Dan bila aku habis bercerita, dia juga yang jadi mangsa sebab aku rasa macam tak adil. Dia tak pernah teringin nak bercerita pasal diri sendiri. Owh... sampai aku paham sendiri siapakah sebenarnya dia.

Tapi bila sengkek, bila terdesak, Miah yang aku cari. Macam hartamu hartaku juga.

"Bank in aku 200?"

"Ok."

Tak tanya banyak.

Bila malas basuh baju, aku selit baju dalam baldi dia. Tak tanya banyak.

Sekarang dah bertahun-tahun duduk jauh. Bab sapa yang kena telefon dulu boleh jadi intro untuk tanya khabar. Bos pun tahu, kalau bising bagai langit nak runtuh tak lain tak bukan aku bercakap dengan Miah.


Ma'surat

Aku dan Miah masa belajar dulu jabatan tak sama. Jarang nak jumpa. Kadang kalau sibuk sangat jumpa masa nak tidur. Tapi bila niat je "Mintak la Miah lalu cafe." Baru nak duduk dia pun lalu. Walau tak lama, sempat juga minum bersama seteguk dua/

Ada juga beberapa peristiwa 'sms' pakai niat/ bila aku balik lewat, dan lalu pasar malam. Nak pesan nasi dekat kedai depan blok, tiba-tiba terlintas nak beli untuk Miah satu. Jadi aku beli untuk dia siap-siap.

Buka je pintu " Miah , aku beli nasi tuk mun"

"Ye ye... aku baru je terlintas mintak2 la mun beli nasi tuk aku." Tersengih sengih. Dia memang ratu sengih.

Apakah gelombang ini...?

Mungkin fadilat dari bacaan rutin ma'surat tiap pagi dan petang...? yang sekarang ini aku semakin hampeh dalam mengamalkannya.





Who is your best buddy ever

Mula aku kenal Salmiah Ibrahim masa umur masuk 13 tahun.

Bagaimana mahu bercerita mengenai liku-liku hidup aku bersama Miah?

Sepanjang berada di sekolah menengah, Miah bukanlah 'sesiapa' pada aku sehinggalah kami tercampak di ibu kota. Berada di universiti yang sama, bilik yang sama, dan rumah yang sama. Beberapa tahun.


Aku dan Miah berbeza.

Miah meminati fizik dan matematik, Miah mentafsir dalam diam, Miah suka air suam dan minuman panas, Miah tidak suka pedas, Miah memendam dan berahsia. Akalnya panjang. Miah mempunyai frekuensi selanjar dalam menonjolkan ekspresi perasaannya. Miah kemas dan bergaya.

Aku suka arts, aku berterus terang, aku emo, aku seorang intrinsik. Aku suka minuman sejuk, aku suka pedas. Aku marah bila ingin marah, aku menangis bila ingin menangis dan aku ketawa bila ingin ketawa.

Miah seorang yang analitikal dan aku sebaliknya.

Kami jarang untuk tidak berperang mulut. The way we fix things.

Memang susah untuk Miah 'menangani' aku barangkali. Seorang yang tidak tahu mengekspresi perasaan terjebak dengan manusia kecoh macam aku ni...baginya suatu cabaran.

Ada satu hari ketika di tingkat 10 blok A. Aku bangang gels dengan dia. Bukan pasal apa, cerita pun tak guna . Angin sehingga aku mengamuk masuk bilik Bahiyah dan belek Ujang di situ.

Tiba-tiba dia masuk sengih-sengih. Aku buat tak tau.

"Mun wat apa?" Sengih sengih. Aku tak jawab.

"Ada kerusi tak?" Wah la...kerusi depan mata tanya lagi. Nak memujuk konon, tapi tak reti. Aku tak jawab.

"Mm...best nya kacang. Nak?"

Aku tak jawab. Aku tilik muka surat sama.

Aku nak psiko lama tapi dia dah surrender, Miah blah. Buang masa layan peel aku. Ish... kung kang kung kang bising kat ruang tamu. Miah nak ke pasar.

"Woi! aku nak susu setin." Tiba-tiba aku berteriak dari dalam.

"Tin kecik ke besar." Miah jawab.

"Kecik!"

Aku tau dia MUSTI senyum bergaya.



Apakah yang menghubungkan kami sehingga ke hari ini?





Friday, March 5, 2010

Isu Maulud

Maulud ni...kena cara adalah fadilatnya.

Yang tok guru kata maulud tak ada fadilat tu sebabnya ...hai..apa kes la berarak tapi rambut terburai...selawat tapi yang nabi sampaikan tak buat. Selawat pekdah menda. Dok bertempuk tampar betina jantan bukan mahram satu hal lagi...tu dalam proses nak berarak tu.

Hanginnya lagi...Lepas berarak kan solat Jumaat. Eh...tak pergi solat depa tu semua. Dok makan nasi bungkus dengan sedut rokok.

Apa hal ni bro?

Lepas dalam surat kabo... kata tok guru bagi statement hitu hini, selawat tak boleh la apa la... Astaghfirullahal a'zim...

Betul lah nabi kata Islam itu dagang, dan akan kembali dagang.

Korang memang tak sayang nabi.

Ke Medan Ilmu

Lepas kerja dinihari. Aku ke Medan Ilmu. 8.30 a.m mula untuk kuliah pertama. Orang membanjiri medan seperti Jumaat sebelumnya. Kami sarapan di sebuah kedai makan for oldies. Nice. Ayat-ayat suci berkumandang di setiap penjuru bandar.

Para peniaga mendirikan khemah masing-masing, tidak perlu bayar apa-apa untuk satu-satu tapak. Aku pernah buat 'show' sekali untuk lukisan yang hampeh di situ.

Keindahan bersaudara

Pakcik pakcik mengucapkan salam dan bertegur sapa. Berkongsi meja makan pagi. Adik - adik remaja berkopiah serta menggalas beg dan buku nota untuk menadah kitab. Berlumba-lumba untuk berada di depan guru. Sebentar lagi jalan-jalan di medan ilmu akan penuh dengan manusia.

Mereka bersalam dan senyum. Saudara seagama.

Terharu. Hati teruja dan berasa berada di zaman nabi.

Aku mengasingkan diri ke khemah jemaah wanita. Ada yang bawa surat khabar lama, bimbang jika tidak ada ruang di khemah, surat khabar lama boleh dijadikan alas/

Siapa yang baru duduk menghulurkan tangan kepada kenalan baru. Siapa yang tidak punya ruang, surat khabar lama dikongsi-kongsikan. Saling bertegur sapa.

Ada yang bawa tafsir, membuka tafsir. Ada yang bawa buku kecil, membuka buku kecil/

Lepas sesi kuliah pertama aku berangkat cari bos. Berjalan seputar bangunan Jaafar Rawas. Tak semena aku ditegur Mama Miah. Kami berbual sementara menunggu ustaz ke dua dan dia menghulurkan sebiji mempelam... rindu aku pada Mama Miah.

Keindahan bersukarela
Semasa di bawah khemah muslimat, tiba-tiba datang seorang pak cik yang kurang upaya. Cacat. Jalan tidak stabil. Tangan lemah. Baju lusuh. Seluar lusuh. Hampir-hampir jatuh tak terkawal ketika mahu bertenggek dibirai kaki lima.

Tapi pak cik tu membuatkan mata aku basah. Hati bergetar.

Dalam keadaan pakcik yang lemah di kedua-dua tangannya ada risalah tarbiyah (aku tau cikgu nik mesti involve dalam penerbitan ni) dan buletin (tak sempat ambik)... Dalam kepayahan pakcik membahagi-bahagi risalah tarbiyah itu.

Aku rasa hinanya lah aku... tak setanding dengan keikhlasan pakcik itu dalam bersukarela. Demi syiar...dia bersusah payah. Pakcik itu lemah, seluar lusuh, baju buruk, kaki tempang, jalan hampir tumbang ... tapi demi apa yang dinamakan daulat Islam...pakcik rela bersusah payah menggendong risalah. Betapa pahala daripada itu tidak tergambarkan.


Keindahan Bersedekah

Di medan ilmu, kiri dan kanan bersedekah... tok guru kata... bersedakah walau seringgit...pahalanya mengalir seperti air sungai . Jadi tok guru ajar rakyat bersedekah, jika dengan duit itu dibuat jalan...selagi jalan diguna orang ..pahala mengalir juga kepada rakyat. Tak putus-putus.

Senario selain bersedekah ke tabung serambi:-

Hari tu mak bawa balik kain sarung batik. Katanya ada orang sebelah bagi sedekah, semasa menadah kitab.

Hari tu aku tengok mak bawa buah salak banyak dalam plastik. Aku usha-usha...rupanya mak bagi-bagikan kepada kawan-kawan baru yang duduk ditepi2 nya semasa di bawah khemah. Siapa yang duduk tepi mak, dia lah yang dapat.

Lalu mereka menjadi kenalan...

I love my place.

Oh wHat a DaY!

Salah timing...salahh timing. aku tak tau la bini darus kerja macamana. Tapi bila aku kena masuk kerja pukul 5 pagi hanya untuk observe plate... aku rasa macam : huwaaarghhhh.

Then terpaksa menyusahkan nenek sedara, yang berpagi-pagi kejutkan aku. Tak masuk bigbos lagi. "Kata nak pergi kerja." Tok ngah aku ketuk pintu. Masa tu dia bertahajud. Aku? nak bangun tahajud pun liatttttttttttt, nak redah awal subuh ? huuu.
Dalam pada itu (wow), aku redah juga. Kalau 'ponteng' mau kena ulang lagi tiga hari? Tu pun masa subuh aku jemaah cepat-cepat dengan bos dan terussssssss membelah kabus.

Gelap lagi. Kabus agak tebal. Jarak pandangan hanya 5 batu nautika (ngarut), aku rasa hanya buleh nampak 5 jalur garis putih putus-putus di hadapan. Dalam hati memang aku niat lepas observe ni aku nak sambung tidur di postgrad/ Oww... tidak begitu jadinya. Masa nak ambik gambo plate memang lah leceh. Berpeluh. Sedar sedar hari dah siang.


Hikmahnya ada.

Sepanjang perjalanan ke kampus. Bulan masih terang. Bintang masih bersisa. Tak payah pasang lampu depan. Ada kabus. Ada embun. Ada sisa transpirasi menitik dan terbias ke muka. Ada angin sejuk. Masih tidak nampak warna rumput.
Melalui padang. Rumput menampakkan warna keemasan tetapi menyejukkan mata, tanda kemarau.

Panorama ini tidak timbul pada masa sesak, sibuk, hingar dan siang. Sebab waktu siang tumpuan bukan kepada alam...tetapi kepada dunia.
Aku menjadi segar.




Wednesday, March 3, 2010

He he he...aku pun nak buat...birokrasi neh!

nenek ni nak marah sebab cek dia kena bounce kot kan? (copy from RG)

Nice Contact Agreement (Humor)

Shown below, is an actual letter that was sent to a bank by a 96 year old woman. The bank manager thought it amusing enough to have it published in the New York Times.
Dear Sir:

I am writing to thank you for bouncing my check with which I endeavored to Pay my plumber last month. By my calculations, three nanoseconds must have Elapsed between his presenting the check and the arrival in my account of The funds needed to honor it.

I refer, of course, to the automatic monthly deposit of my Entire salary, an arrangement which, I admit, has been in place for only Eight years.

You are to be commended for seizing that brief window of Opportunity, and also for debiting my account $30 by way of penalty for The inconvenience caused to your bank.

My thankfulness springs from the manner in which this incident has caused Me to rethink my errant financial ways.

I noticed that whereas I Personally attend to your telephone calls and letters, when I try to contact you, I am confronted by the impersonal, overcharging prerecorded, faceless entity Which your bank has be come.
From now on, I, like you, choose only to deal with a flesh and blood Person. My mortgage and loan repayments will therefore and hereafter no Longer be automatic, but will arrive at your bank, by check, addressed Personally and confidentially to an employee at your bank whom you must Nominate. Be aware that it is an offense under the Postal Act for any Other person to open such an envelope.

Please find attached an Application Contact Status which I require your Chosen employee to complete. I am sorry it runs to eight pages, but in Order that I know as much about him or her as your bank knows about me, There is no alternative. Please note that all copies of his or her medical History must be countersigned by a Notary Public, and the mandatory Details of his/her financial situation (income, debts, assets and liabilities) Must be accompanied by documented proof.

In due course, I will issue your employee with a PIN number which he/she Must quote in dealings with me. I regret that it cannot be shorter than 28 Digits but, again, I have modeled it on the number of button presses Required of me to access my account balance on your phone bank service. As They say, imitation is the sincerest form of flattery.
Let me level the playing field even further. When you call me, press Buttons as follows:

1. To make an appointment to see me
2. To query a missing payment.
3. To transfer the call to my living room in case I am there
4. To transfer the call to my bedroom in case I am sleeping.
5. To transfer the call to my toilet in case I am attending to nature.
6. To transfer the call to my mobile phone if I am not at home
7. To leave a message on my computer, a password to access my computer is Required. Password will be communicated to you at a later date to the Authorized Contact.
8. To return to the main menu and to listen to options 1 through 7.
9. To make a general complaint or inquiry. The contact will then be put On hold, pending the attention of my automated answering service.
Uplifting music will play for the duration of the call. While this may, on Occasion, involve a lengthy wait, Regrettably, but again following your Example, I must also levy an establishment fee to cover the setting up of This new arrangement.

May I wish you a happy, if ever so slightly less Prosperous New Year?

Your Humble Client
(Remember: This was written by a 96 year old woman )



God sent me Ruhil

Owh...Kerja yang patut siap sehari lebih, separuh hari dah siap. Thank you Allah.

Tuhan dengar aku berdoa...lalu DIA menghantar Ruhil/

Apa nak buat lagi selain cuba menjadi hambaNya yang baik hati...

Susunan kehidupan yang amat cantik.

Monday, March 1, 2010

About my birthday

The moon's phase on the day I was
born was new.

Monday, November 19, 1979

Moon's age (days): 0
Distance (Earth radii): 61.00
Percent Illumination 0.00%
Ecliptic latitude (degrees): 5.07
Ecliptic longitude (degrees): 232.74

9 November 1979

My date of conception was on or about 26 February 1979 which was a Monday.

I was born on a Monday
under the astrological sign Scorpio.
My Life path number is 11


Life Path Compatibility:
Most compatible with those with the Life Path numbers 2, 4, 8, 11 & 22.
Should get along well with those with the Life Path numbers 3 & 6.
May or may not get along well with those with the Life Path number 9.
Least compatible with those with the Life Path numbers 1, 5 & 7.

The Julian calendar date of my birth is 2444196.5.
The golden number for 1979 is 4.
The epact number for 1979 is 2.
The year 1979 was not a leap year.

My birthday falls into the Chinese year beginning 1/28/1979 and ending 2/15/1980.
I was born in the Chinese year of the Goat.

My Native American Zodiac sign is Snake; your plant is Thistle.

I was born in the Egyptian month of Tyby, the first month of the season of Poret (Emergence - Fertile soil).

My date of birth on the Hebrew calendar is 29 Heshvan 5740.
Or if I born after sundown then the date is 30 Heshvan 5740.

The Mayan Calendar long count date of your birthday is 12.18.6.7.12 which is
12 baktun 18 katun 6 tun 7 uinal 12 kin

The Hijra (Islamic Calendar) date of your birth is Monday, 28 Dhi'l-Hijjih 1399 (1399-12-28). (tapi ayah kata i Muharram)

The date of Easter on my birth year was Sunday, 15 April 1979.
The date of Orthodox Easter on my birth year was Sunday, 22 April 1979.
The date of Ash Wednesday (the first day of Lent) on my birth year was Wednesday 28 February 1979.
The date of Whitsun (Pentecost Sunday) in the year of my birth was Sunday 3 June 1979.
The date of Whisuntide in the year of my birth was Sunday 10 June 1979.
The date of Rosh Hashanah in the year of my birth was Saturday, 22 September 1979.
The date of Passover in the year of my birth was Thursday, 12 April 1979.
The date of Mardi Gras on my birth year was Tuesday 27 February 1979.

As of 3/1/2010 6:53:48 AM EST
I am 30 years old.
I am 364 months old.
I am 1,580 weeks old.
I am 11,060 days old.
I am 265,446 hours old.
I am 15,926,813 minutes old.
I am 955,608,828 seconds old.

Celebrities who share my birthday:

McCaughey septuplets (1997)Kerri Strug (1977)Jodie Foster (1962)
Meg Ryan (1961)Calvin Klein (1942)Ted Turner (1938)
Dick Cavett (1936)Larry King (1933)Indira Gandhi (1917)
Tommy Dorsey (1905)James Garfield (1831)

Top songs of 1979
My Sharona by The KnackBad Girls by Donna Summer
Da Ya Think I'm Sexy? by Rod StewartReunited by Peaches & Herb
Hot Stuff by Donna SummerI Will Survive by Gloria Gaynor
Escape (The Pina Colada Song) by Rupert HolmesRing My Bell by Anita Ward
Babe by StyxToo Much Heaven by Bee Gees

My age is the equivalent of a dog that is 4.32876712328767 years old. (You're still chasing cats!)

There are 263 days till my next birthday
on which my cake will have 31 candles.

Those 31 candles produce 31 BTUs,
or 7,812 calories of heat (that's only 7.8120 food Calories!) .
I can boil 3.54 US ounces of water with that many candles.

In 1979 there were approximately 3.1 million births in the US.
In 1979 the US population was approximately 203,302,031 people, 57.4 persons per square mile.
In 1979 in the US there were approximately 2,152,662 marriages (10.1%) and 1,036,000 divorces (4.9%)
In 1979 in the US there were approximately 1,921,000 deaths (9.5 per 1000)
In the US a new person is born approximately every 8 seconds.
In the US one person dies approximately every 12 seconds.

In 1979 the population of Australia was approximately 14,602,481.
In 1979 there were approximately 223,129 births in Australia.
In 1979 in Australia there were approximately 104,396 marriages and 37,854 divorces.
In 1979 in Australia there were approximately 106,568 deaths.

My birth flower is CHRYSANTHEMUM ( aku suka minum teh bunga ni) feberetooooooo...

My birthstone is Citrine

The Mystical properties of Citrine

Citrine is said to help one connect with Spirit.
Some lists consider these stones to be my birthstone. (Birthstone lists come from Jewelers, Tibet, Ayurvedic Indian medicine, and other sources)
Yellow Topaz, Pearl, Diamond

My birth tree is
Chestnut Tree, the Honesty

Of unusual beauty, does not want to impress, well-developed sense of justice, vivacious, interested, a born diplomat, but irritable and sensitive in company, often due to a lack of self-confidence, acts sometimes superior, feels not understood, loves only once, has difficulties in finding a partner.


Sakit kepala

Lepas buat kerja aku turun bawah.

Berita yang diterima minggu ni semua tahap berat. Kawan meninggal, Kak Not kena tahan wad lama, Abang Adi eksiden motor, dan Syafia Humaira pecah perut, pecah ginjal. Tu tak kira konfrontasi dengan Ju Onn Bainah lagi, nak buat lab syif malam kena tunggu bos balik masjid. Kalau bukan tak kerana Ju onn tu aku tak kesah mana.

Tadi sempoi ja budak budak forensik bawak tengkorak orang pelbagai saiz dalam 5 bijik lalu depan bilik aku. Aku tanya Kak Jan kakak attendan yang baik hati itu ...apa kes ni? Macam gawat je tiba2 expose tengkorak selamba dalam plastik macam topi keledar. Patut la Ju Onn suka tempat aku..budak2 ni simpan tengkorak.

Kepala berat gila nak terima. Kerja banyak, nak balik lewat dah segan-segan.

Bab cerita Syafia Humaira tu limit, nyut nyut kepala aku sakit. Sebab dari semalam lagi aku tengok Metro pasal cerita ni. Jeling-jeling. Nak hadap lebih-lebih, banyak hala ke lain pula.

Hari ni...aku interview si Sha sebab dia fanatik Metro... apa kes sebenarnya ni ..apa kes? Budak tu punya la comel... lepas dikorek-korek rupanya kucar kacir semua. Macam tak ada agama semua. Sebijik zaman jahiliyah. SEBIJIK. Bab ni semua salah, budak tu je yang tak salah. Mak budak tu, atuk nenek budak tu, jantan kaki pukul tu, masyarakat budak tu. Kau, aku ...salah semua. Islam tak ajar bukan mahram boleh duduk serumah. Ni ikut agama mana ni? Lepas tu pulak tak duduk dalam gua diorang ni. Duduk tepi rumah orang kiri kanan. Orang kiri kanan tu buat apa. Ngok ngek semuanya. NGOK NGEK/.

Patut la gunung ganang bukit bukau semua tolak jawatan 'khalifah',..berat...berat... tengok ulama sekarang kena semua...KENA!..fitnah tak muat nak angkut...

Agama penting... tapi takkan terdiri agama tanpa SYIAR. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap syiar ni...jawab jawab jawab...