Tuesday, November 20, 2012

Tingkatan 6 Rendah

                                        Foto: mynewshub.my


Sementara menunggu keputusan SPM, kami anak beranak setingkatan aliran sains sama-sama naik darjah. Daripada melepak membela tisu-tisu adipos di rumah ada baiknya kita ke sekolah mencari ilmu. Kami, ibarat peribahasa matematik diberi pecahan separa dan wajar bersama-sama pelajar aliran agama. 

Tingkatan enam rendah di sekolah saya semuanya ada err... tak ingat. Kami sangka, kami bertebaran membawa haluan masing-masing. Alangkah sangkaan itu meleset sama sekali. Pantang ada waktu senggang aktiviti melepak di kelas-kelas lain mencari rakan lama dan kenalan baru sungguh aktif. 

Namun demikian, apabila tiba waktu belajar, kami belajar sungguh-sungguh seperti calon Sijil Tinggi Ugama layaknya. Kami belajar Feqah, Tauhid, Hadis, Tafsir dan sebagainya. Kami belajar subjek Pengajian Am, subjek baru derr (derr tidak ada dalam bahasa melayu rasmi). Antara faktor yang menyebabkan kami bersemangat waja dalam menimba ilmu ialah faktor hormon. Kehkeh. Ustaz-ustaz muda yang baru balik dari Mesir diberi peluang mengajar kelas menengah atas. Apalagi, hormon yang ada pada pelajar berusia 19 tahun secara spontan diaktifkan.

Ustaz muda kalau mengajar bab Feqah memang 'out'. Tambah-tambah timbul soalan sensitif bab-bab munakahat, mereka akan mengajar dalam keadaan malu-malu kucing. Kalau boleh mereka nak bersyarah sambil tutup muka di balik langsir. Kami memang pelajar dominan, semua perempuan. Oleh sebab itu kami memiliki seraut muka-tak- tau- malu apabila berada di dalam kelas. Ustaz juga kata, belajar tak boleh malu. Ada pun begitu, antara ustaz-ustaz  muda itu pun berkahwin juga lah dengan pelajarnya.

Saya juga mengamalkan prinsip jangan malu bertanya bila belajar. Untuk pengetahuan, saya seorang pelajar yang naif walaupun banyak tidur dalam kelas. Kalau bab nikah kahwin, walaupun diajar sejak tingkatan 2, otak saya masih tak reti-reti nak 'adapt'. Ustaz banyak guna kias, mana saya faham. Pada suatu hari, ustaz mengajar Feqah bab munakahat, disempitkan sedikit topiknya... mengenai seks dan hukum2 pergaulan suami isteri. 

Ustaz pun berkata ' bla..bla.. bla.. sebab tu jangan kerap sangat main atas padang...nanti pucuk tak tumbuh. paham?'

Saya angkat tangan tak paham. 'kenapa pula tak boleh main kat padang...' dalam kepala saya, padang tu kan luassssssssss, kenapa pula nak bermain kat tempat ada pokok, cari lah tempat lain yang tak ada pokok. 

Ustaz ulang lagi, ulang tang pucuk tak tumbuh tu ler. Saya semakin bingung, apa kaitan dengan subjek derr. Ustaz dah kelat, kebetulan loceng pun berbunyi. Kawan sebelah siku saya dan berbisik; nanti aku eksplen.  

Pada waktu itu, memang saya tak faham.




.  

1 comment: