Ustaz muda-muda biasanya masuk kelas dengan serius. Mereka mengajar penuh dedikasi dan ikhlas (In Sya Allah). Kami juga belajar dengan serius. Biasalah, kalau mengantuk kami mula tanya benda merapu seperti, ustaz, bila nak kahwin (dalam hati), atau ustaz, kereta merah tu ustaz punya ke?
Selalunya bila 10 minit nak habis, kami memang meracau ke lain. Suatu masa, seorang ustaz mengajar tajuk best. Kami lupa nak mengorat. Tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu sudah tamat. Kawan kami barisan belakang sempat bersuara 'mode' releks sambil menjongkang-jongketkan kerusi...Norehan, Salwa, dan beberapa orang lagi.
"Ustaz, esok ustaz masuk kelas tak?" Ayat tanya saja-saja. Kerusi semakin ligat dihayun.
"Masuk...Kenapa." Ustaz bertanya malas, berkejar-kejar ke muka pintu untuk ke kelas sebelah.
Tiba-tiba bunyi dentuman kuat dari sudut kelas bahagian belakang. Gedegang!...Ustaz yang serius itu berpaling dan terpandang sepasang kaki ke atas. (kot). Satu kerusi yang hilang dari pandangan. Dah agak siapa yang jatuh kerusi.
Kah!Kah!Kah! Ustaz ketawa terbahak-bahak. Namun bunyi nya bukanlah macam kah kah kah. Entahlah susah nak eksplen.
"Hari ini, sekian sekian haribulan pertama kali dalam sejarah saya mengajar dan peristiwa lucu ini akan saya ingat sampai bila-bila." Ustaz Din itu berlalu dengan ceria. Hari itu sungguh ceria.
Kami pelajar perempuan, buat hal di kalangan kami-kami sahaja, tapi malu-malu dan menundukkan pandangan di khalayak ramai.
Ini chapter berapa thesis demo? huhu
ReplyDelete