Selama saya hidup di alam fana ini, saya tidak pernah menyambut hari lahir kecuali pada suatu hari. Secara tidak langsung, apabila jatuhnya tarikh 19 November setiap tahun, hari itu berlalu bagaikan hari-hari yang biasa sahaja.
Pada suatu hari yang dimaksudkan itu, ialah kali pertama hari lahir saya disambut oleh kawan-kawan. Kawan-kawan itu pula bagaikan keluarga di tengah kota raya. Saya menerima kejutan budaya ini macam ribut. Saya juga terkejut dengan tingkah laku saya yang tidak sepatutnya itu. Mereka terbungkam diam. Raut-raut wajah yang ceria (mode sambut birthday) bertukar serta merta... apabila mereka kejutkan saya daripada tidur, saya keluar...saya bikin ribut lalu saya masuk tidur semula. Esoknya, saya selongkar peti ais dan melantak kek hari lahir saya.
Mereka meraikan saya.
Selama saya hidup saya tidak pernah diraikan namun untuk pertama kali, kawan-kawan berhabis belanja dan tenaga hanya untuk meraikan saya, khas untuk saya. Saya sepatutnya memeluk mereka, menangis terharu kerana mereka sanggup bersusah payah kerana saya...tetapi saya memberi reaksi sebaliknya. Saya abaikan susah payah mereka...saya makan juga tapi tanpa perasaan yang sepatutnya, lepas itu saya buat-buat tidak tahu. Apakah? Sebenarnya, keadaan itu reflek dari perasaan terharu dan terkejut. Saya tidak tahu bagaimana untuk menangani situasi sebegini.
Saya tidak sensitif dengan keraian hari lahir kerana saya tidak dididik untuk menjadi sensitif dengan unsur-unsur seperti itu, sedangkan bagi ramai orang ... hari mereka hadir ke dunia sebagai permata hati ayah bonda adalah hari istimewa.
19 November hadir lagi, hari ini bakal berlalu seperti hari-hari yang biasa juga. Padahal sejak peristiwa itu saya telah peka terhadap hari istimewa setiap insan ini. Lalu hari ini sebenarnya adalah hari yang menyentuh hati. Saya menjadi sensitif. Hari ini tidak lagi terasa seperti hari-hari biasa. Shuhada Hamidon (Teacher Ad) adalah orang yang paling 'alert' dengan hari lahir. Walaupun saya buat-buat tidak sensitif pada hari lahir saya, namun apabila AD mengajak saya keluar dan membuat kek semata-mata untuk meraikan keberadaan saya di dunia ini... Saya menangis di dalam hati.
Selamat hari lahir Nor Zaharaini MG.
sannah helwah kakza... seriously, terharu baco post nih..
ReplyDelete