Gambar tema tajuk ini sambil promote buku ini
Tajuk di atas adalah rentetan cerita Zalila Sensen dan kehidupan barunya U.d.
Selepas beberapa minggu mereka berkenalan, masing-masing sudah selesa berkawan, saya rasa tibalah masanya saya 'offport' dalam perihal membantu dalam perkembangan perhubungan mereka berdua. Hanya berdoa dari jauh sajalah supaya urusan ibadat mendirikan masjid di syurga Allah ini menjadi kenyataan.
Selaku midfielder yang kurang berpengalaman (tidaklah seterer Mohd Badhri Radzi kapten bola TRW), saya tidak tahu pada mulanya apa yang perlu dilakukan. Yang nyata saya hanya membantu hantar gambar Zalila Sensen kepada U.d melalui sistem pesanan multimedia (lambat sangat Zalila Sensen ni respon, banyak main sepakan sudut...susahlah macam ni). Kalau biasa-biasa saya memang mencegah anak-anak muda bertukar gambar. Yang ini, untuk tujuan pernikahan. Rasanya tidak mengapa.
Yang ke dua, saya sekali lagi secara bawah tanah telah menghantar peta rumah Zalila Sensen kepada U.d yang saya tidak kenal batang hidungnya, juga melalui sistem pesanan multimedia. Tak mengapa saya percaya kepada rakan midfielder kak Siti Hajar, kalau dalam arena bola sepak Kak Aja ni macam Azuan Roya lah kot. Berbalik kepada topik peta rumah...iyalah kan, kalau tak tahu rumah macamana pihak lelaki nak hantar rombongan seandainya berjodoh mereka berdua itu. Nak harapkan Zalila Sensen, lambat nak sampai. Nak kena teka lah... apalah. Tahun depan belum tentu jumpa. Rumah kampung dalam bandar, jalan berbelit-belit mak oiiii.
Segala bantuan saya terapkan secara indie supaya modus operani saya cepat dan tepat, Zalila Sensen nak meluap-luap sampai berasap pun tidak apa...yang penting assist. Kini, apabila masing-masing sudah selesa berkawan dan berkenalan lebih kurang saya rasa mereka berdua perlu diberi ruang tanpa inhand. Kawan-kawan terdekat yang mengetahui status kerjaya saya sekarang sebagai midfielder tak ada gaji juga tahu serba sedikit ceritanya Zalila. Serba sedikit sajalah! Apabila saya mewar-warkan untuk 'retire', Azuan tiba-tiba bersuara tegas; KAK ZA! ASSIST SAMPAI JADI ITU DUA WORANG.
should i, or should i not.

segala nama di atas adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan antara yang hidup di antartika ataupun yang sudah meninggal dunia.
:D sye doakan mudah-mudahan menjadi kak.. sipermudahkan urusan adik kito.. huhu :)))
ReplyDelete