Sunday, November 18, 2012

Novel

photo: http://whatisthenever.blogspot.com/2012/07/reading-and-writing-escape-and-outlet.html




Saya suka berangan.

Apakah berangan? apa yang saya maksudkan di sini bukanlah sejenis buah. Ia adalah sejenis err... dadah. kehkeh. 

Ok. Serius.

Pada suatu waktu dahulu saya gemar berkhayal. Contohnya saya ada seorang abang yang ada motosikal kuasa besar, hantar dan jemput saya dari sekolah. Kawan-kawan saya gagal menundukkan pandangan kerana abang saya seorang yang kacak dan sopan santun. 

Situasi berangan-angan ini sebenarnya adalah situasi di mana kita mengadakan benda-benda yang kita tak ada . Mengapa saya tidak berkhayal tentang seorang adik lelaki atau perempuan. Buat apa? Saya sudah ada mereka di dunia nyata.

Banyak lagi khayalan-khayalan indah saya. 

Kadang-kadang ia (ia merujuk kepada khayalan, dalam tatabahasa salah kalau letak ia okey) meleret-leret jika dilayan. Lamunan yang meleret-leret ini menyebabkan ibu saya naik angin, tambah-tambah pula bila saya melayan imaginasi semasa menolong beliau di dapur atau membasuh kain.

Untuk mengelak berlakunya ketegangan emosi dan kemalangan di tempat kerja, saya mula mencurahkan cerita-cerita dongeng dalam kepala otak saya di atas kertas. Bila saya menulis, hilanglah rasa keberadaan di alam lain dan legalah hati saya. Saya mula menulis bermula dari darjah enam. Ayah saya walaupun garang tapi beliau agak bersemangat melihat saya menulis. Saya tulis cerita pendek-pendek, cerita panjang-panjang, cerita-cerita basi dan sebagainya.

Darjah enam, saya tulis cerita, tapi cerita tak sudah. Cerita mengenai sepasang lelaki kembar yang berlainan wataknya. Ingat nak tulis cerita pendek a.k.a cerpen. Lepas sambung, sambung... jadilah macam tak jadi.

Tingkatan 3. Saya tulis cerita juga. Lupa pula berapa lama nak habiskan 1 jalan cerita. Cerita pasal budak-budak sekolah menengah. Semasa zaman saya menulis, jalan cerita saya ni agak 'rare' berbanding novel-novel pada masa itu. Namun begitu jika dibandingkan dengan masa sekarang, lebih kurang saja. Jadi , cerita setebal seratus lebih muka surat itu saya bungkus, entah di mana saya pun kurang pasti. Salinan lembutnya pun (soft copy wakakkaa) sudah hangus bersama cakera keras. Kawan-kawan saya seperti Khairiyah Yazid dan Ibtisam Yunus..err Ummu aiman... err.. beberapa kawan matrikulasi sempat membacanya. 

Tingkatan 4 saya berangan lagi...jadi saya terpaksa menulis semula. Kalau tidak, SPM saya akan lingkup. Pernah berlaku satu peristiwa semasa Cikgu Ratni mengajar meiosis dan mitosis dalam makmal, tiba-tiba saya dibawa ke dunia lain oleh kepala otak saya, lalu saya terpaksa dengan tekunnya menulis. Cikgu Ratni amat kagum dengan saya, beliau mati-mati ingat saya salin nota biologi.

Banyak komitmen sangat masa itu saya heret cerita saya ke universiti pula. Bila siap, saya bungkus lagi dan simpan dalam kotak. Hobi saya suka kumpul barang untuk diselongkar ketika ada masa lapang. Selepas kahwin dan ada dua ketul anak, saya selongkar barang seperti biasa lalu cerita yang setebal dekat-dekat 200 mukasurat saya temui. Wahla...bila dibaca semula jalan cerita sudah best macam idea asal...tapi kenapa tatabahasanya lain macam. Kenapa dulu saya rasa macam sudah bagus bangat.

Tarikh tutup DBP sudah semakin hampir, niat nak menghantar novel itu pada mulanya tebal semakin menipis. Bukan apa, mana nak cari masa meng'edit' semua ayat yang tak sedap itu.

Tak apalah novel SALINA pun Pak Samad peram lama juga, 20 tahun pujuk hati saya.

1 comment: