Seiring dengan kemajuan yang di damba-dambakan sangat oleh penduduk negeri , kampung hamba juga menerima tempias , yang baik waimma yang buruk. Buruk lagi banyak der~!
Bahagian baiknya, tumbuh melata kedai-kedai aksesori kereta, kedai tayar sekenhen, kedai dobi, kedai binatang, kedai makan dan kedai aku. Tak lupa juga kedai cyber cafe, aku agak lebih kepada kedai game budak-budak. kedai topap kawan aku YO, kedai runcit pula berderet-deret.
Sebelum tiba di kampung hamba iaitu kampung sebelah, ada sekangkang kera tanah usang yang penuh semak samun, lalang-lalang tinggi tahap pinggang. Dalam tanah itu, ada sebuah pondok yang sekali tendang roboh der...Pada suatu malam tahun lepas, hamba perasan pondok usang dalam hutan sekunder itu meriah dengan lampu dan kereta-kereta mewah.
Aku syak ada benda tak kena ni. Pondok itu beroperasi lepas pukul 11 malam. Setiap kali lalu, aku intai sikit. Esok aku pandu lalu aku intai sikit... ada komputer banyak der... aku syak ada karaoke mulanya. Siasat secara lisan mereka kata karaoke. Ku tak puas hati sebab xprivasi menyanyi kadar rabak anak tekak depan mesin komputer banyak-banyak.
Tengahari pondok tu kunci dengan rantai besar paha wa cakap lu!. ..dan ada orang cover line.
Dekat kedai aku pun dah ada orang bukak karaoke.
Satu malam bos drive pukul 3 atau 4 pagi , dia bilang ada minah seksa der...ala-ala lorong haji taib.
Bukan pihak berkuasa tak tahu der, ini kes tepi jalan besar. Sapa belakang pun aku tak tau der
Inikah pembangunan yang kita mahu?
Nak masuk lorong rumah hamba, ada dikir barat der. Malam-malam bising der, tengahari ada orang-orang otai tak ada kerja dok melatih beruk plas burung dekat-dekat situ juga. Aku lebih rela lihat panorama ni, sebab belia yang terlibat tak campur jantan betina der.
Aku yang hangin satu badan, ada maksiat di kampung aku ni. yang dah berani bukak karaoke, dan aku syak judi juga... melalak sakit telinga der. Anak dara pakai ketat-ketat,macam orang tak ada tamadun, naik motor tertonggek-tonggek macam dekat siam, rambut terbang macam langsuir. Itu sebab Allah bagi kemarau. Hambik kau!
Dari aku sekolah lagi aku tak puas hati dengan pembangunan, part yang mula-mula menyentap hati aku ialah bila mesin ketam padi ganti teknik tuai secara manual. Binatang bernama tuyup yang sayap dia warna-warni, terbang banyak kali jugak eksiden dengan aku dah tak ada. Huh masa tu macam dok di fairyland. Tapi menatang mesin ketam tu gile...gi putar dengan unggas-unggas tak bersalah.
Dulu masa tak ada kereta kerbau besi tu, kami satu kampung makan ramai-ramai tengah bendang, abe di sepupu aku selalu buat serunai batang padi, main layang-layang...sob sob. dah berair mata aku ni dah. SEKARANG? Mana tu semua...? semua dok dalam rumah layan astro, layan komputer...layan game. Tak makan ramai-ramai kek sawah dah ... tak saling tolong banting padi dah...
Dari aku kecik lagi, aku benci tengok mesin ketam padi. Habis pepatung warna warni lari... dulu macam hujan... ada kaler merah biru hijau kuning.
AKU ANTI PEMBANGUNAN!- nak membangun jangan la kek kampung aku.
mcm mana pulak dengan membangun bersama islam.
ReplyDelete