Fenomena di rumah sewa sewaktu bergelar pelajar separuh masak (dan sekarang masih separuh) macam perkampungan atas gunung. Dalam beberapa jam langit boleh bertukar-tukar warna.
Pada suatu malam ketika langit warna sedikit ceria, ada seorang member dari kaunseling datang praktis ilmu di rumah kami.
Disuruhnya kita lukis gambar pemandangan. Ramai-ramai lukis. Kadang-kadang disuruh kita menggambarkan cerita dalam kepala. Ramai-ramai pula kami berangan.
Bila sampai part lukisan aku, ditafsirnya banjaran gunung sebagai banyak cita-cita.
Sepertinya lah aku banyak bercita-cita!
Apa cita-cita aku sebenarnya aku pun tak tau... God only knows... apa kejadahnya aku duduk dalam bilik aircond ni, dan berhempas pulas menternak benda tak nampak, yang mana dua puluh tahun dahulu ... bila cikgu tanya apa cita-cita aku, tak pernah tercapai dek akalku akan keadaan hari ini sedemikian rupa.
Bukan tidak bersyukur.
Tuhan tidak akan menguji manusia dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Halangan seperti visi yang tidak jelas, tidak dipertajam dan halangan-halangan emosional yang lain hanyalah temporary obstacle, mengikut kata-kata seorang pengusaha alumglas encik Khairul anuar iaitu seorang pemilik kedai kairul anuar trading.
Salah aku juga kerana tidak memperjelaskan dari kecil... apa yang paling jelas di sini, sejak aku berumur 12 tahun sehingga sekarang kerja aku hanya menulis. Umur sebelas tahun aku sudah mula menyalin novel-novel penyiasatan enyd blyton selepas dibaca.
Sepatutnya hobi menulis itu perlu dijadikan cita-cita. Supaya bila dah umur macam ni, tulisan aku dah jadi macam Faizal tehrani, paling kurang. Kalau tidak setanding Arenawati sekalipun. Ini tidak, ikut emosi selalunya manusia bernama aku ini. Perang serbia-bosnia dulu la yang menyebabkan aku berapi nak masuk kelas sains. Nak jadi orang sains. Kononnya nak memajukan teknologi, sebab orang serbia maju teknologi la depa buleh pi jahanamkan Bosnia tu...
Astaghfirullahal azim...kan aku dah kata, last-last emosi juga yang menguasai tulisan aku kali ni.
p/s: Masa kecik dulu aku tak tulis artikel jurnal, sebab tu kena taram banyak palang dekat kertas. Edit balik de... Biasa Bro!
tak per Bro....
ReplyDeletepractice make perfect dee...