Saturday, May 8, 2010

Bicara serius seorang aku bahagian 1.

Pernah aku beremosi melalui sebuah sajak, dalam satu bait...yang mana sajak merapu itu tak ramai yang paham. Marilah aku memberi sedikit Maani mufradaat dan istinbat dari bait DUIT AKU BUKAN DUIT AKU.


Duit aku bukan duit aku
Tiap-tiap bulan orang makan gaji dapat duit dari gomen, orang meniaga dapat duit besau-besau, Homo sapien sekarang hidup dengan duit. Kalau pitis kurang, bajet lari, muka mula jadi kelat. Tahukah anda duit kita bukan duit kita ?(soalan trivia).

Rezeki yang ada dalam poket anda dan dalam poket aku adalah amanat Allah SWT atau dalam bahasa omputih amanat God The One And Only.

Pitis itu amanat Ilah. arap aku dan anda tidak Josh. Sila rujuk kamus keretamayat apa itu JOSH. Jika dah cukup apa yang perlu, kongsilah dengan yang lain. TAK PAYAH TUNGGU FINANCIAL FREEDOM. kang ajal sampai dulu tak sempat nak rasa apa erti financially free, lain pula ceritanya.

Belanja lah seadanya sahaja. Hiduplah bersederhana. kalau lepas beli barang untuk anda, untuk isteri anda, untuk keluarga anda, untuk saudara mara yang susah... intai2lah insan-insan di luar sana. Lagi bagus jika lepas beli barang-barang keperluan, tengok-tengok baki ada setengah juta lagi. Tokey buleh tulong bayar PTPTN aku ni ka... atau bagi bantuan untuk orang tak berkemampuan ke. Tak payah isi-isi borang, kalau nak tolong, tolong aja lah..ini semua karenah birokrasi.










No comments:

Post a Comment