Monday, May 31, 2010
Cintailah DIA...
Saturday, May 29, 2010
Sabtu ini segalanya tak menjadi
Tapi nak juga mengadap bench, konon nak run gel.
Pun, segalanya tak menjadi kerana badan terhidrat.
Hutang janji yang tidak terlunas. Pikir punya pikir, aku tak sertai dengan perkataan InsyaAllah semalam. Sian Fariza harapkan gelnya berlari-lari riang dalam 1 kali TAE.
Tiba-tiba ada perasaan rajin nak membaca buku ilmiah. Yuhuuuuuuuuuuuuuu!!! bye.
Wednesday, May 26, 2010
Bacaan berat 2.
Judi bola: Surat terbuka Tamrin untuk Jamil Khir |
Oleh Tamrin Ghafar
Assalamualaikum w.b.t.
Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.
Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom.
Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.
Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.
Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.
Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.
Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.
Yang Berhomat Dato’,
Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?
Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?
Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya. Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?
Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?
Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.
Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-Baqarah : 219)
Dan juga larangan selanjutnya: Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)
Yang Berhormat Dato’
Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?
Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.
Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:
i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA
Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.
ii) BELUNGGU HUTANG
Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.
iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK
Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.
iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN
Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.
Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.
Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak' oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.
Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?
Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.
Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.
Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,
“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].
Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.
Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.
Sekian. Wassalam.
Yang benar,
TAMRIN TUN GHAFAR
Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Kebawah DYMM Raja Raja Melayu
YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO
YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO
Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan
Mufti Mufti
Media Cetak dan Elektronik
Tuesday, May 25, 2010
Woon Li pernah kata
"Kenapa Woon Li."
"Cuba tengok, masa birthday sultan...jalan jem sebab nak tengok lampu. picnic tepi jalan. often ada family yang take their times when night falls picnic depan istana bawah cahaya lampu, even bukan birthday sultan sekalipun."
Hari ini, sekali lagi aku bersetuju dengan Woon Li bila terkenangkan panorama pukul 11 malam ketika balik dari airport. Sepanjang pagar lapangan terbang pada waktu malam kereta diparkir berderet-deret ... ada yang berkeluarga dan solo... they enjoy the night breeze, the sound of airplanes... and the rows of lights.
One of my friend kata, Sultan Ismail Airport its not just for the plane to land.
Sunday, May 23, 2010
oo Kak.
Pada suatu malam dekat-dekat pukul 12 malam, hari jumaat kaa...kamis malam jumaat kaa... (tak ingat tarikh) ... kena giliran aku kunci pagar depan. Ozom dengan bos sekali dia menang da... main ayat madu pun tak makan. Ingat - ingat tahun ni tak sampai lima kali lagi aku bertugas kunci pintu pagar, lalu aku mengalah dalam pasrah.
Lalu selamba depan bonda yang sedang menjahit baju cucu, lalu menyarung selipar cina menuju ke pintu pagar buruk. Payah pulak nak kunci mangga ni... dalam terkial-kial mata tergerak memerhati pagar rumah tak berpenghuni di depan...tiba-tiba naik meremang bulu roma i. Teringatkan pula ada satu rumah yang lagi yang bakal nak roboh lagi dua tiga hari, pun tak ada penghuni. Banyak sangat rumah kosong kek kampung aku.
Lepas siap berkunci aku tak tunggu lama, 'hungga' tak cukup tanah. Belum cecah porch kedengaran suara halus kek belakang. " Ooo Kak..." huish suara macam familiar tapi tak ada makhluk macam orang. lagi laju aku lari.
Berdentum aku hantuk daun pintu. Sapa suruh tak mandi! kan dah kena tegur puaka.
Friday, May 21, 2010
Cita-cita ana menjadi isteri mithali
Seperti sedia maklum teruja segala yang solo bila tarikh untuk menamatkan zaman bujang sudah tercetak kemas dalam kad comel.
Dah ada yang ready mengikut rutin dan petua orang tua-tua supaya wajah naik seri, makan pun tak mau banyak, dan ada yang rajin ke salon buat rawatan wajah.
Dan majoriti sudah menanam cita-cita untuk menjadi isteri solehah dan mithali bila termaktubnya ijab dan kabul.
Ada niat tu dah bagus, Tuhan catit dah dalam kitab.
Tapi...u all ingat senang ke nak jadi isteri solehah? ehehe...terai u all tanya i.
Kalau setakat tabiat hari-hari bangun pukul 10...basuh baju seminggu sekali, banyak masak kat dapur mamak dari kat rumah, baju lipat gitu-gitu je... cita-cita murni tersebut memerlukan tumpahan keringat yang banyak serta motivasi tinggi. Bayangkan rutin hari-hari anda begitu, tiba-tiba esoknya selepas berkongsi bilik dengan kekasih u itu...u terpaksa bangun pagi, jerang air, masak nasi, gosok baju ...pergh... seminggu dua teruja lagi kot... terai lepas sebulan tengok guana?
Lepas tu u all bajet hobi mu hobiku jua, duitmu duitku jua, dan bajet dikaulah-yang-paling memahami- hatiku, dan bajet romantikmu-biarlah-ke penghujung-malam, sekali kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.
Tak mudah...bukan mudah... tambah plak laki u all lagi rajin dan bersistematik dari u all, ambik hang! Banyak makan nasi ulam jantung la jawabnya laki u all.
Jadi kalau benar-benar nak jadi isteri misali, dalam masa 40 hari sebelum kawin i sarankan u all dah mula berlatih...supaya cita-cita u all tercapai.
Bagi I, I tak sempat nak berlatih sebab i tak sempat nak berfikir adakah i sedang berkahwin atau tidak di waktu itu... so setakat ini i guna teknik ayat-ayat madu a.k.a mengepow. u all buleh juga cuba cara i, tp i tak kenal lagu mana perangai suami u all masing-masing. Jadi pandai-pandai lah nak hidup berkat.
Ingat, orang kata syurga di bawah tapak kaki suami, nabi pun kata, seandainya Tuhan membenarkan makhluk menyembah yang lain selain Dia, nescaya akan diperintahkan untuk sembah suami masing2.
Bagi yang nak cuba-cuba bercinta (erkkk) itu, jangan lah korang bercinta dulu sebelum kenal...ini tidak, cinta bertahun-tahun perangai baik buruk bila tanya termangu-mangu.
Setakat ini dulu dari kak seri, kepada kawan-kawan kak seri, kak seri doakan kalianbersama dengan pasangan masing-masing hingga ke hujung nyawa.
p.s/ i malas nak bagi petua sebab kami baru 6 tahun jagung...tak berapa reti nak hidup molek lagi. Lagipun u all pasangan romantik, baju pakai sedondon, makan dalam gelap... semua seia sekata. i dengan bos, semua tak sama kecuali suka kucing dan tahi lalat tempat sama.
s.k:Bos! bulan depan i nak mintak up kan nafkah i sikit, banyak kena makan gulai. support minyak kereta seploh ringgit sehari pun orait gak. nanti i belanja nasik kakwok.
Thursday, May 20, 2010
Surat permohonan pre bonus
sudilah kiranya pihak tuan menimbangkan agar peruntukan bonus tahunan di 'advance'kan sedikit pada bulan ini kerana sebab-sebab berikut;
a) nak tuang duit minyak untuk kenduri kendara yang bakal melanda anak dara dan teruna sempena cuti sekolah di bulan Jun
b) Hadiah pun nak kena beli, RM 20 pukul rata setiap pasangan
c) Bulan Jun ini adalah bulan berpenyakit disebabkan tinggi kolestrol, bajet untuk ke pusat rawatan perlulah pihak tuan pertimbangkan.
d) Bulan Jun juga telah penuh dengan agenda-agenda makan gulai, di harap waktu kerja dipendekkan.
Segala kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.
rakyat Puteri saadong
Wednesday, May 19, 2010
pengisian berat... orang letih tokleh baca
Analisis jiwa orang Kelantan | emel |
Ditulis oleh Web Master |
Rabu, 19 Mei 2010 02:33 |
Oleh - A. Aziz Deraman |
Tuesday, May 18, 2010
Suatu hari di hari ini
Tetapi selepas segala usaha mencari gagal... aku menjadi seperti bak kata pepatah luncai terjun dengan labu-labunya.
Terlalu banyak perkara yang perlu dikerjakan, dan kita tidak akan mampu melakukan semua dalam satu masa.
Monday, May 17, 2010
Seputar di kampung hamba
Bahagian baiknya, tumbuh melata kedai-kedai aksesori kereta, kedai tayar sekenhen, kedai dobi, kedai binatang, kedai makan dan kedai aku. Tak lupa juga kedai cyber cafe, aku agak lebih kepada kedai game budak-budak. kedai topap kawan aku YO, kedai runcit pula berderet-deret.
Sebelum tiba di kampung hamba iaitu kampung sebelah, ada sekangkang kera tanah usang yang penuh semak samun, lalang-lalang tinggi tahap pinggang. Dalam tanah itu, ada sebuah pondok yang sekali tendang roboh der...Pada suatu malam tahun lepas, hamba perasan pondok usang dalam hutan sekunder itu meriah dengan lampu dan kereta-kereta mewah.
Aku syak ada benda tak kena ni. Pondok itu beroperasi lepas pukul 11 malam. Setiap kali lalu, aku intai sikit. Esok aku pandu lalu aku intai sikit... ada komputer banyak der... aku syak ada karaoke mulanya. Siasat secara lisan mereka kata karaoke. Ku tak puas hati sebab xprivasi menyanyi kadar rabak anak tekak depan mesin komputer banyak-banyak.
Tengahari pondok tu kunci dengan rantai besar paha wa cakap lu!. ..dan ada orang cover line.
Dekat kedai aku pun dah ada orang bukak karaoke.
Satu malam bos drive pukul 3 atau 4 pagi , dia bilang ada minah seksa der...ala-ala lorong haji taib.
Bukan pihak berkuasa tak tahu der, ini kes tepi jalan besar. Sapa belakang pun aku tak tau der
Inikah pembangunan yang kita mahu?
Nak masuk lorong rumah hamba, ada dikir barat der. Malam-malam bising der, tengahari ada orang-orang otai tak ada kerja dok melatih beruk plas burung dekat-dekat situ juga. Aku lebih rela lihat panorama ni, sebab belia yang terlibat tak campur jantan betina der.
Aku yang hangin satu badan, ada maksiat di kampung aku ni. yang dah berani bukak karaoke, dan aku syak judi juga... melalak sakit telinga der. Anak dara pakai ketat-ketat,macam orang tak ada tamadun, naik motor tertonggek-tonggek macam dekat siam, rambut terbang macam langsuir. Itu sebab Allah bagi kemarau. Hambik kau!
Dari aku sekolah lagi aku tak puas hati dengan pembangunan, part yang mula-mula menyentap hati aku ialah bila mesin ketam padi ganti teknik tuai secara manual. Binatang bernama tuyup yang sayap dia warna-warni, terbang banyak kali jugak eksiden dengan aku dah tak ada. Huh masa tu macam dok di fairyland. Tapi menatang mesin ketam tu gile...gi putar dengan unggas-unggas tak bersalah.
Dulu masa tak ada kereta kerbau besi tu, kami satu kampung makan ramai-ramai tengah bendang, abe di sepupu aku selalu buat serunai batang padi, main layang-layang...sob sob. dah berair mata aku ni dah. SEKARANG? Mana tu semua...? semua dok dalam rumah layan astro, layan komputer...layan game. Tak makan ramai-ramai kek sawah dah ... tak saling tolong banting padi dah...
Dari aku kecik lagi, aku benci tengok mesin ketam padi. Habis pepatung warna warni lari... dulu macam hujan... ada kaler merah biru hijau kuning.
AKU ANTI PEMBANGUNAN!- nak membangun jangan la kek kampung aku.
Saturday, May 15, 2010
Main tenis
Tahun ni bertuah betul dapat buat serve dan sambut bola. Walaupun hanya dua kali menang.
Tak macam zaman anak dara, usahkan nak buat return... lambung bola pun naik tak naik.
Mula-mula bos tolong teman, tengok je. Aku agak dia pun ada angin sukan walaupun nampak tak berapa in dengan bodi.
Lepas tu kami tukar tempat. Dia masuk court.
Giler! Orang tak pernah main, tiba-tiba buleh jadi pro!
Aku mula bagi semangat. First round nampak macam bos jauh kena tinggal, tapi dia buleh kejar.
Aku dah berteriak... "Jangan kasik, jangan kasik mata..ikat terus, potong! potong...Wow, mana tau tektik main jaring ni!?" Kagum weh.
Banyak kali bos menang.
Tiba-tiba dia hand over game untuk aku. "Lepas ambik bola, terus masuk tengah. Jangan tunggu."
Aku apa lagi, semangat nih. Tengok jam pukul 11 pm lebih-lebih sikit. Tak apa, esok cuti.
3 game aku kalah....
Bos asyik gelakkan aku dengan ayat-ayat pekasam.
" Macamana ni?"
"Huh, lari macam hapa..."
"Itu pun xbuleh ..."
Aku jeling. Masam.
"SHUT UP UUUUUU!" @#@??!!XYZ**
oFF.
lampu bilik pun terpadam.
Thursday, May 13, 2010
Hari berdebar sedunia
Aku gabroh... pagi2 lagi aku sms dia.."dr, saya bajet nak jumpa dr pukul 3 lebih hari ni." aku memang nekad dah nak jumpa. Selagi x jumpa selagi tu tak aman, apa nak jadi jadilaaa... bila jumpa aku cadang nak bentang kan idea desperate plan B.
Sambil-sambil tunggu pukul 3..aku usha journal mana layak untuk paper ku ini... xprasan dr call before 3. aku call balik, dr dok akat der... aku call bilik dia..dok akat jugok der... aku meseh.. sekali dok reply jugok der...
Debaran membawa ke hujung kaki...selagi aku dok jumpe...hidup dok tenang...dak po kena murih asal lepas hutang.
seharian saraf tunjang aku mengecut. jantung xberapa normal, muka tumpah darah...
Tuesday, May 11, 2010
Sekolah sukan bukit jalil
Tapi tahun ini, aku teruja dengan barisan-barisan pemain wanita. Si Sonia tu walau nampak lembut tapi bagus. Pemain beregu pun aku suka tengok, senyum je. seolah-olah dalam hati ada taman. Tak tahulah kalau lawan indonesia. Ditakdirkan kalah dengan Indon pun aku tetap tabik dengan player2 perempuan kita ni. Tak ada experience tapi cool, (or sebab main di gelanggang sendiri). Tapi US dah pandai bawak turun chinese juga, mantap tapi kalah.
Piala Thomas aku dah tak ada selera nak tunggu. Asyik-asyik Chong wei, kesian aku tengok. Kalau kalah kena boo. Stress. Tapi aku nak tengok juga skuad bimbingan bekas abang angkat aku ni. Mana tahu Rashid bagi buah-buah bernas, ilmu pendam.
Satu je aku heran, dari kecik sampai tua, seingat aku, asal badminton je mainnya waktu maghrib. Aku kupas bawang kat rumah orang mati pun tak ikhlas. Tahlil kadang2 ikut tak ikut (kecik2 dulu).
Lepas habis belajar kat sini aku nak ambik SPM di sekolah sukan bukit jalil pula. Aku nak masuk jurusan bola tampar dgn badminton.
Monday, May 10, 2010
Sari berita penting
Selama menjadi 'penulis' akademik, Bilik tidur kami dah jadi bilik studi aku. lintang pukang. Oleh kerana mata bos agak sensitif dengan kerja-kerja penyepahan bilik oleh seorang aku..jadi dia launch satu lagi bilik tidur di ruang tamu dinding kayu. Dia melantakkan aku buat kerja di ex-bilik tidur kami. Dia dengan senang on radio transistor hadiah dari ibu mentua beliau dan melayan hawa sejuk rumah kayu di waktu malam. Aku kalau tak ada bos, semangat low sikit. Jadi aim tak nak tidur malam sebab nak pulun manuskrip sampai pagi terbatal begitu saja. Dan dan pun pukul 12 saja.
Kerja-kerja pembasuhan kain dalam mesin pun aku rela bos yang buat. Sebab kalau aku buat, tak lulus qualiti control. Timing mesin tak cukup la, enjin mesin bunyi tak balance sebab baju overload dan sebagainya. Bukan sebab aku malas, tapi bos terlajak rajin.
Bos dah buat miss call, suruh turun bawah kat parking, hari ni nak balik awal.
syurga di bawah tapak kaki bos.
Saturday, May 8, 2010
Bicara serius seorang aku bahagian 1.
Duit aku bukan duit aku
Tiap-tiap bulan orang makan gaji dapat duit dari gomen, orang meniaga dapat duit besau-besau, Homo sapien sekarang hidup dengan duit. Kalau pitis kurang, bajet lari, muka mula jadi kelat. Tahukah anda duit kita bukan duit kita ?(soalan trivia).
Rezeki yang ada dalam poket anda dan dalam poket aku adalah amanat Allah SWT atau dalam bahasa omputih amanat God The One And Only.
Pitis itu amanat Ilah. arap aku dan anda tidak Josh. Sila rujuk kamus keretamayat apa itu JOSH. Jika dah cukup apa yang perlu, kongsilah dengan yang lain. TAK PAYAH TUNGGU FINANCIAL FREEDOM. kang ajal sampai dulu tak sempat nak rasa apa erti financially free, lain pula ceritanya.
Belanja lah seadanya sahaja. Hiduplah bersederhana. kalau lepas beli barang untuk anda, untuk isteri anda, untuk keluarga anda, untuk saudara mara yang susah... intai2lah insan-insan di luar sana. Lagi bagus jika lepas beli barang-barang keperluan, tengok-tengok baki ada setengah juta lagi. Tokey buleh tulong bayar PTPTN aku ni ka... atau bagi bantuan untuk orang tak berkemampuan ke. Tak payah isi-isi borang, kalau nak tolong, tolong aja lah..ini semua karenah birokrasi.
Wednesday, May 5, 2010
Sedikit info pasal tugas hakiki
Helicobacter pylori is a spiral-shaped, Gram-negative rod approximately 0.5 x 3.0 micrometers in size. It is catalase-positive organism which has 4-6 sheathed flagella attached to one pole which allow for motility. It lives in the human stomach and duodenum.
H. pylori weakens the protective mucous coating of the stomach and duodenum, which allows acid to get through to the sensitive lining beneath. Both the acid and the bacteria irritate the lining and cause a sore, or ulcer.
H. pylori is able to survive in stomach acid because it secretes enzymes that neutralise the acid. This mechanism allows H. pylori to make its way to the "safe" area - the protective mucous lining. Once there, the bacterium's spiral shape helps it burrow through the lining.
Wilson's strain, known as J99, was the second H. pylori genome sequence published in the late 1990s. Wilson's unexpected return to hospital allowed researchers to document changes in the bacteria over time. For at least six years, his stomach had been a repository of H. pylori. With the patient's consent, doctors took additional biopsies and isolated 30 strains from different regions of his stomach. Those strains have now been analysed and compared to one another-and to the other two completely sequenced strains of H. pylori.
- Genus: Helicobacter
- Species: pylori
- Strain: J99
Genome accession number: AE001439 [AE001440 - AE001571
EMBL reference Medline reference - Taxonomy: 85963
- Genus: Helicobacter
- Species: pylori
- Strain: 26695
Genome accession number: AE000511 [AE000523 - AE000656]
EMBL reference Medline reference - Taxonomy: 85962
References:
Nature 388 (6642):539-47 1997
Nature 397 (6715):176-80 1999
http://www.niddk.nih.gov/health/digest/pubs/hpylori/hpylori.htm#2
http://www.ebi.ac.uk/2can/genomes/bacteria/Helicobacter_pylori.html
Tuesday, May 4, 2010
Cerita di sebalik banyak gunung
Pada suatu malam ketika langit warna sedikit ceria, ada seorang member dari kaunseling datang praktis ilmu di rumah kami.
Disuruhnya kita lukis gambar pemandangan. Ramai-ramai lukis. Kadang-kadang disuruh kita menggambarkan cerita dalam kepala. Ramai-ramai pula kami berangan.
Bila sampai part lukisan aku, ditafsirnya banjaran gunung sebagai banyak cita-cita.
Sepertinya lah aku banyak bercita-cita!
Apa cita-cita aku sebenarnya aku pun tak tau... God only knows... apa kejadahnya aku duduk dalam bilik aircond ni, dan berhempas pulas menternak benda tak nampak, yang mana dua puluh tahun dahulu ... bila cikgu tanya apa cita-cita aku, tak pernah tercapai dek akalku akan keadaan hari ini sedemikian rupa.
Bukan tidak bersyukur.
Tuhan tidak akan menguji manusia dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Halangan seperti visi yang tidak jelas, tidak dipertajam dan halangan-halangan emosional yang lain hanyalah temporary obstacle, mengikut kata-kata seorang pengusaha alumglas encik Khairul anuar iaitu seorang pemilik kedai kairul anuar trading.
Salah aku juga kerana tidak memperjelaskan dari kecil... apa yang paling jelas di sini, sejak aku berumur 12 tahun sehingga sekarang kerja aku hanya menulis. Umur sebelas tahun aku sudah mula menyalin novel-novel penyiasatan enyd blyton selepas dibaca.
Sepatutnya hobi menulis itu perlu dijadikan cita-cita. Supaya bila dah umur macam ni, tulisan aku dah jadi macam Faizal tehrani, paling kurang. Kalau tidak setanding Arenawati sekalipun. Ini tidak, ikut emosi selalunya manusia bernama aku ini. Perang serbia-bosnia dulu la yang menyebabkan aku berapi nak masuk kelas sains. Nak jadi orang sains. Kononnya nak memajukan teknologi, sebab orang serbia maju teknologi la depa buleh pi jahanamkan Bosnia tu...
Astaghfirullahal azim...kan aku dah kata, last-last emosi juga yang menguasai tulisan aku kali ni.
p/s: Masa kecik dulu aku tak tulis artikel jurnal, sebab tu kena taram banyak palang dekat kertas. Edit balik de... Biasa Bro!
Merapu
Bermula dari kematian Arwah Din, sehingga 'pertemuan' dengan alia haryani... di tengah-tengah itu isu dari surat khabar berlambak-lambak, bergumpal-gumpal dalam kepala.
Bergulung-gulung pula dengan tugasan hakiki di sini.
Wa...sejak bila sense of humor aku hilang ni..
huk huk