Monday, January 17, 2011

Kawan yang dah jadi sami

Dulu. Cerita dulu-dulu.

Saya ada hubungan antarabangsa yang istimewa dengan seorang lelaki. Boleh diklasifikasikan sebagai cinta antara dua benua.

Selepas beberapa tahun berpisah secara sopan, beliau pun menjadi sami. Daripada seorang yang merokok dua kotak sehari, pemanah yang tangkas dan menyertai beberapa siri pertandingan negeri, dan seorang pendaki gunung yang hebat... beliau bertukar seperti gaban menjadi seorang sami. Tak sempat saya nak mengajaknya kepada agama saya, beliau sudah menjadi sami. Apa nak dikata. Jauh. Lagi pula negara atas gunung Islam tak sampai. Ke ada? Akan tetapi setahu saya tidak ada masjid di sana.

Beliau sebelum melibatkan diri dalam acara sami secara gila-gila, pernah menyatakan ingin menceraikan isterinya kerana apabila dia balik dari 'prostration', beliau mendapati isterinya curang dengan bersama lelaki lain. I caught her red handed, ujar beliau dalam tangisan berbulan madu. Tapi tiadalah saya bergelak ketawa atas kesedihannya secara terang-terangan. Lagi pula, faktor utama yang kawan sami saya tidak sedar ialah salah sendiri; melawan fitrah dan sunnah alam.

Sekarang, apabila beliau fokus dalam pengembaraan mencapai tahap tertinggi kasta, saya nampak beliau sudah okay. Beliau berpotensi untuk mengembara ke seluruh dunia dan sudah ada pengikut sendiri, berkemungkinan besar beliau akan sampai di wat Tumpat tempat patung buddha tidur. Oleh kerana perasaan cinta pertama saya tewas kepada pengorbanan ala-ala shah Jehan Abe mat,perasaan berbunga-bunga saya pun telah normal , serta faktor muka beliau pun dah berkedut + tak sehensem sepuluh tahun yang lalu, abe mat lagi hensem bila tua...maka saya berani mengajaknya berjumpa. Namun beliau ingat abe mat akan sedih. Oh tidak, saya tidaklah seperti bininya yang main kayu kayan... sudah tentu saya ajak abe mat sekali.

Petang ini beberapa jam yang lalu, kawan sami saya itu tanya sudah ada anak atau tidak... dan bila dia boleh melihatnya. Saya kata dengan izinNya, beliau boleh saja melihat anak saya InsyaAllah. Beliau pun memberi harapan kepada saya sebagai bekas kekasih gelapnya dan sebagai seorang guru sami yang warak; jika kita berjumpa saya akan memberi restu kepada anak itu (i will give my bless for your baby).... meronta-ronta hati saya ingin berkata ; BOLEH BLAH!



4 comments:

  1. haha...
    tak tahan yang sekali...
    boleh blah!!!
    hahahaha

    ReplyDelete
  2. oho, kak za pun ada cerita silam ya..

    ReplyDelete
  3. lol. nice one kak za..! i like ayat hujung tu...!! :D

    ReplyDelete
  4. ala kaksha, baca ayat ujung jer sebenarnya kan? haha

    ReplyDelete