Saturday, January 1, 2011

Fenomena

Gelora Bung Karno.

Nama yang ditera pada stadium itu sendiri melambangkan jiwa dan roh. Melambangkan emosi dan semangat. Melambangkan daya juang.

Secara peribadi, saya suka dengan nama Gelora bung karno.

Tanggal 29 hb 12 , 2010, di dalamnya tercetus satu fenomena luar biasa , aura dari anak-anak muda dari tanah melayu yang memahami erti maruah, erti daya juang, dan erti jiwa. Faktor utama gelora kebangkitan ini pada pandangan saya ialah kerana cemuhan, hinaan, dan ejekan-ejekan melampau ekoran kegagalan di peringkat kumpulan.



Lalu anak-anak muda ini bangkit.

Jika ada omelan-omelan picisan yang masih memandang sinis keupayaan mereka, yang menyatakan 'pertarungan' era moden sudah di atur dengan wang dan tidak seasli zaman mokhtar dahari, saya kira omelan itu tidak berasas.

Hakikatnya mereka menang, dan kemenangan ini mencetuskan fenomena.

Fenomena sebegini amat bagus. Datang dengan hikmah. Rata-rata barisan pemain adalah anak muda remaja. Jika dahulu kita punya Rasyid Sidek dalam gelanggang badminton yang sentiasa berjuang dengan ikhlas, lalu keikhlasan itu terserap dalam jiwa anak-anak muda. Kesannya ramai belia sibuk bermain badminton pada waktu petang di kawasan kejiranan semata-mata terkena semangat juang Rasyid.

Hari ini anak-anak muda tidak mustahil mula memilih idola mereka untuk disibukkan pada waktu petang. Mungkin mereka memilih Khairul Idlan Talaha untuk dijadikan model dalam mempraktik teknik gelecek bola. Mungkin juga memilih safee sali sebagai idola, dan Muslim, dan Syafik, dan Shaari dan Khairul Fahmi dan ramai lagi.

Fenomena ini sihat. Jika sibuk dengan semangat yang sihat, secara tidak langsung mengurangkan fenomena tidak sihat seperti merempit dan sebagainya.


p/s: Nabi suka memanah, dan gusti :)











2 comments:

  1. pembetulan kak;
    norshahrul idlan talaha not khairul..he3

    ReplyDelete
  2. haizz... ok ok...norshahrul idlan talaha..tuan dia tau ni kecik ati. nak wat gano/ panggilan manja dia mat yo/// hak hak

    ReplyDelete